Something To Say


TRUST... never trust someone 100%. coz, they're the one who will stab u at the back. trust them only 50% n keep another 50% for ur self so tht u will not cry on the next day.

You dont have to follow others to be popular and to be loved, because you are loved for what you are.

Nak masuk syurga, KENAL ALLAH SWT dulu.
Ibaratkan tetamu datang rumah. Kalau tuan rumah tak kenal tetamu tu, ingat dia nak bagi masuk ke???

If you feel you hate me, better if you just stay away from me. Don't be a hypocrite. Coz I'm being my own self. Thank you.


OH YA! PANDAI-PANDAI CARIK BUTANG FOLLOW KAT ATAS YERK!

Friday, December 9, 2011

SPM -> Kahwin? 'Haha'

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...

Hari ni hari Jumaat. Hari di mana kiamat akan berlaku. Takut tak? :D Kalau takut, pergi kumpul pahala sekarang jugak. Bukan terus-terusan buat dosa. Sama-sama kita ingatkan each other. Aku pun kadang-kadang leka.

Hari Rabu lepas, mumy ajak pergi Putrajaya. Pergi tengok AADK Idol. Pertandingan menyanyi. Adalah kait mengait dengan Agensi Anti-Dadah ni dan mumy terpaksa attend. Aku ikut je, sebab dah mati kutu duduk rumah. Aku nak cuci mata sekejap. Muak pulak asyik terperap dalam rumah. Kalau tak selalunya keluar pergi sekolah. :)

Tiba-tiba, terdetik kat hati aku. Kita nak keluar ni. Nak keluar pulak pergi ke pertandingan menyanyi. Ini mengutip dosa namanya. Aku dah was-was. Tapi aku tak cakap apa-apa. Then sampai aja kat sana, kita orang makan dulu. Ramai sangat hamba Allah dalam tu. Tapi paling ramai lelaki. Sana-sini bau rokok. Aku pulak lupa bawak sapu tangan.

Then pergi sembahyang Maghrib. Ada lah jugak muka yang aku kenal. Staff mumy. Masa dah habis sembahyang, mumy terus keluar. Tak tunggu aku langsung. Sebab kita orang gilir-gilir. Aku tak sempat nak kemaskan tudung aku. Bangunan ni dah la besar. Kang sesat, aku kena culik macam mana? Haha... Then aku berdiri tengok kat cermin pusing-pusing. Ada akak tu tengok aku pusing depan cermin. Dia tergelak. Yelah, aku pusing depan cermin, lepas tu terkedek-kedek mengejar mumy, mana taknya dia gelak. Aku dah malu sendiri.

Aku cerita kat dady, dady kata, "Biasalah tu. Anak dara memang menggedik sikit." Haha... Lepas sembahyang, turun bawah kat lobby tu dan terus balik. Err... Itu je ke?

Then terdengar mumy dady berbual. "I kata dengan budak-budak AADK yang lain. Dah nampak muka ea? Nanti tolong sign kan nama saya ye. Saya datang tau. Then lepas sembahyang, I dengan kakak cecepat chow. Kita orang lalu lorong belakang, so that boss I tak nampak."  "Itu lah. Apa lah. Ada ke patut AADK buat pertandingan menyanyi? Patutnya untuk pulihkan penagih guna pendekatan agama. Anything pun, berbalik kepada agama tak kisahlah agama apa pun."

Last-last, singgah rumah Along dengan Kak Ema tengok the only baby boy dorang, Irshad. Bila aku dengar ibu dorang (Kak Ema) panggil nama manja Irshad, Achad... Aku dah terfikir... Yang kakak sulung dah panggil Acha, yang ni pulak Achad. Haish, dah lebih kurang sama dah ni. Haha... Bila tengok muka Irshad tu, alahai... comelnya, aku pun nak boleh tak?? Haha... :p

Kak Ema bercerita dengan mumy, aku menyelit aje kat situ. "Pernah sekali tu, Ema baru habis Isyak. Acha pulak baru balik. Ema teruslah bukak telekung nak jumpa Acha ni. Tiba-tiba dia kata, 'ibu, ibu tak doa ke?' Terus Ema pun doa lah, dia pun ikut doa sekali. Lain waktunya pulak, dia tanya, 'ibu tak sembahyang Isyak ke?'  'Ibu penat lah... Kejap lagi lah ibu sembahyang.'  'Ibu... ibu sembahyanglah cepat, Acha nak sembahyang ni.'  Last-last time tu jugak Ema pergi sembahyang."

Sweet sangat. Acha dah 5 tahun. Acha dah hafal surah Fatihah. Comel. Dengan cara dia sebut lagi. Haha... Sejuk hati aku tengok Acha. Kecik-kecik dah diajar agama. Cuba tengok kat tv, budak-budak kecik dah menyanyi, menari gelek sana, gelek sini. Kecik-kecik dah pandai dah buat benda-benda macam tu. Dah dididik macam tu. Itulah yang dorang banggakan sangat. Ei, teruknya mak bapak dorang.

Kadang-kadang bila aku dengar ustazah-ustazah cerita pasal anak dorang yang kecik-kecik tu dengan didikan agama yang dah dididik, aku rasa sweeeeeeet sangat. Aku pun pernah baca kat satu blog, cara Wardina didik anak dia sembahyang. Last-last anak dia yang sekolah rendah boleh sembahyang sendiri tanpa disuruh. Urmph... Aku dulu, liat Masya-Allah. Sampai kena paksa menangis-nangis. Haha... Memang aku dulu degil tak terkata.

Bila dah nak balik, dady yang kebetulan berdiri sebelah aku, peluk bahu aku. Mak Kak Ema tanya, sekolah lagi ke? Dady tolong jawabkan, "dah habis SPM dah, baru je dua hari lepas. Dah boleh kahwin dah pun..." Adoi... Dady selalu macam ni. Asyik cakap kahwin aje... Kalau tanya umur aku mesti itu yang dicakap. Anak dah besar ke? Dah boleh kahwin dah. Dah boleh bercucu dah. Dah boleh masuk meminang. Macam-macam lah. Aku naik merah muka. Err... Aku diam aje lah, smile...

Hari tu, Nisa datang rumah aku nak amik barang LK yang aku pinjam dari Khairul. Dady tegur dia. "Wah dah nak habis SPM. Dah boleh kahwin dah kan?" "Ish, apa ni? Tak suka lah. Janganlah cakap macam tu." Haha... Welcome to my family. Alah, tak payah welcome-welcome pun... Ayah dia dengan ayah aku satu kepala aja. Ayah dia pun sibuk dok cakap macam tu ceritanya. Haha.

Bila aku pergi rumah dia, bapak dia kata,"Ye cik, nak jual apa? Saya tak nak beli." 
Bila kita orang dah nak keluar rumah (rumah Nisa), "Bye, jangan balik tau!"

Masa tu, Nisa dah komplen. "Apa ni, bapak awak dengan bapak saya sama aje. Dua-dua dok cakap dah boleh kahwin." Haha... Nak buat macam mana? Mulut orang tak boleh tutup.

Bila aku bagi movie kat Nisa, mumy kata, "Nanti kita sama-sama tengok. Antara Nisa, Shira dengan kakak, siapa akan kahwin dulu. Entah-entah anak mumy yang kahwin dulu...?"  

'Hahha'... 
Gelak sarkastik. : |


p/s : ok! i'm going out again! nak pergi PD cuci mata lagi sekali. bye ~ ~ ~ ~


@+@+@+@

No comments:

Post a Comment