Something To Say


TRUST... never trust someone 100%. coz, they're the one who will stab u at the back. trust them only 50% n keep another 50% for ur self so tht u will not cry on the next day.

You dont have to follow others to be popular and to be loved, because you are loved for what you are.

Nak masuk syurga, KENAL ALLAH SWT dulu.
Ibaratkan tetamu datang rumah. Kalau tuan rumah tak kenal tetamu tu, ingat dia nak bagi masuk ke???

If you feel you hate me, better if you just stay away from me. Don't be a hypocrite. Coz I'm being my own self. Thank you.


OH YA! PANDAI-PANDAI CARIK BUTANG FOLLOW KAT ATAS YERK!

Sunday, December 11, 2011

Sorry Abang Go Kart !

Assalamualaikum wbt

Yup, dah pergi PD. So ni yang nak cerita benda best ni. Haha... Pergi sana redah je apa yang jumpa. Nampak PD Ostrich, terus drive masuk. Then nampak Xtreme Park. Masuk sana pulak. Kat sana ada Archery, Paintball dan Go Kart! Paintball dia just tembak je. Dia tak ada main lawan dengan group. Dia macam archery, tembak aje cuma bezanya tak ada target. Archery, RM 10 untuk 15 anak panah. Paintball tak ingat. Go Kart pulak RM 25 untuk 8 lap. Itu double. Dua orang naik, ada penumpang. Yang single, RM 20.

Mula-mula Nabil dengan Naqib yang naik. Go Kart dia, homemade punya. Pakai engin mesin rumput. :p Kalau nak race pun boleh. Cakap aje dengan tauke dia. Dady puji abang Nabil bawak. Ok. Then bila dah habis lap, ada abang tu lambaikan flag merah suruh masuk balik. Dah cukup 8 lap. Tapi Nabil selamba badak continue jalan. Tak masuk lorong 'start'. Haha... Last-last dapat free satu lap.

Then mumy kata, aku patut try maen. Sebab aku dah nak drive. Nak amik lesen dah. KENA cuba. So, aku pun try lah. Aku pilih helmet. Aiseh, asal helmet ni laen macam? Ke aku tak reti pakai?? Pastu aku tukar helmet tu sebab Go Kart tu menakutkan sikit. Macam bahaya jek! Haha... Safety first! Then bila dah start, wah! Aku makin excited ni ha... Nabil dah pecut sebab dia dah pro. Skang semua amik single go kart. Pastu si Naqib yang kat depan aku ni jadik mangsa aku. Aku tak reti nak kawal speed kereta tu. Aku tekan brek, then aku nak jalan tekan minyak. Bila tekan minyak laju sangat sampai langgar Naqib kat depan. :D

Berkali-kali langgar dia. Dady kata, 'Ingat ini bumper car apa?'. Haha... Then aku dah ok dah.. Tapi kat satu selekoh bentuk ladam kuda tu, aku terbabas! Ngeee... Sorry abang Go Kart. Haha... Aku tak leh reverse. Sorang tu naik motor datang kat aku dan tolak kereta tu. Aku dah langgar tayar kat tepi-tepi tu. Hehe... My hero. Then continue balik. Lama-lama, aku jadi syok. Best gila!! Aku rasa ketagih lah.. Haha... Memang paling aku suka part corner. Bila badan pun ikut pusing. Aku suka amik jarak besar-besar then corner sepuasnya! 

Ada sekali tu, jalan straight tapi aku tak tahu kenapa aku himpit ke kiri sampai langgar timbunan tayar. ;) Then dari jauh aku nampak abang tu naik motor dah. Eh eh tak payah. Aku tahu aku boleh lepas ni. Aku tekan je pedal minyak and pusing stereng ke kanan. Dan.. aku pun lepas... Haha... Bila dah habis pusingan, abang tu lambai red flag. First two round, aku kira. Oh, dah dua lap. Tinggal 6 lap aje lagi. Tapi lepas 2 lap, aku dah syok dah tak kira dah!

Bila masuk kat tempat 'start' tu, ada abang tu dia tunjuk tempat yang patut aku stop and parking. Tapi bila time aku patut stop, aku tak stop! Semua menjerit kecoh-kecoh. "Berhenti! Berhenti!"  "Opppss2x... Stop!!" Haha... Malunya aku masa tu. Then BANG !!! Aku dah langgar kereta depan. ;)

Dady rakam detik memalukan aku tu dalam videocam Canon (ceh! haha). Dady kata, terkejut orang tu sampai keluar silat! Haha... Aku pikir dady just cakap aje. Didn't really mean it. Tapi bila aku tengok balik video tu, la... memang pun mamat tu keluarkan silat! Hahaha.... Sorry abang Go Kart!

Dady kata, kesilapan aku masa nak berhenti tu, aku tak lepaskan pedal minyak. Sebab tu aku tekan pedal brek sampai habis pun kereta tetap tak berhenti. Bila pedal minyak tak lepas, brek memang tak makan. Haha... Aku ingat brek rosak! :p

Tapi aku belajar benda baru. Bila nak brek, lepaskan pedal minyak. Kalau kereta auto, tak ada clutch. Bila tak ada clutch most of the people akan pakai kaki kiri untuk pedal brek. Padahal, kaki kiri tu jangan pakai kalau tak ada clutch. Sebab nanti kalau brek emergency, automatically kaki akan tekan habis pedal yang tercapai, iaitu minyak DAN brek. Mana nak berhenti? So, untuk yang dah berjinak-jinak dengan kereta auto sebelum dapat lesen dan belajar secara official, please take note, jangan pakai kaki kiri. Pakai kaki kanan untuk pedam minyak dan brek. Ikut logik lah. Kalau kaki kanan dah pijak brek, mestilah pedal minyak dah lepas kan?

Oklah, aku nak stop sampai sini. Esok baru aku update cerita hari ni. Aku keluar dengan Madi tengok Ombak Rindu dan hang out dengan dia and friends (her friends, aku tak kenal) DAN maen bowling! Haha..

p/s : cerita Ombak Rindu best! Jangan tengok kalau tak bawak tissue. Aku pantang tengok Aaron Aziz nangis, mesti aku akan nangis jugak. T.T . Kalau Maya Karin nangis tak de feel sangat kat aku. :p Tapi cerita ni ada adegan yang MELAMPAU. Kita ni orang Melayu, Islam pulak tu. Tapi tunjuk adegan tak senonoh. Ini sikit-sikit macam tiru movie English. Dah mula tunjuk lelebih aksi kat bilik tidur. Aku terfikir, bini Aaron Aziz tu tak kisah ke tengok Aaron Aziz peluk cium perempuan lain?? Apa nak jadi dah dengan manusia zaman sekarang.

Aku rasa, kalau ada 'couple' dok tengok cerita ni, tak mustahil dorang balik buat maksiat!





***

No comments:

Post a Comment