Something To Say


TRUST... never trust someone 100%. coz, they're the one who will stab u at the back. trust them only 50% n keep another 50% for ur self so tht u will not cry on the next day.

You dont have to follow others to be popular and to be loved, because you are loved for what you are.

Nak masuk syurga, KENAL ALLAH SWT dulu.
Ibaratkan tetamu datang rumah. Kalau tuan rumah tak kenal tetamu tu, ingat dia nak bagi masuk ke???

If you feel you hate me, better if you just stay away from me. Don't be a hypocrite. Coz I'm being my own self. Thank you.


OH YA! PANDAI-PANDAI CARIK BUTANG FOLLOW KAT ATAS YERK!

Saturday, February 23, 2013

Khas Untuk Arwah

Assalamualaikum wbt.

Dipendekkan cerita, semalam tidur lewat buat assignment, 3.30 am. Pagi ada kelas hbis kul 10, nak tidur, tak boleh tidur. Lepas kelas habis kul 4 pm, makan kat seksyen 2 dan balik berdengkur terus tak ingat dunia. Lisa kejut Magrib, "Nadia, awak tak solat ke?". "Solat apa?". "Magrib laa...". "Oh, belom.". "Dah 8.30 ni...". Aku dalam hati, you're kidding right? Tapi tak tengok jam terus tarik towel gi toilet amik wudhuk. Habis amik wudhuk, is that azan that im hearing right now? Oh, please don't... Well, there it goes, lpas tu terus tidur. Tapi tak leh tidur pulak. Bukak fb.

Tiba-tiba nampak post dari Fadhil (Nisa's classmate form 5). 
Dia kata, "PERHATIAN X-BUKIT KEPAYANG S2,
...terperanjat...terkelu...sebak... dan sedih...
bila mendapat berita kembalinya ke rahmatullah seorang pakcik yang bertugas sebagai jaga di sekolah ini secara tiba-tiba. Dikhabarkan Allahyarham Pakcik Isa meninggal akibat jatuh di bilik air rumahnya. Allahyarham tinggal bersendirian dan kematiannya hanya disedari setelah dua hari tidak hadir bertugas. 
Sepanjang mengenalinya Allahyarham seorang yang amat dedikasi dan baik hati...suka berjenaka dan pandai bertutur Bahasa Inggeris. Budi bahasa dan jasanya tidak akan terlupakan."

Mula-mula aku macam tak ada perasaan, tapi sedih la jugak. Terkejut sebenarnya. Lepas tu aku cuba ingat balik setiap peristiwa dengan dia kat sekolah. Dulu aku ada cite pasal dia.

1. Dulu masa sekolah form 4 dan form 5 aku akan solat zohor dulu kat sekolah sebelum aku balik rumah. Aku sentiasa ada prinsip "Solat bila dah masuk waktu andaikata tak sempat nak solat, nyawa dah melayang, nak jawab apa kat kubur nanti?". Mana tau, masa balik accident ke? Tapi pakcik Isa selalu pesan dan bebel kat aku, jangan balik sorang-sorang, bahaya... Dalam hati aku jawab, Allah sentiasa lindungi aku. Kalau sesuatu berlaku jugak, aku percaya, ada hikmah. Sebab aku jalan sorang-sorang sebab menunaikan perintah Allah. Tapi tak delah aku cakap gitu kat pakcik tu. Aku senyum angguk-angguk. Kadang-kadang cakap,  "Saya tak ada kawan nak teman lah pakcik...".

2. Dulu masa form 5, bila nak buat aktiviti petang kat sekolah mesti ada pantauan guru dan surat serta nama budak yang terlibat. Tapi aku tak buat semua tu dan ustazah suruh kita orang buat latihan sendiri tanpa pantauan dia. Jadi, pakcik Isa membebel kat aku, kena ada surat, bla bla bla... Kena ada surat untuk setiap tarikh yang kita orang nak buat latihan. Aku pun buat la sebab aku tak suka tengok dia marah-marah dan susah hati. Aku tau, dia banyak kena marah dan dipersalahkan sebab kesalahan student. Kesian dia. Dia dah la dah tua... Patutnya dah pencen tapi disebabkan dia seorang pekerja yang bagus, dia dipanggil balik. Oh God, I really should change pronoun to arwah. :( 

3. Bila aku sibuk dengan kawad kaki, sebab surat tu, ada untuk setiap hari punya tarikh dari Isnin sampai Jumaat. Sebenarnya, aku tak sedar yang kita orang ada latihan hari-hari. Bila aku tanya budak-budak, dorang cakap memang latihan ada setiap hari. Baru aku sedar, I'm pushing everyone including me. Arwah selalu tegur setiap kali nak balik rumah lepas latihan, "Jangan asyik sibuk dengan kawad je, SPM nak dekat tu... Belajar elok-elok.". Cikgu Fadzilah pun tegur, "Kamu ni asyik dengan koko, akedemik jangan lupa!".

4. Bila tunggu budak-budak kawad sampai dan kehadiran penuh, arwah selalu borak dengan aku dan Nisa. Macam-macam arwah cerita. Pasal pengetua ada, pasal students, macam-macam perangai. Kadang-kadang tergelak dengar dia membebel. Hahahaha... Cot cet cot cet pasal pengetua yang nak semuanya perfect and tip top dan dia mengeluh sebab dia tak mampu nak buat semua yang pengetua nak. Yang pasal students pulak, budak-budak skolah lain keluar masuk sekolah curik barang, ade jugak budak skolah sendiri buat vandalisme. Dan salah semuanya atas guard sebab dorang tak kawal keluar masuk pelajar. Tu yang kena buat surat tu. Kesian arwah... :(

5. Kadang-kadang berlatih kawad kat depan koperasi, arwah lalu dan perhatikan kita orang kawad. Then dia tegur, "Apa angkat kaki macam tu??? Angkat 90 darjah. Angkat tu gantung kaki macam ni (arwah tunjuk demo). Bukannya angkat kaki tendang belakang, itu macam kuda... Cuba hentak kaki tu angkat betul-betul." Then dia bagi komand and dia sendiri kawad. Pergh! Mantap. Btul-btul macam profesional. Bila baris sedia pun, as if macam lidi terpantul. Hahaha... Straight dan memang badan semua pun straight habis lah! Takde slouch, dada bukak, mata pandang 210 darjah. That's what discipline is.

6. Mummy pernah datang skolah untuk report kad dan it happened that she came across arwah. Mmummy was really impressed sebab he can speak very very fluent! Macam English teacher dah! Hehehe... Dan dari cara dia bercakap, dia seorang yang exposed dan educated. Fikiran matang dan memang fikir jauh ke hadapan. Bukan third class mentality punye. Mummy pun sampai kenal pakcik tu and he was a memorable person, you know? :)

7. Lepas habis SPM, nampak dia jalan kaki kat simpang nak masuk Mega, jalan kaki pergi sekolah untuk shif malam. Dia dah tak keje shif pagi tapi shif malam. So, tegur lah dia, aku dalam kereta, stop tepi kejap. "Assalamualaikum pakcik! Sihat?". "Walaikumsalam, nadia...". Mula-mula arwah sebut nama aku, masa aku ada latihan dan aku ada bagi surat aktiviti petang. Aku terkejut sebab dia tau nama aku. Wow. That means he really recognizes me. Hahahaha... Impressive. I thought I'm no one to him sebab dia memang baik dengan students especially batch aku dan jugak batch before. Batch baru tak sangat dah sebab batch lepas tu macam rude. Dan arwah selalu marah-marah masa tu dan budak-budak takut nak dekat kot sebab junior aku cakap pakcik tu garang tp dia pelik aku berani tegur arwah selamba dek je. :P Arwah tanya buat apa sekarang. Aku jawab la, "Alhamdulillah result SPM hari tu okay, dapat straight A. Sekarang saya nak masuk UiTM dah pakcik...". "Oh, Bagus-bagus.".

8. Incident paling memalukan, masa Shah mintak nombor aku sebab dia tak hafal nombor aku dan fon dia hilang. Aku masa tu nak balik, dah habis latihan, dan dia pulak latihan ragbi baru nak start kul 5. Yang tak leh blahnya... Masa kita orang terserempak each other tu, adalah kat depan pondok guard which is kat pintu masuk sekolah. Aku pun bagi je lah nombor aku. Then arwah nampak dan usik kita orang, "Amboi amboi...." and entah apa arwah cakap, aku tak ingat, just refer to post yang lama... Hahaha... Malu! Sebab aku sure arwah kenal Shah. Shah pun selalu keluar masuk sekolah petang-petang, ragbi ada latihan hampir setiap hari dari 5 sampai 7 pm.

Yang pasti, aku dah jatuh sayang kat pakcik tu. Sedih sangat bila tau yang kematian dia hanya diketahui orang lepas dua hari dia pergi. Ya Allah... Aku tak dapat bayangkan, dia jatuh toilet, sorang-sorang menahan kesakitan, tak ada sesiapa pun yang dengar rintihan dia yang dalam kesakitan tu dan dia pergi macam tu je tanpa orang lain tau. Betapa sedihnya. Aku rasa macam dia tak layak pergi dalam keadaan yang menyedihkan macam tu tapi itu dah takdir Allah, dia meninggal dalam keadaan macam tu. Zharif kata, Allah tau, ramai yang sayang dia. Sebab tu dia buat arwah meninggal macam tu supaya tak ramai tahu yang dia dah pergi supaya tak ramai yang bersedih. Kan tak elok kita bersedih untuk orang yang dah pergi... 

Ya Allah.... Ya Rabbi... Aku doakan supaya rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Kau ampunkanlah segala dosanya, ringankan lah bebannya dan azabnya di alam kubur Ya Allah, sesungguh nya arwah dah buat banyak perkara baik pada orang lain. Engkau ampunkanlah segala kesalahan dia Ya Allah dan semoga arwah bahagia di sana. 





****

No comments:

Post a Comment