Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...
Today, aku dah secara sah dah boleh bawak kereta. Kereta tak semput, malah aku boleh bawak dengan ok. Cikgu tu kata, "Ha... Cantik... Masuk gear pun cantik...". Wah, excitednya aku... :p Tapi sejujurnya aku tak cuak langsung. Semalam pun aku biasa-biasa je. Tapi bila dah masuk kereta, cikgu tu suruh aku duduk kat seat driver, aku sikit cuak. Dia tanya, "Pernah bawak kereta tak?". Aku pernah bawak kereta dengan dady, tapi better buat bodoh. So aku kata, "Tak pernah langsung."
Masa dalam litar, memang agak kekok gila. Bawak bawah 20 km/h. Nak pijak pedal minyak pun teragak-agak. Tapi so far, everything's ok. Yang tak ok, bila cikgu tu suruh aku corner and get ready untuk naik bukit. Argh!! Asal skarang? Aku tak tau apa-apa... Aku tak reti langsung! Bila menuju ke bukit banyak sangat input, aku dah kusut sangat-sangat. Tekan brek, tekan clutch, tarik handbrake, tengok palang and so on... Mak oi!! Satu-satulah! Aku tak dapat catch-up... Susahnya nak bagi tayar kereta betul-betul atas garisan kuning. Side-mirror kena betul-betul selari dengan palang and kalau selari, confirm tayar ngam-ngam atas garisan kuning.
Aku terlebih dan terkurang, tak pernah ngam-ngam. Aku cuak sangat, kelam-kabut. Sampaikan dia naik geram dengan aku. "Abang kata jangan buat, kau buat. Bila abang kata buat, engkau tak buat. Lailahaillallah...!". Ala... rileks lah... Janganlah cam tu. Kalau dia macam tu, apa agaknya perasaan aku? Lagilah aku cuak bukan kepalang. First try naik bukit, enjin mati. Handbrake tak tarik habis. Bila nak turun bukit aku tak tekan brake langsung! Laju je menjunam ke bawah. Hahaha... Bestlah pulak. :p "Memperlahankan kenderaan. Bukan berhenti. Clutch tak payah pijak!". Ok... ok...
Second try, aku terlajak, mati enjin jugak. :p Tayar dah lebih garisan kuning. Aku tak boleh nak agak langsung bila side-mirror dengan palang dah selari. Kelam-kabut sangat! Third try, aku kurang. Belum sampai palang aku dah berhenti. Tapi kali ni bila turun bukit dah tahu nak brake. Then lepas tu, dia terus bawak aku ke jalan raya. Aku ikut aje. Masa tu aku tak tahu pulak yang kita orang heading ke jalan raya. Bila dah pusing kat round about, aku nak masuk litar balik, tapi cikgu tu pusing stereng aku keluar dari Akedemi Memandu Cott. Ha...?? Aku tak ready. Please. Aku tak pernah bawak kereta kat tempat yang ada banyak kenderaan dan LORI!!
Tapi aku lepas! Itu yang bestnya. Cikgu tu tunjuk jalan 1 dan jalan 3. Jalan 2 tutup. Jalan 1 kita orang try 3 kali pusing. Keluar masuk Cott. Jalan 3 sekali aje dia tunjuk. Jalan nak ke Rahang. Dia tanya, "Tahu tak jalan tu?". "Tak tahu.". "Mana kau nak tahu, dari kecik dah biasa dengan Seremban 2.". Ouch. Haha... Jalan Seremban 2 tahulah aku. Jalan area sana mana aku tahu. Kat flyover, ada bukit sikit. Aku masih lagi gear dua. Cikgu tu pulak lupa nak suruh aku masuk gear satu. Lembab gila naik bukit. Hish ade kereta kat belakang aku ni. Dia nak potong aku. Aku kasi laluan, tapi sorrylah, tak muatlah.. Hehe...
"Tekan pedal minyak sampai habis.". "Dah tekan habis ni...". Then dia tutup air-cond turunkan tingkap. Takut enjin mati tengah-tengah bukit tu. Syok lah! :p Seronok. The thrill tu memang best. I just don't give a damn about other people yang potong aku. Sebelum ni aku terfikir, nanti kalau ada orang potong mesti hati aku rasa tak aman aje. Tapi so far, so good. Aku ok je? Macam tak de perasaan je. Aku rasa rileks.
Tapi antara semua tu. Aku paling takut traffic light. Susah lah! Sebab kena tarik handbrake. Tak suka tarik handbrake. :( Leceh! Nanti bila dah hijau, kelam-kabut. Tapi dah 4 jalan aku lalu ulang-ulang, banyak traffic light. Aku dah hafal, lekat kat kepala steps apa yang patut buat. Tarik handbrake, free gear. Dah hijau, ataupun kalau dua kereta kat depan dah start gerak... Masuk gear satu dan lepaskan handbrake.
Sepanjang aku lalu jalan 1 for the first time, dia kata, "Ha... Kalau speed macam ni, boleh masuk gear seterusnya.". Then aku pun tengoklah speed aku for the first time. Aku tak terfikir langsung nak tengok arah lain selain on the road. Cermin pun langsung tak tengok. :p Then dia tegur. "Ai! Abang suruh tengok speed, tapi jangan sampai tak tengok jalan. Kawal stereng tu. Jangan makan jalan orang!". Oppss. Hehe... Banganglah kau ni. Gila ke? Tak kan tak leh fikir, jeling-jeling aje. Sejak tu, aku selalu jeling-jeling semua cermin dan speed.
Kadang-kadang, aku lupa aku gear berapa, sebab tangan kena dua-dua kat stereng. Setengah orang, tangan kiri kat gear on stand by. Tangan kanan kat stereng. So, boleh agak tengah gear berapa. Aku pun tak reti sangat dan tak terfikir nak tengok speed. Kalau speed macam ni gear berapa. So, bila dah lupa aku curi pandang gear kat bawah. "Kan abang kata, jangan tengok gear!". Erk! Nampak aje dia! Hurm.. Tajamnya mata dia. T.T Haha...
Then dia tunjuk, kalau dah sampai kat junction ni, bagi signal. Kalau sampai kat jejantas ni, tukar lane kanan. Kalau nampak Petronas punya logo, signal. Nampak je bus stop, lepaskan pedal minyak, turun gear dan get ready masuk Cott balik. Tapi aku selalu lupa nak turunkan gear sampai gear satu. Selalu tinggalkan dalam gear 2. Terlajak pulak masa corner.
Betul cakap mumy, first time belajar confirm dah boleh bawak kereta. Lepas ni dah berani bawak Kancil keluar jalan-jalan. :p Tapi aku tak berani kalau tak ada sesiapa nak teman. Aku rasa lebih baik aku pergi second session dulu baru berani kot. Khamis ni. Ha... Ngam-ngam boleh hantarkan Naqib pergi tusyen. Mumy suruh aku hantar dan jemput Naqib Islam tu dari sekolah setiap pagi. "Ha... Baru aman mumy nak pergi kerja. Tak payah rush.". Pulak dah...
Bila fikir balik, nak stop, nak bersempit dengan kereta lain kat depan sekolah, nak stopkan adik, aku tak berani lagilah. Especially kalau bersempit dengan kereta lain. Tahu-tahu ajelah kawasan sekolah. Tak nak lah! Tunggu second session. :)
p/s : rasa macam tak percaya pulak aku dah bawak kereta kat main road! Dah la bersepah lori-lori besar kat jalan tu. :p Pun rasa tak percaya aku dah dewasa, dah tak sekolah dah. Cepatnya 5 tahun... Oh silap... Cepatnya 17 tahun...
@+@+@+@
No comments:
Post a Comment