Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh
Setakat ni, aku rasa, apa yang aku tak suka at last jadi benda yang paling berharga buat aku.
Dan apa yang aku suka sekarang dah jadi perkara yang paling aku takutkan.
Harus aku akui, memang pada mulanya aku rasa berat hati nak jadi Penolong Setiausaha kat surau memandangkan AJK yang lain Nampak macam main-main dan Nampak macam tak boleh buat kerja. Tapi, sejak Explorace 2012 dah berlalu, dah macam-macam masalah muncul dan sebagainya, aku mula rasa saying kat AJK surau yang lain. Rupanya aku ni tak betul-betul kenal dorang lagi. Aku rasa macam bertuah sangat-sangat actually sebab dorang tak macam orang lain.
Dah tu? Dorang tu macam mana? Dorang tu kan, bila aku ada masalah, aku suarakan masalah kat dorang, dorang tak ada nak maki hamun and marah-marah. Tapi mengeluh tu memang ada lah. Dorang sangat cool!! Aku suka kerja dengan dorang. Tak ada stress. Dorang pun jenis yang tak cerewet dalam sesuatu hal.
Masa Explorace, kita orang ada satu problem besar! Ada satu kumpulan ni, dia kat checkpoint 8, bila dah selesai, dia bukak sampul untuk ke checkpoint seterusnya. Bila dia baca, “Sila ke checkpoint 8.” So, thats the main problem. Dorang dapat checkpoint yang sama. That should not happened! Then Amin, Hafiz dan Aji Taib datang jumpa aku dengan motor. Bagi aku, tak payah nak ikut sangat peraturannya. Asalkan budak-budak ni sampai ke checkpoint terakhir. Dorang pun ok aje.
Habis je acara tu, aku rasa lega sangat. Walaupun semasa Explorace berlangsung ada macam-macam masalah, tapi endingnya, semua orang happy. Itu yang sedap didengar, kan?
And now, benda yang paling aku suka, driving dah jadi satu benda yang membuatkan aku seram sejuk dan menggigil satu badan! Bukannya apa, entahlah... Aku tak berapa ngam sangatlah dengan Kancil aku tu... Kat Akedemi Memandu Cott, aku ok je bawak kereta? Why pulak bila aku bawak Kancil aku, dia macam meragam. Ke sebab Kancil kat Cott pakai gas and Kancil aku pakai minyak petrol? Tak kan lah macam tu sekali?
Tapi memang kesilapan ketara aku, kat gear satu. Rasa macam dah masuk, tapi rupanya belum masuk sepenuhnya, dia tersangkut. Kancil aku memang gear satu problem banyak sikit nak masuk. Aku rasa most of the cars pun macam gitu jugak. Tapi Kancil aku ni yang paling parah. Disebabkan itu, bila aku jalan, enjin pun mati. Kat junction pulak tu! Nasib baik tak ada kereta lain belakang aku. Masa tu aku sorang je nak pergi kanan. Yang lain nak pergi kiri.
Bila jadi macam gitu, aku jadi takut nak stop. Haha... Aku takut kalau nak stop kat T-juction yang tak ada traffic light. Sebab dah pernah mati enjin kat situ. Mau taknya kelam-kabut aku nak menghidupkan enjin balik! Lupa nak free gear, mati enjin lagi. Lupa nak pijak clutch, mati enjin lagi + ngan bunyi bising. Maklumlah, dah kelam-kabut sangat kan? Aku stress sangat masa tu. Last-last apa aku buat? Aku biarkan enjin tu mati. First of all, relax... Freekan gear dan tarik handbrake. Lepas tu start kereta macam biasa. Baru boleh... L+E+G+A=!!!
Terkedek jugaklah mula-mula, then dah ok dah lepas masuk gear 3,4. Entahlah... Sejak peristiwa tu, aku macam dah hilang semangat langsung nak bawak kereta. Aku takut yang amat. Actually, aku datang kerja ni pun aku bawak kereta jugak! Itupun setelah aku kumpulkan segala kekuatan dalaman aku. Korang tak tahu betapa cuaknya sampai berzikir kat dalam kereta tu hah. Radio dah entah apa benda dah, aku memang tak dengar... Hahaha...
Actually, bukannya aku tak pernah stop kat traffic light. In fact, masa kat Cott, aku tak ada pun mati enjin or what-so-ever. Bezanya aku tarik handbrake tapi skang nak bawak gi kerja tak adanya nak tarik handbrake. Sebab nanti aku kelam-kabut nak buat banyak benda. Takut orang belakang hon suruh cepat! Hahaha... Biasalah, new driver, lembab sikit.
Bila kat Cott, traffic light aku memang tak takut. Sebenarnya aku takut yang dalam litar. Jalan raya aku ok, tak takut dan memang boleh bawak. Boleh lah bawak, tapi tak semestinya gerenti lulus. :p Tapi bila bawak Kancil sendiri, memang aku rasa macam nak mati!! (Padahal aku tak pernah mati pun... Mana pulak aku tau macam mana perasaan nak mati tu...)
Tadi bila bawak kereta datang kerja (Anjung Ilmu), masa nak naik bukit pun aku takut. Takut satu je, kalau-kalau jalan tu busy and aku kena stop! Tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan. Jalan lengang. Aku pun terus pijak minyak cam biasa je lah. Tapi bila nak parking... Mak oi... Lamanya engkau nak parking NADIA!! Haha... Masa tu dah 10.30 pagi. Patutnya dah naik and bukak tusyen. Tapi parking punya pasal, aku bukak tusyen kul 11.00 pagi. :p
Malamnya, aku tiba-tiba sakit perut. Aiseh. Kes ni macam pernah dengar je? Macam pernah berlaku aje? Aku sakit perut sebab takut ke? Yelah, bila terfikirkan, 10.30 malam dah nak dekat. Aku kena drive balek rumah ni!! Argh... Aku tak nak drive ~. Boleh tak? T.T Sakit perut aku dibuatnya. Lagi sekali, aku berzikir dan beristighfar dalam kereta, Radio kereta langsung tak dengar. Lagi sekali aku mati enjin kat traffic light!
Aku naik geram. Kenapa kau suka mati enjin kat traffic light, wahai Kancil?? Aku rasa dah tak ada mistake dah...! Aku ada tanya dady, why jadi macam tu. Dady kata timing Kancil aku lebih rendah daripada timing Kancil Cott. Sebab tu lah jadik macam tu. Tapi disebabkan itulah yang buatkan aku dah TAK NAK bawak kereta. Tapi aku tak boleh give up! My whole life depends on it! Tak kan nak ke mana sahaja jalan kaki dan naik bas? Gila! Banyak masa dan duit yang terbuang.
Korang doakan aku supaya dipermudahkan ye... Hehe... (19 jan 2012)
No comments:
Post a Comment