Haha... Baru je tadi... Aku terasa macam... Argh!!! Just forget about him larh! Mimpi tak akan jadik kenyataan... So stop dreaming. This is not a fairy tale yang endingnya -happy ever after-. Sejak akhir-akhir ni, sejujurnya, aku selalu sangat termimpikan orang tu. : p Dah tau sape? Hurm... Aku ni nak SPM... Aku tak nak bende-bende ni skang. Aku nak pause dulu... Aku tak fikirkan dia pun! Tapi mimpi tu tibe-tibe datang! Huhu... Tolonglah jangan kacau... AKu nak exam ni... Lagi 3-4 bulan je...
And entah lah... Aku terasa macam... Er... Cepatlah kuar dari PLKN... Haha... Malu gila aku tulis cam ni. : p Tapi tak kisah la, kata crystal clear... So, I'm crystal clear lah sekarang ni. Sejak mimpi-mimpi tu, aku selalu terfikirkan dia, and rasa cam rindu owh... Huhu... And tadi, aku rasa aku nak delete lah... Aku nak remove lah Encik Mohamad Zharif dari fb aku yang second tuh... Yang fb first tu, nanti lah, lepas habis SPM, aku bukak balik and aku akan remove dia. Tapi bila aku gi kat profile dia, hahaha.... Aku gelak dulu eh... Rupanya dia dah remove aku dulu. : p
Bagus nye.... Asal ek dia remove aku dulu?? Tapi aku dah senyum sorang-sorang. Aiseh, dia lagi laju remove aku. Aku pun jarang on9. Bila on9 pun, bukannya teringat pun nak check profile dia. Sesekali iyelah, saje je... Menggatal nak sakitkan hati sendiri. Nak baca loghat Kedah yang aku tak faham tuh... Dulu aku pun duk Kedah tapi satu hapak pun aku tak faham apa yang dia cakap. : p
Orang kata, eh tak... Syaz kata... Kawan masa kat Wangsa Melawati, KL... Dia kata, kalau kita termimpikan orang tu, maksudnya kita banyak fikirkan orang tu before go to bed. AKu dah macam, 'er... what? mana ada aku cam tu?'. Dia cakap macam tu coz aku mimpi aku kapel dengan Faeez, and the next day dia mintak kapel. Now, this time, aku mimpikan Shah, and I dont know why, because aku TAK TERFIKIRKAN dia langsung! Jujur cakap, tak de pun aku fikirkan dia, then cam mana boleh mimpikan dia? Mimpi yang menakutkan pulak tu. Huhuhu.... First second time, memang mimpi yang menakutkan. Tapi lepas tu, dah tak dah... And mimpi yang seterusnya lah yang buatkan aku tak sabar tunggu dia kuar. : p
Ha... Dah dah dah... Menggedik sudah... Maybe terpengaruh dengan orang lain kot. : p Haha... Sebab ada gak yang selalu cerita itu ini kan, aku dalam hati, alahai... Bestnye korang... : p Tibe-tibe terasa yang, bosan betul hidup aku ni kan. Orang lain sentiasa ada aktiviti untuk dibuat. Aku ni? Haha... Dah la tak suka tengok tv, tak suka kuar rumah, tak suka tempat crowded, tak suka orang mulut bising terlampau exited, and... macam-macam. Ada tak rupa macam orang tue? Haha... What the hell lah, dah aku macam tu. Bila orang lain tanya, then buat apa kat rumah?? Aku tak lah on9 24 jam sehari 7 hari seminggu.
Ha... Itu pasal asyik jelez je ngan orang laen... Tapi aku degil, tak nak join orang laen walaupun tau itu best. Sebab yang pasti ending dia tak kan best punye... Yang bestnye bila dapat result. Aku takut... Huhu...
Tukar topik jap. Tadi tusyen, Syafiq Haikal tanya, "Nadia, kau dapat *** A eh?". Eh?? Mana kau tau pulak ni?? Masa aku cakap dengan cikgu BI and Maths, aku bisik tau. Tak de sape dengar pun! Macam mana kau tau ni SYAFIQ HAIKAL?? Haha.... Muka dia muka innocent je nak jawapan dari aku. Aku dah tertunduk. Apa aku nak cakap nieh?! Malu lah! Tak habis-habis lagi rupanya topik ni. Then, nak tak nak aku angguk je la... Dia kata, "Fuyooo, terrornye... Sastera senang ke?". Haha... Senang ke? Tak kot.
SH - Kau tak dapat tawaran masuk kelas sains ke?
Me - Dapat lah, tapi tak nak. Cikgu sampai tak bagi aku tukar kelas, tapi aku degil jugak.
SH - Boleh eh macam tu?
Me - Ye lah... Sebab, kalau aku amik kelas sains, ada 4 subjek berat. Kalau kelas sastera, 2 je subjek berat, Akaun dengan Add Maths. Aku tak sanggup rosakkan sijil SPM aku...
Tapi dia pun terror jugak kot? Dia amik 11 subjek dalam SPM. Geo dengan EST yang aku tak tau apa bendenya tu. Macam susah je bunyik? : p Aku tanya dia, EST tu apa? English Science Technology?? Iye ke? Betul eh? Entah lah! Tak ingatlah apa nama dia. Amboi.. Amik subjek yang ada perkataan 'English'. Haha... Aku ni cakap terror berdasarkan nama subjek. Bukannya intipati dia... : p
Balik tusyen, lalu tempat biasa. Sekarang ni, dah ada kedai emas baru bukak, ape ek nama dia, Wah Chan. Ada pulak sorang ni, security kot? Tapi baju dia lain dengan security lagi sorang tu. Aku tengok dari jauh, dia kat luar. Eh, tadi tak ada pun? Ini yang aku malas ni. Dia pun tengok aku semacam je... Cuak dowh! Nasib baik kawasan situ ramai, especially kat Casa Moda. At least mak Khairul ada kat situ. Manalah tau kalau ada apa-apa emergency kan? Nak tak nak, lalu jugak kat situ. Memang dia tengok straight kat aku. Mata dia tak lepas dari aku.
Hish, boleh tak jangan buat aku rasa 'biasa' dengan pandangan yang macam tu? That's why aku tak suka keluar rumah! Aku pun tak suka makan kat luar. Sebab aku tak suka jadi tontonan orang lain. Apahal pulak pandang-pandang macam nak terkam? Jakun sangat ke? Aku rasa takut lah. Tiba-tiba terlintas pulak kat kepala ni, kan best kalau ada bodyguard... : p Sah mengada-ngada aku ni. Hehe...
Pak cik guard kat skolah pun bannnnnyyyyyaaaaaakkkkkk kali cakap.... "Jangan balik sorang-sorang, bahaya!". Huhu... Nak buat macam mana pakcik tersayang?? Siapa lah yang sanggup tunggu aku yang selalu balik lewat solat kat skola dulu? Masa ada teknik menjawab Maths, balik kul 4. Tapi aku tak nampak sorang pun singgah surau waktu balik. Amboi... Sempat ke balik rumah sembahyang Zohor?? Aku jalan kaki balik rumah nak jugak 5-10 minit, sampai rumah mesti nak duduk depan kipas menyebarkan bau busuk kat sekeliling rumah. : p Aku lah tu. Haha... Tak lah.. Mana ada, aku masuk tutup pintu bilik terus tak keluar-keluar.
Bila balik lewat, selalu pakcik guard pandang aku semacam. Aku dah macam nak lari pulak dari dia. Aku tau, mesti kene tegur lagi. Huhu... Siapa nak teman aku?? Mana ada orang nak teman? Susah nak jumpa orang yang macam aku ni... Ahakz... Hahahaha.... Orang lain sume nak balik cecepat tak nak tunggu dah. Mana ada nak solat sekali dengan aku, balik sama-sama. Even Nisa pun tak boleh. See...? Apa lagi orang lain.
Mula lah berangan kalaulah ada orang teman aku sentiasa, dengan keizinan kan... : p Dah mula dah... Menyampah aku... Huhu... Aku baca puisi cinta Salamah. Mak aih... Naik pulak bulu roma baca. Jiwang sungguh! Aku pun cam tu gak masa Form 2, Form 3. Masa Form 1 aku tak reti lagi semua tu. Start Form 2 bila dah jauh dengan Muk, mula lah nak luahkan perasaan rindu. Tapi bila baca balik Salamah punya pusi cinta tu, aku rasa macam, thats very very very STUPID. Nampak bodoh gila! Menyesal pulak aku buat macam tu dulu. Malu nak mengaku yang aku pun cam tu gak masa baya-baya dia. Aku ni suka simpan bende-bende cam tu bawah katil dalam kotak kasut. So, kadang-kadang nak bukak jgak kotak tu.
Bila baca balik, menyampah pulak aku tengok. Haha... Menyampah kat puisi yang aku cipta sendiri. Sendiri naik geli. Haha... Teruk betullah aku ni. Seb baik masa dengan Zharif aku tak buat macam tu jugak. Haish.. Bila baca balik, seriously, macam orang bangang bercinta. Aduh... Mesti aku nampak bangang gila masa tu. Semalam, Cikgu Mazli tunjuk satu surat cinta daripada si perempuan kepada lelaki lah of coz. Siap ada bunga, colour-colour, warna-warni. Teringat masa aku ngan Muk dulu. MALU bila teringat balik. Nyesal! : p
Sepanjang aku Form 5 atau lebih tepat, single, tak terikat dengan sape-sape LANGSUNG, mata aku terbukak luas. AKu mula nampak bende-bende ni semua. And jujur aku cakap, aku macam pandang lekeh kat kapel yang gedik nak mampus dengan partner masing-masing. Kalau yang normal tak pe gak. Tapi yang menggedik tu? Yang manje-manje tu? Yang lenggok badan pun dah alahai, semacam aje? Mual aku tengok.
Masa tu, aku dengan Aten berdiskusi. Ceh, hehe... Kapel kalau terlalu sweet sangat pun tak best, nanti lama-lama bosan. Sebab dah tak ada idea nak sweet-sweet lagi. Betul! Hurm, thats why lah dia dengan pakwe dia pun macam brutal semacam aje. Tapi kadang-kadang kesian jugak kat dia. Haha... Sama lah macam blogger lain yang aku selalu follow. Kesian awek-awek dorang, kene buli habis dengan si pakwe. Dimalukan depan semua orang and macam-macam. Aku tak sanggup. Haha... : p Especially this guy, click here
Aku gelak tak sudah. Tapi true jugak, best pe macam tu, I mean, kalau kapel yang tak de control macho, control cun. Aku pun tak suka hypocrite. Haha... That's why tak ngam jugak dengan Muk. Muk try nak jadi gentlemen, aku pulak biasa je, sebab aku mana ade nak control-control. Tak pernah pun. Masa dengan Faeez pun mana ada aku cam tu? Tapi aku tau dia tu banyak sabar dengan aku yang degil nieh... Heheh... Lantak lah... Sebab aku memang tak leh sabar dengan dia pulak. : p
Tapi... Aku rasa, masa ngan Zharif aku control. Aku tak berani cakap apa-apa pun kat dia. Perkataan-perkataan yang selalu aku sebut kat Muk, tak pernah aku typekan bagi kat dia. Aku ada ter'type'. Pastu aku delete balik. Confirm nanti dia marah aku sebab tak beradab kot? Huhu... Dia tu dah la macam alim jek.. Tak nak lah carik pasal kan.
So, jangan suruh aku bezakan perasaan yang ini, yang itu dan yang itu. Sebab aku memang tak reti nak bezakan. Anything yang perlukan perasaan memang aku tak reti bila suruh compare. Fail habis, so dont ask. Aku pun tak nak plan future aku dengan Shah sebab... Haha... Tak nak lah cakap banyak-banyak nanti kita tak tau apa yang akan jadik. Coz selalunya, apa yang aku rancang tu, tak menjadi. : p
Contoh, aku nak cecepat clash dengan Muk, terlajak setahun pulak. Bila nak accept Shah, dia dengan ornag laen pulak. Bila bertekad nak single all the way, jumpa Zharif pulak. Kan? So... I'll just keep quiet lah, tak nak cakap apa-apa and follow the flow mengikut kesesuaian. Tak berani cakap pun.
p/s :
aku semakin sibuk. bukan dengan persiapan SPM, tapi aktiviti hujung minggu yang memenatkan!
pagi ada ceramah, petang ada tusyen, malam kene study.
the next week pulak, kene pegi pusat dakwah ada tips belajar last minute (rembatan terakhir) sampai kul 2, kul 3 ada tusyen sampai kul 7.
mati lah aku kepenatan campur kelaparan...
then the next week lagi, maybe pergi taman melati, KL tengok adik Irshaad Danish
then rushing balik untuk tusyen lagi... rushing and travel ni sangat memenatkan
nanti start bulan puasa, aku tusyen sampai kul 7... cam mana ni? tak kan berbuka kat situ?? tak nak lah aku!
xxxxxxxxx aku ni banyak merungut kan?? : p xxxxxxxxx
No comments:
Post a Comment