Something To Say


TRUST... never trust someone 100%. coz, they're the one who will stab u at the back. trust them only 50% n keep another 50% for ur self so tht u will not cry on the next day.

You dont have to follow others to be popular and to be loved, because you are loved for what you are.

Nak masuk syurga, KENAL ALLAH SWT dulu.
Ibaratkan tetamu datang rumah. Kalau tuan rumah tak kenal tetamu tu, ingat dia nak bagi masuk ke???

If you feel you hate me, better if you just stay away from me. Don't be a hypocrite. Coz I'm being my own self. Thank you.


OH YA! PANDAI-PANDAI CARIK BUTANG FOLLOW KAT ATAS YERK!

Friday, February 3, 2012

How It Began In Anjung Ilmu

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...

Sebenarnya, aku sekarang dah start keje kat Anjung Ilmu. Sejak Selasa lepas, 10-01-2012. Aku jadi kerani, jaga kaunter. Ganti tempat Hafiz. Cikgu Hashim kesian kat dia sebab tahun ni dia nak amek STPM. Tak kan setiap kali habis sekolah, terus rushing datang tusyen? Dia pun nak belajar jugak, nak pergi tusyen dia sendiri jugak.

Masa mummy daftarkan adik Naqib untuk UPSR kat Anjung Ilmu, Cikgu Hashim tanya kat mumy pasal aku. Aku tengah buat apa sekarang. Masa tu aku sibuk dok mencari kerja, tak dapat-dapat. Rupanya lepas sebulan aku hantar borang kerja, baru dia nak talipong! Sorry, aku sudah keja kat Anjung Ilmu. I’m not interested anymore! Haha... Kerek pulak. So, memandangkan masa tu aku tak ada keja apa-apa, cikgu tawarkan aku keja ngan dia, gantikan Hafiz.

Aku rasa macam, ada hikmahnya kenapa aku tak laku bila mintak keja kat tempat lain. At least, kalau keja dengan Cikgu Hashim, boleh solat bila-bila, boleh makan bila-bila, tak ada peraturan ketat langsung. Tambah pulak adik aku sendiri tusyen kat sini. Bolehlah tengok-tengokkan adik aku tu. Then bila tengok harga untuk Form 2, bezanya hanya RM 10 dengan Naqib, Mumy pun masukkan Nabil sekali. Memandangkan aku dah kerja kat Anjung Ilmu, dah jadi staf, Nabil dan Naqib tak perlu bayar yuran sepenuhnya. Ada 50% diskaun. Wah, banyaknya manfaat aku keja sini kan? Keja bukannya banyak sangat pun, goyang kaki je.

Haih... Jumpa balek lah dengan Cikgu Hashim, Along, Hafiz dan... Cikgu Redha. Baru je tadi, aku tak tau kenapa, semua orang pekena aku dengan Cikgu Redha! Malunya!

“Nadia, nanti kamu tulis waktu kerja kamu biar abang Redha boleh kira gaji overtime.” - Cikgu Hashim.
“Abang Redha?? Abang??” - Cikgu Redha.
“Apa salahnya panggil abang, kan Tasha?” - Along. (Along lah the only one person yang panggil aku Nathasha seumur hidup aku.)

Aku garu kepala. Ei! Nak panggil Cikgu Redha ‘abang’?? Gelinya... Tak kuasa aku. Dia tu cikgu aku! Mana boleh aku panggil dia ‘abang’??? Dah lah antara aku dengan dia ada jurang (jurang apa? check post yang sebelum ni :p), lagilah kalau panggil ‘abang’. Ish... Tak mau aku!

Macam apa yang aku pernah cerita sebelum ni, pasal nak tumpang kereta dia tu. Aku memang tak boleh. Aku tak tau kenapa, tapi aku segan nak mampus dengan Cikgu Redha. Maklumlah, aku ni tak ada kenalan yang hensem-hensem. Tiba-tiba pulak Cikgu Redha tu muncul dalam hidup aku, hensem pulak tu. Haha... Ok, tak mau cakap lebih-lebih. Aku memang kena bina JURANG ngan dia. Hish, setan! Kau ni!!

Aku segan jugak dengan Along, tapi lebih ketara dengan Cikgu Redha. Sebelum kelas bermula pukul 8 tadi,

“Hah, ‘adik Tasha’ kena buat keja sikit hari ni.” - Cikgu Redha.
“Wah, abang Redha ni, panggil ‘adik Tasha’...” - Along.
“Eh, mesti... Ha, ni ada 11 copy untuk student. Yang lagi satu untuk cikgu-cikgu. Yang 11 copy ni bindkan tepi dia. Yang untuk cikgu-cikgu punya, ceraikan ikut subjek.” - Cikgu Redha.
“Wah?! Ceraikan? Ceraikan sorang, adik Tasha pun masuk queue?” - Along.
“Kalau boleh, dia nak sapu lima sekali dalam satu masa!” - Cikgu Hashim.
“Uish! Mana nak tolak lagi sorang tu? Lima dalam satu masa? Saya bukan Syiah!” - Cikgu Redha.

Yang si Cikgu Redha pulak, melayan aje! Aduh... Malu gila?! Apasal dorang ni? Nak kenakan aku habis-habisan ni nampaknya. Apa lagi yang boleh aku buat melainkan gelak aje? Haih... Apalah...

Masa aku kat surau, nak sembahyang, Along keluar dan tinggalkan kelas dia sekejap. Aku terdengar, “Adik Tasha mana?”. Hish... Along lah yang paling galak dok ‘adik Tasha’ dan ‘abang Redha’. Mentang-mentang dia panggil Cikgu Redha ‘abang’, tak kan aku pun kena panggil ‘abang’ kot? Agak-agaklah...

Apa nak jadi lah.. Aku pun tak tau. Masih terngiang-ngiang lagi kat telinga ni, “Mana nak tolak lagi sorang tu?”. Yelah, kuota dah penuh 4. Aku tanya Cikgu Hasim, “Betul ke cikgu Redha tu isterinya 4?”. Dari tahun lepas lagi, memang aku tak percaya. Haha... Yelah, orang kahwin 2 pun tak bahagia. Inikan pulak Cikgu Redha ada 4. Susah nak percaya. Tapi Cikgu Hashim pun mengiyakan fakta tu.

Petang tadi lepas Asar, Cikgu Redha borak pasal Add Maths. Haha... Dia tanya pasal differentiation dengan integration. Integration aku akui memang senang. Direct question. Simple, tak ada belit-belit soalannya. Tak payah fikir banyak-banyak. Tak ada line lurus yang mengganggu pun. Markah terpijak. Tapi... differentiation memang aku tinggal terus! Lagi-lagi rate, small change and so on. Tak suka dy/dx!!!! Benci kau! Tapi aku suka integration. :)

Memang aku akui, banyak kali Cikgu Redha tunjuk aku macam mana nak buat dy/dx tu. Sumpah satu hapak pun aku tak faham. Masa dia ajar, aku faham. Tapi bila nak buat balek, dah tak faham pulak. Kadang-kadang, aku tak faham langsung! Apa benda yang cikgu merepek ni? Cuba cakap bahasa Melayu. Hahaha... Jangan cakap bahasa Add Mad!

Entah, memang bukan jodoh aku dengan differentiation. Tapi dengan trigo. Ah, aku tak sabar nak bukak buku balek! Aku tak nak kerja! Aku nak bukak buku, nak belajar. Aku rindu nak hadap buku. Aku rindu saat-saat belajar, tidur lewat and so on. Cepatlah sambung belajar... Hahaha....

Cikgu Hashim suruh aku pujuk mumy so that aku boleh masuk Form 6. Sebab mumy hanya bagi aku dua pilihan, Diploma atau Matrik. Jangan sebut langsung pasal Form 6. Bila aku sebut sekali lagi, mumy marah aku. Em, sejak tu, aku tak pernah berani nak ungkit balek pasal Form 6. Banyak kali Cikgu Hashim suruh aku pujuk mumy. Banyak benefit kalau masuk Form 6 berbanding Matrik. Tapi sampai skang aku TAK PERNAH kemukakan persoalan tu kat mumy. Aku tak berani.

Aku harap, aku tak perlu masuk Matrik. Aku tak nak. Kalau boleh Form 6 pun tak nak. Aku nak masuk Diploma terus. Nanti terus sambung Degree 2 tahun. By the time umur 22 confirm dah habis boleh sambung Masters. Wah wah... Tingginya cita-cita kau Nadia Nathasha! Boleh ke tu?? Errr... Hahaha... Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukannya. Insya-Allah.

Sebab tu lah, aku suruh korang selalu doakan aku! :p
Wassalam...




^^^^^^^

No comments:

Post a Comment