Habis Sudah
Skang aku dah totally habis Trial SPM 2011. Fuh! Penat gila memerah otak. Last paper, Akaun. Daripada 6 soalan, aku cuma mampu jawab 3 soalan walaupun sepatutnya jawab 5 daripada 6. Tadi pergi ofis lama mumy, Pejabat Tanah, sebelum mumy keje AADK. Then jumpa Untie Aiya. Anak dia sebaya aku. Nama dia aku dha tak ingat dah. Dulu, masa form 3, dia nak aku ajarkan Maths. Walaupun Maths aku kantoi waktu tu, tapi dia fikir aku ni budak pandai kot? Tapi aku balik lewat! Then mumy marah sebab aku lewat. What to do? Sekolah aku memang tiap-tiap hari ada overtime. Sekolah lain balik kul 1 atau 2. Sekolah aku je balik nak dekat kul 3.
Last-last mumy yang ajarkan Maths kat dia. Then Untie Aiya kata, anak dia komplen Add Maths hancur. Alah... Normal lah tu Untie... :p Aku pun cam tu. Mumy kata, "Ni ha, sama je. Subjek lain semua A tapi Add Maths aje yang fail." Ah! Kelentong betul. Mana ada semua?! Aku senyap aje la. Hahaha... Eh, result exam Pra-Percubaan SPM dah keluar. Aku drop. :p Lantak pi lah. Teruk jugak result aku. BI yang tak buat summary tu dapat 69. Teruk jugak. Cikgu kata, "Apasal teruk sangat ni? Tak kan tak buat summary dah macam ni punya teruk?" Aku check lah kat mana yang teruk sangat tu, tapi malas lah nak amik tau. :p
Anak Untie Aiya kata, Add Maths untuk trial ni susah bagak. Aku rasa... Em... Jangan marah ek. Sebab kawan-kawan aku pun dha marah aku cakap macam ni. Aku rasa, exam ni lagi senang daripada exam sekolah. Ramai yang marah aku. Alah, betul apa? Aku rasa aku boleh jawab banyak soalan berbanding exam yang digubal oleh cikgu sekolah aku. Honestly speaking...!!
Tapi aku dimarah oleh kawan-kawan aku. Haha... Tak pe, kita tengok result dulu ok? Mesti jadi macam sebelum ni. Beriya-iya aku buat. Masa 2 jam setengah tu cukup-cukup aje. Tapi bila dapat paper, wah bestnye Cikgu Kong tanda.... Pangkah sebesar-besarnya!! Last-last dapat 20 lebih. Haha... Itulah yang aku dapat bila aku jawab bersungguh-sungguh untuk Add Maths.
Kat rumah, mumy tanya, study apa tu? Add Maths. Bila boring, aku study kat luar. Mumy tanya study apa? Add Maths lagi. Then waktu lain, aku study kat bilik mumy, ada air-cond. Mumy tanya, study apa? Add Maths jugak lagi sekali. Sampai satu tahap. "Asyik study Add Maths aje? Subjek lain tak study?"
Dan akibat daripada usaha aku tu, aku dapat markah 20 lebih. Wah, macam mana nak dapat A tu?? Kena darab 5 usaha aku tu kalau nak 100. Arh, aku tak sanggup! :p
Masa buat Akaun, aku tak tau asal, tapi aku ngantuk sangat-sangat! Ini mesti sebab kita orang memang selalu ngantuk bila subjek Akaun, so otak dah tune. Akaun = mengantuk. Sebab bila time Akaun, bila Cikgu Moi ajar, memang mengantuk. So, apa aku buat, aku habiskan cepat-cepat and get ready to sleep. :p
Tak boleh nak buat apa dah... Sebab separuh daripada paper tu, aku tak faham apa soalan dia, dan apa yang dia nak sebab aku tak pernah dengar semua istilah tu. Belum belajar lagi. Tapi yang pasti aku tak akan fail Akaun sebab aku dah tau nak buat Penyata Pendapatan. Aku dah boleh jawab soalan LCCI! Ada harapan ni. :p Aku kalau boleh nak dapat the highest grade that I could get untuk sijil LCCI. Aku nak sijil tu ditulis dalam English so that diiktiraf the whole world. Baru ade kelas kan? Hehe... Padahal.... (macam lah pergi luar negara...) :p
You Choose Your Own Fate
Semalam, kat sekolah, time koko, Puteri Islam masuk surau macam biasa. Aku nampak ade dua acik tukang sapu tengah menyapulah kan... Then bila dia nampak aku dengan budak-budak lain nak masuk, dia cakap kat lagi sorang acik tu, "Eh, dah lah tu! Budak ni nak masuk. Biar lah dorang sapu sendiri. Letih aku menyapu setiap hari. Naik loya tekak aku nak muntah asyik menyapu je setiap hari!"
I was like, er... betul ke apa yang aku dengar ni? You're kidding right? Bukan ke itu memang keje dia? Habis? Tak kan keje dia pergi mengajar budak-budak Agama Islam pulak? Dah keje tukang sapu, menyapulah jawabnya SETIAP HARI! Heran betul aku. What are you talking lah? Kalau kita orang tak buat sampah, dia tak akan ada kerja. Adanya dia sebagai tukang sapu adalah untuk membersihkan tempat yang ada sampah. So, kenapa nak merungut bila orang buang sampah?
Bukan patut bersyukur ke? Bila orang buang sampah, adalah kerja. Dan kerja tu diisi oleh dia. Tapi sekarang dia pulak merungut orang dok buang sampah, katanya menyusahkan dia. Kita memang buang sampah untuk bagi kerja kat orang macam tu. Dulu belajar tak pandai, itu lah jadiknya. Kadang-kadang orang cakap tak berfikir. Aku pun sama. Tapi dalam bab ni, benda yang remeh. Logiklah sikit. Tapi aku tak cakap apa-apa pun, aku diam je bila Acik tu ajak kawna dia stop menyapu surau. Lagipun, apa yang nak dimarahkan? Surau pun rumah Allah. Membersihkan surau bukan ke diberi ganjaran di akhirat nanti. Bila dah bersungut, gugur lah ganjaran tu. Betapa ruginya....
Tak payah nak merungut. Sebab you choose your own fate. Walaupun dah ditakdirkan begitu. Tapi kita ditakdirkan macam tu kalau kita masih kekal dengan sikap yang sekarang. Thats why sekarang pun kita boleh ubah masa depan kita, ubah takdir kita to be a better person and a better job so that tak ada lagi rungutan macam tu.
Orang miskin merungut dan putus asa dengan kehidupan dia sedangkan ade aje orang miskin jadi berjaya super duper mengalahkan orang kaya. Ade je orang yang cacat tapi berjaya super duper dari orang yang sempurna. So, kenapa mesti merungut? Kenapa mesti marah orang lain? Sedangkan tudingan tu sepatutnya berbalik kepada diri sendiri. Bukan salah orang yang buang sampah, tapi salah diri sendiri sebab tak berusaha meningkatkan taraf hidup.
Aku dikelilingi dua orang sebagai contoh. First my own mother. Second Cikgu Raja Sekaran. Dua-dua dah bekerja, dah ada life sendiri, dah ada anak. Sepatutnya life's good. Smooth aje. Just nice for the family. Tapi dia orang still berusaha to get the highest score in their life. Cikgu Raj ada goal untuk dia capai. He's after something, dia tak bagitau pulak amenda. Tapi yang pasti untuk meningkatkan taraf hidup dia. Dan mumy, sekarang tengah study untuk naik pangkat gaji lebih besar dan tukar kepada kerja yang lebih sesuai dan kerja yang lebih lumayan. Dan dia buat itu pun untuk kepuasan diri sendiri jugak.
Apa pun, masih belum terlambat untuk segalanya. Masih belum terlambat untuk kita ubah nasib kita. Masih ada masa asalkan kita mula dengan sekarang. Kalau tak nak sapu sampah, pergi jual barang kat pasar malam. Kalau marahkan orang kedekut tak nak beli, atau customer cerewet sangat, baik pergi rumah orang tua aje lah senang! Asyik nak merungut je! At least kat sana ada orang jaga, makan minum free. Kalau kat situ pun merungut jugak, mati aje lah...
Bukan nak sokong orang buang sampah... But it's a fact. Bila cakap pasal benda ni, adik aku menyampuk, "Haish... Macam Mat Luthfi lah pulak yang cakap pasal sampah tu. 'Kalau aku tak buang sampah, makan gaji buta lah cleaner semua...' " Tapi betul jugak kan??
Oh ya! Selamat Hari Raya!
(belum terlambat lagi sebab raya ada sebulan... enjoy lah korang...)
: )
@#$%^&@#$
No comments:
Post a Comment