Something To Say


TRUST... never trust someone 100%. coz, they're the one who will stab u at the back. trust them only 50% n keep another 50% for ur self so tht u will not cry on the next day.

You dont have to follow others to be popular and to be loved, because you are loved for what you are.

Nak masuk syurga, KENAL ALLAH SWT dulu.
Ibaratkan tetamu datang rumah. Kalau tuan rumah tak kenal tetamu tu, ingat dia nak bagi masuk ke???

If you feel you hate me, better if you just stay away from me. Don't be a hypocrite. Coz I'm being my own self. Thank you.


OH YA! PANDAI-PANDAI CARIK BUTANG FOLLOW KAT ATAS YERK!

Monday, September 12, 2011

Benda Wajib - BERAT

Assalamualaikum wbt...

Aku dah sihat! :p  Tapi bukan nak cakap pasal tu. Saje je nak inform untuk pengetahuan tambahan. :p Sejak kebelakangan ni... Makin bertambah bilangan student yang sembahyang kat tusyen aku. Alhamdulillah... Kalau tidak, aku seorang je yang sembahyang. Aku sorang je yang mintak izin nak keluar. Aku sorang je yang bawak telekung. Aku sorang je yang budak-budak laki tau aku cuti! Aku sorang je?!

Kesian aku kan? Huhu... Tapi sekarang, aku makin senang hati. Tak adalah sakit mata dan mengumpat dalam hati. Mula-mula bila budak S2 serbu tempat tusyen tu, cuma Syafiq Haikal je yang sembahyang Asar. Selalunya habis je Sejarah, kul 5, aku cecepat bangun pergi sembahyang dulu. Dont you ever think about it! :p Aku dulu!

Tapi sekarang tak boleh buat macam tu dah... :'( Sebab dah tambah dua orang. Agaknya Syafiq ajak kawan dia sembahyang kot?? Pernah sekali tu, masa aku dah habis solat, dia tengah tunggu kat luar. Dia cakap dengan sorang kawan dia, Naji (Najmuddin), "Dia sembahyang lama gila!" Eh? Aku pulak yang kena? Padahal dia yang sembahyang cepat sangat!

Lagipun aku ni perempuan. Dia kalau amik wudhuk senang lah... Aku ni? Kena bukak tudung pakai tudung balik dengan tak ada cermin lagi... Lagilah susah... Dia tak payah bukak pakai tudung. Habis amik wudhuk boleh terus keluar sembahyang. Aku ni kena turunkan lengan baju, turunkan lipat seluar tu. Tapi pernah jugak aku terfikir nak intai dia sembahyang. Bagi dia sembahyang dulu, aku nak tengok macam mana dia solat punya cepat? Tapi tak buat pun. Biarlah... Itu antara dia dengan Allah. Yang aku sibuk ni apahal kan?

Tapi sekarang ni, aku biarkan lelaki sembahyang dulu. Aku kenalah tunggu dorang. Lagipun aku kan 'solat lama'... So, biarlah dorang solat dulu. Lagipun dorang 3 orang boleh solat sama-sama... Muat untuk 2 orang. 3 orang sempitlah sikit kot... Tapi tak kan aku pulak nak kongsi dengan dorang... Tapi masa bulan puasa, jadual tukar. Selalunya aku tusyen dengan budak F4 dan F1. Tapi bulan puasa dengan F2 kot? Dorang jadikan tempat solat tu tempat lepak dorang. Dorang tidur kat sana.

Itulah jadik kalau kelas bosan kan?? :p Boleh tiru ni... Hehe... Tapi tak nak lah.. Aku nak manfaatkan sepenuhnya masa dalam kelas tu walaupun mengantuk sebab mak aku bayar. Aku rasa, untung lah lelaki. Tak ada cuti dari sembahyang. Tak ada masalah. Perempuan banyak sangat pantang larang kalau nak sembahyang. Kadang-kadang rasa macam, leceh sangat. Tapi kalau nak sembahyang kat rumah, dah lewat dah... And sudah semestinya aku akan lengah-lengahkan waktu solat sebab dah penat.

Macam tulah aku kalau tak solat Zohor kat sekolah. Alamatnya, aku akan solat Zohor kul 4 suku. Banyak sangat halangan kat rumah. Aku kalau nak puasa pun sama. Aku pilih hari sekolah. Aku tau, memang penat. Tapi at least masa aku terisi dan tak dekat dengan dapur. :p Sebab kat rumah aku ada habit, suka masuk dapur bukak peti ais. Hehe.... So, hari fav aku untuk puasa selain Isnin dan Khamis ialah hari Rabu sebab Rabu ada koko, so balik kul 3.20. By the time aku solat-solat, balik dalam kul 4.

Itu yang pakcik guard selalu marah aku. Lagi-lagi aku ni PEREMPUAN, pastu JALAN SORANG-SORANG balik rumah. Kalau nak balik, aku mesti carik Pak cik Isa and cuba elak dari dia. Huhu... Sebab nanti kena bebel. Aku tak nak dia marah. Aku lebih selesa berjalan balik rumah bila aku dah solat. Sekurang-kurangnya kalau apa-apa jadi kat aku, aku dah tunaikan tanggungjawab aku kan? Manalah tau aku mati accident tengah jalan, at least aku dah Zohor.

Tapi sekarang pak cik tu dah tak da, pencen da... Tapi aku still dok mencari dia bila waktu balik. Dah biasa! Then aku come back to reality. Eh, pak cik tu dah tak ada lah! Masa tu lah aku rasa... sedih pulak. Dah tak ada pak cik guard yang nak bebel kat aku lagi. Tiba-tiba aku emotional. : ( Haish.... Sedihnya rasa. 

Ramai student tak suka pak cik tu sebab dia selalu bising. Tapi aku jatuh sayang sebab pak cik tu sebenarnya marah sebab dia kena pressure dari orang atas. Salah orang tapi dia yang kena. Siapa tak bengang kalau hari-hari macam tu? Tapi dia tu caring orangnya. Dia macam Cikgu Fadzilah. Sangat-sangat mengambil berat tentang aku. Dorang selalu nasihatkan aku supaya tak aktif sangat, duduk rumah study, sebab nak SPM dah...

Aku rasa terharu. Hukhuk... Sedihnya... Dan dua-dua orang ni aku selalu jumpa waktu balik lepas solat. Dan lagi sekali selalu kena bebel sebab balik lewat jalan kaki sorang-sorang. Pak cik Isa kata, carik kawan untuk teman balik. Tapi kan... Ada ke yang nak tunggu aku semata-mata sebab aku nak Zohor? Ada ke??? Kebanyakannya, batch aku, yang sembahyang tak tinggal most of it lelaki dari perempuan. Aku bangga ah kalau lelaki solat. Sebab apa ek?? Entah lah... Dorang sepatutnya solat sebab tak banyak madah. Lain macam perempuan, tapi selalunya perempuan abaikan benda-benda macam ni. So... jawabnya... solat tak sah la...

Lagipun aku tak pandang sangat perempuan yang solat ni. Sebab............ Dia solat, katanya tak pernah tinggal, tapi bukan pakai tudung pun. Pigi dah. Solat amendanya tu? Tak payah la... Sia-sia je. Jangan tunjuk kat semua orang yang kau tu sebenarnya jahil dalam agama. Thats why aku lebih percayakan lelaki yang sembahyang. Sempurna. Tapi kalau dah berpeluk-peluk dengan perempuan... Tak usah cakap la...

Aku rasa bersyukur lah walau macam mana pun. Sebab dulu-dulu, walaupun dah baligh, aku tak sembahyang. Tapi aku rasa bersyukur sangat sebab aku tak berpeluk sakan dengan budak-budak lelaki. Apapun, aku jaga semua tu and aku tak tau kenapa dan dari mana sifat tu datang. Jangan bersentuhan dengan lelaki. Benda tu dah memang ada dalam aku. Mumy tak pernah ajar. Aku tak pernah amik kisah. Tapi, benda tu memang dah ada terselit dalam hati. JANGAN. 

Aku, kalau duduk terlalu dekat dengan lelaki, aku jadi takut. Dont ask why, and apa yang aku takutkan tapi aku memang takut. Dengan jarak yang dekat, dia boleh buat apa sahaja dalam sekelip mata. Aku pernah kena, and aku tak perasan yang dia dah terlalu dekat. Aku ingat perempuan, aku tak amik kisah. Bila dia bukak mulut dan bersuara, baru aku sedar betapa dekatnya suara dia dengan telinga aku. Boleh dia bersandar kat aku, kurang ajar betul! Apa? Fikir semua perempuan sama? Fikir semua perempuan tak kisah?

Masa tu, perasaan aku bercampur baur. Aku rasa jijik sangat. Sekarang baru aku tau kenapa Zharif marah kat aku bila aku bangkitkan isu macam tu. Dia kata, "Jangan cakap pasal benda ni. JIJIK!! HINA!" Aku terkejut. Eh, asal ni? Tiba-tiba je? Rupanya, bila aku dah rasa, baru aku tau. Itulah yang aku rasa masa tu. Aku rasa hina. Terus-terang aku cakap, aku rasa aku ni hina sangat yang amat.

Sejak tu, aku tak keluar dengan lelaki, even in groups. Kalau iye pun, aku tak akan incharge in anything, aku akan tengok dari jauh je. Aku tak nak blend in dengan dorang sangat. Dan aku sangat terkejut bila Nisa layan classmate guys dia macam dia layan kawan perempuan. Amboi, rapat bukan main, mesra bukan main. Aku tak sangka. Dia boleh berjalan sorang-sorang dengan 5 lelaki keliling dia. Aku betul-betul.... shock! Tak terkata. Kalau aku, aku tak berani. Aku sanggup amik jalan jauh dari nak ikut belakang dorang.

Masa tu, aku pulak yang tak selesa. Tapi aku tak cakap apa-apa pun. Aku ingat dia ajak aku pergi bilik masak, sebab kengkawan dia yang perempuan tu masuk pertandingan masak. Rupanya kawan-kawan dia semua guys... Er... Apa lagi yang boleh aku buat? Aku dah sampai sana... Aku rasa kekok. 

Among friends aku, aku tau, aku tak selari dengan dorang. Ya, dorang boleh share dengan aku pasal pakwe dia, dorang dating and so on, masalah dorang ke apa. Aku tak kisah, cerita aje lah... Janji jangan buat depan aku. Sebab kalau dah nampak depan mata aku, aku memang pandnag semacam kat dorang and the respect hilang. 

Masa cikgu Chan suruh aku jadi mentor, aku berat hati nak amik Amir jadi mentee aku. Tapi dia beriya-iya nak aku jadi mentor dia. Ada jugak beberapa kali, Amir duduk kat sebelah aku, duduk kat depan aku study sekali. Tapi jujur lah kan, aku memang tak selesa langsung. Aku tak pernah lah nak duduk semeja dengan lelaki kecuali sepupu aku! Kadang-kadang terlanggar kaki dia, kadang-kadang berlaga siku. Aku... berat hati nak cakap. Tapi satu masa tu, aku cakap jugak, "Jauh lah... Asal kau dekat sangat ni?!" Tapi dia fikir aku bergurau.

Satu hari, aku terbaca satu hadis, hadis tu adalah salah satu kat sebelah kanan ni ha... Aku print out besar-besar, satu A4 aku print letak kat meja aku. Then bila Amir lalu meja aku, dia nampak benda tu dan dia baca. 

*Seorang lelaki yang BERSENTUHAN dengan BABI yang berlumuran lumpur LEBIH BAIK baginya daripada bersentuhan dengan WANITA YANG TIDAK HALAL baginya.
*Seseorang di antara kamu (lelaki) yang diTIKAM kepalanya dengan jarum besi LEBIH BAIK daripada menyentuh seseorang yang TIDAK HALAL baginya.
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Then bila nak study, dia mintak izin kononnya, "Kau boleh tak tolong ajarkan aku? Kau tak kisah kan nak ajar ilmu kat Kaum Adam ni??" Dah pulak... Tolong ajar boleh, tapi nak duduk sekali, tak payah lah... Pergilah duduk jauh dari aku. Syafiq Salleh pun sama, lepas tu mengadu bau keling. Korang ni... Dah tu, nak bau apa lagi kalau dah tuan punya tempat memang India??

And.... settle lah benda tu, setakat ni. Aku rasa patut letak dalam file aku jugak and letak kat depan sekali bagi semua orang nampak. Dont mess with me. Aku tak suka bila lelaki treat aku macam dia treat the other girlfriends dia... Dorang tak kisah kau nak tepuk tampar, but not me.

Orang bercakap, "Macam mana kau boleh hidup macam ni? Ish, kalau aku, memang tak sanggup!" Hidup macam mana pulak yang dorang maksudkan ni??

1. Wherever I go, selalu sorang-sorang
2. Tak tunggu orang lain bila nak buat something
3. Tak ada close friends to hang out
4. Asyik dengan life sendiri (sampai orang kata aku sombong)

Ada jugak yang cakap, "Aku pun nak jadi macam kau, tak ada kawan, senang hidup aku." Ha?? Excuse me?? Senang hidup engkau?? I tell you, it's not easy. Korang bukannya nampak dalam hati aku ni. You'll never know what's inside unless kau mengalaminya sendiri. Sebab tu aku sedih bila someone tak appreciate their friends and dok kutuk kawan-kawan dorang kat belakang. Hey, appreciate, bersyukur sebab masih ada kawan. Being alone will kill you slowly. Trust me.

Sedangkan Rasulullah SAW pun ada kawan. Oklah, aku nak tukar statement. Aku bukannya tak ada kawan. Ada. Tapi kawan sejati tak ada. Bila aku dalam kesusahan, aku tak carik sapa-sapa untuk mintak tolong. Tapi kalau sekadar nak have fun, aku ada bersepah, just give them a call aje! Tapi bila aku betul-betul desperate to talk to someone, ok, masa tu aku rasa .... cam ne nak cakap, down gila lah... Sebab I dont trust anyone. Thats why aku ada diari bapak ah tebal gila. Aku kumpulkan diari tu tau! Banyak.

Bukannya aku tak nak ada kawan, tapi... Its too painful. Dan susah nak carik orang yang sekepala dengan aku dan yang paling penting, JAGA agama. Betul-betul jaga. Dua ni dah cukup, aurat dengan solat. Enough... Bneda wajib. Kalau dua dia jaga, yang lain confirm jaga. Mesti puasa, mesti ganti punya puasa and apa-apa yang wajib selain dari tu. Kalau aku, kena ganti jugak. No matter what. Kalau kena tiap-tiap hari puasa sampai bulan Ramadhan, aku akan puasa.

Solat suatu benda yang memang orang malas nak buat. Even aku pun. Especially bila tertinggal solat jemaah. Family aku solat jemaah setiap waktu. Kadang-kadang aku marah jugak, asal tak kejut aku sembahyang, kan dah kena sembahyang sendiri?! :p Sebab aku tau, aku akan lewatkan solat.

Aurat pulak... Untuk perempuan... MEMANG PAYAH NAK BUAT!!! Jujur cakap, memang payah Masya-Allah! No perfume, no leggings, no make-up (yang over), no kebaya, only face and your palm! Tak boleh ketat, tak boleh ada shape (walaupun the girl memang tak de shape, bak kata Sharifah Amani dalam cite Oh Haram... :p), tak boleh kain nipis, tak boleh jarang, jangan singsing lengan, pakai stoking... Tak susah ke??? Aku kalau pakai baju kurung pun kena pakai sarung tangan so that bila ada pergerakan yang aku kena angkat tangan, bila lengan baju jatuh, tak nampak la...

Aku menyesal sebab marah Aizat dengan Daus dulu. Dulu aku suka singsing lengan ni. Dah jadi tabiat. Dorang sebagai lelaki Islam yang soleh, tegur aku dan suruh aku turunkan lengan baju. Aku pulak pergi marah dorang and menjawab segala bagai dan terus naik kelas, ignoring them. Bila on the way ke kelas, aku terfikir, dorang suruh aku turunkan ada sebab kan??? Aku turunkan, terasa nak mintak maaf. Menyesal pulak. Aku ni pun satu, tak boleh senyap and blah terus ke?? Mesti ke nak marah dorang balik? Korang.... Aku mintak maaf eyh... So sorry. Tak apa, dapat pahala tegur aku, dan dapat pahala sebab aku marah korang. Huhu...

Dalam bab pilih baju, memang kena strict dengan diri sendiri. Memang perempuan rambang mata bila nampak baju lawa-lawa tapi.... kebanyakan baju semuanya ada shape kan? Kalau aku pakai baju mumy, aku tak mintak pendapat mumy, aku akan mintak pendapat dady, ada shape tak? Bcoz dady lebih tau. Dady strict bab ni. Mumy.... not so. Dia yang beli. Dady dah nasihat still tak jalan, nak buat macam mana. Nasihat dady tu salah pergi. Dia termasuk kat kepala aku pulak. Salah orang. :p




^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

No comments:

Post a Comment