Something To Say


TRUST... never trust someone 100%. coz, they're the one who will stab u at the back. trust them only 50% n keep another 50% for ur self so tht u will not cry on the next day.

You dont have to follow others to be popular and to be loved, because you are loved for what you are.

Nak masuk syurga, KENAL ALLAH SWT dulu.
Ibaratkan tetamu datang rumah. Kalau tuan rumah tak kenal tetamu tu, ingat dia nak bagi masuk ke???

If you feel you hate me, better if you just stay away from me. Don't be a hypocrite. Coz I'm being my own self. Thank you.


OH YA! PANDAI-PANDAI CARIK BUTANG FOLLOW KAT ATAS YERK!

Wednesday, August 10, 2011

Ok, Maybe It's A Gift......?

"Tapi program ni untuk kebaikan awak jugak. Awak kena jugak bergerak dan awak tak boleh belajar sahaja 24 jam. Sesekali awak perlukan program sebegini untuk cerdaskan minda kreatif awak."


Assalamualaikum...

Hari ni bersyukur sangat-sangat yang teramat sangat! Hah! Amik kau. :p  Hari ni patutnya jumpa pengetua whole class tengok prestasi akedemik. Dan betapa bersyukurnya pengetua tak ada, so, Datin Maimon la yang handle. Banyak-banyak cikgu kan, aku suka Datin. Cool aje, rilek je, tak ada kecoh-kecoh, bising-bising. Marah, marah jugak, tapi tak macam pengetua, dia tak bebel banyak. Aku suka Datin. Very humble and simple and COOL.

First subjek, ADD MATHS. Why lah?! Haha... Tunjuk subjek yang teruk pada awal waktu. Dia ada slide graph prestasi ikut setiap subjek and dia tunjuk sorang-sorang punya graph. Kesian la orang yang nama A,B,C... Tu yang aku cakap dengan Aten, orang terdekat dengan aku dalam bilik mesyuarat, "Nanti kalau nak bagi nama kat anak, jangan bagi nama A,B,C. Kalau result ok, tak pe jugak. Ini tak ok. Kesian, kita kena pikir jugak, nanti malu budak tu." Hahaha....

Then first second subjek yang dia tunjuk tu, memang result aku pun sedang-sedang je. Then sampai satu masa, asyik nama aku je jadi tumpuan nieh??? Then Syafiq Amal menyampuk, "Dia permata kita orang, dan permata berlian negara!" Negara??? Apa kena mengena ni? :p Then aku tak tau macam mana pulak Datin boleh cakap, aku ada harapan untuk sambung study oversea. Ha??? Are you joking? Coz it's not funny. "Tak kan kamu tak nak oversea kan? Siapa yang tak nak." Em... No komen. Aku ni bukannye genius sangat pun macam Mat Luthfi ke kan? :D

Bila orang puji aku and kata, "I jelez lah dengan you. How do you study and bla bla bla..." Aku rasa normal. And aku tak rasa pun ada benda yang perlu dipuji dalam diri aku. Bcoz aku lebih kenal diri aku sendiri. And aku tau setiap benda yang aku buat everyday. Aku tak ada lah menghadap buku 24 jam macam Alice Chan Mei Ling. Budak kelas A tu... Aku tengok dia asyik berkepit dengan buku, aku yang naik rimas. Tak bosan ke?? :p

Sejujurnya, aku tak lah study mana. Yea, maybe it's a gift. Kalau aku betul-betul concentrate dalam kelas, senang masuk dalam kepala. Tapi kalau reading, itu masalah besar aku. Memang tak akan masuk langsung. Mimpi yang masuk menyelinap ada la... XD  

Then Datin tengok kehadiran aku. "Kamu punya prestasi ok, tapi kehadiran kamu agak teruk. 14 hari dah kamu tak hadir ni." Hadoi... Aku malas betul kalau cakap pasal kehadiran. Fed-up owh.. Sebab sekolah ni TERLALU BANYAK PROGRAM berlangsung every week. And you expect me to come to school EVERYDAY?? Come on la? Lebih baik aku duduk kat rumah, boleh la jugak tido. Huhu...

Aku balas tau apa yang Datin cakap. Aku nak dia tau, sekolah ni terlalu banyak program. "Saya ada sebab tak datang. Sekolah banyak sangat program. Lebih baik saya duduk rumah study." Padahal tidur buat taik mata. Tak caya? Tak caya sudah la... Tapi saje aku kelentong nak bagi 'kesedaran' sikit kat cikgu, kurang-kurangkan lah program kat sekolah. Especially bulan-bulan exam. Patutnya bulan July no more program dah... Aku just nak bukti kan, yang aku bukan sekadar cakap kosong tau nak marah je dalam blog cakap pasal dorang kat belakang, tapi depan pengecut. NO, that's not me.

"Tapi program ni untuk kebaikan awak jugak. Awak kena jugak bergerak dan awak tak boleh belajar sahaja 24 jam. Sesekali awak perlukan program sebegini untuk cerdaskan minda kreatif awak."

Hahahaha.... Bagusnya point tu? Kreatif la sangat. Dapat sakit kepala ada lah... Aku ni Puteri Lilin sikit ok. Tak leh kena panas, memang sakit kepala whole day. Especially bila kena panas waktu siang. Memang tak tahan sakit kepala. Kalau petang not so bad sebab dah kebal for the day kan? :p Apa fakta merepek aku kasi ni? Then dalam hati aku cakap, apa yang bagus sangat? Apasal nak bangga sangat dengan program-program macam tu? Kalau dah banyak sangat, apa yang elok untuk minda kreatif? Aku tak rasa macam kreatif pun? Haha... Kelakarlah point tu. Seriously.

"Tapi cikgu, kalau saya datang sekolah apa gunanya? Tak belajar jugak. Baik duduk rumah."

"Tapi kat sekolah kita tak buat program sampai sehari suntuk."

"Saya tau tu cikgu. Tapi selalunya bila ada program sebelah pagi, student dah tak nak belajar lepas rehat. Saya dah boleh agak dah, perangai student. So baik lagi saya duduk rumah kan?"

"Tapi itu sikap pelajar. Awak kena lah usaha sendiri. Kalau cikgu tak mengajar dalam kelas awak belajar lah sendiri." Aku tepuk dahi. Datin ni tak faham ke apa yang aku cakap???

Aku duduk rumah sebab nak belajar sendiri lah tu?! Usaha sendiri lah tu?! Kan? Adoi... Buat aku kecewa je la... Ini ke cara orang dewasa fikir? Then malas nak cakap banyak, nak bertikam lidah nak tegak kan point masing-masing aku diam angguk-angguk je lah. Dady kata, "Kak, kalau awak nak cikgu tu terdiam dengan apa point awak, satu je kelemahan dia orang. Speak English. Nanti dia mesti terkejut. Who the hell are you kan? Tiba-tiba keluar English, hebat budak ni, jangan main-main. Itu lah mentaliti cikgu-cikgu. Ha, terkial-kial dia nak jawab. Kalau you speak BM, dia kerek habis dan dia akan cakap until you fed-up. And they think they win."

Yup, and aku fed-up. Tapi aku tak speaking la. Coz aku punya speaking pun, tunggang langgang jugak! XP Hahaha.... Dah tau sendiri tak pandai, tak de nye aku nak tunjuk kebodohan aku. Aku tak nak berlagak pandai. Buat orang gelak aje.

Bila Datin suruh budak lain 'contohi' aku, ceh, ayat cam tak leh blah je. Huhu... Then Amir menyampuk, "Saya tengah korek rahsia belajar dia lah sekarang ni cikgu!"

"Ha, bagus. Nanti kalau orang tanya rahsia belajar dia, awak lah tukang jawabnye bagi pihak dia." Amboi, bangga tak bertempat ni. Haha...

Betul... Bila orang cakap aku pandai and so on, aku selalu nafikan. Sebab I know myself. Aku macam dorang. Bukannya belajar pun. Cuma bezanya. I do my homework. Apa sahaja yang cikgu kasi, always complete. Even kalau aku absent, buku aku tetap complete. Itu je bezanya. Tapi aku bukannya study sangat pun. Maybe aku jarang on9 but I play games a lot, ok.

Memandangkan senang download pakai torrent, aku memang kerjanya mendownload game sahaja. Fav aku, game hidden object yang ada story line and puzzle. Kadang-kadang bengang jugak bila tunggu hint dia lama sangat sebab tak dapat solve puzzle. :D Em, aku boleh habiskan satu game tu dalam sehari dua. Then start download game baru. Can imagine how much time I spent on that?? Addicted tau. Tapi selalunya tak kena marah becoz I manage my own time.

Mumy tau petang aku memang tak leh study, tak leh baca, tak boleh buat apa-apa berkaitan learning. Masa Grandma kat sini, hah, puas la aku dok copy paste game kat lappy dia. XD Haha... Apa yang sama antara aku dengan Grandma, games. So bila tiba waktu petang kalau tak tido, sebab skang jarang tido petang kan, itu la keje aku. Aku tak suka on9 lama-lama, lebih suka sign in, check notification, balas comment, then log out. So, mumy tak bising pun kalau aku melepak depan laptop. Malam baru lah kerja drill kan kepala otak dan melenguhkan jari jemari buat homework yang berduyun tak pernah habis.

Cikgu Suryati kata, "Anak sedara saya sampaikan duduk sebumbung dengan family pun tak berjumpa sebab asyik terperap je dalam bilik sibuk dengan study nye, dengan homeworknya, dengan folio nye. Kesian saya tengok student, cikgu bebankan homework yang terlalu banyak."

Cikgu Norliza kata, "Kesian anak saya yang sebaya kamu tu. Hampir setiap hari tidur pukul 3 pagi semata-mata nak siapkan kerja rumah."

Ya, I admit that. That's why aku selalu terperuk dalam bilik. Mumy selalu marah. Dah la duduk dalam bilik, pintu tutup, tingkap tutup, udara tak masuk la! Ok, aku memang tak suka bukak tingkap. Langsir tu sentiasa ditutup. Aku bengang tau, coz pagi-pagi bila bangun nak siap gi sekolah. Bila aku mandi, masa tu mumy akan bukak tingkap bilik aku pastu selitkan langsir kat tepi. Ternganga lah tingkap tu. Then aku masuk bilik kelam-kabut tutup tingkap!

And disebabkan tu, dady pernah tanggalkan pintu bilik aku. Just letak langsir aja. Yeah, it was hard time for me, A GIRL, untuk sesuaikan diri dengan bilik yang tak berpintu. Setiap apa yang aku buat, aku tak selesa. Nak belek diri sendiri depan cermin, nak cari baju, nak tidur pun tak selesa...!

Until one stage, dady pulangkan balik pintu bilik aku, and start lah... Tutup all the time. Tapi kali ni tak bising dah, sebab dia tau aku SIBUK buat homework. That's the main reason aku terperap je. Dan honestly, aku tak ulang kaji pun. Just do my homework, and that's my study la. Aku suka baca last minute, and apa yang last minute selalunya lekat kat kepala. Itu style aku kot? Especially Sejarah. Entah, lagi sekali maybe it's a gift.

Mumy kata, dulu mumy tak minat lelaki Melayu, and dia memang dah pasang angan-angan awal lagi tak nak kawen dengan lelaki Melayu. Dia nak mix marriage. Lagipun bila mix marriage, anak lebih pandai. Em, aku rasa kot? Tapi aku rasa bese je. Cuma mumy je yang tekankan study and make sure everyone in the house study menghadap buku waktu malam. Mumy tegas. She will make you read! :p

Tapi time aku darjah 5, darjah 6, memang aku rasa, aku yang paling teruk kena berus dengan mumy. Otak ni memang kena berus habis lah... Tibe-tiba lompat kelas satu dari kelas 3, then drop sebab tak boleh cope. Too bad.

Tapi mumy tegas dengan adik-adik aku je skang ni. Sejak aku masuk sekolah menengah, mumy tak pantau aku punya study pun. That's why PMR teruk. Mumy just nak tau result exam, kalau tak ok, dia bebel. Tapi she never check on my homework atau check aku buat latihan atau tak macam adik aku. Skang Nabil dah form 1, tapi dia still dipantau every single move dia. Buku latihan dia, mumy control. Kalau aku, ikut mood la, rasa nak buat, buat. Tak de mood, tak buat. :D

Entah, somehow, aku rasa beruntung, and kalau sebelum ni, aku tak suka korang puji sangat, tak pe la, i'll take it as a compliment la... Just hope that aku tak over-confident. Aku over-confident masa PMR. Kadang-kadang bila terfikir balik, ada hikmahnya PMR aku teruk. At least aku tak buat dah and nampak kesilapan yang tak patut buat for my SPM.


***

No comments:

Post a Comment