Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...
Hari tu surau ada buat Jogging kat City Park, aku cuma mengikut Nisa aje... Tiba-tiba Aqilah cadangkan aku supaya jadi Penolong dia. Dia Setiausaha. Katanya senang nak bekerja sebab kita ornag sebelah rumah. Tanpa tanya aku pun! Mula-mula aku ok. Tapi bila aku join Jogging tu, aku pun kenallah Pengerusi dan AJK-AJK yang lain. Tak best... Tak best...
Pengerusi : Amin
Naib Pengerusi : Shira
Bendahari : Murni
Pen Bendahari : Azizi
Setiausaha : Aqilah
Pen Setiausaha : Aku!
AJK : Nabila dan... aku tak tau. maybe ada beberapa...
Kenapa aku kata tak best? Sebab dorang ni macam tak ada telinga atau telinga-letak-kat lutut. Langsung tak nak dengar apa yang kita orang kata. I mean, Naib Pengerusi kata. Aku ni backup jek! :p Sebab masa tu belum jadi AJK tertinggi lagi. Tapi aku malas nak cerita pasal tu.
Skang Kelab Remaja nak buat event Explorace. Itupun main idea dari aku. Ok, cerita dari awal.
"Kak! Pukul 9.30 ada mesyuarat." - Aqilah.
"Huh?? Ish! Suka-suka hati je nak buat mesyuarat! Akak baru je balik dari jogging. Kena sapu, mop dan vakum rumah lagi, nak breakfast, nak cuci kipas... Banyak nak buatlah... Skang pukul 8.00, mana nak sempat? Lepas tu kejap lagi pukul 10 pagi akak nak pergi job interview." - Aku.
"Entahlah kak... Tapi dorang kata kul 9.30 ni..." - Aqilah.
Aku mengeluh, sempat ke? Masa tu tengah makan. Mumy komplen, "Itulah, lengah-lengahkan masa lagi. Take your own sweet time masa makan. Kan dah kena keluar. Kemas rumah sebelum keluar." Yes maam! Aku kemas express. Makan pun tak sangat sebab sambil layan kartun yang baby-baby layan. Bestlah! Haha. XP lebih kurang macam Dora The Explorer gitu. Last-last makan beberapa keping chipsmore dan secawan teh susu. (aku tak minum kopi).
Kemas punya kemas... Dah pukul 9. Er... Aku busuk sangat ke? Nak mandi ke? Sempat ke kalau aku mandi dulu? Nanti nak jalan kaki lagi pergi surau, pun amik jugak masa beberapa minit. (even though dady suruh drive, tapi aku rasa tak perlu sebab dekat aje. jalan kaki kan senaman, lagipun nanti orang kata show off lah pulak...). Last-last aku pikir, "kau tu pompuan, kena wangi-wangi! ini tidak, dah lah tadi pergi jogging hanya sekadar gosok gigi dan cuci muka, lepas tu kemas rumah. lebih baik pergi mandi, takkan nak pergi surau dengan badan yang melekit? eii... rimasnya! lagipun kebersihan itu sebahagian dari iman!"
Yes! Bagus, last-last aku mandi express. Sebab selalunya mandi lama sikit. (sikit jew!). Then cepat-cepat get ready. 9.20 pagi. Ok, now what? Aku berkira-kira dalam hati. Dah jadi kebiasaan aku untuk solat Duha sejak aku baca entry dalam Kisah Cinta Nasi Lemak. Kawan-kawan dan kenalan dia yang amalkan Duha sangat murah rezekinya. Harap-harap aku pun dimurahkan rezeki. So, aku berkira-kira, nak solat ke tak, nak ke tak, nak ke tak?
Em, kalau aku lewat sikit, tak apa kan?? So, aku pun amek wudhuk dan solat. Pastu siap-siap, pakai simple nak mampus je... Sebab nak cepat punya pasal. Tudung pun pakai tak betul. Ah, lantaklah! Tudung bawal memang susah sikit nak pakai sebab ada gelembung-gelembung. Tapi aku tak kisah. Orang lawa, kalau pakai selekeh pun tetap lawa. Haha! Phui! Masa tu jugak Aqilah dah panggil. Eh? Dia tak pergi lagi rupanya? Aku ingat biarlah dia pergi dulu, tolong gantikan aku sementara tunggu aku sampai.
Sampai aje kat surau... Malangnya... Budak-budak lelaki tak sampai-sampai!!!!!!!! Aku bengang nak mampus! Memang nak mampus! Aku sanggup gadaikan job interview aku semata-mata kerana mesyuarat ni dan dia boleh je senang-senang datang lewat! Pukul 10 gitu dia baru nak sampai. (Amin n Azizi). Dah tu pulak, duduk bersembang nasi-lemak-kopi-o kat motor dia. Tak reti ke nak datang duduk kat meja dan cepat bincang event yang seterusnya? Mesyuarat tingkap apa pulak lah kat motor dia tu? Menyusahkan betul.
Sory, tapi aku memang tak suka manusia perangai macam ni. Mesyuarat suka-suka je nak buat bila. Bagitau last-last minute. Lepas tu melengah-lengahkan masa. Tak ke dia fikir orang lain ada hal?? So, akhirnya pukul 10.30 pagi baru dia ready nak bermesyuarat dan duduk kat meja. Sabar ajelah... Aku memang anti dengan lelaki macam ni. Geramnya tak terkata.
Sepanjang mesyuarat tu, aku rasa aku tidak diperlukan. Jadi aku diam dan buat endah tak endah aja. Aku tak peduli apa dia (Amin) nak kata. Aku sibuk bergurau senda dengan Nabila. Yang Azizi tu pulak menunduk aje borak dengan budak sebelah dia, pun tak amek port pasal mesyuarat tu sebab semalamnya aku temankan Nisa untuk jumpa dia. Ada bau-bau 'cinta-monyet' sikit petang semalam. So, agaknya dia segan dengan aku. Tapi disini aku nak ingatkan, Nisa bukan jenis yang couple. Jangan salah faham. Kalau boleh dia tak nak ada kena-mengena dengan mamat tu.
Tiba-tiba handphone aku vibrate. "Nadia, suruh Shira balik sekarang jugak!" Atas alasan apa, aku tak berani tanya. Macam serius aje bunyinya. Dan... Shira pun balik. Masa tu, Amin dah mati akal, mati idea, mati kutu. Dengan siapa dia nak bercakap? (sebab antara dorang pun ada bau-bau 'cinta-monyet' tanpa disedari Shira sendiri. tapi diingatkan, Shira pun macam Nisa. aku je yang sesat, gatal semacam je dulu.. terasa macam tak sesuai kawan dengan dorang. T.T).
Aqilah adalah mangsa dia yang seterusnya. Penjana idea. Tapi Aqilah senyap aja. Ada jugak budak-budak lain, tapi dorang pun tak de idea. Ha.... Dah mula dah... Mata tu main peranan nak pandang-pandang aku. Ok fine! Aku memang ada idea. Tapi taklah hebat mana. Buatlah Explorace. And... boom... boom... boom... Semua dah start tembak bertalu-talu tak sabar-sabar nak bagi idea untuk checkpoint-checkpoint tertentu. Including peraturannya.
Kalau boleh aku nak mesyuarat pasal bendalah ni hanya SEKALI sahaja. Aku nak benda ni betul-betul smooth. Aqilah catat setiap checkpoint punya tugasan. Dan jugak list barang yang perlu disediakan. Untuk pastikan semuanya smooth, aku nak catat nama siapa yang incharge dalam menyediakan barang-barang tertentu. tapi setiap kali aku tanya, "Benang bewarna siapa nak sediakan?". "Jangan risau, itu kita orang handle.". "Bola siapa bawak? Berapa biji?". "Itupun kau tak yah risau, biar kita orang sediakan.". "Tempat checkpoint tu kena bincang jugak.". "Wei, tak apa, tempat tu biar aku uruskan dengan budak-budak lelaki lain.".
Aku naik rimas. Macamlah dia tu komputer. Sekali save, tersimpan berjuta tahun selagi tak kena virus. Aku risau bila dia cakap macam tu. Aku takut semuanya tak jadi dan ada benda short kang. Kang ini lupa nak bawak, itu lupa nak beli, habislah hancur event! Aku nak rekod siapa yang patut bertanggungjawab dalam sesetengah benda. Nanti bila benda tu terkurang, at least tahu siapa nak carik dan tanya kenapa tak cukup. Amin buat keja langsung tak sistematik. Lepas tu dia fikir aku ni cerewet sangat! Bukannya cerewet atau nak jadi Miss-Know-It-All atau Miss-Perfecto ! I'm trying to be systematic and organize!
Sejak aku join surau dan jadi Penolong Setiausaha, aku terasalah jugak masa aku ni tak terbazir gitu aje. Sekurang-kurangnya ada aktiviti nak dibuat sementara cari kerja. Kalau tidak, kat rumah lepas Subuh mesti nak tidur. Aku ni bukannya kaki Internet sangat, so bila tak tau nak buat apa, most of the time, aku tidur... Bila online FB, kawan-kawan semua dah keja. Bila tanya, sebulan keja, dapat gaji terus berhenti. Aku terdiam. Ruginya. Aku rasa sedih, kecewa. Sebab aku terlampau memerlukan kerja sekarang ni. Korang pulak yang senang dapat kerja, dapat gaji terus aje berhenti. Betapa tak bersyukurnya korang. Tak tetap pendirian.
Selain tu, ada jugak ura-ura nak buat latihan azan bagi lelaki dan latihan marhaban bagi perempuan. Then budak-budak lelaki dah ada macam-macam aktiviti nak queue tu. Dorang nak tubuhkan group bola sepak surau. And apa lagi entah. Aku pulak tawarkan diri nak ajar Maths kat surau, kelas tambahan percuma. Aku besar hati nak tolong dorang dalam akedemik. Aku suka mengajar. Aku suka bila tengok muka puas dorang bila dah faham. Terutamanya subjek Maths, sebab ramai yang tak suka Maths. Meh sini biar aku mandrem korang sampai korang suka Maths! :p Budak Akaun lah katakan... Haha.. Tak cukup dengan tu, aku pun skang start menghadirkan diri ke marhaban-marhaban yang surau buat kat beberapa tempat lain.
Aku pun sekarang tengah belajar Bahasa Arab setiap hari Selasa. Tapi sejak aku dah dapat 'L' aku asyik lupa nak pergi. Sebab selalunya Nisa tolong ingatkan. :p Manja kan aku ni? Nak pergi kelas pun nak Nisa mesej, tolong ingatkan... Sayangnya.. minggu lepas aku tak pergi sebab ada ujian! :p Aku suka ustad yang mengajar kita orang. Muka dia asyik senyum aje! Hehe... Yang paling funky ada pakcik tu, kecoh dan kelakar. Sentiasa buat lawak. Kalau pakcik tu tak ada, memang tak meriah. :D Mak Fadhil selalu kata, "Ha, kau tengok atuk engkau tu. Ketawa aja kerjanya!"
Memang penat. Tapi berbaloi.... Seronok dapat luangkan masa macam ni dengan Nisa. Dalam masa yang sama dapat kumpul pahala. Maklumlah... Dosa bertimbun senang aje, tapi pahala secuit. Aku tak nak bayaran untuk apa-apa... Tapi kalau kerja, ya, aku nak bayaran. Untuk surau, aku ikhlas, aku tak nak terima duet walaupun dady kata nanti orang amek kesempatan kat aku. Tak apa.... Budak-budak sekolah.... Datanglah surau dan gunalah aku sepenuhnya... Aku tak kisah kalau korang nak amek kesempatan dengan ilmu yang aku boleh kongsi... Berbaloi... Pahala dibawa sampai mati selagi korang mengamalkannya dan menyebarkannya. :) INDAHNYA ISLAM....
p/s : walaupun aku busy, aku tetap nak berblogging... aku ni kan suka komplen dan mengadu-domba.. dulu sentiasa ada someone untuk luahkan segala penat lelah dan masalah suka duka. tapi sekarang dah tak ada. tak ada langsung. dengan Nisa pun aku tak bercerita sangat. sebab cukuplah sekadar di blog... :) aku bahagia macam ni... 24 jam blog ni boleh temankan aku. :p
@@@@@@@@
No comments:
Post a Comment