I miss them so much... Dia orang adalah kawan-kawan yang paling havoc and kecoh and simple yang pernah aku ada. Hari tu, aku add Hadi balik kat FB. Aku tegur dia. Sengaja letak i miss you. Mengamuk dia. Haha! Alah... Rileks la... Hehe. Risau dia, manalah tau kang awek dia jelez pulak kan... Tapi dia ada awek ke? Yang pasti married to... someone. Tapi tak kisah pun.
Dulu aku letak gambar Madi dengan posing specialnya - jari hantu. Haha... Kene pulak dady dok tengok gambar tu. Tergelak dia sembunyikan muka. Kau ni buat lawak ajelah Madi. Hadi pun pun gelakkan dia. Apa lah... Dady pun tak cakap apa, and terangkan macam mana nak bluetooth or hantar kat phone gambar ni.
And aku punye part dah hilang... So, gambar ni pun aku amik dari FB Madi. Tapi aku tak add dia. Sebab aku tak nak Muk add aku. Aku juz add Hadi sahaja. Aku baca komen-komen kat situ... Kat the only one gambar ni. Tapi ada sorang yang tak de, Sarah... Coz dia yang amik gambar.
One of the comments, "Madi, kalau ada apa-apa berita pasal Nad, kau jangan rahsiakan dari aku." Aku tiba-tiba rasa bersalah pulak. Coz dulu aku rajin hantar surat and aku hantar kat Amal. Aku kata jangan bagi dia baca. Sebab aku cerita pasal Epul dengan Ayin. Tak nak dia baca coz, aku tak nak dia terasa ke apa. Tapi aku tak tau kenapa tapi Amal macam dah berubah. Dia macam tak amanah macam dulu-dulu. Dia bagi jugak Muk baca.
And lagi satu, "Aku rindu lah kat orang tu."
Madi - Kau ni... Janganlah cam tu. Kesian aku tengok kau ni.
Muk - Tapi aku tak kisah, Aku akan terus tunggu dia sampai dia terima aku balik.
Argh!! Kan aku dah kata! Dont wait coz I'm going not going to come back to you! Never! Not again. Aku dah kata dah terang-terang. Jangan tunggu, jangan mengharap. Tak ada gunanya. Sumpah, aku dah TAWAR HATI dengan dia. Aku kejam ke? Masalahnya, kalau aku biarkan dia tunggu aku, itu barulah aku kejam. Tapi aku dah kata, dont wait for me. Aku dah warn dia. Dia yang tak nak dengar. Ok, full stop about this story.
Sejak aku pindah, Sarah kelas lain, Muk kelas lain, Hadi skolah lain. Hurm... And dorang pun macam... Entah, aku rasa dorang dah tak macam dulu. Macam dah berpecah. Bukan satu grup lagi. Dulu ke mana sahaja jalan grup. Hadi jalan dengan Madi, Sarah jalan dengan Amal, aku jalan dengan Muk. Dua-dua dalam satu line. Kalau tak pun Muk jalan dengan Hadi, aku dengan Amal, Sarah dengan Madi. Kesian Sarah dengan Amal la bila Madi dengan aku start jalan berduaan. Haha... Amal pulak tak suka sangat dengan Sarah yang blur tu.
Boleh dia buat blur masa orang tengah cakap benda yang important! Haha.... Dia akan kata. "Hah? Kau cakap dengan aku ke?" Masya-Allah... Memang lah! Dah tu dia je yang ada kat situ? Sapa lagi?
Ada cerita di sebalik grup ni, before aku masuk skolah ni, Roshena, ex-gf Muk, duduk kat sebelah Amal, tempat yang aku duduk masa tu. Aku masuk Seri Pagi lepas cuti 2 minggu. And Shena pindah sebelum cuti 2 minggu. Just nice timing aku. : p And dorang kata, kehadiran aku ibaratkan ganti Shena. Cuma Shena hitam aku putih. Haha! Bukan nak kutuk, tapi itu lah yang dorang cakap.
Ada sorang mak ni, mengandung anak kembar 6 orang. Mak tu, mak kepada Shena. Anak first, Muk. Disebabkan dia yang sulung, dia suka arah-arah orang tapi tak de orang dengar. Sebab tu dia suka syok sendiri. Muk kat sebelah dok gelak-gelak. Tapi dia tak marah, And tak de sape marah bila Hadi cerita. Maybe dorang dah terima kenyataan. Haha! Memang pun, kalau time Muk bercerita, semua orang pandang dia tak de reaction, then kata, "Kau ni syok sendiri lah... Gelak sorang-sorang. Kesian kau." Haha! Jahatlah korang ni.
Then anak kedua, Amal. kejap kejap... Aku rasa aku lupa cerita Amal la... : p Hah, memang tak ingat. Sorry.
Then, Shena kot tak silap aku. Aku tak tau bila bufday dia, so tak tau la dia yang ke berapa. Hadi kata, masa nak bersalin tu, ada api kat bawah katil. Itu pasal Shena lahir je dah hangus, rentung. Haha! Kurang ajar gila. Semua gelak. Memanglah korang ni kan... Hehe...
Lepas tu, Madi. Masa hampir nak time untuk bersalin, si mak ni potong kuku. Then terpotong separuh dari kuku dia, membuatkan kuku dia nampak cacat and sangat kecik berbanding jari dia. Ah! Tak tau cam ne nak explain! : p So, akibat dari peristiwa itu, lahirlah Madi berjari kontot. Actually kuku kontot. Hehe... Hadi kata, kau cuba tengok kuku Madi. Haha... Betul la... : p
Then Hadi pulak. Masa pregnantkan Hadi, mak Shena suka makan. Asyik makan aje keje dia. Lahirlah anak ke lima dengan jarak 5 hari dari Madi dan jugak tak lupa dengan ke'chumel'an Hadi.
Lepas tu Sarah. Masa pregnantkan Sarah, mak ni ada banyak jerawat tumbuh kat muka. Memang banyak la... So, sedikit-sebanyak ter'pass' pulak kat Sarah and lahirlah Sarah yang banyak jerawat. : p
---
Kenangan yang paling tak boleh lupa... Masa bulan puasa. Haha! Tengok, belum cerita aku dah gelak. Serius aku rasa kelakar gila, and malu yang teramat. Masa tu kebetulan empat-empat cuti, tak puasa. Tapi hari lain-lain. And entah macam mana, lapar pulak rasa. And entah siapa punya idea, pergi kantin beli kuih. Mak oi... Malu gila. Sume budak bukan Islam, (masa tu baru aku tau skola ni ada budak bukan Melayu. : p) dok pandang semacam je kat kita orang. Kita empat orang dok tengok-tengok sekeliling hoping that tak de budak laki nampak and hoping that yang jaga kantin tu mak cik bukan pak cik.
Tapi malangnya, pak cik yang jaga. Gila betul. Aku dah macam nak lari je. Haha! Then kita orang teragak-agak nak beli. Pastu pakcik tu cakap, "Tak apa. Pak cik 'faham'. Pak cik pun ada anak perempuan jugak." Haha... Then seludup karipap masuk dalam poket bawak masuk dalam kelas. Bila pertukaran waktu, kita orang pergi ke tangga kat sebelah kelas sebab kita orang punye kelas hujung selepas satu kelas. So, nak ke tangga tu, ada kelas UKM, kita orang UM. Floor atas, Form 2, floor bawah, Form 4, bawah lagi, betul-betul bawah tangga, tempat fotostat. Itu ground floor la.
And kita kuarkan karipap, makan and duduk kat tangga. Tiba-tiba... Dengar satu suara dari 'abang hensem' kat atas.
Abang hensem - Oooooo! Tak puasa! (dengan suara yang seakan menjerit)
Madi - Weh! Asal kau tak nampak mamat tu?! (bisik kat aku)
Aku - Mana aku tau, aku pun tak perasan. (aku bisik balik)
Abang hensem - Alah... Tak apa... Tak apa... Abang ni memahami. Abang faham kalau korang tak puasa...
Dalam hati, aku rasa macam loya tau tak! Ber'abang-abang' pulak. Pada hal tua setahun je. Tapi malu gila masa tu. Agaknya dia dengar kita orang dok bising-bising and dia pun jenguk ke bawah. Then kita orang terus masuk dalam kelas dengan baki karipap dalam poket.
Waktu petukaran lagi, kita orang keluar. Kali ni turun bawah, floor Form 4. Makan-makan... Tiba-tiba dengar bunyi derap kaki. Cepat-cepat sembunyikan karipap! Haha! Aku sembunyikan kat sebalik sapu tangan. Dorang masukkan dalam poket and stop mengunyah. Hah! Tak dapat bayangkan muka dorang masa tu tengah tahan gelak and tahan malu. Itu lah korang. Gatal sangat nak makan. Tau lah lapar! Aku pun ikut je. Haha...
Then abang tu lalu je sambil pandang kita orang. Madi sengih-sengih. Kita orang tunggu je dia blah dari pandangan kita orang and tak berbunyi sepatah pun. Buat seketika, kita orang senyap and tak bergerak pun. : p Dia dah lalu and dah tak nampak dah kelibat dia, kita orang bantai gelak. Then sambung makan. Betapa tak patutnya kita orang sambung makan sebab....
Abang tu lalu kat situ balik. Then dia kata, "Amboi... Patutlah tadi ada bau karipap."
Kita orang senyap je. Sarah tersenyum-senyum, tersengih. Abang tu pun terus turun ke bawah gi fotostat. Then terus, "Ah! Nyesal gila." Haha... Malu yang teramat. Banyak kali muka kita orang memerah hari tu. Tapi tak serik pun. The next day, continue jugak. : p Tapi bila sorang dah start puasa balik, kita orang pun stop. Dah tak jadi naughty girls dah... : p
Memang best lah ada dorang sebagai kawan. And aku jadi tempat ngadu dorang. Especially Sarah. Dia tu kan suka buat-buat blur dengan semua orang. So, bila dia story masalah dia kat Madi, Madi pun buat blur. Dia rasa tak best la sembang dengan Madi. So dia carik aku. Aku, kalau orang cerita masalah ni, aku dengar je, sebab aku tau, sometimes kita kene express kan semuanya supaya rasa lega, walaupun aku tak boleh tolong apa-apa. Dia ni special sikit. Pakwe dia mualaf. Patutnya form 3 tapi dia masuk form 2 sebab dia peluk islam masa dia form 2, so dia kena ulang balik form 1. Semata-mata untuk belajar subjek agama, kene repeat form 1. Naya betul. Tak boleh ke just study and amik paper? Study sendiri la.
But thats not the problem. Problemnya... Sarah ni macam Rohaiza dengan Epul. Asal jumpa Saiful (nama pun sama : p) je, mesti nak larikan diri. Kalau boleh tak nak bertembung langsung. MALU! Apa lah?! Kalau macam tu tak yah la kapel? Ye la... Time tu boleh la aku cakap macam tu... Sebab aku tak rasa sendiri. Tengok lah aku sekarang. Nak ke jumpa Shah?? Haha... Kalau boleh nak elak, tapi aku tak kan elak, nanti dia pikir aku ni macam tak suka dia pulak, nanti dia terasa hati. Tapi aku MALU! And skang baru aku faham apa yang Sarah rasa, : p
Tapi kesian jugak la kat Sarah, coz lama-kelamaan, Saiful rasa tawar hati dengan Sarah sebab Sarah asyik lari dari dia. Last-last dia clash carik orang lain.
---
Mak Sarah cikgu seni kat skola Seri Pagi. So, ada satu masa tu, entah kenapa, kita orang semua kumpul kat bilik seni lepas sekolah. Kita orang tumpang sembahyang kat situ, bukan kat surau. Then aku dah habis solat, aku duduk luar dengan Hadi, Muk, Amal. Madi dengan Sarah gi solat. Then, semua dah habis solat, duduk kat situ. Mak Sarah duduk kat depan kita orang.
Mak Sarah (tak ingat nama, hehe) - Apa lah korang ni. Perempuan, tapi duduk terkangkang. (dituju khas kepada Madi yang memang kasar sikit orangnye.)
Mak Sarah - Kau tengok mak ni, barulah sopan namanya.
Padahal mak Sarah pun duduk entah hapa-hapa. Kita orang semua gelak, Hadi kan berani sikit. Dia tak kira itu orang tua ke apa ke, dia jenis cakap lepas.
Hadi - Eleh, ye ye je cikgu ni. Cikgu pun duduk entah hapa-hapa. (mak Sarah sengih-sengih)
Mak Sarah - Tengok Nadia! Sopan aje duduk, ini korang duduk terkangkang-kangkang. Cuba lah jadi 'perempuan' sikit. Duduk macam lelaki!
Muk - Eh, tengoklah awek sape...
Ah... Dah.. Mula dah orang lain yang angkat bakul sendiri.. : p
Aku senyap je, garu kepala tak tau nak buat apa, so, senyum aje la...
Hadi - Amboi... Kembang bontot Nad! Tengok hidung dia, kembang kempis!
Amal, Madi dengan Sarah beriya-iya gelakkan aku. Haha! Kurang hasam betullah kau ni Hadi!
Mak Sarah sebenarnya bukan lah seorang yang... macam suka sangat Madi dengan Amal. So, aku ingat dia ngan aku pun macam tu. Tapi rupanya tak. Aku je yang mak dia suka. Apa-apa kalau sebut nama aku, semuanya boleh. Tak ada yang tak boleh. Sejak tu... Sarah pun mula lah....
Sarah - Ma, pinjam telefon, nak amik gambar Nad!
Mak Sarah - Ambik la, dalam handbag.
Sarah - Ma, nak kamera.
Mak Sarah - Nak buat apa? Kang kene rampas malas ma nak pegi pejabat amik balik!
Sarah - Nak ambik gambar Nad buat kenangan... Tak lama lagi dia nak pindah...
Mak Sarah - Ha, ambik la...
Haha.. ! Tengok tu... Sarah ni licik betul. Sesedap hati je pakai nama aku. Memang. Apa sahaja yang Sarah mintak semuanya tak boleh. Sebut je nama aku, semuanya boleh.
---
Last day kat sana, semua sibuk... Patutnya exam akhir tahun... Tapi hari tu, tak de exam sebab nak buat preparation untuk reunion Form 5 batch yang sebelum-sebelum. Siap ada meja bulat dengan alas grand ala-ala kat hotel gitu kat tapak perhimpunan. Kita orang punya kelas dengan tapak perhimpunan sebelah-sebelah je. Aku ingat lagi, hari tu hari Jumaat. Bulan Oktober.
Semua classmate aku sibuk. Sibuk apa? Sibuk buat kad untuk aku. Hampir SEMUA CLASSMATE dk buat kad last minute nak bagi aku. Apa susah? Kat bawa ada tempat fotostat tu, dia jual kertas warna warni, binding, semua ada, lengkap macam kat kedai stationary. Ada akak jaga full-time. Bukit Kepayang patut buat cam tu lah... Senang. And bila semua sibuk, tinggallah aku sorang-sorang. Aku rasa sunyi. Huhu... Sebab tak pernah rasa bosan macam tu. Selalunya dorang mesti ada sekeliling aku buat kecoh. Tapi kali ni aku tak leh duduk dekat dengan dorang sebab dorang nak aku baca kad tu dengan surprise. Nanti kalau dah tau isinye, dah tak best dah....
And dorang buat sekali kad untuk birthday aku on November. Korang ni sweet gila la! Disebabkan dorang kawan aku yang paling best ever, and ingat bufday aku, aku tak pernah lupa bufday masing-masing. Amal, 18 March. Madi, 9 Sept. Hadi, 14 Sept. Sarah 31 Dec. Muk, 6 Jan.
Bila aku dah sunyi tu, aku kuar kelas. Aku rasa cam nak nangis. I'm gonna miss them like hell lah. Aku rasa sedih sangat nak tinggalkan Seri Pagi. Masa aku kat Wangsa Maju, aku tak nangis pun. Aku sedih tapi sekdar di bibir tapi tak de kesan langsung dalam hati. Sebab dah biasa pindah-randah kan... Tapi dorang buat aku rasa macam, tak kan ada lagi kawan macam dorang.
Aku dah nangis dah masa tu. Ada dua orang senior kat tangga depan makmal komputer, that is sebelah kelas aku. Dia tegur, "Hai dik... Asal ni, sedih je? Meh sini, Abang tolong reda kan..." Banyak lah kau nak redakan... Budak-budak laki kat Seri Pagi terlalu 'peramah' tau tak. Aku buat donno je. Nangis kat toilet. Then aku masuk kelas balik. Dorang carik aku rupanya. Aku kena serbu, kau gi mana? Asal tak cakap ngan kita orang, kita orang teman. Kenapa pergi sorang je. And macam-macam lah...
So, dia orang bawak aku jalan-jalan sekitar skolah. Dorang macam tau je hati aku. Aku sebenarnya tak nak dorang buat kad semua tu. Aku nak kan dorang ada kat sisi aku pada saat-saat akhir aku kat sekolah tu. Bukannya tinggalkan aku sorang-sorang and sibuk buat kad. Aku tak kisah pasal tu, aku just nak luangkan masa yang tak seberapa ni dengan dorang. Tapi masa tu Hadi dengan Muk tak ikut. Aku tak tau la dorang pergi mana. Pastinya Muk masa tu ada perjumpaan pengawas.
And Amal, memang sweet sangat. Dia sanggup datang rumah aku nak tolong pack kan barang-barang aku. Tapi dah siap packing dah. Dia terkejut sebab petang dia datang, rumah aku macam biasa, satu plastik pun tak nampak. Kotak pun tak de. Bila malamnye dia sampai, dia tengok rumah aku dah kosong. "Cepatnya korang kemaskan barang semua?" "Amal, kita orang dah biasa sangat, malah dah terlalu biasa pindah. Kemas barang tu kacang je bagi kita orang. Lorry on the way, masa tu lah kita orang start kemas-kemas."
And Amal, memang sweet sangat. Dia sanggup datang rumah aku nak tolong pack kan barang-barang aku. Tapi dah siap packing dah. Dia terkejut sebab petang dia datang, rumah aku macam biasa, satu plastik pun tak nampak. Kotak pun tak de. Bila malamnye dia sampai, dia tengok rumah aku dah kosong. "Cepatnya korang kemaskan barang semua?" "Amal, kita orang dah biasa sangat, malah dah terlalu biasa pindah. Kemas barang tu kacang je bagi kita orang. Lorry on the way, masa tu lah kita orang start kemas-kemas."
And masa tu, aku dapat big hug dari Amal. Dulu masa kat Wangsa Maju, Syaz kata nak peluk aku as goodbye la kononnye, tapi dia malu. Amal, tak de apa-apa warning pun dia terus peluk aku. Sumpah aku tak pernah rasa dihargai and disayangi among my frens. Amal peluk aku, aku pun terkejut jugak and peluk dia balik. Rasa macam nak nangis lagi. Huhu... Paginya tu, masa kat sekolah, sempat amik gambar last moment lepas habis waktu sekolah. Tapi sekejap je, sebab Hadi dengan Muk kene gi solat Jumaat. And aku cuma ada satu copy je gambar yang dulu-dulu punya, tapi yang last day tak dapat la...
Masa tu tak ramai lagi yang pakai komputer dengan pendrive segala. Tak meluas lagi Internet ni. Boleh send je atau pun pakai pendrive or memory card. Masa tu semuanya pakai cuci je walaupun ada memory card. Kalaulah printer aku ada scanner... Aku masukkan gambar Amal pakai baju kebaya, sweet gila dia. Comel sangat. Lawa dia tu sebenarnya, tapi memilih betul! : p Ala... Kawan aku semuanya lawa-lawa.. haha!
---
Pernah dulu kita orang buat folio kat kantin lepas habis skolah. Then ada satu grup guys ni, senior lah... Aku perasan la dia dok panggil-panggil. Tapi tak tau panggil sapa. Aku buat donno lah sebab dorang semua buat tak tau. Then sorang mamat tu panggil Muk. Aku tengok je lah Muk pergi sana. And buat tak kisah. Then aku terdengar, "kirim salam". Then Muk cakap,
Muk - Nadia, dia kirim salam.
Muka dia macam tak puas hati je... Tau lah aku, dia jelez tuh... : p
Aku - Walaikumsalam.
Aku jawab perlahan.
Muk - Nadia! Dia kirim salam...!
Aku - Kan dah jawab tadi?!
Muk - Asal pulak? Saya kata Mardhiah, awak ni perasan lah!
Aku bengang sendiri. Aku pandang grup senior tu. Madi tengah jalan ke kaunter kantin nak beli. Tapi aku tak nampak sorang pun pandang gerak-geri Madi. Aku tau lah Muk jelez. Aku tau lah dia tak puas hati. Tapi jangan lah buat cam tu. Buat macam aku ni perasan lawa sangat. Tapi memang pun. Bukannya aku perasan. Memang budak-budak tu pandang aku siap melambai kat aku lagi. Aku pandang Muk and... malas nak carik pasal and tak nak masalah, aku pun diam je lah.
---
Walaupun dady kata skola tu skolah yang tak bagus, skolah untuk budak jahat, tapi aku tak rasa macam tu coz aku rasa macam 'selamat'. Sebab kawan-kawan aku jenis yang protect each other. Especially Hadi. Jangan lah ada sesapa kutuk salah seorang dari 6 orang ni, Hadi akan bangun and back-up kita orang. hadi akan berdebat and bertikam lidah dengan orang tu sampai orang bengang and mati kutu tak de idea nak cakap dah. Aku tabik gila dengan Hadi. Hadi memang kawan sejati. Aku sayang gila kat dia. Kawan yang paling layak digelar 'KAWAN'. Hadi ibaratkan ketua grup ni la walaupun tak de ketua pun sebenarnya, and tak de nama pun grup kita orang. : p
Aku truly sayang dia orang, including Muk. Tanpa Muk pun tak lengkap grup ni. Walaupun dia ex aku, and banyak jugak yang aku tak bape suka ngan dia. Tapi kalau dorang semua datang rumah aku and Muk tak de, mesti lagi rasa janggal. However pun lah, kita one grup, hilang sorang, tak de lah grup ni. Dah tak sama dah... So, I'll just appreciate every person yang sudi datang jauh-jauh beraya kat rumah aku.
Hari tu Madi call sebab dia dapat free call. Tengok! Terharunya. Dapat je free call, terus call aku. Ingatkan nak call pakwe! : p And dorang dah bincang. Nanti habis SPM nak hangout sama-sama enam-enam orang ni. Tapi dia takut mumy tak kasi. Alah, da habis SPM, apanya yang tak kasi. Kalau sekadar nak kuar dengan korang tak de hal kot, sebab parents aku dah kenal setiap sorang dari korang ni. : D Dah kenal sangat. And mumy puji dorang sebab dorang mintak tumpang solat. Hurm... Entah lah... : p I'm just happy sebab mumy dapat terima my frens yang dulunya mumy tak suka.
Sebab aku tau.. masa aku dengan dorang dulu, aku mengaku aku 'liar' sikit. Tapi aku dah tak buat dah. Aku menyesal. Setiap kali kuar rumah, atau balik lewat aku akan inform. Dengan sapa aku kuar, aku cakap.. Kalau tak bagi kuar, aku tak kuar... Aku tak nak ulang balik kesilapan aku dulu. Kuar tanpa izin, balik lewat tipu bagi alasan study kononnye, padahal pegi rumah Madi dengan Muk. Sebab dorang duduk dekat-dekat. Then 'berkenalan' pulak dengan mak ayah Muk sume... : p And mak ayah Madi, dengan van chumel dia... hehe..
Tapi aku tak jumpa mak Muk, coz dia tak kuar. Masa tu ayah dia memang kat luar, kat halaman rumah. Tak sangka pulak aku Muk tinggal kat tempat macam tu. Rumah teres dua tingkat, lawa jugak la... Aku pun rumah teres setingkat jek... Tapi tak kisah la, dia adik-beradik ramai. Tapi first impression aku bila sampai kat rumah dia, dia lari anak kejar adik kecik dia. Adik dia terkedek-kedek lari pergi kat ayah dia. Alahai... Sweet gila! How I wish to have a brother macam tu.
Muk panggil mak dia tapi mak dia busy buat apa entah. Tapi kita orang tak masuk dalam rumah. Tak kan nak masuk rumah dia kot? Tak lah... Kita ornag pun singgah kejap je coz lepas tu nak lepak kat rumah Madi. Tapi aku salah. Aku tak patut buat macam tu...
Dulu aku banyak sangat salah! Dulu, banyak sangat dosa aku, menyesal sangat-sangat.
- aku tak pakai tudung bila Muk datang rumah
- aku pakai baju singkat je bila Muk ada kat rumah
- aku selalu tipu mumy bila nak gi rumah Madi
- aku selalu balik lewat tanpa sebab, lepak kat sekolah, tengok Muk main bola keranjang
- aku selalu jalan sebelah-sebelah dengan Muk
- aku dalam kelas pun duduk sebelah-sebelah dengan dia
- aku pun tak patut biarkan dia pakaikan jam aku (damn it! paling aku menyesal)
Walaupun tak bersentuhan sangat, tapi... Bila aku fikir balik... Ada ke ISLAM benarkan buat macam tu?? Jam tu, bukan jam tali, tapi jam gelang yang berspring tu. Just bukak and letak kat tangan. Simple je tapi... Sumpah aku dihantui rasa serba-salah.
Betapa teruknya aku dulu!
But now, aku janji, it wont happen again...........!
Kawan tetap kawan, semua tu kene jaga.
---
No comments:
Post a Comment