setiap kali balik sekolah, dia mesti teman aku
dan betapa bodohnya aku tak pernah nak sedar! : p
walau aku lambat macam mana pun, dia akan tunggu aku
and kuar kat gate sama-sama
tengok tak cite Kaisara?? hehe
dia berlakon kat dua sekolah
SMK Wangsa Maju Seksyen 5 dengan SMK Wangsa Melawati
dulu aku sekolah kat Wangsa Melawati
aku still ingat semua yang berlaku lah waktu tu
just that aku tak berapa cam kawan-kawan kelas lain
aku punye ingatan memang teruk betul...
kelas kongsi pun aku tak kenal sorang pun! tak ingat langsung!
ok back to the original topic,
kadang-kadang aku naik rimas jugak dengan dia
asyik ikut je mana aku pergi
tapi kadang-kadang rasa biasa je
dah macam satu geng pulak
aku, Fatin Atikah dengan dia...
Fatin Atikah tu panggil Kiki jew la
mak dia panggil cam tu.. hehe...
setiap kali rehat, dia mesti datang kat meja aku
mintak 20 sen, 50 sen.... mesti, wajib!
kenapa aku tak tau...
kat sini, anak polis mesti nakal
kat sana, anak askar pulak yang nakal
lagipun sekolah kita orang dekat dengan Klang Gate
Klang Gate ibaratkan IPD kat sini lah...
rumah untuk askar-askar and family..
and, he's one of it...
mula-mula aku tak tau dia macam tu..
tak snagka pulak lama-lama baru tunjuk belang
mak oi.... betul punye gangster die tu
depan aku baik gila, pijak semut tak mati
gentleman habis, hilang segala macho... : p
aku tak kapel dengan dia,
tapi dia layan aku macam aku kapel dengan dia... got it?
and i dont know why, and aku pun bangang betul tak sedar
one day, Kiki buat satu game,
masa ni dalam bulan Februari...
girls, undi 3 nama lelaki
and guys pun pilih 3 nama girls
mana-mana yang dorang suka lah
tapi among classmates
kononnye nak tengok siapa popular dalam kelas
and paling digemari ramai...
cam tu la....
sekolah KL... biasalah semua nak glamour je..
lebih-lebih lagi Kiki
nampak sangat dia memang gila glamour
thats why dia tak suka kawan dengan aku
dalam hal ni, aku tolong amik undi daripada perempuan
Diyana amik daripada lelaki
aku undi dulu
1. of coz dia... sebab memang dah rapat
2.Shah-Mie. aku suka tengok dia, mamat paling clumsy dalam kelas
satu hari tak jatuh memang tak sah!
mesti akan jatuh sama ada orang sadung dia, atau dia tersilap langkah..
3. aku tak tau pilih sapa, just pilih budak hensem dalam kelas, Syafik
dia mix macam aku, so, hensem lah.. selalunya macam tu..
then tiba-tiba Diyana datang kat aku...
"kalau pilih 3 nama yang sama boleh ke?"
"hah? siapa pulak nak buat macam tu?"
"Faeez, dia nak undi kau 3 kali..."
"ada apa-apa ek korang ni? memang rapat semacam je sejak dulu..."
dia usik aku sambil kenyit-kenyit mata
aku angkat bahu and carry on what im suppose to do
Kiki pilih sama macam aku
time untuk kira undi!
girls paling famous, Kiki dengan Shark
amboi... suka lah dia...
Shark famous jugak sebab dia jenis selamba and suka buat lawak dalam kelas
dia ni macam tomboy sket...
lelaki pulak, Shah-Mie!! hahaha....
budak specky nerd menang... : p
serius, aku ingat dia budak pandai.. rupanya paling tak.. huhu
lepas habis kira, tiba-tiba dia datang sengih-sengih
apahal pulak ni?
dia agaknya nak tau aku undi siapa,
dia rampas kertas kat tangan aku and cabut lari...
hish! tak leh jadik ni...
tapi time tu aku tak tau langsung apa motif dia rampas kertas tu
and apa motif dia nak undi aku 3 kali
bengaps kan aku dulu? hehe...
yela.. baru nak berkenalan dengan dunia baru...
aku ni dah la lurus bendul nak mampus dulu...
then, aku nampak dia duduk kat tangga depan kelas kita orang
aku pergi kat dia, dia lari masuk kelas
dia duduk kat tempat Shah-Mie, belakang sekali
dia tak perasankan aku, so senyap-senyaplah aku pegi kat dia
terus aku amik kertas tu dari belakang dia
dia terkejut tapi still! tak nak lepaskan kertas tu
aku tak suka nak bergelut dengan budak laki
nak main kejar-kejar
aku ada maruah ok!
aku bukan perempuan yang suka menggedik ngan laki
so, aku cepat-cepat nak habiskan pergelutan tu
"koyak kang kertas ni"
"kau lah lepas kan!"
"kau lah! kau yang amik dari aku!"
"amik lah... tak kisah pun..." dia cakap buat selamba tapi tahan gelak
"apahal kau ni? takde bende kelakar pun.."
"kau tak perasan ke...?"
"apa?"
"wudhuk kau dah batal cik kak!"
alamak! aku lupa!
masa tu memang geram dengan dia!
kita orang sekolah petang...
so, ada waktu solat masa rehat and kul 5.45
aku malas nak amik wudhuk 2 kali so, savekan Zohor untuk Asar
dia memang sengaja carik pasal
itu rupanya tujuan dia...!
mula-mula aku tolak...
tapi Kiki dok paksa-paksa, pujuk-pujuk
dia nak sangat jadi pengawas
dia nak aku temankan dia
aku tak tau lah...
then aku pun ikut aje la... and terpilih jadi pengawas pelatih
Haziq Aizat, kita orang gelarkan Hotstuff
tak pakai tie, pujaan si Kiki ni lah, budak B-Boy (breakdance)
tapi masalahnya asal aku pulak yang dia suruh aku tegur?
dia nampak dia lah pegi tegur
baru sekarang aku sedar sangat-sangat
yang dia gunakan aku selama ni atas kebodohan aku sendiri
yang aku pulak ikut je tanpa fikir
aku ni dah lah tak suka cakap dengan laki
jarang sekali aku bukak mulut,
malu ada, pendiam pun satu hal
then turn aku jaga form setingkatan aku
ha... mulalah dia... mengada nak mampus!
nampak aku jaga laluan, dia bukak tie letak dalam poket
aku jugak yang kene tegur dia
dalam kelas lagi tak leh cakap, selalu tak tuck-in baju
Shah-Mie pun jadi pengawas!! haha...
dia suruh aku tegur Faeez, eh? apasal aku? korang ni...
tapi aku buat bodoh je
Kiki tarik-tarik baju dia
dia tak endahkan sangat, and just lipat-lipat baju dia so that nampak macam... tuck-in
aku dah sakit mata dah....
aku tepuk dia dengan buku, habis lipatan baju dia tu ada terkeluar sikit
Kiki lagi tarik kasar
eh, menggatal pulak dia, then aku malas nak amik tau...
Shah-Mie - kau tolonglah dia pakai baju tu.. dia tak reti
Aku - dia tak cacat lah. sempurna akal dan anggota badan ok
Shah-Mie - tapi dia perlukan kau untuk tolong dia!
yup, gossip dah mula bermaharajalela dalam kelas...
tapi time tu tak teruk sangat...
bila kita orang clash, baru orang sibuk nak cakap, weird kan?
bila rapat, tak de orang gosip, bila dah tak bercakap langsung, masa tu lah... hurm...
time for Kiki to go to her REAL school
dia dapat masuk MRSM, Jelebu kot? kat mana ntah, tak sure la..
Jumaat, dia tak datang and that time, dah tambah sorang girl
Syaz... kita orang amik dia sebagai additional
sebab tengok dia asyik sorang je
so we decided to take her as our fren too...
actually yang sebetulnya untuk gantikan tempat Kiki.. : p
jahatlah aku ni.... tapi aku ikhlas kawan dengan dia
time untuk rehat, tibe-tibe dia panggil aku daripada tangga favourite dia tu
memang tangga tu spot terbaik!
aku suka, strategik.. hehe... takkan lupa tangga depan kelas aku
aku tarik Syaz sekali tapi dia kata dia nak cakap dengan aku sahaja.
errr.... ok... tapi mana aci! Zamir ada?!
dia cakap,
"kau dah ada pakwe?"
"huh? siapa yang suruh kau tanya ni?
"kau jawablah dulu, hish..." dia dah resah...
eh dia ni.. aku chow terus kang baru tau
"tak de, asal?"
"aku yang nak tau... em... aku.. eh.. kau... er, tak apalah! pergilah rehat..."
Zamir tergelakkan dia... dia bagi jelingan tajam..
haish.. apa-apa lah Faeez...
then, back to normal things that should be done
then waktu Asar on the same day
habis solat, Syafik panggil aku
pelik bin aneh, asal tibe-tibe dia panggil aku
aku tak pernah cakap dengan dia pun?
oh, dia tunjuk arah koridor,
kelas kita orang hujung.. : p
menghadap semak ala mini hutan gitu and time tu mendung berangin
nice timing dia... i admit that
aku pegi kat dia... Muizzah dah pandang slack
tak kisah pun, dia memang mulut bising walaupun nampak cam alim jek
"kenapa?"
"romantik tak?"
aku tersengih, "agak la... kan mendung, berangin, ...."
tak sempat habis cakap dia potong,
aku blur lah masa tu! mana aku tau... dia nak mintak kapel
kelakar pulak, apasal lah aku blur gila dulu
"kau nak tak kapel dengan aku?"
"hah?" couple tu apa?? haha.... sumpah aku tak tau masa tu...
"tak de la... kau tak nak ke?"
"bagi aku masa boleh?"
"berapa lama pun aku tunggu!"
"kau ni gila lah! semalam..."
"semalam?"
patut ke aku cerita?
"semalam aku mimpi bende ni lah..."
"haha... makna nya kau fikirkan aku masa tu.. wah.. bangga siot!"
"eh, diamlah kau..."
"haha, ada orang malu..."
"aku nak masuk kelas la..."
"ok, ladies first"
"kau lah pegi dulu."
"tak de, tak de... ladies first... pegi la dulu.."
"tak nak, kau lah!" gaduh pulak! hahaha
"selagi kau tak berganjak, aku tak kan blah..."
"ok fine!" aku pun masuk kelas... and sepanjang kelas tu, langsung aku tak hiraukan dia...
aku tak ingat lah apa yang aku rasa masa tu... : p
yang sure nya, malam tu aku call Kiki, bisik-bisik dalam bilik
"Faeez mintak kapel. apa yang dia nak?"
"ha.. terima ajalah..."
"hah?"
"sebenarnya dia pernah mintak kapel kat aku dulu, tapi aku kan nak pindah, so, aku suruh la dia kapel dengan kau..."
bodoh gila aku!!!! time tu aku memang bengap betul.... Kiki, kau ni kan... hish...
how stupid i am... tapi tak pe, aku tau dia memang tak suka aku dari awal
"kau setuju je lah.. jadi girlfren dia..."
'girlfren'. ok, time tu aku dah faham, clearly...
dia bagi nombor Faeez kat aku and aku hantar je lah aku agree
dia tak balas pun, tapi tak kisah lah...
bukak sekolah je hari Isnin, dia dengan hairstyle baru
jujur aku cakap, aku tak suka
aku suka the original him
aku tak tau kenapa
tapi aku tak kisah kalau dia budak jahat pun
at least dia layan aku baik gila-gila...
before kapel pun dia layan aku macam puteri
tapi aku je tak sedar... : p
i realise how i miss that moment...
walaupun ber'kau' 'aku' aja...
dia mintak tukar saya awak, aku tak suka la...
entah? dah biasa kot? so, aku kata tak yah la.. dia pun tarak hal...
aku kapel je dengan dia, SATU SEKOLAH kecoh...
Ya Rabbi!!
semua 'geng' die kenal aku
everywhere aku pergi mesti ada guys tegur,
Faeez mana? dia sihat? korang ok?
wah, sangat prihatin lah kawan-kawan dia sume... : p
tapi haram jadah sorang pun aku tak ingat and tak kenal
except classmates, sorry guys... : p
first time dia mengamuk dalam kelas, lepas rehat waktu sivik
apahal ntah aku tak sure
yang pasti aku tak berani tanya
walaupun aku tau dia tak kan marah aku balik
tapi aku just memang tak berani tengok dia macam tu
seram tau tak...
terus dia keluar kelas, mencarut apa ntah...
aku ada kawad KRS hari Sabtu
aku tinggal beg kat pondok jaga kat main gate
kalau tengok Kaisara confirm tau kat mana
coz at situ ada kerusi banyak-banyak
and waktu Kak Ain bagi rehat, aku dengan Kiki ke Syaz, tak sure, pergi amik beg
aku check phone, mak ai! 3 message, and.... 79 miss call
"kau kat sekolah ke?"
"kau balik kul bape?"
"tak de kredit ke weh?"
then tibe-tibe dia call, hobi dia memang call daripada message
"kau kat ne?"
"sekolah la... sory arh, aku tinggal beg kat pondok jaga, jap gi aku balik la, asal? sampai 80 miss cal ni?"
"haha... saje..."
"ek eleh... tak ada apa pun ke?"
"haah... saje je call..."
"kau gila lah..."
"kau balik kul bape? exact time?"
"12... asal? kau nak datang ke?"
"tak lah, ok bye!"
eh, tu je ke? ish, tak faham aku dia ni...
habis kawad, penat gila!
aku tunggu kat luar dengan dorang-dorang la.. senior...
tiba-tiba!
"NADIA!!"
eh, sape jerit nama aku kuat-kuat nieh?! malu seh!
"Nadia SSG! sini lah weh!"
Ya Allah! Faeez! dengan geng-geng dia...
naik basikal buat wheely apa-apa lah nama dia...
dia just lalu and nak aku notice dia and then chow...
mak oi.. malu tak terkata
senior pandang slack aje....
eh, apa pandang-pandang
korang tu worse dari aku ok! tak sweet langsung
entah apa buat kat sebalik tudung and bla-bla... geli nak cakap
kalau dia call aku, wajib tanya, "kat mana?"
bila aku cakap dengan dia, dia tanya lagi, "dengan sape?"
dia tak pernah kisah kalau aku ngan laki lain,
dia pun tau aku tak cam tu...
pelik kan... macam mana dia boleh minat aku
sedangkan aku dengan dia jauh beza macam langit dengan bumi
weird gila... dia budak jahat, budak nakal
aku ni budak belajar, pendiam, pemalu nak mampus...
tapi sekarang kurang dah, coz dah expose sikit.
pelik kan? apa pun bleh jadi
kalau boleh kan, bila dia tanya aku kat ne,
dia akan cuba untuk muncul depan aku
kalau dekat-dekat je lah, macam masa aku habis kawad tu
argh! tak nak dah....
malu gila...
pernah gak berlatih kat luar kawasan skola, kat tempat parking, lorong depan gate jauh ke belakang sikit
tiba-tiba phone aku bunyi
Kak Ain stop bagi komand, "handphone sape?"
aku cuak dah... alamak!
"er, saya?"
"cepat jawab!"
"oh, ok!" ingatkan dia suruh matikan terus...
by the time nak angkat, dia matikan, aku tunggu dia call lagi, tak call pun, ok lah, silent je terus
dia saje je, aku tau!
dia tau aku ada latihan kan...
dia lah guy yang paling sweet! haha...
aku tak kan boleh lupa...
such a nice guy
eh, tak... dia tak nice, dia biadap, kurang ajar, bajet gangster
dia nice dengan aku je....
tapi aku suka dia
at least dia tak pura-pura dengan aku
dia tunjuk terang-terang yang dia macam tu
nak tau tak, dia langsung tak hensem tau! : p
tapi tak kisah, perbuatan dia dah cukup buat aku rasa fell in love : p
tapi aku tak nak cakap apa-apa...
aku tak tau apa perasaan aku kat dia
yang pasti aku hepi. full stop
oh lupa pulak, kita orang tak panggil dia Faeez, but MF
aku tak tau asal, tapi aku just ikut the flow
Kiki suka bagi gelaran, budak glamour gila popular memang macam tu
Haziq Aizat - Hotstuff
bagi dia, Haziq hot, coz dia budak B-Boy...
everytime rehat, dia akan cuci mata tengok Haziq breakdance
and satu tabiat budak-budak B-Boy, mesti tarik baju keluar before beraksi
saje nak tunjuk sexy la tue...
aku tak suka Haziq, dia selekeh, tak pernah jaga imej
aku suka kawan dia, Safwan, tapi dalam senyap tak de sape tau
takut jadi apa-apa coz dia da ape awek, sweet dorang tu...
tapi pegang tangan sorok-sorok.. haha... : p
tapi dia hensem, memang hensem...
Syafik budak mix dalam kelas - Body Glove
sebab beg dia, botol air and semuanya dari jenama Body Glove
Shah-Mie - budak skema
and macam-macam lah... : p
best lah sekolah tu.. gempak!
sangat suka... : D
hari last aku kat situ, hari guru, 25 May, Jumaat
sebelum cuti 2 minggu
tak rugi datang, dapat duduk depan
and hari guru yang paling best yang pernah aku alami
dari mana-mana sekolah yang aku pernah pergi
majlis dia sangat gempak, sangat kreatif
ada sketsa, ada anugerah guru kemas, guru garang, guru hensem, guru paling tak senonoh
macam-macam lah!
will never forget that
and.. i'll make sure i get to see him for the last time...
aku tengok dia jalan dengan Zamir and Syafik...
goodbye, MF... nice to know you...
and thats the end of it...
tak de guy yang buat aku macam tu
aku ingat semua guys memang macam tu...
tapi dia je yang aku jumpa macam tu
romantik, tapi tak pandai main ayat...
lebih kepada action dia...
but thats enough for me...
i like the way he is...
but just keep it shut, lame old story, kay?
---
Something To Say
TRUST... never trust someone 100%. coz, they're the one who will stab u at the back. trust them only 50% n keep another 50% for ur self so tht u will not cry on the next day.
You dont have to follow others to be popular and to be loved, because you are loved for what you are.
Nak masuk syurga, KENAL ALLAH SWT dulu.
Ibaratkan tetamu datang rumah. Kalau tuan rumah tak kenal tetamu tu, ingat dia nak bagi masuk ke???
You dont have to follow others to be popular and to be loved, because you are loved for what you are.
Nak masuk syurga, KENAL ALLAH SWT dulu.
Ibaratkan tetamu datang rumah. Kalau tuan rumah tak kenal tetamu tu, ingat dia nak bagi masuk ke???
If you feel you hate me, better if you just stay away from me. Don't be a hypocrite. Coz I'm being my own self. Thank you.
OH YA! PANDAI-PANDAI CARIK BUTANG FOLLOW KAT ATAS YERK!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment