Assalamualaikum ! Start skang aku nak bagi salam ok. Nak pahala lebih kan?? Cakap pasal pahala, nanti aku sharekan hikmah solat terawih dan ganjarannya bagi tiap-tiap satu malam. And sambil menyalin hikmah terawih, Amir menyibuk, dia baca sikit-sikit. Aku tunjuk kat dia yang malam ke-7 punya, sambil cakap dengan bangga,"Kau tengok ni, wah, cuba kira tengok berapa banyak pahala aku?" Haha... Menyampah dia dengar. Malam ke-7 tu diganjarkan pahala seolah-olah kita sama-sama membantu Nabi Musa menentang musuhnya Firaun dengan Hamman. Itu pasal menyampah betul bila berlagak kan? haha! XD
Sepertimana yang semua orang pun tau, I'm not that 'talkative'. Especially dengan orang yang dewasa-dewasa ni, yang macam... orang tua la... Tak sporting kan... Sorry, no offense kay. Sebab aku dah bese dengan mumy and dady yang very expose and memahami teenagers, dia tak kisah and dengar je apa yang aku cerita and komen atau pun sama-sama gelak. Even tough aku cakap pasal budak-budak nakal kat sekolah. Kalau parents yang tak open tu, mesti dia kata, "Kau jangan campur dengan budak tu lagi?!!" :p
Tapi yang sangat-sangat weirdnya, dorang-dorang ni suka sangat bersembang dengan aku. And they are VERY TALKATIVE. Dah la aku tak suka sangat orang yang talkative ni, rasa macam, Masya-Allah!! Rimasnya... Kalau certain topik tak apa jugak, tapi kalau dia cakap pasal study, exams, dan benda bosan yang lain macam mana? Tak haru kau nak mendengarnya??
Janganlah ada orang yang talkative macam dia ni datang dekat dengan aku.
Boleh hilang nyawa aku dengar pok pek dia.
Most of the time, bila aku jadi mangsa, aku akan jadi tukang angguk. Sampaikan kekadang, orang nak balik ni, tapi dia tahan aku sebab nak berborak ngan aku. Eyh?! Aku kejar masa ni! Parent dok tunggu kat bawah tau... Ini nak menahan orang pulak macam tak kasi balik.
Best sangat ke borak dengan aku? Aku ni bukannya kasi respon elok sangat pun macam budak lain. Aku angguk geleng sengih sikit-sikit macam tak ikhlas. Haha... Tapi.... Dia nak jugak cakap dengan aku. Most of it, teachers la... Dalam kelas, tak kisah tusyen ke, sekolah ke, 2x5 la... sama je... Aku tengah buat latihan ni, tengah buat something la, yang berkaitan dengan menulis. And cikgu tu pulak 'mengganggu' aku dengan celoteh dia. Aku angguk-angguk sekejap pandang dia, then pandang kertas. Tapi tak leh concentrate. Susah la macam ni!
Why me?? Orang lain lebih pok pek dari aku. Orang lain lebih banyak topik untuk disembangkan.
Cikgu Azlan, suka tahan aku dari balik rumah. Dah la Maths 2 jam! Tak kan nak tunggu situ lagi, of coz la nak balik kan? Dia tahan aku. Aku tau niat dia baik, nak tunjuk shortcut untuk Add Maths, and some tips, tapi AKU KENA BALIK.... Mumy / Dady tengah menunggu kat bawah tu... Aku tak suka menunggu, so, aku pun tak nak orang lain menunggu aku.
Kadang-kadang tu, cuak jugak aku. Semua orang dah balik. Tinggal aku dengan Cikgu Azlan je dalam kelas. Aku tau, before this aku pun berdua je dengan Cikgu Along tu dulu. Tapi entah lah... Aku cuak lah. Macam ada agenda lain. Then Cikgu Hasyim jenguk kat kelas. Aku dah macam serba-salah dah ni.
Ada time tu, aku sejuk yang teramat lah... Air-cond direct kat aku. Dua-dua air-cond terpasang. Dah la tak bawak sweater, baju nipis je. Then aku rasa macam nak terkucil dah ni... Tak pe tak pe, habis kelas kang pegi lah toilet. Malangnya aku.... Aku letak je bag kat kerusi kat luar tu, Cikgu Azlan amik buku past year Add Maths aku then bukak selak-selak panggil aku. Dalam hati... Ya Rabbi!! Aku nak terkencing ni ha! Hahahha,... Cuba bayangkan perasaan aku.
Kang kalau aku blah aje, kurang ajar pulak. Budak baik kan... Huhuhu....
Pernah pulak sekali tu, kat sekolah kena tahan pok pek Cikgu Peh, kata Shafiq Salleh, Cikgu Pergh... XD Aku pulak dok angguk-angguk dengar cikgu cakap, tak de keje lain, layan je la kan... Cikgu cakap, laki zaman sekarang tak boleh pakai, universiti lagi ramai perempuan and bla bla bla... So, aku ingat dia tak kahwin. Haha... Tapi dah kahwin, dengan sapa? Laki jugak kan?
Vin bengang jek... Sebab dia dok kutuk lelaki. Then sampailah waktu rehat. Aaron dah banyak kali lalu situ. Then dia pandang aku sengih-sengih sambil geleng kepala. Esoknya dia kata, "Kesian betul aku tengok kau semalam, jadi mangsa Cikgu Peh."
Memang la... Cikgu Peh rajin borak. Tadi dia masuk kelas sekejap aja, last-last bersembang pulak dengan Cikgu Suryati. Adoi... Aku hanya mampu menggeleng kepala. Banyak betul energy orang macam ni kan? Tak sanggup aku macam tu. Ada jugak terfikir, macam mana DJ radio boleh bekerja? Dorang mana ada skrip all the time kan? Hebat lah orang yang talkative ni. :p
Cikgu Peh selalu cakap pasal best student dalam Maths and also pasal kepupusan lelaki sebab banyaknya masuk pusat serenti and lokap. Cikgu Azlan pulak selalu cakap pasal jalan shortcut mana yang dekat pegi sini sana and pasal food. Ya Allah! Janganlah cakap dengan aku about that topik. Aku tak keluar rumah, so how should I know?
Dia selalu tanya aku, "Kat Melaka asam pedas dia sedap. Kat sini saya belum jumpa lagi. Kat mana ha yang sedap kat sini?" Dia pandang aku. Er... Aku ke?? Apa yang aku tau bab ni. Aku tak berapa expose dengan dunia luar. I admit, aku memang ignorant. Malas nak amik tau. Tapi aku tau, buruk padahnya kalau malas nak amik tau. Susahlah aku nanti bila berdepan dengan dunia luar.
And lagi satu fav ques cikgu Azlan, "Kalau pergi KLIA lalu mana senang ek?" Pun dia pandang aku hoping that aku answer his ques. Adoi... Macam mana aku nak jawab nieh?? Bab jalan lagi lah aku tak amik tau. Yang aku tau orang lain drive, dah sampai. Ya! Aku memang IGNORANT.
Sepatutnya orang yang ignorant macam aku ni, tak de orang yang suka berborak. Bcoz aku tak tau whats happening 'outside'. Kadang-kadang malas nak lanjutkan perbualan tu, aku tak banyak tanya. Walaupun aku tak tau, tapi aku angguk je macam tau.
Seriously! Aku malas la! Betapa aku sedar aku ni sama je macam perangai dady. Hate crowds, hate to blend in. I dont like and I dont wanna know how. Aku just lebih selesa huu haa huu haa, hepi-hepi gelak-gelak and thats it. Dengan semua orang pun macam tu. Only gelak ketawa je. More than that tak la...
Tapi aku pun pelik jugak, why bila orang menangis, dia carik aku? Haha... Yeah, no doubt aku kata 'if you need my shoulder, I'm always here'. Tapi seolah-olah macam they trust me or somehow maybe... dorang fikir, Im a good listener. Secara tak langsung, dah jadi PRS yang berpengalaman nieh.. Hahaha... :D Cuma secara tak formal.
Eyh, hari ni puasa penat gila kan?????? Aku rasa macam tak larat. Bukan tak larat apa, tapi penat nak tido. Aku tengok ada lagi setengah jam nak berbuka, tido la kejap. Kejap pun jadik lah... Mata berat sangat... Sebenarnya dari tadi lagi tapi dok tahan sebab Nisa kata nak datang pinjam buku BM.
Bila terfikir trial sampai 4.30 petang, Masya-Allah... Tak terbayanglah betapa penatnya nanti, betapa keringnya tekak ni. Pukul 2 pun dah penat, itu pun duduk dalam kelas tak bergerak. Tadi cikgu Malar tak masuk, Cikgu Kong tak masuk, tiga waktu tu rasa mengantuk tapi si Shafiq dengan Amir tu dok teman aku, so, tak de nye... Budak belakang semua dah tido, saje je nak suruh dorang bangun bila cikgu relief masuk. :p (dengki, dengki, dengki)
Nisa selalu ejek aku, dia exam habis cepat daripada aku coz selalunya Art Stream punya paper lepas Science Stream. Tapi dia tak tau sebenarnya LK dia tu lagi lambat! Tadi sempat tengok jadual from cikgu Rabaah. Cuba bayangkan?! Lepas cuti raya seminggu, aku ada lagi satu paper Akaun?! Selasa tu baru LK. Adoi... Susah la.. Tak raya la nampaknya... :D Tengok-tengok nanti beriya bawak buku tapi tak study, sibuk beraya... :p
^.^
No comments:
Post a Comment