Something To Say


TRUST... never trust someone 100%. coz, they're the one who will stab u at the back. trust them only 50% n keep another 50% for ur self so tht u will not cry on the next day.

You dont have to follow others to be popular and to be loved, because you are loved for what you are.

Nak masuk syurga, KENAL ALLAH SWT dulu.
Ibaratkan tetamu datang rumah. Kalau tuan rumah tak kenal tetamu tu, ingat dia nak bagi masuk ke???

If you feel you hate me, better if you just stay away from me. Don't be a hypocrite. Coz I'm being my own self. Thank you.


OH YA! PANDAI-PANDAI CARIK BUTANG FOLLOW KAT ATAS YERK!

Tuesday, August 16, 2011

Trial ~ (you're killing me!)

Hari Ahad,
"Mi! Akak trial esok... Nanti lepas tusyen terus gi Family Store nak beli stationary, tau..."
Tengok-tengok, habis tusyen, mumy amik aku. Baru balik dari Jusco. Dengan DUA liquid paper dan test pad yang sangat TEBAL. Aku peep lah plastik tu, Ya Allah! Apa ni? Bapak tebal gila test pad? Then mumy kata, "Mumy nampak satu liquid tu. Murah sangat-sangat! Mumy beli lah... Then takut pulak kalau liquid tu tak elok, so mumy pun beli jugak yang Papermate punya. Kalau exam, pakailah yang mahal ni, nanti bila hari biasa-biasa, pakailah yang murah... Ok?" Haha... Ok, mumy...!

Malamnya, mumy pesan,
-tidur awal
-jangan bukak buku dah
-pagi makan banyak-banyak sikit. (sahur)
-do all your best

Haih... Macam betul-betul nak amik SPM pulak. CUAKNYE!! Haha... 

Tapi yang bestnye... Pagi hari Isnin, budak Form 1 Puteri Islam and adalah sikit-sikit kawan dorang yang rapat dengan aku walaupun bukan Puteri Islam, semua datang kat aku and cakap, "Akak! Good luck... Buat betul-betul tau..." Pastu berebut nak salam segala. Alah... Korang sweet gila la... Sayang gila kat korang. Rasa macam terharu plus sedih mengenangkan yang aku ni Trial, tak lama lagi aku dah tak de kat sekolah ni. Huhu... Sedih, sedih... Then cikgu Malar datang kat 5D dok ucap good luck and so on. Betul-betul terasa macam SPM. :p Sedih aku ni... Rasa dah bergenang air mata. Hehe...

Hari tu paper BM. Ok lah, karangan... Masa tu, cukup-cukup aje. Aku terfikir, sebelum ni exam mid-year pun aku ada banyak sangat masa. Bila time Trial, masa cukup-cukup aje! Cuma aku siap awal setengah jam dari yang sepatutnya. Aku rasa this is the best karangan yang pernah aku buat kot? :p 

Time BM kertas 2, aku baru jawab soalan nombor 2, bahagian KOMSAS. Ya Allah... Dalam hati, bila nak habis ni, aku dah penat menulis tanpa henti! Aku rasa macam tak cukup waktu je nak buat. Novel tak buat lagi ni, dua soalan pulak tu. Tapi Alhamdulillah boleh lah jawab. Aku tengok orang lain, macam mana korang boleh tidur?! How dare you sleep in front of me. Aku dah lah tengah bertungkus lumus nak habiskan soalan BM ni, korang sempat tidur lagi? Ish ish... 

gambar hiasan je, amik kat google :p

Kita orang ada waktu senggang antara dua paper tu, tapi aku tak de mood nak study. Sumpah, kalau baca pun tak akan masuk punya. Patutlah mumy kata tak payah baca buku dah. Then aku buat Sudoku. Gi surau, time untuk solat, aku duduk luar tunggu dorang buat sudoku tu. Nia keluar sekejap gi toilet, dia nampak aku dok buat sudoku dia marah aku?! Haha... Rileks la.. Wat pe nak tensyen-tensyen.. Dalam hall nanti barulah tensyen-tensyen.. Skang rilek dulu.. Huhu...

Tapi tadi waktu BI aku kelam-kabut buat novel. Character I like. Dulu dah biasa sangat buat character I dislike, sampaikan dah lupa langsung pasal good character dia. Aku buat Claudia, then aku cuma dapat satu point. So, maknanya aku dah buat intro satu paragraph, and first point satu paragraph. Then sangkut. Pastu tukar character kepada Stella. Damn it! Sangkut jugak. Aku gumpalkan kertas tu bengang. Then buat Claudia balik. So, salin lah balik intro dengan first point yang aku dah slash sebesar-besar gajah tu. Last-last aku buat dalam test pad. Geram aku! :D 

Sebelum masuk dewan, cikgu Rabaah pesan, "Jangan terlupa apa-apa pulak macam hari tu lupa summary!" Ai ai boss! Tak lupa dah.. Banyak kali aku ulang dalam kepala, this time ada summary, this time ada summary. :D

Baru je pagi tadi aku cakap, alah, English senang kot, berbanding dengan BM, dia banyak test kat KOMSAS. BI dia selalu tanya benda yang general. Senang, tapi soalan dia banyak trick lah tadi. Confuselah jugak... Menyesal cakap senang. Then dady kata, Trial memang selalunya susah, dont worry lah... Tapi... Aku betul, seriously nak score this time... :'(

Semalam, lepas habis BM, aku rasa headache sangat-sangat. Penat tak terkata. Penat memerah otak. Aku kat dalam dewan duduk kawasan depan-depan and kat tengah. Ya Allah! Panas! Berpeluh-peluh. Balik je aku patutnye pegi Bazar Ramadhan coz mumy tak balik, mumy ada program. Tapi aku balik rumah dulu. Ta selesa sangat-sangat. Aku mandi semua dulu pastu capai je baju apa yang ada. Baju yang tergantung semua t-shirt lengan pendek, malas nak pakai inner bila terfikir, kang panas. And then amik je lah baju dalam drawer yang berkedut seribu tu. :p Cecepat keluar coz hari nak hujan.

Bila dah pilih apa yang nak beli, aku tunggu lah abang tu masukkan nasi ayam dalam plastik. Aku pelik, asal lama sangat ni? Then yang tengah bungkus tu membelakangkan aku. Then dia pandang belakang sengih-sengih, "Kejap eh dik." Em... Mesti lah aku tunggu kan? Then bila dia dah siap tu, Naqib pelik. Eh? Kita punya empat je kan? Haah, so, aku ingat itu orang lain punya. Then dia pandang aku. Eh? Aku ke? 

"Tak pe dik, abang kasi free lagi dua bungkus. Amik je... Tak charge pun."
"Eyh?! Nak buat apa? Kat rumah ada empat orang je. Kang bazir..."
"Takpe takpe, simpan lah untuk sahur... Amik je, rezeki tak baik ditolak..." lagi sorang tu menyampuk. Adoi... Last-last balik rumah terbazir. Kan dah kata.... Dady pun tak makan sangat. Ye lah... Kita orang sebenarnya tak suka makan food yang beli kat luar. Nak kata aku dapat free sebab nak habiskan makanan tu, aku pergi kul 5. Kalau kul 6-7 yelah logik kalau dia nak kasi free. Haish... Tak laku ke? Huhu... Ish, tak baek mulut aku ni! :p

Lepas berbuka, aku tak tau lah nak buat apa, tapi yang pasti penat. So, aku main game. Haish, game ni pun buat tambah tensyen dan serabut aku je?! Pastu lepak depan tv, dady pasang movie baru. Best lah, cite ape entah, sebab hero dia hensem. :p And cite tu cite komedi. Sesuai sangatlah dengan aku yang sangat memerlukan rest. Tengok, baru exam sehari. Macam mana pulak nak berdepan untuk lagi 3 ke 4 minggu ni? So, akibat daripada keletihan otak yang melampau aku tidur kul 8.30 malam. :D Memang melampau. Tak bangun-bangun dah sampai sahur. Bangun sahur pun rasa malas! Tapi lega sebab English punya exam duration tak lama macam BM.

No wonder cikgu tusyen aku kata, BM susah nak score berbanding BI. Banyak sangat hukum dan banyak sangat KOMSAS. BI, literature punya soalan hanyalah satu soalan! And lagi satu novel. BM?? 4 soalan dan ada tiga anak bagi setiap satu. Haih... Apa nak buat... And aku pun tak nampak point kenapa kita kena belajar prosa klasik, kan?

What ever lah... So, just wish me luck, but my dady said, "Actually you dont need luck. Luck doesn't bring you anywhere. You just need to give all your best."

Tapi untuk aku, Allah is the GREATEST strength, so seek for His help, coz He's always there when you need Him. So, pray for me, kay?

No comments:

Post a Comment