Assalamualaikum!
Aku dah merdeka SPM... Boleh buang countdown dah... :p Haha... Excitednya... Skang ni yang tinggal cuma exam memandu sahaja! Ada 4 exam. 1. Exam Undang-undang (KPP). 2. Exam Pra-L. 3. Exam praktikal dengan cikgu. 4. Exam praktikal dengan JPJ pulak.
Then aku boleh start kerja. Aku still berfikir, nak kerja kat mana? Aku rasa macam tak nak Jusco pulak. Hehe... Mengada! Orang lain, mak ayah dorang tolong carikkan kerja. Bestnye. Aku nak suruh mumy tolong carikkan jugaklah. Haha... Nanti mumy kata, "No! Carik sendiri. Learn to stand on your own feet! Cubalah belajar berdikari sikit." Urmmmm... Yes, ma'am.
Prinsip Akaun tadi bolehlah buat. Tak lah susah sangat. Hepinya aku PERKONGSIAN keluar! Syarikat pun keluar. Akaun Kawalan pun keluar. Dan yang paling best, Kelab dan Persatuan dan graf langsung tak keluar! Benda yang aku tak tahu satu hapak langsung. Tapi kos-kos tu tahu lah... Senang jek. Tapi dia tak keluar semua tu. Aku balik rumah call mumy, MENDEKA... Hehe... Sebab dulu adik Naqib tu pelat, sebut merdeka, jadi MENDEKA. Hehe, comel lah bila teringat masa kecik-kecik dulu. Dulu sama-sama membesar, tengok dia sakit hati. Tak comel langsung. Tapi skang tengok gambar, ei... comey, geram!
Aku bagitau mumy, semua topik yang aku tak tahu, tak keluar langsung pun. Then mumy kata, "Ha... See, kan mumy dah kata, tak payah belajar!" Haha... Yo yo O jek! "So, boleh score A tegak lah ni?" Errr.... Haha... No komen bleh tak?
You can skip these 2 paragraphs kalau bukan budak Akaun. Confirm tak faham. :p Tapi kalau nak jugak, I won't stop you. :D
Actually, paper 1 agak senang terus terang cakap. Tapi paper 2, walaupun, tajuk yang aku sangat-sangat 'terror' (hafal formula), tapi aku tetap rasa, aku tak akan dapat full marks. Grrr... Sebab? Sebab pelarasan dia susah betul! Tapi aku suka bila dia tak mintak penyata pendapatan. Dia cuma mintak akaun untung rugi. Yang susah nak carik tu sebenarnya untung kasar. Tapi dia dah bagi untung kasar. Ni yang best nieh. Dia mintak kunci kira-kira, aku ok aje. Aku dah cukup terror, tapi malangnya aku tak dapat seimbang sebab aku rasa pelarasan aku ada yang salah. Confirm. Lebih-lebih lagi untuk susut nilai dan PHR.
Bila tak dapat seimbang, aku buat-buat seimbang. Haha... Manalah tau dapat markah seimbang walaupun jawapan salah? Sebab kunci kira-kira MESTI seimbang, same goes to Imbangan Duga kan? Akaun Kawalan pun senang. Tapi yang aku rasa paling senang, Akaun Kawalan Pemiutang. Sebab untuk Akaun Kawalan Penghutang, aku tak faham bila dia kata cek tak laku dan diberi diskaun RM 40. So? Cek tak laku. Ok. Aku tau apa nak buat. Tapi, diskaun RM 40? Apa aku nak buat? Tak mungkin dia saje-saje je letak kat situ. Aku tau mesti aku salah punyelah! Tapi tak adalah hilang semua markah.
Tak sangka, cepat sangat-sangat masa berlalu. Flashback! Dulu selalu kena buli masa kechik sebab aku budak paling bodoh, paling blur, paling slow, paling tak hot, paling lembab, paling (semua-yang-last). Haha... Tak caye? Tak caye sudah. Dulu aku tak ada kawan. Sebab tak ada sesiapa nak kawan dengan budak berhingus cam aku ni. Selalu kena buli dengan budak lelaki nama Firdaus. Benci -dia-sampai-mati. Cuba bayangkan, aku nak gi toilet, dia conquer habis laluan tu. Sebab aku duduk kat tingkap. Dia pulak duduk sebelah aku. Dia langsung tak nak bagi laluan. Nak tak nak, aku terpaksa keluar ikut bawah meja dan dia ketawakan aku. Sakitnya hati. Tapi dulu aku ni naive, lurus, bengap. Aku biar aje dia buat aku macam mainan dia. Itu masa sekolah rendah.
Bila masuk sekolah menengah, Kiki (Fatin Atikah) bodoh-bodohkan aku pulak. Aku tahu aku ni masih lagi lurus. Masa darjah 6, first time budak lelaki ngaku suka kat aku, aku cuak satu badan bila dia nak jumpa aku. Menggigil, tangan sejuk habis. Macam dah frost. Haha... Dan dia pulak mengharapkan aku boleh 'cool' dan selamba jalan depan berbelas budak lelaki-depan surau lelaki. For your information aku memang nerd masa tu. Macam kebanyakan nerds, cuak habis lalu depan boys even though tak ada apa-apa.
SMK Wangsa Melawati (2007) |
Dan memandangkan aku 'nerd', tak biasa dengan boys, dia pun tak puas hati bila ada budak handsome minat aku. Sejak tu, dia kata aku gedik, dia kutuk belakang aku and so on. Aku ingat dia budak kaya yang sangat baik gila. Sebab dia baik dengan aku. Lagipun masa tu, aku baru nak kenal dunia. Tak sangka ada orang jahat macam dia. Dia pindah ke MRSM Negeri Sembilan. And masa tu lah dia kutuk-kutuk aku kat kengkawan lain. Baru aku tau dia pura-pura baik dengan aku.
Sebenarnya, Faeez je yang suka aku masa tu. Erm... Faeez tu ke yang kau berebut dengan aku tu Kiki? Dia tu kan tak hensem langsung?? Just that dia pandai. Itu je. Sama-sama 5A UPSR. Thats why satu kelas. Dia tak puas hati sebab ada budak boleh suka aku dan nak kapel dengan aku meanwhile ramai yang minat dia, tapi tak hensem dan budak dari kelas hujung-hujung.
Dan mamat hensem yang selalu kacau-kacau dia (misscall, mesej misteri) last-last campak dia kat tepi aje. Just for fun, katanya. Haha... Itulah popular sangat, cantik sangat dia tu. Laki hensem buat main-main je dengan dia. Masa tu breakdance famous. Waktu rehat, dorang selalu breakdance kat foyer. Siapa yang kapel or hangout dengan budak breakdance kire hot lah... And she wants to be in that group.
Sejujurnya aku cakap, banyak-banyak sekolah yang aku pergi, SMK wangsa Melawati adalah sekolah yang paling gempak dan havoc sekali. Majlis, acara, anniversary semuanya best-best. Tak de ikut formal punya. Semuanya serabai main taram bahasa. Janji gempak. Kalau sekolah lain mesti dorang 'haram'kan breakdance. Tapi kat SMKWM, dorang tak kisah. DAN... Kat sana ada CyberCafe. Betul-betul satu blok dan setingkat dengan kelas aku masa tu. 1 Dedikasi. Free of charge.
Masa hari guru, dorang buat sketsa. Best giler! Dan itu adalah hari last aku kat situ. Sketsa dia sempoi gila. Bukan sekadar atas stage, tapi pun kat belakang dewan. Kononnya minah rempit dengan si pakwe rempit dok buat stunt. Minah tu pulak CIKGU! Semua pelakon perempuan adalah cikgu. Pelakon lelaki student. Budak pagi (form 3,4,5). Best sesangat. Bila aksi merotan pelajar, dorang buat slow motion. Kelakar!
One of their 'karya' yang gempak! Eventhough aku tak tahu apa-apa about it. :p |
Dorang betul-betul jadikan dewan tu stage dorang. Guru disiplin dorang tangkap budak rempit. Dia menjerit dari stage sampai ke belakang dewan, kononnya nak sound budak rempit tuh. Budak sekolah kena tangkap merempit. Then mak ayah budak lelaki tu dah meninggal. Bila masuk lokap, kononnya roh mak ayah dia datang kat dia, kata kecewa sangat dengan dia. Dan budak tu pun menyesal. Memang best. Feel sangat-sangat. That was the best day ever.
Pejam celik pejam celik, aku bukan Form 1 lagi. Aku dah Form 5! And I'm gonna be EX-student kat Bukit Kepayang! Hari ni adalah hari last aku pakai baju sekolah.
Lepas ni tak yah pakai baju yang sama tiap-tiap hari. Tak payah check homework. Tak payah bangun awal. Tak payah risau kena marah dengan cikgu. Tak payah tidur lewat bersengkang mata and so on. Indahnya dunia bak syurga! Macamlah pernah pergi syurga. Haha...!
Yeah, aku nak download game banyak-banyak. Biar penuh Torrent aku. Biar berderet. Aku nak maen game hidden object dan time management puas-puas. Nak maen macam-macam. Nak download movie bebanyak. Yang latest-latest. Aha! Aku dah tengok In Time.Best-best-best! Cepat tengok. Best giler! Time is money. Puss In Boots pun best. Kelakar. Dengan suara macho dia lagilah buat tak bleh tahan nak gelak.
Aku suka part dia masuk pub/cafe/or what-so-ever semua orang gelakkan dia. And cerita pasal Jack and Jill dengan Magic Beans and also Golden Goose. Sorang tu tunjuk tattoo Golden Goose kat lengan. Then tattoo istana atas awan kat dada dia. Lepas tu dia kata, "Do you want to see the golden 'eggs'?" Haha... What?! Then Puss kata, "no no no..." Haha...
Lepas ni nak tengok Twilight yang latest. Dan semua yang kat pawagam! Hehe... And also semua yang aku tak tengok lagi sebab SPM kan... Dah lah dady banyak download cerita best-best. Tapi tak sempat nak tengok. But now I have so much time! Ok lah, sampai sini aje. Aku nak pergi enjoy myself...
p/s : cuba tengok cerita Columbiana. Best sangat. A killer have to be smart enough and needs to go to school. So choose, your school bag or a gun!
Have fun!
No comments:
Post a Comment