Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...
*(Aerial Is Coming tu dalam cerita The Little Mermaid 2)
One last paper sahaja tinggal! Akaun, I'm ready for you! Cepat mai sini, cik tak sabaq nak jumpa hangpa ni! :p Jangan pandang rendah aku ni eh. Dulu aku terror cakap loghat Kedah tahu! Haha... Dady kata, akulah yang paling teruk. Macam orang sejati Kedah. Aku tak tahu pulak aku sampai macam tu sekali. Aku rasa biasa jek? Anyway, I wanna tell something. Perdagangan tadi SUSAH! Aku tak rasa aku boleh score. Paper 1 bolehlah salah 10 ke bawah je kot. Tapi paper 2, out of 5 ques, aku tak tahu nak pilih soalan apa untuk Bahagian A. Kena pilih 3, tapi... susahnya nak buat pilihan!
Aku ingat nak buat lebih. Memandangkan buku jawapan tu adalah 'buku', aku tak boleh nak skip soalan. Buat nombor 4 dulu then buat nombor 1. Tak, tak leh buat cam tu. Aku tak tahu nak agak, berapa page yang aku kena tinggal. Then I've decided untuk jawab 1,3,4. Mula-mula buat 1, 2... Bila soalan 2, aku jammed. Damn! Gila! Sengal betul aku nieh! Lamanya masa aku amik untuk jawab! Aku tahu jawapan, tapi samar-samar. Aku tahu, aku ingat lagi, aku pernah buat nota! God, please help me! Rasa cam nak nangis. Then aku palang soalan 2, buat soalan 3. Then continue soalan 4. Then tengok jam, my goodness! Dah 11.30! Aku ada lagi setengah jam aje lagi ni untuk Bahagian B.
Then, ada lagi 20 minit, aku terus buat Kajian Kes. Actually aku tak baca pun. Aku just baca soalan and terus jawab. Aku nampak penyata bank, aku teringat Akaun. Ini mesti ada kena-mengena dengan Akaun Semasa. Ding-dong! Aku boleh jawab ni... Aku rasa kajian kes senang. Yang lain susah kecuali soalan 1. T.T Huhu.... Sebab sepanjang 3 hari tak pergi library, aku study Akaun, and aku tanam ke dasar otak semua dokumen perniagaan. :) Best jugak dokumen ni yerk! Hoho... :p
Tapi Cikgu Chan kata senang. WHAT ? ! ? ! You're kidding right? Nama aje kod kertas kat bawah! Tapi susah betul! Aku rasa terbalik kot? Kod kertas kalau kat atas, maksudnya senang. Kalau kat bawah, susah. Add Maths atas, Maths atas, BM dan BI pun atas, meanwhile Agama, bawah sikit, tapi biasa-biasa je susah senang dia.
Oh ya! Aku yakin dengan Agama aku. Aku yakin bab tajwid je lah... Heheh... Paling aku cuak, tajwid, hafazan, maksud perkataan. Tapi yang keluar tajwid tu, Masya-Allah, bapak lah senang. Keluarkan nun mati dan nyatakan bacaannya. Tapi kenapa ada orang kata susah? Dia lagi suka kalau dia tanya nama tajwid ker??? Gila kau? Yang bulatkan A dan B tu normallah. Haish... Agak pelik. Ker, aku je yang pelik? Ker, korang tak reti baca Quran? Tak pernah baca? Sampai bacaannya pun tak tahu? Innalillah hiwainna ilahiraji'un
Aku dah register untuk driving license. Hari Ahad ni aku akan pergi Khursus Undang-undang Berkomputer. Yeay! Aku akan study hard dan lulus exam Undang-undang Berkomputer nieh! Mesti! Okay... Jadual aku, yang aku plan lah... Kalau tak lulus, terpaksalah re-take! T.T
4 Dis 2011 (Ahad) - Khursus Undang-Undang Berkomputer
10 Dis 2011 (Sabtu) - Amik exam Undang-Undang Berkomputer
11 Dis 2011 (Ahad) - (M-A-Y-B-E) Kalau dapat, aku terus amik Khursus Pra-L
17 Dis 2011 (Sabtu) - Amik exam Pra-L terus and...
Wallaweh! Dah boleh start praktikal, drive kereta selama 8 jam... 2 jam sehari. Itu aku rasa, aku akan amik weekdays. Bila aku tengok kalender, ngam-ngam lah bulan Jan aku kerja. :p Mumy kata, kalau aku, maybe 2 hari (4 jam) dah boleh start bawak kereta Kancil aku tu.. (can you believe it? my car? my Kancil? :D) Maksudnya aku boleh praktis sendiri dengan Kancil aku tuh. Lepas praktikal, aku kena exam lagi dengan cikgu aku tu, and also exam lagi tapi dengan JPJ. Aku rasa itu kot prosedur dia? Itu yang mumy kata. Tak tahulah apa disebaliknya, nanti kalau ada correction, aku betulkan, aku inform. Err... Tak yah lah kot nak inform, tak penting kot bagi korang. :D Sebab aku yang over-excited kat sini skang... ;)
Aku teringat balik dulu-dulu, masa first time aku dalam 'something'. Aku excited gila, dan aku asyik bercakap pasal benda 'something' tu. Tiba-tiba kawan aku mencelah, "itu pun kau nak kecoh ke??" Aku terdiam. Aku pun memang pada dasarnya tak berapa suka budak tu. And aku rasa dia tak suka kat aku jugak sebab aku budak baru masa tu. Dia tak suka sebab aku dok tarik attention orang lain dan bukan lagi kat dia. Tapi MADI defend aku. Yup, Mardhiah Aminzal defend aku. Dia kata, "Kau nieh! Biarkanlah dia. Ini first time dia lah!" Aku terharu. Sungguh. Aku memang tak pernah ada kawan-kawan yang sangat memahami aku.
Tapi kalau sekali tengok, kengkawan aku ni macam gangster tahu! Aku tak bercampur dengan dorang mula-mula. Dengan Amal je, sebab dia nampak lembut. Tapi yang gangster tu jugaklah yang kawan sejati. :D Don't judge a book by its cover. Dulu pun, aku suka gandingkan Muk dengan Madi. Sebab dorang tu, banyak persamaan actually. Haha... Tapi Madi tak perasan sangat. Aku selalu cakap macam tu dengan Muk. Gurau-gurau jek. Tapi dia sensitif pulak. Bagi dia, itu serius. Dia marah aku, "Awak nak sangat saya pergi kat Madi?!" Hehe... Tak patut betul aku nieh.
Tapi dua-dua orang ni lah yang sama-sama dekat dengan aku, yang understand aku walaupun aku lebih rapat dengan Amal. Selalu sangat, bila aku over-excited about something, mesti aku teringat kat Madi. Dan aku akan stop bercakap and kecoh-kecoh pasal benda tu coz aku tak nak orang menyampah dengan aku macam budak tu menyampah dengan aku yang over-excited sangat ni. Yelah... First time...
Alah... Apasal aku tiba-tiba emotional plak nieh... Huhu... Ok lah, stop, stop...
Target aku, sambil aku kerja, or sambil aku amik exam-exam driving tu, aku nak belajar Bahasa Syurga. Ye, Bahasa Arab. Aku akan start dengan buku latihan Arab darjah 1 sampai Form 5. Insya-Allah. Aku nak pilih, Mandarin atau Bahasa Arab. Mandarin banyak faedahnya, senang nak bergaul dengan budak Cina yang pandai-pandai nieh... Itulah satu-satunya problem Cina, bukan dorang sombong, cuma masalah bahasa. Itu je. Tapi tak kan nak dahulukan benda tu dari Bahasa Syurga. Tak ada ruginya belajar, lagipun bolehlah faham Al-Quran? Aku ni dah lah malas baca tafsir. :p
Dulu masa Form 1, kat Seri Pagi, aku amik aliran agama. Sebab tu skola pagi, kalau tak skola petang. Dan aku TERPAKSA belajar Bahasa Arab. Aku punya first test dapat 30-40 something. Haha! And aku start bukak buku Arab Naqib masa tu dia darjah 1. Aku faham. Page by page aku selak. Aku rasa, aku kena start dari bawah. Sebab Form 1 punya buku Arab memang tak faham langsung. Harap-harap Allah kuatkan hati aku dalam benda ni. Aku tak nak hangat-hangat tahi ayam! :D
Doakan aku okeh! :8 Kalau boleh aku nak achive so many things! Aku nak belajar banyak benda baru. That's the spirit kan? :p Good luck to you too. It's never too late to start something new. It's just that I choose to be new at this moment. :D
(This is December, right?)
- - 88888 - -
No comments:
Post a Comment