Something To Say


TRUST... never trust someone 100%. coz, they're the one who will stab u at the back. trust them only 50% n keep another 50% for ur self so tht u will not cry on the next day.

You dont have to follow others to be popular and to be loved, because you are loved for what you are.

Nak masuk syurga, KENAL ALLAH SWT dulu.
Ibaratkan tetamu datang rumah. Kalau tuan rumah tak kenal tetamu tu, ingat dia nak bagi masuk ke???

If you feel you hate me, better if you just stay away from me. Don't be a hypocrite. Coz I'm being my own self. Thank you.


OH YA! PANDAI-PANDAI CARIK BUTANG FOLLOW KAT ATAS YERK!

Tuesday, August 23, 2011

Aku Faham.......

Assalamualaikum wbt...!

Ok, dulu, kalau aku pelik + weird (eh, sama kan? :p), asal Aizat ni tiba-tiba baik pulak dengan aku dan Nia? Tiba-tiba cakap pasal paper Sejarah dia dan mengeluh bagai kat kita orang. Dia kata dia fail kot?? Tapi this time, aku punya turn. Aku akan fail Sejarah, confirm. Esei aku tak buat pun. Kena jawab 3 soalan daripada 5. Setiap satu soalan ada tiga anak. Setiap soalan, aku jawab (c) SAHAJA. Soalan struktur, mak aih, aku maen taram je semua. Satu hapak pun aku tak tau.

Kertas 1 kira ok jugak. Tak adalah susah sangat dan tak lah senang sangat. Aku hafal on the spot Perang Dunia. Tapi tak masuk. Aku rasa, kalau Perang Dunia masuk, aku boleh dapat full marks kat situ. 20 markah dalam tangan. Tanya lah apa sahaja pasal Perang Dunia, aku boleh jawab. Negara apa lawan negara apa, negara mana yang sokong each other, aku hafal semua tu tau... Tapi tak keluar...

Tau tak betapa kecewanya aku. Bila dapat paper, bukak, tengok esei, tak ada Perang Dunia. Kecewa gila. Aku rasa macam nak hantar kertas soalan sahaja. Tak nak jawab langsung. Kecewa. Rasa macam nak nangis tau tak. Aku buat setengah jam, maen taram pastu tidur. Sampai habis waktu, bila nak kutip, aku bisik kat diri sendiri. "Aku tak pernah hantar kertas macam ni punya kosong. Tak pernah langsung-langsung. Serius ke nak hantar kertas punya banyak kosong macam ni?" Aku rasa bersalah. Bersalah pada diri aku sendiri. Kalau aku tak tau pun, aku akan penuhkan walaupun dah tau memang confirm salah.

Bila selak kertas jawapan aku, kosong aje... Aku rasa macam... Haih... Kecewa gila. Terasa macam dah tak de semangat nak jawab paper lain. Remuk hati aku. Serius aku cakap nieh... Sedih sangat-sangat. Hilang semangat aku. Rasa dah tak nak jawab paper. Tak nak continue Trial. SEDIH TAU TAK?! Huhu...

Tapi Alhamdulillah... Ok je setakat ni. Setiap kali cikgu tanya exam macam mana, aku just jawab ada yang ok, ada yang tak ok. Normal lah kan? Itu lah namanya exam. :p Pandai je cakap. Tapi amik paper Sejarah nak nangis. Hehe...

Skang ni, aku tinggal lagi dua subjek aje lagi?! Bestnye....! Tapi Akaun mengganggu betul. Sebab lepas cuti raya seminggu. Tak dapat nak raya dengan aman. Balik kampung pun kene bawak buku Akaun. Akaun wajib study and revise. Tak boleh buat Akaun macam subjek lain. Cannot... Cannot... Ish, aku ni pilih kasih kan? Akaun je bukak buku. Actually kat rumah memang tak bukak buku pun. Kat sekolah baru terhegeh nak baca. :p Tapi Akaun kene bukak buku kat rumah.

And... aku dah boleh agak what's gonna happen bila Mama nampak aku bawak buku. Benda yang paling aku tak suka. "Ha, abang adik, tengok Nadia tu. Ke mana saja dia bawak buku! Kau tu? Malas belajar!" Padahal, aku nak exam. Huhu... Tak exam, tak de nye nak bukak buku. Sebelum ni pulak, aku bawak aku punya cerpen. Haha... Free-free je aku kena puji. Yang si kembar tu mencebik. Sebab aku bukannya bawak buku untuk belajar. Mumy dady tersengih. Mumy dady biar je mama puji aku, walaupun dorang tau, itu bukan buku sekolah.

Tapi aku exited nak datang tusyen Khamis ni. Owh! Bulan puasa ni, aku sengsara sikit nak pergi tusyen Akaun. Tak de transport. Sebab jadual diawalkan. Terpaksa naik bas berkejar sini sana nak tunggu bas yang tak pernah tepat pada masa. Sejam aku tunggu bas minggu lepas, aku lewat 15 minit masuk kelas. A week before that aku tak pergi pun. Masa tu, aku rasa rugi sangat tak datang kelas. Sebab cikgu tu ajar memang faham. This week cikgu nak ajar soalan LCCI. Sebab aku dengan Dayah kata kita orang orang selalu tak jawab soalan tu bila exam. Padahal itulah soalan LCCI. Itu yang cikgu nak ajar sampai kita orang jadi terror tu. :p

Alamak, terasa dah tak sabar nak hari Khamis. Exited ni. :p Minggu lepas, aku dah habis kelas, aku nak balik lah.... Dayah amik pakej, so dia ada kelas lagi. Aku turun bawah. Pastu nampak sorang budak lelaki ni baru turun kereta. Aku macam kenal aje mamat ni. Tapi tak ingat. Aku pandang dia. Dia pandang aku. Aku pandang dia, dia pandang aku. Then, aku kata, "Ah lupakanlah... Bukannya penting pun." Then tiba-tiba mamat tu tanya aku, "Hari ni tak ada kelas Akaun ke?" Owh! Baru aku ingat. Dia satu kelas dengan aku! Hahaha... Jangan salahkan aku, coz dia selalu tak datang. Sebulan sekali je datang, buat bazir duit mak bapak aje. So, aku pun dah lupa muka dia. Selama aku tusyen, dua kali je aku nampak dia. Mana nak ingat?

Then aku explain la.. "Kau tak tau ke?? Bulan puasa tusyen diawalkan. Skang Akaun kul 4.45 sampai 5.45." Lepas tu dia pusing belakang mencarut amende ntah. Hahaha... Tak pe, aku faham. Sebab pernah kene and rasa macam tu jugak bila tusyen tutup hari tu. Then dia pandang hujung jalan. Alah, lupakan lah, kereta mak dia dah jauh pergi dah... Tak de nye sempat nak panggil. Dia belek handphone, still mencarut-carut. Puasa ni. Aku dah biasa sangat, aku senyum je lah. Then dia blah. Tapi dia stop and cakap, "thanks eh".

Wow, berbudi bahasa jugak mamat ni. Siapa sangka, lepas mencarut boleh cakap thank you. :p Sejujurnya, aku tak tau nama dia. Tapi aku pelik. Kawan dia sama sekolah S2 dengan dia, ada datang tusyen masa aku tak datang, Dayah cerita. So, tak kan kawan dia tak bagitau kat dia tusyen diawalkan? Aku duduk tunggu mumy amik, then selak-selak buku Akaun. Terselit jadual untuk bulan puasa. Ingat nak bagi dia bila dia lalu lagi sekali coz dia amik pakej macam Dayah. So, mestilah dia kene masuk kelas jugak kan? Kelas masih berjalan. Tapi langsung tak nampak batang hidung dia. Melencong lah tu...

Tak pelah... Lagi sekali... Aku faham... Guys... Normal lah... Aku tengok jam, dia sampai pukul 6. As usual, dia memang selalu lewat then kelam-kabut. Aku cerita kat Dayah esoknye, dia kata, "Tapi dia hensem kan?" Hahaha... Ye lah, hensem. Muka cam cina cina sikit. Not my taste. :p Aku tak suka mix. Aku suka guys yang muka Melayu. :p Hensem lah, tapi itu je. Kawan dia pun muka cam cina. Tapi kawan dia tu macam muka sombong dan garang. Kita orang gelarkan dia, budak bengis. Haha.... Dah tak tau nama, itu lah jadiknye... :p

Ok, sabar, another 2 papers more to go. Then free sekejap. And my true nightmare will begin. :)




***

No comments:

Post a Comment