Something To Say


TRUST... never trust someone 100%. coz, they're the one who will stab u at the back. trust them only 50% n keep another 50% for ur self so tht u will not cry on the next day.

You dont have to follow others to be popular and to be loved, because you are loved for what you are.

Nak masuk syurga, KENAL ALLAH SWT dulu.
Ibaratkan tetamu datang rumah. Kalau tuan rumah tak kenal tetamu tu, ingat dia nak bagi masuk ke???

If you feel you hate me, better if you just stay away from me. Don't be a hypocrite. Coz I'm being my own self. Thank you.


OH YA! PANDAI-PANDAI CARIK BUTANG FOLLOW KAT ATAS YERK!

Monday, January 2, 2012

Announcement : "Selipar Hilang ! Tolong Carikkan?"

Assalamualaikum wbt...

Hari tu, 31-12-2011 bersamaan hari Sabtu... surau ajak pergi marhaban. Ladies only. Aku agak lega, sebab aku tak suka budak-budak lelaki (AJK surau) yang terlibat sekali masa pergi City Park tu. Mesyuarat kata lain, aktiviti langsung tak ikut aturcara. Ok, aku dah malas nak kerja dengan dorang. Lega sangat tak payah berdepan dengan dorang. Dah lah loyar buruk melampau tak kena tempat. Menyampah aku.

Sebelum ni marhaban kat TTJ (Taman Tunku Jaafar, Senawang) tu untuk majlis cukur jambul. Kali ni kat Rasah untuk majlis kahwin. Masa kat TTJ tu aku tak pergi sebab apa ek?? Sebab... entah, tak ingatlah. (Cuti sekolah buat aku malas nak fikir. :p) 

Sampai je kat situ yang DJ dorang tu, sambutlah kedatangan kita orang. Tak de orang pun masa tu. Dorang tengah prepare meja makan and decoration and so on. Acik-acik surau suruh pakai jubah hitam dengan tudung pink. Kalau tak ada, pakailah coklat. Aku tak ada jubah. (Teringin jugak nak merasa pakai jubah. T.T) Pakailah baju kurung masa raya hari tu. Hehe... Aku pergi sekali dengan Aqilah dan Nabila. Mak oi... Lamanya nak tunggu dorang. Tadi masa pergi jogging kat City Park, aku lewat. Skang dia lewat. Aku siap boleh tukar dua selendang lagi. :p Tau-taulah.. Nak pakai selendang amik masa sikit, pin sana, pin sini.

Rupanya coklat tu tema majlis kahwin tu... Hah, ngam sangatlah tu. Then budak-budak ni dah berbisik-bisik, lawa jugak warna tema coklat + putih. Amboi, amboi... Lain macam aje bunyi. Dah plan siap-siap ke warna tema masing-masing?? Haha... :p

And.... Time untuk ber'marhaban'. Masuk dalam rumah kat ruang tamu. Ada tiga orang tukang amek gambar. Masa nak start marhaban tu, fuh, terasa macam nak masuk TV pulak. Yelah, selalu kat TV artis kena kerumun dengan wartawan dan flash camera sana sini. Ceh! Tak leh blah aku ni. Hihi... Tapi aku duduk membelakangkan dorang. No camera please! Memang tak leh blah.. Sapa nak amek gambar kau? Prasantan!

Ok, ini ada beberapa yang aku nak list kan.
1. Majlis kahwin, benda baik, tapi diiringi dengan karaoke which is haram.
2. Tuan rumah ajak orang bermarhaban ke rumah dia tapi dia berselendang nampak rambut. What the h***?? Susah sangat ke just pakai tudung untuk satu hari tu?
3. Pakai baju kurung jarang nampak segala tali berwarna tu. Kau tak malu ke??
4. Perempuan pakai baju kurung dan bertudung tapi kain terbelah sampai ke lutut/betis. Woi, memang mencemarkan!

Masa marhaban memang tak ada buku khas, so, tercari-cari, terselak-selak muka surat buku tu. Aku dengan Nisa pulak main-main kat belakang. Main siapa jumpa dulu part yang ustaz tu tengah baca. Haha! Tak patut betul. Pastu gelak terkekek perlahan-lahan kat belakang. Opss... Tiba-tiba tersedar, huish, bacalah, orang tengah marhaban kau main-main pulak. Insaf balik.

Habis je marhaban, kita orang dijemput tuan rumah untuk pergi MAKAN!! Part yang paling aku tunggu-tunggukan. Cepat Nisa, cepat! Lapar dah ni. Perut dah bunyi-bunyi. Bila keluar, semua dah sarung selipar. Aku carik selipar aku. Err... Aku pasti aku letak kat sini. Aku sure sangat-sangat. Masuk bawah kerusi ke? Aku tunduk. Kain pun kain lah... Asal tak terselak, tak peduli orang tengok dah. Hah? Tak ada jugak. Aku dah cuak ni. Tak kan nak kaki ayam?? Biar betul selipar aku hilang?

"Awak letak selipar awak sebelah selipar saya aje kan?" - Nisa
"Haah.. Memanglah... Tapi tak ada pun?" - Aku.
"Adalah tu bujang-bujang kat rumah ni pakai main sarung aje..." - Tuan rumah.
Oh tidak ~ This is not happening. Tell me this is not happening.
"Tak apalah, adik pakai dulu selipar makcik ni. Sambil makan tu tengok-tengoklah kalau ada sesiapa terpakai selipar tu. Ye?" - Tuan rumah.
"Ok." - Aku.

Dia pun suakan selipar dia. Masalah! Masalah! Kasut bertumit. Taklah tinggi sangat. Tapi bertumit ok. Aku sejujurnya kata, aku anti dengan kasut macam ni. Aku tanyalah, "Mak cik, tak ada ke selipar yang macam selipar jepun ke? Saya tak pakai selipar macam ni.". "Oh, tak biasa ke pakai selipar macam ni?". Aku rasa dia sabar je dalam hati dok melayan kerenah aku. Dah lah hilang selipar, cerewet pulak tu! Ah, yelah, aku pakai ajelah! Banyak cekadak pulak aku ni.

Masa tu aku rasa macam nak nangis sebab aku tau ada orang tak suka. Aku tak nangis sebab selipar hilang. Aku rasa cam nak nangis bila ada orang tak sanggup nak susah untuk aku. Dorang tak suka dengan masalah yang aku timbulkan. Hey, bukannya aku nak benda ni terjadi! Fahamlah sikit. Korang nak fikir perasaan korang je. Perasaan aku?

Masa tu perut dah tak rasa lapar. Aku dah tak nak makan. Tapi adalah jugak dua ketul ayam habis licin! :p Pinggan habis licin. Itu tak rasa lapar tu. Kalau lapar? Ish ish... Tak mau sebut. (Mumy kata aku kena cari pakwe yang tak kedekut belanja makan.) Orang lain amik seketul je ayam. Asal korang amik seketul? Dah lah ayam tu kecik je. Mana cukup. Dalam hati aku cakap. T.T

Habis makan, pergi balik kat pintu rumah tu, carik selipar. Manalah tau orang tu dah pulangkan ke? Mak cik tuan rumah tu tak habis-habis kata, "Adalah bujang yang pakai tu." Kenapa mesti 'bujang'? Itu selipar perempuanlah. Tak kan lelaki nak pakai? Apa kenalah pulak dengan makcik ni? :'( Lepas tu acik surau datang kat aku dengan Nisa, Shira, Aqilah dan Nabila. 

"Dah jumpa ke belum selipar kamu tu? Dah nak balik ni." kata acik yang tumpangkan aku dengan Nisa. Kita orang datang ke Rasah naik kereta tumpang je. Tak de transport. Daripada riak muka makcik tu, aku tahu, dia tak suka. Dia rasa aku menyusahkan.

"Nisa, kita buat announcementlah! Kalau tak, sampai bila pun tak jumpa. Dah lah makcik tu nak balik sekarang." - Aku.
"Sure ke?" - Nisa.
Aku dah nekad. Aku pun pergi kat abang DJ tu.
"Bang, mintak tolong boleh? Selipar saya hilanglah... Boleh tak tolong buat announcement. Saya dah nak balik ni. Selipar biasa aje, warna coklat." - Aku.
"Ok dik. Sekejap ea?" - Abang DJ.

Dia habiskan lagu yang tengah main and buat announcement.

"Ok, perhatian semua. Adik marhaban kita ni dah terhilang seliparnya. Sesiapa yang ada tersarung tu, tengok-tengoklah... Selipar biasa aje katanya... Kesian dia... Ala... Macam mana nak balik ni....??" - Abang DJ.

Aish, abang DJ ni... Macam perli aku aje? T.T Buat malu je! Aku dah buat muka suci habis dah tau time tu. Dia main-mainkan aku pulak. Huhu... Lepas tu dia mainkan lagu Dadali - Di Saat Aku Mencintaimu. Dia pun ikut nyanyi sekali. Sebutir-sebutir dia nyanyi. Ini lagi satu penganiayaan. Sah, sah dia nak pekena aku! Malu dowh!!

Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai memerlukanmu (mencintaimu)

Malunya aku memang tak terkata. Yelah, selipar hilang sampai kena buat announcement. Bila abang DJ tu dok suka sangat mengusik aku, aku da merah padam tak tau nak lari mana. Haish... Then makcik yang tumpangkan aku tu datang balik.

"Dah jumpa ke?" - Acik surau.
"Belum." - Aku.
"Alah, tak apalah. Selipar buruk aje kan? Tak kan tak ada selipar lain kat rumah?" - Acik surau.
"Itu aje satu-satunya selipar saya." - Aku. Oh... Selipar buruk kau kata? Sengaja aku kata itu aje selipar yang aku ada. Lagipun itu favourite aku! Buruk pun buruklah, aku sayang!
"Kesiannya... Hah, yang itu kot?" - Acik surau.

Dia pergi kat budak-budak lelaki yang sibuk lepak kat belakang abang DJ tu. Acik tu suruh dia tanggalkan selipar yang dia pakai dan tunjuk kat aku, aku geleng, tu bukan aku punya. Tapi mak datuk... Sabarnya aku masa tu. Acik tu tak nak dengar. Dia bawak selipar tu datang kat aku.

"Mak cik, ni bukan selipar saya." - Aku.
"Tak apa, pakai aje lah selipar ni. Dah nak balik ni." - Acik surau.
Aku pandang Nisa kat sebelah and pusingkan badan aku, bisik kat dia,
"Saya rasa acik ni tak suka saya sebab saya dah bawak masalah kat dia. Tak kan saya nak pakai selipar orang? Lepas tu nanti orang tu pulak dok cari selipar dia. Sampai bila masalah ni nak berhenti?" - Aku.
"Tak apalah makcik, makcik baliklah dulu. Nanti saya telefon ayah saya suruh amik saya kat sini." - Aku. Aku cuba sedaya upaya untuk senyum. Sabar Nadia, hormat orang tua. Jangan ikutkan sangat baran kau tu. Marah tu syaitan!

Lepas aku cakap macam tu, wah sukanya dia... Senang hati dia. Macam dah terlepas satu bala besar dalam hidup dia. Kecewanya aku dengan sikap dia. Tak apa Nadia, tak semua orang suka kau. Itu kenyataan. Dia pun blah dari situ. Pergilah, pergi!!! Benci aku!

Then aku call mumy.

"Mi, selipar akak hilang. Makcik yang hantar akak tu dah balik, boleh tak nanti mumy amikkan akak kat sini bila akak dah jumpa selipar akak?" - Aku.
"La... Macam mana boleh hilang? Kat sini tu kat mana?" - Mumy.
"Kat Rasah." - Aku.
"Uish, mumy tak tahulah jalan kat sana. Nanti mumy suruh dady amik lah." - Mumy.
"Tak nak! Nanti dady bising marah-marah, tau lah dady tu tak sanggup nak panas-panas, mencari-cari rumah orang. Mumy ajelah yang amik akak..." - Aku.
"Mumy tak reti jalan kat sana. Tak pernah pergi. Dady tanya alamat ni." - Mumy.
"Yelah, nanti akak tanya sesiapa kat sini pastu mesej kat dady." - Aku.
Aku matikan talian dan mengeluh berat. Aku rasa macam nak terduduk. Payahnya... Malangnya aku hari ni. Balik ni mesti kena ceramah dengan dady. Aduh... BUKAN SALAH AKU SELIPAR TU HILANG!! Damn!! Kusutnya aku masa tu!! 

Aku tanya orang kat sana yang pakai pin berbunga dan duit RM 5. Itu mesti orang yang tolong tuan rumah kat majlis kahwin tu. Aku pun tanya alamat. "Entahlah, saya tak tau."  "Entah, tak amik tau pulak saya."  "Tak tahulah dik." Suddenly, Nisa tunjuk kat aku sorang perempuan bawak baby dok pakai selipar aku. Ya Allah!! Betapa leganya aku... Alhamdulillah... Ingat dah tak jumpa dah selipar aku tu.

"Kak, akak pakai selipar saya."
"Oh, ya ke? Maaflah dik."
"Tak apa, tak apa..." aku senyum lagi. Lega sangat dah jumpa.

Pastu aku pun tanyalah alamat rumah tu. Dia pun kata tak tahu. Aku mengeluh. Manusia oh manusia. Kenapa korang tak nak tolong aku? Tolong lah... Pergilah cari tuan sebenar rumah besar godang ni dan tanyakan alamat untuk aku. Aku pasti korang mesti ahli keluarga kan? Apa salahnya luangkan sikit masa untuk tolong aku yang kesempitan?? Sampainya hati korang biarkan aku macam tu tak tentu arah? Aku selalu tolong orang. Kenapa tak ada orang nak tolong aku ni? Ya Allah, kenapa lah dengan sikap manusia ni? Sangat selfish!

"Nadia, jomlah kita carik sesiapa yang tak balik lagi. Tadi saya ada nampak mak Fadhil dengan yang lain-lain." - Nisa.
"Hmph.... Jom lah..." - Aku.

Aku dah hilang semangat. Aku dah hilang mood. Manusia oh manusia... Kecewanya aku bukan main. Mulai saat tu, perasaan aku bercampur baur. Waktu tu, aku berazam. Aku nak belajar pandai-pandai, aku nak belajar tinggi-tinggi dan tolong orang yang susah. Aku nak kumpul harta untuk orang susah yang beragama Islam. Doakan aku supaya aku tak bongkak dan angkuh. Amin ya Rabbal 'alamin. (Sebak pulak. T.T)






@+@+@+@

No comments:

Post a Comment