Something To Say


TRUST... never trust someone 100%. coz, they're the one who will stab u at the back. trust them only 50% n keep another 50% for ur self so tht u will not cry on the next day.

You dont have to follow others to be popular and to be loved, because you are loved for what you are.

Nak masuk syurga, KENAL ALLAH SWT dulu.
Ibaratkan tetamu datang rumah. Kalau tuan rumah tak kenal tetamu tu, ingat dia nak bagi masuk ke???

If you feel you hate me, better if you just stay away from me. Don't be a hypocrite. Coz I'm being my own self. Thank you.


OH YA! PANDAI-PANDAI CARIK BUTANG FOLLOW KAT ATAS YERK!

Friday, July 15, 2011

15 July 2011

Hari ni best sangat. Sebab hari ni tak belajar. Sebab ada Perjumpaan Tiga Penjuru (amik report card). Sebab apa best? Sebab parents aku tak datang. : p Haha... Aku memang ngada-ngada. Kalau parents tak datang apahal lah sibuk sangat datang sekolah.

Pagi-pagi lagi Amir dah mengacau. 
Amir - Nanti kan, bila Marzukee datang, Marzukee mesti cakap, "ha, ini lah ciri-ciri menantu yang pakcik nak."
Amir - Nanti saya cakap kat Marzukee, saya sanggup jaga awak, saya sanggup buat apa sahaja, cakap aje. Saya sanggup kalau mas kahwin awak mahal. Saya ni ada banyak duit tau, dalam... dalam tabung.
Aku - Ha, iye lah tu? Duit apa? Duit syiling??
Amir - Eh, mana ada... Duit kertas lah sayang... Ada berpuluh-puluh ribu. Nanti saya nak kita bersanding pakai baju warna kuning. Kuning sweet lah kalau dengan awak.

Haish... tengok! Sekarang aku macam dah biasa pulak dia panggil 'saya-awak' dengan aku. Apahal entah. Putus fius dia tu bulan ni. Tiba-tiba pulak aku jadi wife pertama, then ada wife kedua, penuh sampai wife keempat. Tapi aku pulak yang lelebih, sampai panggil saya awak, sayang-sayang. Geli lah! Dia tu classmate aku! Bukannya pakwe aku...! Lagilah meremang bulu roma bila dia cakap pasal anak. GILA KE??

Amir amik kerusi duduk kat tempat Yoheis duduk dekat dengan aku. Aku jauhkan kerusi aku. Apahal die ni, melampau pulak! Aku cakap dalam hati.

Amir - Ala.. Asal ni... Kita kan dah kahwin 7 bulan, tapi tengok, tak de hasil pun.
Ei... Tolong lah!!!!!
Amir - Awak jangan risau... Awak nak anak 12 pun saya sanggup. Cuma sekali je la setahun... (dia sengih-sengih)
Amir - Awak jangan takut. Saya ni bukannya 'kuat' sangat nak 'tu' kan... 'Kuat' sikit je... (dia bisik)
Ok, seriously, dia dah melampau. 

Aku tengah buat Akaun masa tu (walaupun tak belajar, takkan nak sia-siakan masa kan? Aku study lah...), aku pandang dia kat sebelah aku, aku amik lejer, aku campak kat dia.

"Kau ni kan! Pergilah jauh-jauh! Jangan kacau aku!"

Tergelak-gelak dia... Suka lah tu buat aku marah. Aku dah malu nak mampus dah! Then aku pergi kelas B. Tinjau Nisa. Tak nak duduk dalam kelas dah. Then dengar Yoheis panggil. Asal tiba-tiba YOHEIS panggil. That's weird? Oh, rupanya cikgu Chan panggil aku. Alamak! Dia nak aku tolong dia checkkan sesapa yang tak hadir lebih 10 hari, nak bagi surat amaran. Aku tak nak duduk semeja dengan cikgu tu. Aku tak nak dengar dia leter and marah-marah. Tak suka! Kalau cikgu lain ok la... But not her lah... Dia lah cikgu kedua yang buat aku out of control. Hampir je aku nak tengking dia balik. Betul-betul mencabar kesabaran aku. So, aku tak nak carik pasal. Aku pandang je cikgu yang tengah explain tu...

Cikgu - Kamu faham tak apa nak buat?? 
Sebab aku tengok aje kertas tu tak berkelip and tak angguk tak geleng, no reaction. Actually aku tengah fikir alasan nak mengelak. This is the first time aku mengelak dari tolong cikgu.. huhu...
Aku - Tak, bukan macam tu. Tapi... Saya kene tolong budak kelas B untuk ajarkan Maths...
Memang betul pun, nak tolong ajarkan Nisa Earth as a Sphere. Tapi belum time lagi...
Cikgu - Oh ya ke? Tak apa lah, you go, you go...
Dalam hati, YES!!! Haha.... 

Nisa marah aku sebab aku tipu cikgu. Ok, aku tak nak jadikan ianya satu penipuan, so jom kita study. Haha... Memang dah janji dia ajar aku Vector, Add Maths and aku ajar dia Maths. So, aku salam mak Nisa dulu coz dah nampak mak dia... Mak dia tanya mumy tak datang ke? Huhu... What to do? Ada meeting kul 9 pagi... Tak sempat lah.. Nanti rushing... Tak nak susahkan mumy walaupun nak sangat dia datang... Then senyap-senyap masuk kelas B and start study. 

Tak de sape interfere masa Nisa ajarkan Vector. Tapi bila aku ajarkan Maths, Intan pun join sekali. Dia kata, "Kejap! Kejap! Saya nak dengar jugak... Chapter tu susah lah.." : p  

Habis je ajarkan dia, dia buat latihan, Intan terpaksa balik awal. Too bad. Aku buat soalan past year. Bila dah dapat jawapan... Hah! Menjerit aku... Exited nak mampus! Hahaha.... : p  Macam budak kecik dapat gula. Nisa pun menjerit jugak bila dapat jawapan. Hehe... And kejayaan ni buatkan aku exited sangat-sangat. Best gila bila satu simpulan besar tu terlerai... Lega gila... Vector tak dinafikan memang senang cuma confusing sangat-sangat... : (  Aku kata lah, aku dah boleh buat Trigo. Intan pun share jugak ngan aku. La.. Rupanya senang... Cuma kene pandai manipulate formula... Yup... Betul...

Tapi sayangnya.... Dorang ajak aku pergi study grup Sabtu ni... Petang... Alah!!!! Aku ada tusyen lah... Huhu... Intan ye ye nak ajak aku. Nisa kata, "Dia tak leh datang... Kan saya dah bagitau..." Aku pulak tertanya-tanya. Apa? Apa? Haha... Tapi memang pun... Aku tak boleh pergi...

Then bila turn Nisa untuk jumpa dengan cikgu aku pun gi tinjau kelas aku... Masuk aje dalam kelas, Syafiq Amal terus bukak cerita tanpa dipinta, "Kau tau, LC Chan tu sibuk sangat duk kutuk budak sebelah dia. Budak depan dia dia buat tak tau. Entah hapa-hapa lah dia tu." Aku dah macam, er.. what? Then Maziah sambung cerita. Tapi aku still tak faham. "Kan ada dua meja, satu kat cikgu, lagi satu kat cikgu Norliza. Yang cikgu Chan pulak pergi cerita keburukan budak yang kat meja cikgu Norliza. Yang kat meja dia, dia tak pedulikan. Seolah-olah nak malukan budak yang duduk kat meja cikgu Norliza."

Oh... Ntah la... Cikgu tu... Aku tengok, hidup dia penuh dengan stress. And dia tak reti handle situation. Espicially kelas kita orang. Actually cikgu Norliza patutnya jadi guru kelas kita orang. Dia sanggup kuarkan duit sendiri untuk hias kelas kita orang tahun lepas masa perjumpaan 3 penjuru and naikkan semangat kita orang untuk mencantikkan kelas.  Walaupun tak menang jugak... hehe...

Then aku masuk balik kelas 5B. Nampak Epul. Mak oi... Tinggi betul dia sekarang ni. Makin besar figure badan dia. Makin nampak tough and 'dewasa'. Tak nampak pun macam tua 2 tahun dari aku. Nampak macam baya Bangah, sepupu aku yang umur 27. Tapi Bangah tu, nampak macam lembik sikit. Tapi Epul nampak matang and tough. Haha... Tapi dia sombong arh... Macam dululah... Masa merentas desa. Dia langsung tak tegur aku pun. Senyum pun tak. So, aku pun buat tak tau lah... And aku tak nampak pulak Maziah tergedik-gedik dengan 'abang Saiful' dia tu... EPul pun pernah cakap dengan aku, terang-terang da cuma PERGUNAKAN dia untuk dapatkan Rohaiza. Sungguh lah kau ni.... tut... Haha! Tapi kalau dengan orang macam tu, aku tak de hal pun. Aku restu sebenarnya... : p

Petang tadi pulak ada teknik menjawab Agama. Ustazah dia tak macam ustazah langsung! Haha... Serius memang kelakar. Tak rasa macam attend teknik menjawab Agama pun. Dia memang best. Fav word dia, 'sepak kang', 'cecite cecite (cuba cerita)', 'pe cite ko ni?'. Tadi masa dah habis tu, nak salam lah.. Aku terdengar Ustazah tu borak dengan Ustazah Norlida. Aku tak tau apa butir percakapan dia, tapi Ustazah tu jawab apa tau? "Pe cite ko ni?" Mak aih... Brutal betul ustazah ni. Haha!

Ada sekali tu dia kata, "Agama ni senang aja. Benda basic. Contoh macam nikah, mesti kamu nak nikah kan?" Azahari beriya-iya jawab nak. Haha! Pastu ustazah datang tanya, "Apa rukun nikah?" Pastu dia humban muka dia kat lutut. Haha! Pastu pandang Marwan kat sebelah mintak bantuan.

Ustazah - Kau kahwin nak aje! Cepat aje... Rukun nikah tak tau. Sepak kau kang...
Semua orang duk gelak, then dia kata, saya ada buat lawak ke? Semua senyap. Garang jugak ustazah ni... Tapi garang dia kejap-kejap je. Tapi dia memang best. Paling aku tak tahan gelak, masa Azahari duk padam whiteboard dengan Marwan. Ustazah tulis lah tulisan jawi. Herot-berot tulisan dia sebab whiteboard bergoyang.

Ustazah - Kau tengok! Rosak tulisan saya, goyang-goyang... Sepak kang baru tau...
Azahari tersengih-sengih. Memang lah.. Aku tak pernah jumpa Ustazah yang macam ni. Brutal nak mampus. Haha.... Selalunya ustazah ni lemah-lembut, cakap pun perlahan... Tapi ustazah ni... haih... Tak tau lah.. Haha... Tapi teknik dia bagus jugak... Especially untuk tulisan rumi ke jawi. Dia ajar laju gila. Tapi sempat lah tangkap sikit-sikit.

And sekarang ni baru je balik dari JJ. Actually sejak dua menjak ni. Aku terasa macam asyik ada orang duk IKUT aku ke mana sahaja aku pergi. Dia tengok aku seolah-olah macam tak berkelip. First, masa tu ada sayur tak timbang, so mumy tunggu kat kaunter and aku pegi timbang. Aku perasan sorang ni pakai topi dengan t-shirt hitam. Aku jalan dari kanan dia sampai ke kiri and kepala dia pusing betul-betul ikut aku. Nampak sangat dia tengooooook aje aku. Then aku habis timbang, gi kaunter express balik, and there he is, still standing there and staring at my very steps.

And tadi, ada someone, wearing a cap, and black t-shirt jugak. Could it be the same guy?? Sebab aku tak berani tengok depan-depan. Sumpah aku cuak. Aku takut. Sejujurnya, aku dah fikir yang bukan-bukan dalam kepala otak ni. Aku takut sangat-sangat. Mood aku berubah terus! Aku dah tak seceria tadi. Coz tadi aku menggedik sikit dengan mumy. : p  Then mumy suruh aku check price ada lah apa benda entah. And lorong tu memang tak de orang lain. Habis je check, aku nampak dia kat hujung lorong tu, SMILING STRAIGHT AT ME!!! Memang sah, aku tak perasan sensorang. Aku terus pandang bawah kiri kanan, eh, kanan tak coz dia kat situ.

Aku mintak mumy belikan sudoku. Bosanlah kat sekolah, nothing to do. And guess what? DIA pun ikut aku beli sudoku jugak. Funny huh? Tapi mumy kata dia malas nak naik atas, so go buy it yourself and I'll wait down here. WHAT?! No way I'm going Popular ALONE! Bila mumy suruh pergi sendiri, ah forget it lah! Bila nak bayar, he's there, in front escalator. Duk peluk tubuh menghadap aku, pandang-pandang aku. Then dah tak nampak dia. Dia dah tak de ke?? Then aku dengar ada budak kecik menjerit. Aku pandanglah kat tiang yang ada bangku kat situ. Hepi betul budak tu. Aku tergelak lah tengok budak tu. And there he is again, tengah duduk kat bangku tu. terus aku larikan pandangan aku tak nak pandang situ dah. That's my worst nightmare lah!

Then mumy singgah Watson. Aku masuk ikut mumy. Tapi mumy marah aku. "Pergilah jaga trolley!" Aku rasa marah sangat! Aku rasa nak nangis. Tolonglah!!! Aku tengah takut macam separuh mati tau tak! Aku tak nak duduk kat situ sensorang... Kalau tiba-tiba dia kat depan bangku situ pulak macam mana?? He is truly the stalker ever! Dia tu orang yang sama ke? Kenapalah aku ada sense macam ni?? Tak boleh ke aku buat tak tau and just anggap itu satu kebetulan and normal. Tapi bila dia senyum kat aku tu, ok, that's not normal.

I JUST WANNA GO HOME!!

Bila dah sampai, heavennya aku rasa. Lega sangat. Kenapa? Aku lawa sangat ke tadi?? Huhu... : p  Kenapa? Ada something yang kurang ke kat aku ni sampai dapat tarik perhatian dia? Ada ternampak apa-apa yang tak patut nampak ke? Aku rasa baju aku cukup longgar, cukup gelap, tudung cukup labuh, so what?! Aku pakai simple nak mampus je tadi. Before this pun aku pakai t-shirt chokia, t-shirt dady dengan inner warna hitam and seluar tracksuit. Apa yang tak kenenya? Damn him lah. Tak de orang lain ke? Pergilah stalk orang lain yang pakai baju putih and nampak baju dalam warna hitam tu! Why me?!




---

No comments:

Post a Comment