Assalamualaikum wbt.
Hari ni bufday aku. Aku fikir, aku tak nak orang wish aku. Sebab aku nak dorang hormat aku memandangkan aku nak amek SPM. Even dengan mumy aku dah cakap, tak yah amek cuti de... Lagipun aku ada tusyen, nak pergi library lagi nak study Add Math. Kalau aku tak tusyen, tak pergi library, aku memang tak belajar pun. Tujuan utama aku pergi library sebab aku nak ajar Hidayah apa yang aku tahu. Aku nak tolong kawan-kawan aku lulus exam. Ataupun dapat C atau B dah cukup bagus. Aku betul-betul nak tolong dorang. Tengok skang, aku bukannya study pun. :p (Berlagak pulak aku nieh, nanti result keluar, baru kau tahu!)
Bangun aje tidur pagi ni, alarm phone bunyik. 6.35 a.m. Then aku bermalas-malasan dulu kat atas katil. Guling kiri, guling kanan. Sejuk! :p Then tutup alarm, ada mesej pulak. "Selamat hari jadi Nadia :-) Semoga Allah memberkati awak dunia dan akhirat.. (malaysia menang) hehe... Sory ganggu tidur, selamat malam.. Salam :-)" Pagi-pagi lagi aku dah tersenyum. Nabila Mokhtar hantar mesej tu kul 12.12 a.m. Haha... Actually aku tak tengok bola pun. Memang tak minat. Mumy je yang tengok. Dari Fifa ke setiap negeri punya perlawanan bola, sampai lah ke sukan SEA, memang bukan minat aku nak tengok bola. Aku dengar je pandangan-pandangan kengkawan aku yang tengok bola. Seronok jugak bola sepak Malaysia dah semakin meningkat.
Then kejut mumy solat Subuh sebab tengok rumah gelap je. Aku ingat nak tidur balik. Tapi bila aku fikir, aku ada kelas tusyen, kang terlajak tidur pulak. Aku pun stay up dan main game yang hari-hari dah main sampai naik bosan. Aku tengah download game baru, tapi lama gila nak tunggu dia habis, coz aku tengah download movie Death Note! :p Preparation untuk aku enjoy lepas SPM. Dah nak habis dah. Tapi itu 2 GB aje. Lagi aku download Princess Diaries, teringin nak tengok balik lepas baca novel Princess Diaries, 4 GB. Aku pun tak tahu asal sampai 4 GB, tapi aku teruskan download jugak. Kalau aku padam nanti rating akaun torrent aku jatuh. Then aku download Avatar The Last Air Bender TV Series, 10 GB. Haha! Amek kau! Memang berat. Aku download sama hari dengan Death Note. Death Note dah 93 percent. Avatar baru 17 percent. :p
Oklah, mesti korang tak faham bila aku cerita pasal torrent nieh. Haha... Daddy yang ajar pakai torrent untuk download file besar. File kecik pakai IDM jek... Then tengah main game tu, dady baru balik. Dengar bunyik motor. Aku pun cecepat bukak pintu. Terus dady wish. "Tapi dady bukan orang first." Dady buat muka, 'memanglah...' Then dady buat ape yang patut dan terus tidur. Mumy, abang, adik semua terus masuk tidur lepas Subuh. Aku layan main game sampai kul 8.30. Then phone mumy bunyi. Aku nak jawab dia dah tutup. Uish, ada 4 miss call. Then orang tu call lagi, unknown number. Aku pun jawablah, "Hello, Assalamualaikum?"
"Walaikumsalam, Nadia ke ni?" "Haah, siapa ni?" "Ini Madi..." Hah! Aku tahu dorang mesti akan call aku. Korang adalah kawan paling best di dunia! Korang still ingat aku lagi kan, walau dah bertahun terpisah! (ceh ayat tak leh blah). Setiap tahun tak pernah miss kot dorang wish aku. Dan aku masih lagi terasa dengan Muk. Masa kapel 3 tahun dulu, tak pernah SEKALI pun dia wish kat aku. Then dia kata, "Tak apa ke saya tak wish bufday?" Aku sabar je dan test dia, "Tak apa... Tak kisah." Then dia pun tutup topik tu. Belated birthday pun tak cakap sedangkan aku tak pernah miss birthday dia. Tak perlu hadiah apa-apa, asalkan ucap. Tapi sekarang, dia yang beriya-iya sangat nak wish birthday. Dia yang ingatkan Madi suruh call aku.
Madi kata, "Tak pe ke weh aku cakap pasal Muk?" "La... Apa nak kisah, aku ok je." "Hah, eloklah tu." "Yelah, itukan cerita lama..." "Itulah. Seb baik kau pun fikir macam tu. Kalau tak serba salah aku dibuatnya. Dialah yang iya-iya sangat suruh aku call kau wish birthday." Mumy tanya, "Dulu awak kat Senawang sekejap aje kan? (5 bulan) Tapi korang still rapat sampai sekarang eh?" Aku tersenyum.
"Yelah. Sebab dulu kita orang satu geng buat nakal sama-sama. When something happens, kita orang jaga each other." Then mulalah aku cerita kat mumy pasal bulan puasa kita orang sama-sama pergi kantin dan makan sampai terkantoi kat senior form 2 dan form 4. :p Both of them lelaki pulak tu! Malu nye... Tapi sweet memory bila teringat balik. "Habis, tak kan awak tak ada kawan yang macam tu kat sini?"
"Tak... (masa cakap, aku rasa cam nak nangis) Kat sini semua budak baik-baik. Kalau ada geng-geng tu pulak, jahat dia lain macam punya jahat." "Jahat sosial eh?" "Em, salah satunya. Jahat dorang betul-betul jahat sampai drop orang, fitnah orang, berpakwe makwe keliling pinggang, hot habis, dan macam-macam." Terus aku teringat kat Hadi. Walau kasar macam mana pun dia dengan kita orang, dia tetap back-up kita orang bila ada yang cuba buat fitnah dan dengki ngan kita orang. Hadi pernah suruh aku datang dekat kat dia, dia nak bisik sesuatu. Aku ingat lagi, masa tu aku budak baru. Mula-mula aku was-was. Then aku pergilah kat dia, tengok-tengok dia tarik tudung aku. Kurang hasam betul! Tapi dia tak ada lah tarik habis. Mungkin dia sakit hati sebab aku asyik betulkan tudung aje!
Dulu memang aku pentingkan tudung aku. Janganlah kena angin sikit pun, mesti nak gi toilet betulkan. Tapi skang I dont give a damn lagi. Kat skola aku pakai selekeh jek. Kat luar pakai selendang, tak payah risau. "Tapi mumy tengok, dia je yang asyik call akak. Akak tak pernah pun nak call dia." "Dah dia asyik tukar nombor, nak wat cam ne? Bukan tak ingat bufday dia." Bufday Hadi pun aku wish. Itupun ikut FB. Masa Madi call aku pun, dia pakai nombor lain. Aku pun tak leh nak salahkan dia. Sebab aku pun selalu tukar-tukar nombor. Then lepas hang up, dia call balik. Masa tu aku tak jawab coz aku nak gi mandi nak gi tusyen.
Then aku call balik pakai nombor aku. Amal nak cakap dengan aku. Kenapa Muk tak nak cakap dengan aku? Dari tahun lepas lagi, dia asyik nak sembunyi je dari aku. Rilek sudah lah... Aku dengar aje suara Amal, aku nak tergelak. Masih lagi suara kebudak-budakan dia. She sounds so cute. Kawan-kawan aku semuanya lawa-lawa! Aku tanya jugak mana Sarah? Rupanya Sarah kelas lain. Aku tahu tu, tapi... Entahlah... Maybe dorang kat sekolah, cikgu dorang buat extra class, or last minute tips... Tapi aku tak bagitau pun itu nombor aku. Biarlah lepas habis SPM betul-betul baru aku bagi tahu itu nombor aku. Aku rasa aku tak akan tukar lagi nombor phone aku. Bukannya murah mumy beli nombor tu. Lebih kurang RM 20 tahu!
Aku pun tak nak gi tahu sebab nanti dia sure confirm bagi kat Muk. Nanti mulalah mesej yang tertentu masuk dalam inbox. Aku malas nak layan, lagilah tengah SPM ni. Lagi 12 hari je kan nak merdeka?? Sabar yek... Madi pun tak sabar-sabar nak lepak gathering balik. Nak outing. Tunggu 5 Disember, last paper Akaun. Dia tanya esok aku ada paper apa? Of coz lah Add Maths. Lusa? Physics ke Science. Aku ni je yang budak sastera antara kengkawan aku tu. Dorang budak sains. "Aku amik Science lusa. Orang tu yang amik Physics, budak sains lah katakan..." Haha! Then dia tanya last paper aku. 5 Dis lah. Sama je dengan dia. Dia ingat aku amik Ekonomi Asas.
Sabar ek, biar aku amik driving license dulu... Haha... Then aku pun pergilah tusyen Add Maths. Hidayah ikut, so memandangkan dia bukan student Anjung Ilmu, dia kena bayar extra RM 10. Ok lah tu, harga standard untuk dua jam punya belajar. Tapi aku rasa baik tak yah pergi sebab cikgu pergi laju sangat. Cikgu nak habiskan paper 1 nak masuk paper 2. Cikgu cakap macam mana nak solve pakai cara macam mana and bagi jawapan. Then next ques. Aku ni dah lah slow pick-up, lembab nak mampus. Aku rasa terbazir je masa dua jam. Baik duduk library sehari suntuk. Then petangnya cikgu nak sambung sejam dua untuk belajar linear programming. Argh, aku dah muak tengok bendalah tu sebab cikgu Kong dah banyak sangat bagi latihan tu, Price Index dengan Linear Law. "Dah expert lah kiranya ni?" Perli cikgu Redha. Haha!
Then cikgu bagi jawapan untuk paper 2. Petang tu, tumpang Hidayah gi library. Then sampai sana kul 1.10. Aku lapar, breakfast pun sikit je pagi tadi. Tapi tahan sebab baru sampai. Kul 2 baru pergi makan solat semua. Hidayah belanja! :p Mak dia yang suruh. Then duduk study balik. Adalah dalam sejam gi makan solat. Then kul 3 baru sambung. Pastu kul 4, gi siap sedia solat Asar. Manalah tahu mati tengah jalan masa nak balik rumah, kang kena soal pasal solat Asar. Aku pun solat. 4.30 kita orang balik. :p Berapa lama sangat lah kita orang study? Dua jam jek.
Then dalam kereta bila dah sampai depan rumah aku, Hidayah bagi tahu mak dia hari ni bufday aku. "Oh, memang patutlah mak suruh Hidayah belanja!" Aku gelak ajelah, aku pun salam mak dia. Fuh bukan main lama mak dia genggam tangan aku sambil cakap, "Semoga Allah panjangkan umur kamu, diberkati setiap apa yang dibuat, semoga cita-cita kamu tu tersampai segala hajat..." :) Thankz...
Aku ada ajak Hidayah balik rumah aku masa gap between paper 1 dengan paper 2 Add Maths. Boleh belajar sikit-sikit, mandi semua. Baru fresh nak amik paper petang. Sebab rumah dia pun jauh sikit, kat Jusco. Petang tu, Nisa ajak keluar. Aiseh, aku baru je nak balik rumah. Aku tahu dia nak bagi present tu. :p Tapi aku rasa aku tak boleh keluar. Aku rasa mumy dah kecik ati dengan aku. Dah lah mumy amik cuti bufday aku, tapi aku pulak yang acuh tak acuh dengan bufday sendiri. Mumy kata, mumy nak masak special, suruh aku balik awal. Then Nisa kata, nanti dia datang rumah aku kul 6.30 petang. Tapi hujan pulak.
Malamnya waktu Maghrib, aku leka tak solat-solat lagi. Aku berangan nanti macam mana agaknya bila berjumpa balik dengan kengkawan Seri Pagi aku tuh. Itulah akibatnya bila tak ada orang nak solat jemaah ngan aku. Mesti aku akan solat lewat! Kalau aku tak solat Asar kat library, mesti aku akan solat nak dekat kul 7. Tiba-tiba kul 7.45 p.m., Nisa datang rumah walaupun hujan renyai-renyai. Aku tahu dia MESTI ada benda nak kasi. Walaupun sekadar kad birthday, tapi itu sangat bermakna. Kalau orang lain yang kasi, aku memang tak ada feel. Dulu masa aku form 1, Wani Deli ada bagi present kat aku. Aku simpan sampai skang tapi dah berhabuk. Sebab dia presentkan barang perhiasan. Bola kristal dalam air letak kat botol kaca horlicks tapi dicabut wrappernya. Aku lebih suka orang hadiahkan something yang aku boleh pakai. Lepas dia dah balik, hah, kelam-kabut nak sembahyang! :D
Nisa, awak kata jangan bagi mak saya baca. Saya tahu kenapa.
Mesti sebab awak takut mak saya betulkan English awak kan?? ;)
Tapi awak tak cakap saya tak boleh post kat blog kan?? :p
(Jahatnye kawan awak ni, ampunkan saya eh... )
(klick gambar untuk lebih besar)
I wont have to do the same coz you are not blind! :p
Walau apa pun, aku lebih suka orang yang rapat bagi hadiah. Kalau orang yang tak rapat, tak yah lah bagi hadiah, aku tak berapa appreciate sangat, (sejujurnya aku cakap). Aku pun tak terniat nak bagi present kat orang lain punya birthday. Bagi aku, membazir duit! Walaupun Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam saling bertukar hadiah untuk eratkan silaturahim. But aku still muda, aku tak keje, aku pakai duit mak bapak! Lagipun aku tak ada duit belanja, sebab aku tak amik walaupun diberi. So, aku pun tak ada duit nak kumpul untuk beli hadiah kengkawan. Aku just beli hadiah untuk SHIRA dan NISA sahaja.
Itupun mintak duit mumy dady, bukan aku kumpul sendiri. Bila aku perlu baru aku mintak. Memandangkan aku bawak bekal, aku sengaja je biar duit belanja tak terambik. Biarlah mumy simpan duit tuh... Sehari nak bagi RM 5 setiap minggu. Dulu aku amik walaupun tak pakai. Dady pernah rungut, berat jugak nak kasi. Then start kasi duit RM 15 seminggu. Pun berat jugak. Aku pun sejak tu tak amik duit dah sebab mumy pun dah bagi bekal. Air bawak sendiri lah. Akibatnya, abang adik pun tak dapat duit belanja! :p
Ini je lah list orang yang wish aku. Tak lupa, mumy dengan abang adik pun wish jugak. Kononnya esok baru nak kasi present! haha... Aku tak harap sangat. Sebab aku pun tak kasi present kat dorang. Jaranglah. Kalau setakat nak bagi gula sebijik, haha... terima kasih bebanyak! ;) Aku tak kisah sikit je orang yang wish, sebab aku bahagia. Aku tak perlukan wish berderet dari orang yang tak dikenali dan tak rapat. Cukuplah sekadar yang rapat dengan aku. Aku dah bahagia. Korang memang dah ubah prinsip aku yang nak amik SPM ni... :D
Last-last aku seronok pulak. Dady kata, "Lagi dua jam birthday awak nak habis." :p "I'm 17 now!!" Haha... Gedik pulak...
***
No comments:
Post a Comment