Something To Say


TRUST... never trust someone 100%. coz, they're the one who will stab u at the back. trust them only 50% n keep another 50% for ur self so tht u will not cry on the next day.

You dont have to follow others to be popular and to be loved, because you are loved for what you are.

Nak masuk syurga, KENAL ALLAH SWT dulu.
Ibaratkan tetamu datang rumah. Kalau tuan rumah tak kenal tetamu tu, ingat dia nak bagi masuk ke???

If you feel you hate me, better if you just stay away from me. Don't be a hypocrite. Coz I'm being my own self. Thank you.


OH YA! PANDAI-PANDAI CARIK BUTANG FOLLOW KAT ATAS YERK!

Friday, September 2, 2011

Hari Raya ~ !

Assalamualaikum...


Last day puasa

Malam tu, aku betul-betul nak tidur senyenyak-nyenyaknya sebab esoknya nak raya! Tapi alangkah malangnya... Budak-budak lelaki lah of coz dok main mercun dan meriam buluh sampai pukul 2 pagi!!! Dia tak bertalu-talu. Tapi setengah jam satu mercun. Lagi setengah jam, meriam buluh. Lagi setengah jam mercun. And continue sampai pukul 2. Pukul 2 bunyi mercun stop. Dady tak tidur kat kampung, dady balik Seremban 2 drive van and esoknya nak bawak balik Kancil dengan camera yang tertinggal. Dady kata bujang-bujang dok main mercun kat sungai.

Aku rasa macam nak pergi nak bagi pelempang sekali. Aku tak leh tido! Ok, tapi itu boleh sabar lagi. Then pukul 3 pagi ayam jantan pulak yang buat bising! Apahal pulak ni? Belum pukul 5 pagi lagi dah berkokok. Masa tu rasa macam nak sembelih je ayam tu. Baru tau senyap. Dah lepas ayam, handphone pulak yang berbunyi. Alarm. Vibrate. Aku boleh dengar dia vibrate... Alangkah annoying-nya!! Dia silent tapi annoying. Aku rasa phone tu macam kat bawah tilam, tapi tak ada. Aku dah macam orang gila dah. Sumpah sakit hati gila.


First raya

Terlajak tidur terlepas Subuh. Sebelum ni aku tak pernah miss Subuh. Mesti akan bangun sendiri walau lewat mana pun aku tidur. Tapi kalau ada orang akan kejut, aku tak akan bangun sendiri. :p Itu pulak yang peliknya. Dah tau dah mumy akan kejut, so aku tak akan bangun sendiri punyalah. Unless kalau tak ada orang kejut dan tak ada sesapa pun yang bangun, aku akan bangun sendiri.

Then, lepas aku solat, mumy kejut Nabil. Nabil bangun and sembahyang Subuh. Bila mama tengok Nabil sembahyang Subuh, mama tengok anak bujang dia pulak. Last-last dia kejut kembar and cakap, "Oi! Bangun Subuh! Tengok, Nabil pun solat Subuh. Bangun cepat!" :p

Bila dah pukul 8, still tak ada siapa yang berani nak mandi. Haha... Sebab apa? Sebab air kat kampung bukan air paip biasa, tapi air bukit, air jeram! Sejuknya Masya-Allah! Dady sampai-sampai aje, dia cakap, "Apa ni? Tak mandi lagi? Busuk! Tengok, dady dah mandi dah..." Eleh, dady mandi kat Seremban 2. Memang lah... Tak sama tu. Dady tak aci! Akhirnya aku merasmikan mandi sunat pagi tu. Dady kata, "Tarik nafas dalam-dalam... Bersedia untuk menjerit kesejukan!" Hahaha... Dady cakap aje lebih. Mama pulak tak aci. Mama masak air panas untuk mandi. Alasannya, mama dah tua, tak boleh mandi air yang sejuknya melampau. Ceh! Wan dengan atuk elok aje mandi. Haha... :p

Then aku lah yang siap awal! Wah, bangga ni, patut congrats aku. :p Bila Kak Lang mandi, dady kata, "Tak cukup dua gayung aje ni." Memang lah tak cukup! Kak Lang pun cool je. Tak de terasa apa pun. Semua orang dah siap, kembar aje tak siap-siap lagi ni?! Adoi... Then kul 8.45 pergi masjid solat sunat Hari Raya. Tapi bukan aku yang pergi. Hehe... :p 

Lepas mama balik dari masjid, semua sibuk amik gambar dan duit raya. Alahai... Bestnye... Aku cakap dengan dady, "Selamat hari Raya... Sorry kalau akak buat salah." Then betapa cruel nye bila dady jawab, "Memang banyak pun dosa akak ni! Bukan sikit!" Hahaha...  Mama pun sama, "Sapa yang banyak dosa dengan mama ni cepat datang salam!!" Hahaha... Tak agak betul.












Second day raya

Aku terlepas Subuh lagi sekali. Huhu... Bangun lewat. Tapi tak lah lewat sangat. Kul 7.10 cam tu. That day aku tak pakai baju kurung. Rimas lah pulak. Coz nak kena jaga kain tu. :p Masa raya first tu pun aku pakai seluar kat dalam. So, tak jaga pun kain tu. Terangkat lantak la... :p Kalau berjalan pun, angkat kain tinggi-tinggi. Rimas betul. Padahal sebelum ni beriya nak pakai baju kurung.

Dan kebetulan baju aku dengan Kak Lang sama! Kembar tak seiras ni. Tapi sayang, tak amik gambar pun...!  Aku dengan Kak Lang pakai baju merah kotak-kotak. Dia pakai selendang hitam dengan pin reben warna merah, cute sangat! Tahun ni, aku rasa macam dah rapat sikit dengan Kak Lang dan mama. Tahun sebelum ni aku tak rapat dan aku tak reti pun nak borak dengan dorang. Yelah, budak lagi kan? Skang aku rasa, macam dah sealiran sikit dengan dorang.

Kak Lang fikir pakai baju sama macam aku, pun dapat duet raya sama macam aku agaknya kot? Hahaha... Tapi bila pergi beraya kat Galau, ada lah pulak abang tu kesian... Bagilah duet raya kat Kak Lang. Marah dia bila aku kata duet raya kesian... :p Masa pergi Galau, pakai dua kereta. Bila time nak pergi Kepis, cuma Pak Teh aje. Only satu kereta. Coz Pak Ngah kena balik awal, keje. Dia tak dapat cuti, tapi dapat shif petang. Aku ajak abang kembar ikut sekali pergi Kepis. Tak best lah kalau dia tak ikut, adik kembar aja yang ikut. Tak complete.

So, bersempit-sempitlah 4 orang kat belakang. Naqib duduk depan, Mak Teh pangku. :p Dia malu!! Aku pulak terhimpit kat hujung. Haha... Seksa tau! Kembar tu dua-dua bontot besar! Aku dengan Nabil kecik aje. Haha.... :D Pak Teh kata, sekejap aje... Tak jauh pun... Lagi 5 kilometer aje ni... Bila sampai kat satu simpang ada signboard. "Kepis 14 km." Mak datuk?! Yang lain semua dah tidur. Kembar siap boleh berdengkur lagi tu? Dorang tidur sambil menyengetkan badan ke arah mana?? Ke arah aku! Dah lah sempit! Korang tidur kat aku pulak tu. Aduh.... Semua dok tidur senget ke kanan. Tak ke naya aku ni dok menahan body weight semua orang?

Masa pergi Kepis, kita pergi sekali sama-sama dengan orang Galau. Orang Galau kalau beraya, konvoi habis. Tahun lepas aku dah cerita. Datang beraya sampai 5-6 kereta. Tapi skang dah tak macam tu. Kalau beraya dekat-dekat, semua berpecah-pecah. Unless kalau jauh, macam Kepis. Family kita orang ramai. Most of it family sebelah Wan. Wan ada 7 adik-beradik dan Wan yang bongsu. So, pergi Kepis ni adik-beradik Wan lah.... Galau pun sama. :p

Tapi bila sampai kat Kepis, orang Galau beraya kat rumah lain dulu. Kita pergi rumah Tok Anjang. Aku rasa aku macam ingat je rumah ni. Aku pernah datang sini dulu. Ini kali kedua aku datang kot. Dulu pun datang dengan Pak Teh. Wan Anjang yang sambut kita orang. Dia kenal aku. "Ini.... Ini anak Norhayati kan?? Uish, dah besar. Dah jadi anak dara dah!"

Bila aku pandang kat Wan tu kan, aku rasa sejuk hati. Rasa macam.... entah lah... Tapi macam ada satu perasaan timbul dalam hati ni. Kat sana, aku melantak rendang dia. Makan rendang je. Pastu sambil tengok tv. :p Haish... Buat macam rumah sendiri pulak! Bila nak solat Maghrib, berjemaah. Masa tu orang Galau dah sampai. Lepas tu ada atuk tu imamkan. Sebelum tu Pak Teh azan. Aku bagitau dia dah masuk waktu. Tv dah azan. Then Pak Teh pun azan. Alahai... Sedapnya Pak Teh azan. Then bisik kat kembar, "Haish... Tak boleh lah... Aku kena carik pakwe yang pandai azan ni!" :p Then adik kembar kata, "Aku pandai azan apa? Sedap tau aku azan." Hahaha... Dah tu tak kan kau nak jadi pakwe aku???

Then sibuk amik gambar sampai bateri low!








Raya ketiga

Rancangannya nak balik hari Jumaat. Tapi.... Something happened. Malam tu ribut. Angin kencang sangat Masya-Allah. Aku takut sangat-sangat. Terjaga aku dari tidur. Aku rasa bumbung rumah ni macam nak tercabut! Yelah, atap zink aje. Takut aku. Then aku nampak Mak Teh dok tengok luar. Dengar ceritanya Mak Teh nampak Moi kat luar. Kita orang bawka Moi sekali balik kampung sebab nanti tak de sapa nak aksi dia makan. Lagipun Moi pandai, dia tak berak kencing merata. Dia nak tanah aje. Then Mak Teh pulak dah terlalu biasa dengan kucing, dia panggil Moi masuk dalam rumah.

Yang aku pelik. Macam mana Moi boleh ada kat luar?? Tadi aku rasa Moi tidur kat kaki aku? Then mama kata dia terdengar Pak Teh azan. Orang kata, kalau ribut macam ni kena azan biar reda sikit. Dan memang lepas Pak Teh azan, angin ribut yang kali kedua tu tak sekuat yang pertama.

Dady kata ada sesuatu tu. Mesti sebab syaitan tengah travel ni. Dia travel ramai-ramai entah nak pergi mana. Syaitan kalau nak pergi Mekah berapa saat aje. Laju dia bergerak. Dia bergerak bawak angin. Agaknya sebab laju snagat sampai bawak ribut.

Tak pernah pulak aku dengar macam tu. Then pagi tu, ayah Khairul telefon. Tapi kat kampung kadang-kadang ada line, kadang-kadang tak ada. So line terputus. Then dady keluar carik signal. Rupanya ribut tu sampai ke Seremban 2. Habis khemah dady patah dan telur semua pecah. Dady kan keje pembekal telur. Then dady dah resah cecepat nak balik. So, pagi tu jugak cepat-cepat kemas barang dan balik Seremban 2. Alah... Aku tak puas raya lagi ni. :p Tak sempat pun nak lepak dengan Dek Na. Dek Na tu anak rumah sebelah. Itu lah satu-satunya geng aku yang perempuan. dia muda setahun dari aku, sebaya dengan kembar. Semalamnya cuma sempat pergi beraya, tapi lepak tak sempat. :p

Kalau tak dulu-dulu siap main lompat tikus, bercerita sini sana, pergi beraya sama-sama. Sekali dengan Shahrizal, adik dia. Ayie sebaya dengan aku tapi dia tu macam sombong. Dari dulu dia memang tak berapa ngam sangat dengan aku dan kembar. Masa raya rumah dia pun, dia macam tak pandang je kita orang. Tapi Dek Na, Baby dengan Shahrizal tersenyum-senyum. Masa mama nak kasi duet raya kat dorang, aku cakap, "Sapa nak duet raya beratur cepat!" Hahaha... Aku pun beratur sekali. :p

Tahun lepas aku dengan Dek Na dah segan nak berjalan raya. :p Kembar pulak dok paksa kita orang berjalan raya dari rumah ke rumah. Dulu budak lagi, boleh la... Skang dah besar, bak kata mumy, "Dah boleh jadi mak orang..." Aku berpakat dengan Dek Na, masa tu baru beraya kat satu rumah. "Dek Na, lepas ni kita balik lah... Kita balik senyap-senyap." "Haah, aku pun segan lah. Jom jom... Jangan bagitau kembar pulak." :p

Tapi dulu memang best. Dulu kita orang selalu lepak kat rumah Wan Alang lah, nenek Dek Na. Rumah dia bahagian depan tu kosong. Selalunya family dorang pakai tempat tu untuk solat jemaah. Tapi most of the time tempat tu kosong. Tempat tu lah tempat kita orang main. Kat situ ada satu lubang, and tempat tu lah yang jadi tempat kita orang main lompat tikus. Kalau kita orang tak de kat rumah, maksudnya kat sebelah lah tu. :p




***

2 comments:

  1. adoii..sayanggnyaa gambarr kita pakai baju ala2 sama tu x da.....

    hakhak...trassa diri ni muda daripada biasa......

    ReplyDelete
  2. :P itu lah..
    dpt duet raya pun sbb pakai bju sama..
    hahaha...

    ReplyDelete