Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.
Aku tau, seminggu cuti raya cina... Dan cuti tersebut dah nak habis. Guess what? Aku sampai kolej hari JUMAAT tengah hari~ Hahaha.... Yeap, awal g-i-l-a kan? Sangat gila. Kolej sunyi sepi je. Ceritanya begini dong...
Aku fikir nak buat Basic Principles of Education punye group work kat main library UiTM, PTAR1. Then kawan cakap, "PTAR tutuplah Nadia...". Eh? Sem lepas, Sabtu Ahad dia bukak je? Rupanya sebab kali ni budak degree cuti sem, dia pun tutup la... Aku pun cakap dengan sepupu aku, yang aku tak jadi balik Jumaat. Nak balik hari Ahad.
Yang si kembar ni (sepupu aku) pulak dah rindu sangat kat mama dia. Nak jugak balik Jumaat. Haih... Ni baru seminggu. Kang sebulan dua apa cerita bila dah sambung belajar? Actually dia datang rumah aku Ahad lepas dan patutnya balik dengan pak cik aku keesokan harinya. Pak Teh nak balik kampung sat, pas tu baru dia datang balik Seremban 2 ambik kembar. Tapi aku hasut dorang suruh cakap dengan mama balik Jumaat, balik dengan aku naik KTM gi KL Sentral. Hehehe... Mama pun kata okay. Sebab apa? Sebab aku ada... Semua mak orang percaya kat aku, dan aku tak tau kenapa. Huhuhu.. Mak Sarah pun macam tu. Sampai nak mintak phone ke, camera ke, semua pakai nama aku.
Pak Teh bising-bising tak percaya cakap kita orang yang mama dah setuju. Nak jugak call mama baru dia senyap. :'( Then... jawabnya naik KTM balik kolej hari Jumaat. Lepas Subuh, aku terus siap pergi mandi makan packing. Yang kembar pulak... Lepas Subuh terus hadap katil! Ya Rabbi! Dah cakap dah nak gerak awal pagi-pagi. Nanti tengah hari aku tak de bas balik kolej, solat Jumaat. Bila dah settle, kul 9 gerak ke bus stand tahan teksi, bla bla bla.
Bila sampai KL Sentral, aku pun tinggalkan dorang kat LRT dan aku terus gi kat escalator keluar dari bangunan KL Sentral. Tapiii...... Tak sampai hati pulak tinggalkan dorang. Aku terfikir, cukup ke duit aku kasi? Nanti kalau mesin tiket tu tak pulang baki macam mana? Aku bagi dia lima ringgit tadi. Call adik kembar. "Mesin tu pulang baki tak?? Duit cukup tak?". Adik kata mesin tu tak pulangkan baki. Abang kata, mesin tu bagi baki. Haih... Aku pun jalan balik ke LRT dan tengok dorang beli token. Dia pulangkan baki lah! Pastu aku tak puas hati. Kene jugak tengok dorang scan token dan masuk station. Lepas tu, baru aman nak teruskan perjalanan.
Naik U80, tiba-tiba bila sampai Shah Alam, bas rosak. Mati enjin tengah-tengah jalan. Aku tak lah risau sangat. Sebab that's better than bas bau hangit macam ada benda nak meletup, nak terbakar. Pernah jadi........ Adoi... Bas Rapid ni pun... Tolong lah, tolong lah tukar bas baru... Jangan lah bagi bas lama, bas bentuk kumbang tu.. Merisaukan la... Panjat bukit pun tak larat, terus ke belakang bas. Pun pernah terjadi. Tapi aku rasa bas U80 ni tak de minyak kot. Sebab dia tutup air-con sebelum tu. Dah tutup air-con dia bukak pintu masuk dan pintu keluar. Cuak jugak aku sebab passenger yang duduk betul-betul depan pintu keluar tu kena hati-hati. Driver pun tak boleh la bawak laju. Tercampak jugak anak orang.
Sampai Seksyen 2, rasanya tak de bas ni. Tak de tunggu dah, terus je naik teksi. Sampai koleh, betapa sunyinye....
Esok petang, aku tertido masa buat kerja Reading. Maklumlah, nama pun reading, lampu bilik tak bukak, yang bukak lampu meja study, memang romantik habis. Ngantuklah jawabnya. Then tiba-tiba dengar suara lelaki. Ramai dan sangat-sangat kuat as if suara tu dekaaaaat sangat-sangat. Eh, aku tengah mamai tu, cuak lah jugak. Time tu jugak aku rasa macam ada orang ketuk pintu bilik. Aku terus terbangun. Eh, pintu kunci ke tak??? Huhuhu... Tak tau kenapa mata aku nampak macam pintu tu ada orang bukak. Lepas tu, bila aku sedar, aku sebenarnya dok termenung kat pintu yang terkunci. Eh, apa aku ni, khayal ke apa. Ngantuk punya pasal. Tiba-tiba ada orang cuba bukak pintu. Aaaaaargh... Takut.... Tapi pintu kunci, so aku teragak-agak. Amik tudung letak je kat kepala. Bukak pintu cam teragak-agak lah jugak. Pakaian tak yah cakap la. Huhu.. Rupanya.... Roommate aku baru balik. Haih buat cuak je!!!
Dia gelakkan aku lepas aku cerita bnda sebenar. Dia kata, ada orang repair air-cond ofis kat luar. Bilik aku memang dekat dengan ofis pun. Huhu, patutlah... Haih, buat cuak je!
***
No comments:
Post a Comment