tak clear sikit.... sorry |
all pictures, from FB Fatin Shahirah
Dalam kelas 5 Cekal, ada budak rajin, ada budak bajet hot, ada budak banyak cakap, ada budak glamour, ada budak kaki tido, ada budak gila attention, ada jugak geng yang... macam mana nak cakap... Entah lah. Susah nak describe! : p
Masa aku Form 2, aku dapat kelas A. Seriously aku macam nak nangis je... Huhu... Aku tak nak masuk kelas tu. Aku takut. Aku memang tak nak kelas A. Budak-budak dia, tak senonoh punye budak. Bukan dari percakapan, tapi dari segi perbuatan. Masya-Allah! Haha... Kalau boleh aku nak anggap yang 'peristiwa' tu tak pernah berlaku. Bapak arh malu gila... Afif dengan Aaron dok ejek aku kononnye aku 'nampak'. Sumpah aku tak nampak apa-apa dowh! Yang korang pulak buat depan aku apa hal?!
Masa kat kelas B pulak bese-bese jek... Masa aku sekolah rendah, aku lagi suka kelas ketiga, 5 Potensi. Masa aku kat 5 Pot, aku tak de masalah, and aku hepi. Kecoh sangat row kita orang. Lebih-lebih lagi dengan dua mamat yang tersesat. Kita orang selalu gaduh pasal tempat duduk. : p Sebab guru kelas suruh kita orang tukar selang-selang setiap hari. Isnin duk depan, Selasa baris kedua, Rabu baris ketiga and so on. So bila ada cuti sehari, selalunya hari Ahad cuti, confirm bertekak berebut tempat duduk. Hehe... Tapi dorang tak nak beralah. Aku dah la tak selesa kalau orang laki duduk belakang aku. Then? Nak buat cam mana... Terpaksa lah...
Tapi masa kat 6 Inovatif, aku pendiam sangat-sangat. Bukanlah masa aku kat 5 Pot mulut murai, tapi aku kirakan macam bercampur lah jugak dengan classmates. Tapi bila masuk 6 Ino, kelas first. Aku culture shock. Aku geng dengan Ana je... Sebab dia from kelas 5 Pot jugak. Dalam kelas 5 Pot, tiga tempat teratas, semuanya budak baru bolot. Aku budak baru tahun 2005 masa tu. Masa darjah 4 aku sekolah kat St Theresa. Memang jauh sekolah tu. Aku pun pelik asal Grandma tak nak hantar kita orang sekolah dekat-dekat. Aku fikir maybe sebab SKSG tu sekolah agama tapi sebenarnya bukan.
Sepanjang aku kat kelas 6 Ino, aku tak bercakap dengan budak laki langsung! And aku tak bercakap langsung dengan budak-budak perempuan lain yang duduk jauh dari aku. Aku just bercampur dengan dorang-dorang yang duduk sekeliling aku je. : p Jiwa aku memang tak sesuai dengan kelas first kot? Standard dorang terlalu tinggi. Hehe...
Budak kelas fisrt kebanyakannya berlagak and bajet pandai je. Tak nak share ilmu langsung. Aku benci. And dia tak nak ajarkan budak yang tak sama kaum dengan dia. Dulu masa kat kelas A, aku tanya Theresa and Taranya, antara budak pandai kat sekolah, tapi dorang kata tak tau. Dah lah masa tu aku panik yang teramat. Aku pindah Tampin sebulan. Kat sana tengah belajar chapter yang aku dah belajar kat Bukit Kepayang. Then disebabkan sekolah sana JAUH, BAHAYA, and tak de KEMUDAHAN langsung-langsung.... kita orang pindah balik ke Seremban 2. Bila masuk Bukit Kepayang balik, silibus dah habis. Cuba bayangkan perasaan aku yang masa tu nak amik PMR??? Mau taknye kelam-kabut hidup aku. Aku rasa macam give-up. And tak de sape nak tolong aku cover chapter yang aku terlepas. Especially Maths.
Tapi lain situasi dia dengan 4 Cekal 2010. Masa mula-mula masuk, aku takut jugak kalau aku ni disisihkan coz aku dari kelas A. Manalah tau dia orang tak suka akwan dengan budak cam aku ni. Risau jugak. Tapi aku tak nak amik subjek yang aku memang confirm akan lost and tak de hati nak belajar. Tapi semuanya cuma mainan fikiran je. Mana ada semua tu. Dorang best sangat. Tak kira Cina, India, tak de segan-silu datang je tanya apa-apa yang tak faham. And dorang jenis yang share apa-apa information. Tengoklah sekarang kat FB 5 CEKAL'S CREW. Semua orang share info, jadual ke, baju kelas ke, esok bawak buku apa, and so on.
Paling aku amaze tu, bila ada budak Cina datang kat aku tanya beberapa soalan. Aku tergamam la jugak. Wah, nak jugak dorang tanya kat budak Melayu kan? And Add Maths, ada sorang budak Cina memang terror arh... Aku dok buat-buat... Then stuck... Pastu dia tengah tinjau-tinjau merayau sekeliling kelas. Dia tengok aku stuck, dia tunjukkan jalan kerja. Dia tak payah explain sebab aku tau, dia bukannya pandai cakap bahasa Melayu sangat. Dia tunjuk a few steps and aku dah tersengih sorang-sorang. Kadang-kadang, Maths tak payah orang explain, tunjuk je jalan kerja, aku da faham. So, bila dia tunjuk tu, aku dah ok dah.
Then sejak tu, dia selalu tinjau aku and tolong aku buat Add Maths. Itu pun kalau lah dia lepak dengan budak Cina yang duduk belakang aku.
Masa cikgu Norliza, cikgu suka bacakan and kita orang salin. Tapi masalahnya, ada aje someone nak gantikan tempat cikgu and tolong sambungkan ayat cikgu. Tahun lepas, pernah sekali Syafiq Amal duduk depan aku. Dia cakap pasal puasa dengan raya. Then aku angguk-angguk. Dia bukannya salin pun. Tiba-tiba aku tertulis perkataan 'raya' pulak. Dia nampak, dia dok gelakkan aku. Kurang hasam kau ni. And yang rajin dok menyambung ayat cikgu tu, Syafiq Amal lah. Kalau sambung yang elok-elok tak pe jugak. Ini tidak, benda yang tak senonoh dia pergi tambah. Cikgu apa lagi. Haha! Kadang-kadang nampak cikgu macam nak tergelak tapi dalam hati mungkin dia cakap 'control.. control... jangan gelak...'. Hahaha!
Budak yang suka tido dalam kelas, XueYing dengan Syafiq Amal. Paling tak tahan bila cikgu Asha ganti tempat cikgu Rabaah masa dia gi operate tu. Dia memang tak suka tengok student tido. Dia suruh orang kejutkan Syafiq Amal. Then tiba-tiba je Syafiq Amal bangun kelam-kabut cepat-cepat pegang pen. Hahaha... Tak payah lah... Semua orang tau kau tido... Banyak kali dia macam tu. Kononnye dia tak tido la...
Jomanda pernah komplen... Amal tido kat meja dia sampai air liur meleleh. Eiiii! Geli arh! Haha... Kesian Jo... Kalau aku lah kan... Kena sama' meja tu dulu.... Hehe...
Hari tu, cikgu Norliza sakit tekak, batuk berkahak. Then, dia macam berdehem-dehem lah nak hilangkan kahak tu. Syafiq Salleh, Vin, sume dok ejek cikgu. Dornag pun join berdehem sekali. Haha... Kesian betul aku tengok muka cikgu. Sedih je. Dah lah tengah sakit ni, dorang dok ejek-ejek pulak kan.
Time cikgu Chan dalam kelas, hah, tak payah cakap, memang terlampau bising. Sebab budka tak suka cikgu Chan. Cikgu memang keje nye menensyen student. : p Hari tu dia marah kat Navin. Dia kata, selagi Navin tak tukar tempat duduk, dia tak nak mengajar. Aku bisik kat Navin, "Duduk je kat situ, jangan tukar tempat. Kalau tak kene belajar." Hahaha.... Jahat aku nieh... Dia gelak... Dayah pun terdengar and join sekaki. Lagipun ramai yang tak siap dua summary and karangan. : p Semua sibuk nak buat aktiviti 'copy and paste'.
Yang paling tak boleh blah bila cikgu marah sangat, geram sangat, dia keluarkan handphone and amik gambar or rakamkan apa yang student buat dalam kelas. Budak laki dok ejek, cikgu nak tayang phone baru. Haha... Tapi kan, cikgu ni memang lah tak patut buat macam tu. Lagilah budak perbodohkan dia. Budak mana ada takut. Bila time kelas cikgu kan, aku automatik rasa tensyen je... Sebab cikgu tu memang selalu dalam mood yang menstresskan! Aku pun terjebak sekali dengan stress dia. Tak tahan aku. Asyik marah-marah aja! Syafiq Salleh kata, dia ni tiap-tiap hari period ke?! : p
And ada gak yang kata, ni mesti sebab tak kahwin lagi.. Haha... Macam-macam lah korang...
Tapi cikgu yang paling best, cikgu Malarvily. Aku sayang giler ngan cikgu tu. Cikgu kata,"Truly, I'm going to miss all of you. This is the first time selama saya mengajar, saya akan rindukan kelas kamu dengan kelas D." Ada yang kata, "ni mesti sebab Navin dengan Kelvin kan?" Sebab dorang rajin buat lawak dengan cikgu and rajin 'bodek' cikgu bila tak siap keje. Marah, marah jugak tapi satu saat tu cikgu akan tergelak. Comei arh, cikgu... Tapi cikgu kata, "No, it's not because of Navin and Kelvin only, but all of you. All of you, 5C and 5D." Aku kata lah kat cikgu, "Cikgu orang fisrt yang puji kelas kita orang, cikgu lain semua menyumpah seranah. Especially cikgu Chan. Only cikgu je yang boleh handle kelas kita orang." Which is true. Waktu cikgu Malar, semua orang akan duduk senyap-senyap tak buat bising and behave properly. Tak banyak kerenah and dengar cakap.
Kebetulan kat sebelah tu cikgu Chan. Mak aih... Bising nak mampus! Dengar Syikin bagi greetings banyak-banyak kali. Agaknya cikgu tak puas hati kot dengan dorang. Haha... Cikgu Malar pasang telinga and tergelak sendiri. "Kalau 5C tak boleh handle apa lagi 5D. 5D lagi teruk budak-budak dia." cikgu Malar kata. Yup, memang tersangat betul. : p
Tapi pernah waktu agama, Cikgu Noraini masuk and kutuk-kutuk cikgu sejarah yang bukan Islam. Dia kata dorang bukannya nak sangat mengajar, dorang tak ikhlas and pentingkan kaum dorang je. No, I dont think so. Dia je cakap ikut sedap hati. Cakap lah apa yang cikgu nak cakap, tapi kita orang 5C tetap sayang cikgu Malar. Cikgu Malar tak pernah bersikap racism dalam kelas. Bila budak India cakap tamil, dia tak pernah balas tamil tapi dia akan balas dalam bahasa Melayu. And dia lebih suka bila Amir buat lawak berbanding Navin dengan Kelvin. Itu yang aku perasan. Tak lah! Cikgu langsung tak macam tu lah! Mana ada cikgu lebihkan India. India kelas aku selalu kena marah. Cikgu fair and square. And cikgu suka kongsi tips kecantikan or tips kesihatan dengan kita orang dalam kelas, sesekali.
Everytime cikgu share tips dia kan, aku terasa macam sayaaaaaaannnnnnngggggggg sangat-sangat kat cikgu Malar. Terasa macam dia caring gila dengan kita orang. Especially bila dia cakap pasal breast cancer, perubahan cuaca, jangan derhaka dengan mak bapak and banyak lagi. And dia ada cakap, make-up untuk remaja tak sesuai sebab chemical daripada make-up akan mengganggu sistem pembinaan sel-sel muka. Sebab kita masih lagi dalam stage growing up. Masih dalam proses tumbesaran. And lip gloss akan membuatkan bibir jadi gelap and banyak lagi cikgu share dengan kita orang. And aku amik tips yang cikgu bagi tu, masukkan dalam tazkirah aku untuk info budak-budak Puteri Islam. Ustazah Fatimah stop buat kerja and dengar je apa aku cakap kat depan. Maybe itu info baru untuk dia kot. : p
5 CEKAL adalah kelas yang paling akan aku rindu nanti. Cikgu yang paling akan aku rindu is Cikgu Malar, Ustazah Fatimah, Ustazah Latifah and Cikgu Fadzilah. Aku suka muka lembut Ustazah Fatimah. Aku suka perangai kebudak-budakan Ustazah Latifah, especially bila dia merungut tak suka mengajar budak kelas belakang. Haha... Ustazah tu nak mengelat aje kalau boleh. : p And cikgu Fadzilah pulak, aku tak akan lupakan jasa dia because dia lah yang tolong aku cope balik dengan Maths aku masa aku PMR dulu. And sampai sekarang bila bertembung dengan dia, dia akan tanya perkembangan aku. Kalau dia dengar komplen pasal aku, dia akan carik aku and tanya kenapa cikgu tu komplen. Cikgu memang tak suka kalau aku drop. Cikgu tu kalau boleh nak dengar yang baik-baik and yang cemerlang je daripada aku.
And banyak kali cikgu tawarkan aku untuk jadi koperator, tapi banyak kali jugak aku tolak. Huhu... Aku nak, tapi mumy tak galakkan sangat. And aku tau lah... Siapa yang komplen tu.. Hahaa... Sapa lagi kalau bukan Cikgu Norliza. Dia pun cikgu koperasi jugak. hehe.... Dulu masa aku sibuk dengan kawad kaki, pak cik guard nasihatkan aku, jangan aktif sangat, nak SPM.... Cikgu Fadzilah pun sama, kawad, kawad jugak... Study jangan lupa. SPM tak tunggu kamu ready... Betullah, cikgu-cikgu kat sekolah and pak cik guard memang caring gila. Aku rasa macam disayangi owh... Mesti rindu gila ngan skolah ni. Dah lah ni sekolah yang paling lama pernah aku duduk. : p
LOVE 5 CEKAL 2011
LOVE THE TEACHERS AND STAFF
LOVE SMK BUKIT KEPAYANG
LOVE SEREMBAN 2 !!!
----
No comments:
Post a Comment