Something To Say


TRUST... never trust someone 100%. coz, they're the one who will stab u at the back. trust them only 50% n keep another 50% for ur self so tht u will not cry on the next day.

You dont have to follow others to be popular and to be loved, because you are loved for what you are.

Nak masuk syurga, KENAL ALLAH SWT dulu.
Ibaratkan tetamu datang rumah. Kalau tuan rumah tak kenal tetamu tu, ingat dia nak bagi masuk ke???

If you feel you hate me, better if you just stay away from me. Don't be a hypocrite. Coz I'm being my own self. Thank you.


OH YA! PANDAI-PANDAI CARIK BUTANG FOLLOW KAT ATAS YERK!

Friday, October 22, 2010

Masa Jawab Paper Exam....

masa jawab exam, bila dah habis jwb, apa aku buat?? baca bawah ni... hehe... mmg xde keje lain... dan jgn gelak! heheh..


1. PENGORBANAN

Jika benar sayang
Mengapa tak rela berkorban?
Mengapa dia rela berkorban
Tetapi kamu tidak mampu?
Apa bezanya kalian?
Kalian adalah dua insan yang sama
Menyintai seornag perempuan yang sama juga
Atau mungkin kedalaman kasih kalian terhadapnya yang berbeza?
Jadi sebenarnya siapa yang lebih tulus?
Dia yang sanggup berkorban?
Atau kamu yang mementingkan diri sendiri dan tidak rela berkorban?
Sesungguhnya perempuan itu lebih senang
Dengan pengorbanan yang dilakukan oleh dia
Dan bukannya kamu yang tidak sanggup
Kerana sememangnya perempuan suka menguji lelaki
Sejauh mana si lelaki menyayangi mereka
Dan sejauh mana si lelaki sanggup berkorban
Sudah tentu perempuan itu memilih dia
Dan bukan kamu
Kerana seumur hidupnya
Tidak pernah ada yang sanggup berkorban
Untuk membuktikan kasihnya
Oleh itu dia lah yang pertama
Yang rela berkorban untuknya
Dan walau apa pun terjadi
Dia tetap setia menanti ‘dia’
Dan bukannya kamu

2. BERGERAK KE ARAH NUR

Betul kata orang
Kehadiran seseorang itu
Mampu mencerahkan hari-hari yang kelam
Tapi juga mampu menggelapkan hari yang ceria
Dahulu, bila aku dalam kegelapan
Tiada siapa yang ingin memimpin aku
Ke arah cahaya nur iman
Setiap seorang yang mendampingiku
Semuanya juga berada dalam kegelapan
Sehinggakan aku terpaksa mencari
Nur itu sendiri
Dan pabila aku terlihatkan sedikit daripada cahaya itu
Aku menghampirinya
Dari celahan nur itu, kau muncul
Untuk membimbingku dan memberikan kasihmu
Namun kau tidak mampu membimbingku aku
Untuk terus sampai ke arah nur itu
Kau hanya mampu membantuku di separuh jalan
Aku sangat mendambakan kasihmu juga bimbinganmu
Namun kau tetap diam membisu
Membiarkan aku berdiri atas kaki sendiri
Kau menolakku ke hadapan dengan kata-kata semangatmu
Untuk terus bergerak ke arah nur itu
Aku berjalan menujunya
Namun saat aku berpaling
Engkau benar-benar telah pergi
Meninggalkan aku sendiri…

3. KEINSAFAN BERPANJANGAN

Dulu, aku tergolong dalam orang nifak atau asi
Tapi sejak Am pergi, dan Zhaf muncul
Aku mula ikut ke jalan yang sebenar
Tak lama lepas tu, daddy pun mula
Mendalami Islam balik
Banyak benda baru yang aku dapat
Sejak aku berubah
Dan aku terus kekal menjadi aku yang baru
Dengan bantuan Zhaf
Tapi sekarang dia dah tak ada
Tapi tak bermakna aku pun kena berubah
Kepada aku yang dulu
Aku kuatkan semangat
Menjalani kehidupan baru
Sebagai perempuan remaja muslimah
Terima kasih Ya Allah kerana
Engkau membuka mataku
Dan melembutkan hatiku ini dengan petunjuk-Mu
Aku cukup bersyukur kerana
Engkau menyedarkan aku di awal usiaku
Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah…

4. PASRAH PADA TAKDIR

Dia tidak rela
Dia tidak mahu
Dan dia tidak pernah menginginkannya
Tetapi itu juga yang berlaku
Yang dia tidak mahu juga yang terjadi
Namun dia pasrah
Dia redha dengan ketentuan Illahi
Dia mengerti apa yang berlaku
Dia mengerti keadaan lelaki itu
Dia faham keadaan lelaki itu
Ianya juga untuk kebaikan bersama
Walaupun mereka berdua tidak rela
Namun mereka terpaksa
Walau apa pun yang berlaku
Lelaki itu tetap menyayanginya
Itulah kata-kata yang menguatkan hati perempuan itu
Kata-kata itu jugalah yang membuatkannya
Masih teguh berdiri sendirian
Dan masih lagi mengharapkan lelaki itu
Kerana dia percaya kasih yang tulus
Selalunya ditemukan jodoh mereka pada penghujung jalan
Dan dia akan setia menanti jodoh itu
Asal dia dapat bersama lelaki yang disayanginya itu kembali
Seperti dahulu kala

No comments:

Post a Comment