Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh
- Selamat menyambut Maulid Nabi Muhammad SAW -
Dua hari lepas, malam Sabtu, jam dah tunjuk pukul 8:45 pm. Ok! Time untuk tinggalkan kaunter dan sembahyang Isyak. Sebab nanti pukul 9:15 pm, budak-budak akan berkerumun kat kaunter nak beli gula-gula dan air. Aku malas nak lewatkan sembahyang, lagipun, hati aku tak akan tenang selagi tak ditunaikan solat tu. Sedangkan masa tu aku hanya duduk termenung dan ADA MASA untuk sembahyang. Aku pun bangun dan pergi ke toilet. Sedang aku dalam toilet, tudung dah tanggal, sleeve baju dan seluar dah lipat, aku baru nak amek wudhuk, Cikgu Hashim panggil nama aku. Dalam hati aku kata, "Aku dalam toilet, tak kan dia nak kacau kan? Faham-faham ajelah. Nanti mesti cikgu akan pergi bila tau aku dalam toilet."
Tapi rupanya dia tak pergi dan tetap kacau aku dalam toilet. "Nadia! Kamu buat apa? Telefon bunyi kamu tak angkat.". Dalam hati, aku beristighfar... Aku dalam toilet. Takkan kalau aku tengah berak pun, aku kena pause berak and terus jawab telefon?????? Agak-agaklah kot iye pun. Aku diam aje, sebab bercakap dalam tandas makruh hukumnya. Aku mengharapkan cikgu faham situasi aku masa tu. Tiba-tiba, aku terasa malu.
"Kamu buat apa dalam tandas tu Nadia?! Nak sembahyang pun nanti lah dulu. Ada parent tu ha tengah tunggu." - Cikgu Hashim.
"Saya buang air!!!!" - aku tipu. Aku geram! Aku sakit hati! Aku bengang!
"Ha, cepat sikit, parent menunggu tu!" - Cikgu Hashim.
Aku selesaikan amek wudhuk dan pakai tudung and bla bla bla... Pastu bila keluar, ada parent, aku entertain dia sekejap. Aku sangat berhati-hati sebab aku ada wudhuk. Manusia zaman sekarang, dia apa peduli bukan muhrim atau tak? Main sentuh je. Bagi dorang, kena sikit tak apa. Walaupun sekadar nak hulur duit. Mesti nak bersentuhan jugak!!! Bila dorang dah balik, tup tup, alarm phone aku bunyi! OH MY GOD!!! Dah 9:15 pm...! Aku pun tekan loceng dan... berkerumun budak-budak keluar kat kaunter nak beli-beli.
Bila dorang hulur duit, aku tak amik. Bila aku tak amik, dorang pun letak kat meja. Bila aku nak kasi baki, aku tak letak kat tangan dorang, aku letak kat meja. Sebab ada jugak orang yang tadah tangan nak terima baki duit syiling tapi sengaja dia langgar tangan aku jugak! Mana tak bengang aku ni! Cikgu Hashim kelua dan teguk air dia, dia duduk sebelah aku. Dia pun tolong handle budak-budak yang nak membeli tu. Last-last wudhuk aku batal! Sebab apa? Sebab bila aku tengah amik duit syiling dalam bekas duit, Cikgu Hashim tetap nak amik duit dalam tu jugak! Tak leh tunggu aku habis eh?? Setahu aku cikgu tu jaga air wudhuk dan agama dia, tapi... sekarang....?
Honestly, aku kecewa. Aku marah!! Hilang respect aku pada Cikgu Hashim yang selama ni aku salute. HILANG TERUS RESPECT AKU!! Bagi aku, duit tu, rezeki Allah SWT. Rezeki tu Allah SWT yang kasi. Tak kan ke mana rezeki tu kalau kita mendahulukan Allah SWT lebih dari SEGALA-GALANYA. Aku hilang rasa hormat pada Cikgu Hashim. Ya, senang mulut berkata dari nak buat apa yang dikatakan. Pasal agama saya memang strict. Apa-apa pun kita ni semuanya base pada agama. Even pusat tusyen ni pun, saya masa mengajar Sejarah, banyak yang saya kaitkan dengan Islam. Bila first time aku masuk kelas Cikgu Hashim, aku respect sangat-sangat pada dia. Tapi bila skang jadi macam ni, harap maaf, hilang segalanya dalam sekelip mata. Sampai sekarang aku masih marah.
Aku tak bodoh. Mungkin agama aku cetek. Tapi aku sedang belajar. Dan banyak lagi yang aku belum tau. Tapi... Jangan fikir sebab dia bos aku, dia lebih tua dari aku, aku akan ikut setiap apa yang dia cakap. Tak akan berlaku. Bila aku balik rumah, aku memang masam mencuka. Aku tak suka bila Allah SWT diduakan. Aku tau, aku pun sembahyang tak adalah perfect dan khusyuk 100%. Aku tak adalah rajin mengaji. Aku tak adalah selalu buat solat sunat. Aku tak lah bagus sangat. Tapi bila duit dan wang ringgit mengaburi mata, Allah SWT pun diketepikan. HEY! DUIT TU HANYA KERTAS! Duit bukan segala-galanya. Orang miskin tanpa duit pun boleh bahagia kalau dia ada Allah SWT. Kerana Allah SWT mampu beri dia segala-galanya.
Yes! Aku emosional! Dady perasan, aku tak seceria mana, kalau tidak balik je rumah, mesti ada yang aku nak cerita kat dady or to anyone yang ada masa tu. Then dady kata, "Biasalah tu. Now you know, orang buat business memang macam tu. Mulut je cakap itu ini tapi when it comes to money dan business, semua hilang."
Aku rasa tertekan dan nak nangis. Everyone, aku akan belajar rajin-rajin, jadi orang kaya. Aku akan jadi bos, aku tak nak staff aku lewatkan solat. Segala duit yang aku ada masa tu, aku tak akan pakai untuk kemewahan sebaliknya untuk keselesaan dan selebihnya aku akan sedekah segala yang aku mampu kat fakir miskin, anak yatim and sape-sape yang hidup susah.
Nanti bila aku sambung belajar, aku nak belajar rajin-rajin. Aku mesti! Kadang-kadang syaitan membisik, cita-cita kau tinggi sangat. Azam kau besar sangat. Kau tak akan mampu. Macam mana kalau nanti kau tak boleh bawak subjek-subjek tu? Tak kan tercapai hasrat kau yang menggunung tu. Lupakan ajelah hasrat tu. Oh, tak akan. Never. Kalau aku tak mampu nak bagi duit, aku bagi ilmu. Dan sekarang, itulah yang aku buat.
Semangat aku berkobar-kobar nak bantu orang Islam ni, especially Melayu. Melayu membawa maksud 'LAYU'. Kata orang lain. Aku tak suka. Melayu tak bodoh, pandai sebenarnya, cuma tak ada orang bantu, tak ada orang dorong, tak ada orang bagi support sebab mentaliti mak bapak dorang yang tak membantu. Mentaliti kelas ketiga. Aku tak kata semua. Tapi kebanyakan. The same thing yang aku tengok depan mata skang ni, kat surau. Mak bapak dorang... Adoi.... Memang... Agak low. Agak jauh berbeza dengan mumy. Dorang lebih suka duduk bersembang dan berborak sahaja. Kadang-kadang menambah dosa sebab secara tak sengaja kita dah TERumpat orang lain.
Aku tak suka dengar orang tua bercakap. Unless orang tua macam my own grandmother. Cakap dia tak cakap macam orang lain, mengata orang aje keje. Apa-apa yang dia kata, semuanya facts dan ada point. Ada benda yang boleh aku belajar. Aku tak suka duduk bersembang dengan makcik-makcik kat surau, kecuali Acik Izan, sebab dia expose. Dia boleh ngam dengan fikiran remaja. Aku suka. Kadang-kadang bila bergurau, dia tak marah. Malah dia gelak sekali. Tapi semalam, aku kena marah dengan sorang nenek tu sebab jadi BATU API. Padahal aku hanya bergurau. Terus aku diam. Lebih baik diam daripada mencemarkan nama Acik Izan. Sebab aku membantu kat surau, under nama Acik Izan dan suami dia, Aji Taib. Tapi Acik Izan cuba tenangkan aku dan amik hati aku. Dia bergurau dengan aku dan borak-borak so that aku tak amik hati dengan nenek yang marah aku tadi.
So, aku tawarkan diri, mengajar Maths (subjek kegemaran aku) kat budak-budak surau. FREE OF CHARGE. Kalau nak bagi sumbangan, aku buat duit fotostat kertas aje lah... Selebihnya aku tak akan amik, aku bagi kat tabung Kelab Remaja je. Aku bersemangat nak ajar. Patutnya semalam dah start. Aku perasan, masa belajar bahasa Arab, ada whiteboard dan rehal meja tu. Aku boleh pakai benda-benda tu untuk kelas aku nanti. Aku call Aji Taib nak tanya berapa ramai budak tapi tutup handphone lah pulak. Aku mesej pun tak reply. Nampaknya minggu depanlah start.
Aji Taib ingat aku nak ajar Science sekali. Oh tidak! Jadual aku penuh. Kalau boleh, aku nak ajar semua yang aku reti. Kalau boleh aku nak ajar Maths, Form 1 sampai Form 5. Tapi masa aku tak mengizinkan. Cuti aku hanya Sabtu Ahad. Sabtu Ahad tu aku kena pandai-pandai bahagi masa untuk surau dan family. Kalau aku lebih kat surau, nanti mumy kecik ati.
And... Ada good news. Amin kata, "Masukkan nama aku sekali dalam kelas tu.". Aku fikir dia bergurau. Rupanya dia serius memang dia nak belajar. Errr... Kau tak sihat ke Amin? Hahaha... Then dia bagitau aku, dia nak amik SPM. Wah! Congrats kerana buat keputusan yang sangat bijak! Aku akan tolong kau Amin! Aku berbesar hati nak tolong kau. Dia nak amik SPM tahun ni. Eh? Cepatnya. Sempat ke? Nak belajar F4 plus F5 dalam setahun. Tapi tak ada benda yang impossible dalam dunia ni. Dia nak aku tolong dia... BM, Maths dan Science. BI tak perlu kan kan? Kau dah terror. Mentaliti aku pun perlu diubah. Aku fikir budak sekolah pondok sume budak-budak nakal yang selalunya menghuni kelas-kelas hujung. Sebab budak nakal yang susah nak dibentuk, selalunya mak bapak berhentikan sekolah dorang and hantar ke sekolah pondok.
Rupanya tak semestinya macam tu. Aku tengok Facebook dia, bukan main speaking. :p Buat malu je! Haha.. Aku salute kau Amin. Bagus-bagus... Aku cerita kat dady, dady pun tak kisah kalau aku tolong dia. Amin suruh aku tolong dia lebih sikit dari orang lain. Oh, mesti lah. Kau kan nak amik SPM. Dah lama dia habis sekolah pondok, masa umur 14 tahun. Lepas tu..... (dot dot dot).
Kalau dari segi kewangan aku tak boleh bantu, aku ada kudrat untuk bantu dengan tenaga fizikal aku, kalau tak pun, akal aku pun ada untuk tolong. Aku tak kedekut kalau korang mintak unless korang mintak dalam keadaan yang tak sesuai. Keadaan tak sesuai macam mana? Bila esoknya korang nak exam!!! Aku akan bantu, tapi aku tau, ianya sia-sia. Tak akan lekat dalam kepala otak sebab input last minute. Aku juz tak sabar nak start kelas dan mengajar. Aku rasa, aku nak tukar profession jadi cikgu atau lecturer. Aku ikhlas nak bantu sesiapa yang nak belajar. :'D
><><><><><><><><><><><><><><
No comments:
Post a Comment