Something To Say


TRUST... never trust someone 100%. coz, they're the one who will stab u at the back. trust them only 50% n keep another 50% for ur self so tht u will not cry on the next day.

You dont have to follow others to be popular and to be loved, because you are loved for what you are.

Nak masuk syurga, KENAL ALLAH SWT dulu.
Ibaratkan tetamu datang rumah. Kalau tuan rumah tak kenal tetamu tu, ingat dia nak bagi masuk ke???

If you feel you hate me, better if you just stay away from me. Don't be a hypocrite. Coz I'm being my own self. Thank you.


OH YA! PANDAI-PANDAI CARIK BUTANG FOLLOW KAT ATAS YERK!

Wednesday, September 21, 2011

Oh Craps...?

ASSALAMUALAIKUM....


Hari ni aku nak membebel tanpa tajuk. :p Sebab aku bosan! Ah, aku memang always bosan. :p Ok, first thing yang aku nak cerita, ni pasal budak si Amir ni. Hot betul aku. Fed-up owh.

"Kau tolong ajar aku plans and elevation tu... Aku tak reti nak carik cm-cm dia tu... Jap eh aku amik buku past year."

Aku buat biasa je, tak pandang dia and terus menulis (entah apa aku tulis masa tu). Sambil tu aku cakap, "Senang je tu, kau perlu berangan. Itu je." Tapi tetap tak pandang dia. Dia bangun gi amik buku. Then duduk balik kat tempat Yoheis dan bawak barang tambahan, koropok Mamee. Siap offer kat aku lagi. Thanks, but no thanks, aku tak nak share dengan kau. Tiba-tiba Syafiq Amal datang and amik keropok tu.

"Weh, aku lapar ni. Nanti aku tak de benda nak makan!"
"Lagi berapa minit je nak rehat, kau makan la kat kantin."
"Aku tak ada duit belanja ni..."
"Kau tak de duit? Ha, jom ikut aku carik duit."

Masa tu aku dah agak dah. Nak aja aku jerit dan sound si Amir ni. Kau nak belajar ke tidak??? Aku bersungguh-sungguh nak ajar dia. Aku tau dia tu boleh belajar, tapi masalahnya dia tu cepat terpengaruh dengan benda lain. Bengang aku. Aku ikhlas habis nak tolong dia. Aku nak jugak orang lain jadi pandai. Bukan nak berlagak macam aku bagus sangat. Tapi aku suka kalau kita ramai-ramai semuanya pandai. Boleh share... Baru best study cam tu.

Aku ingat nak ajak a few classmate study sama-sama masa perjumpaan 3 penjuru minggu depan. Macam apa yang aku dengan Nisa buat sebelum ni. Sementara tunggu parents, kita study sama-sama, bila turn parent jumpa guru kelas, pergi lah sekejap. Then tak payah lah mengada nak balik. Tunggulah sampai kul 12, habis sekolah baru balik, guna masa sepenuhnya untuk study group.

Tapi kenapa tak ada yang... berminat?? Kata takut nak SPM?? Menyampah betul aku. Cakap tak serupa bikin. Then kata takut SPM. Meluat aku dengar. Kalau takut, USAHALAH!!! Jom lah study sama-sama, apa yang tak tau tanya lah masa tu. Tapi dorang langsung tak nak guna masa yang ada untuk benda berfaedah. Masih sibuk nak berdating sana sini, pesta sana sini, open house segala. Nak enjoy, enjoylah... Tapi study ke korang?? Even aku pun, harapkan sekolah dengan tusyen je. Kat rumah aku rilek, tak belajar. Tapi kat sekolah, masa cikgu tak ada, masa tu lah bukak buku. Sebab cikgu dan kawan-kawan depan mata, boleh tanya on the spot.

Aku luahkan ketidakpuasan hati aku kat mumy. Mumy kata, "Itu yang membezakan budak pandai dengan budak bodoh." Bukan nak kata aku bagus sangat (again) tapi please lah... SPM dah dekat la... Tambah lah usaha, sebab SPM confirm lebih senang dari Trial. Korang dah boleh target dah apa yang korang nak dapat untuk SPM. Setiap kali bila kelas tak ada cikgu, aku pandang sekeliling kelas. Masya-Allah... Korang ni macam baru habis SPM. Aku pulak yang rasa rimas tengok dorang goyang kaki gelak ketawa.

Aku rimas sebab dorang membazir waktu. Aku rasa, time ni lah nak discuss topik apa yang boleh kita score dalam exam. Betul, aku kecewa. Itu pasal aku marah gila dengan Amir. Aku sumpah, aku sanggup ajar kawan-kawan aku sampai dorang FAHAM, tak kira banyak mana aku kena ulang. Aku tak kisah! Aku tak kedekut lah... Aku lagi nak korang datang kat aku. Tapi nampak gayanya macam semua orang dah pandai. Last minute nak exam, baru terhegeh nak tanya aku macam mana nak buat. Tapi aku ajar jugak masa tu. Walaupun aku tau, apa yang aku ajar, tak kan masuk dalam kepala dorang. Kalau keluar exam, mesti tak boleh jawab, sebab input last minute.

Masa Add Maths dua tiga hari lepas, aku rasa itulah hari yang paling best. Bila Amir, Syafiq Salleh, dengan Syafiq Amal duduk depan belajar bersungguh-sungguh. Walaupun mulut lancang tapi dorang belajar. Aku tak tau kenapa, tapi aku suka kalau tengok dorang belajar. Aku pun bersemangat nak belajar. Kalau dalam kelas tu, aku je yang duk dengar, budak belakang dok gelak-gelak tak belajar, aku pun malas nak belajar. Baik buat kerja sendiri. :'(

"Lah! Senang rupanya Add Maths ni?!" Amal cakap macam tu bila dapat buat Price Index. Haha... Kau buat aku gelak lah! Topik tu je yang senang. Yang lain haprak. Kalau tak dah lama aku dapat 100 lah... Kalau tak tak kan budak kelas A, B pun ada yang fail?

Oh ya, dah melalut jauh dah... Sambung balik cerita Amir nak study tadi. Lepas dah berborak dengan Amal macam tu, aku dah dapat rasa yang dia tak akan belajar. Kalau dia nak belajar, dia yang tunjukkan minat, bukannya aku pulak yang nak kena tunggu dia. Aku tunggu dia ready, baru aku ajar dia. Tapi dia pulak terasa hati. Kononnya aku tak nak ajar dia, sebab aku buat tak endah dengan dia, aku sibuk buat keje sendiri.

"Kau ni cepat terpengaruh lah. Kau bukannya tak boleh belajar." Tapi aku rasa, dia tak dengar pun apa yang aku cakap. Budak Melayu lelaki kelas aku ada harapan nak score. Aku nampak, dornag boleh study, tapi masalahnya, cepat terpengaruh dengan ajakan kawan-kawan lain yang tak belajar. Kesian korang kan? Hm...

Well, apa-apalah. Aku nak tolong korang. NAK SANGAT-SANGAT, tapi kalau korang tak tolong diri sendiri, macam mana aku nak tolong?? So, akhirnya, aku cuma ajak Nisa untuk study group Jumaat nanti, perjumpaan 3 penjuru. Nampaknya kita-kita ajalah kan? 

Dulu, bila mumy tak datang perjumpaan 3 penjuru masa aku form 3, aku MENANGIS! Haha... Aku ingat lagi, masa tu aku tengah maen badminton kat depan rumah dengan Amirul, Aqilah, Khairul, Nisa pun kot? Then dapat call dari mumy, mumy kena pergi khursus tak boleh datang perjumpaan 3 penjuru. Mumy suruh aku pujuk dady pergi. Tapi aku tau, dady TAK AKAN nak punya lah. Aku tahan suara aku, and kata, tak apalah, its ok... Padahal its not ok. Aku tekan butang merah, air mata dah bergenang dah ni...

Masa tu aku membelakangi budak-budak nieh... Then Amirul tanya, "Kau kenapa?" Erk?! Kau perasan ke aku tengah cam nak nangis? Haha.... Tapi aku cover... Cuma aku tak de mood dah. Tapi dia pikir aku period pulak dah?! Kau ni tak de benda lain ke nak kaitkan?? Tapi aku rasa, this time, aku tak nak mumy datang. Aku pun tak tau kenapa. Entah, dah TERbiasa kot? Bcoz tahun lepas mumy tak pergi, tahun ni pun, yang before this. Bila mumy macam agree nak datang, aku rasa... lain. Tak yah lah datang... Bukannya aku takut cikgu komen buruk-buruk pasal aku, tapi aku PUN TAK TAU KENAPA...! Padahal, aku tak banyak bagi masalah kat cikgu-cikgu. Aku good girl. :p


No comments:

Post a Comment