Something To Say


TRUST... never trust someone 100%. coz, they're the one who will stab u at the back. trust them only 50% n keep another 50% for ur self so tht u will not cry on the next day.

You dont have to follow others to be popular and to be loved, because you are loved for what you are.

Nak masuk syurga, KENAL ALLAH SWT dulu.
Ibaratkan tetamu datang rumah. Kalau tuan rumah tak kenal tetamu tu, ingat dia nak bagi masuk ke???

If you feel you hate me, better if you just stay away from me. Don't be a hypocrite. Coz I'm being my own self. Thank you.


OH YA! PANDAI-PANDAI CARIK BUTANG FOLLOW KAT ATAS YERK!

Monday, September 24, 2012

My First Sem of Being A Teslian

Assalamualaikum

Hehe...Sihat? Sory dah lama tak post. :'( Busy tu... busy jugaklah. Tapi kalau ikutkan memang ada masa nak post blog. Just that.... tak de dorongan nak menulis. You get what I mean? :P Never mind, it's okay.

Tak sangka masa berlalu dengan sangat cepat. Sekarang tengah study leave. Next week final exam. Tak sangka first sem dah nak habis. There's so much things happened to me.

UiTM di hatiku


Seriously, university dengan sekolah langsung tak sama. I miss my school. Kat sekolah boleh join sports, boleh masuk pertandingan kawad kaki, ada masa lepak-lepak. Tapi kat Universiti, no way man. Maybe sebab aku Asasi kot. Asasi dengan Diploma kan tak sama. Asasi setahun, so dia akan crammed everything into two sems only. Kalau Diploma ada three years. Nisa pulak Asasi dua tahun. So, satu sem dia cuma ada empat subjek. Sedangkan aku ni ha?! Ada lapan subjek satu sem. Dan satu sem tu hanyalah 5 bulan! Tolak cuti, study leave dan exam, hanya ada empat bulan je! How come?

Itu satu. Lagi satu kat UiTM ni aku kena naik dua bas untuk pergi fakulti. My fakulti namanya INTEC. It stands for International Education Campus. First, kena naik bas dari kolej (hostel) Mawar ke Seksyen 2 (seksyen 2 adalah tempat di mana hampir smeua bas ada kat situ, so nak pergi mana-mana, cecahkanlah kaki anda ke seksyen 2 dulu untuk carik bas ke destinasi sepatutnya). Next, naik bas ke Intec. Rapid teruk betul! Berhenti jauh gila. We have to walk all the way to the main gate of Intec! Jauh tau. Kalau lewat untuk kelas, jangan harap nak naik Rapid atau nak tunggu bas free. Naik teksi jelah jawabnya.

Cara pembelajaran kat universiti. Hurm... very different from school. Banyak presentations. Lecturer just introduce the chapters je. Then dia bahagikan kita orang dalam kumpulan. For example macam subjek Reading. Satu kumpulan tiga orang. Setiap dua kumpulan present satu chapter. Next class, sape present chapter 1 get ready untuk ajar classmate anda! That's how things work in universiti. You teach your friends. Or maybe sebab kita orang fakulti Pendidikan? Hurm... possible jugak. You know what? I am really bad at speaking, presenting and explaining. Bila aku present, I tend to look at the slides and instead of presenting, I'm reading the slides! Sekali je, aku manage untuk present betul-betul. My second last presentation, subjek Islamic Education. Aku kena present my group's folio. Masa aku buat folio aku betul-betul memahami apa yang aku buat. So aku betul-betul faham, that's why aku boleh present dengan baik. Aku dapat 8.5 per 10 untuk presentation tu. :)

And you can be creative. Kat universiti tak ada halangan. Just let your creativity conquer the class. Ada classmate aku yang buat video, short drama, posters, present using drawing blocks, macam-macam lagi. Sporting sangat-sangat.

Next, I am sad to say this but kat sini pun aku tak ada kawan. I am a true Lone Ranger. Tapi waktu makan, aku tak pernah makan sorang-sorang. :( I really feel bad. Pernah sekali tu, aku rasa sunyi sangat-sangat. Aku cemburu dengan classmate aku. Dorang ni trios. They are so close to each other,macam adik-beradik. Rapat sangat-sangat. They hug each other, they lean on each other, they support each other and they care for each other when one of them had problems. 

Masa aku sakit lepas balik dari kem, tak de sapa pun kisah. Aku rasa memang aku sakit sejak malam pertama aku sampai kat Ampang Pecah. I got worse bila lepas aktiviti rafting. Berenang kat tasik and bla bla bla. Aku rasa air tu kotor. And I got affected. Aku jadi sesak nafas, for the second time, aku sesak nafas, cepat penat, rasa macam tak cukup udara, macam nak mati! Seriously, sejak bila aku ada lelah? Aku balik je kolej, aku letak beg, bukak tudung dan terus masuk dalam selimut dan tidur. Aku tau, Didie (roommate Kelantan, amik Law) perasan aku demam. Dia ada bagitau kawan-kawan yang lain, tapi dorang macam tak kisah je? Aku harap sangat salah seorang dari 6 orang kawan aku yang aku kenal masa orientasi ni offer untuk beli makanan, air mineral dengan panadol. Tapi dorang tak tanya pun. Last-last aku makan maggi sebab sumpah aku tak larat. Esoknya aku nak pergi kelas, aku lalu koperasi aku beli panadol.

Saat-saat tu sangat menyeksa batin aku. Aku tercungap-cungap nak ambik nafas. Jalan sikit, penat. Jalan sikit, penat. Aku demam lama sangat masa tu. Yeah, nobody cares. Ada yang amik peduli. Tapi apa yang dorang buat? Just tanya, "You okay?". Of course I am not okay!! Kenapa aku susah sangat nak dapat kawan yang betul-betul boleh jaga aku? Sedangkan aku jaga Ijeen masa dia demam. Aku betul-betul jaga dia. Sampai semua 6 orang kawan aku kata aku macam kakak. Masa Didie demam, aku jugak yang beriya carik ubat untuk dia. Yang lain tak nak turun koperasi sebab malas pakai tudung, tukar baju. But still... kenapa tak orang amik kisah apa yang aku buat. I am so fed up with all of these.

So, I came out with these words.
I don't want people to help me. But I will help whoever that needs me. I don't need others to help me. I want to be independent. Kalau terdesak baru aku terima pertolongan orang lain. Fullstop.

Tak ada siapa pun yang mampu survive kat universiti tanpa kawan unless kalau dia macam aku, boleh hidup sorang-sorang. Aku ada beberapa classmate yang lone ranger. Gerak semuanya sorang-sorang. Tak mati kalau tak ada kawan. Tak mati kalau tak ada kekasih. Yang penting Allah SWT sentiasa ada dalam hati. Kita akan mati kalau dia tak ada.






-the end-


No comments:

Post a Comment