Something To Say


TRUST... never trust someone 100%. coz, they're the one who will stab u at the back. trust them only 50% n keep another 50% for ur self so tht u will not cry on the next day.

You dont have to follow others to be popular and to be loved, because you are loved for what you are.

Nak masuk syurga, KENAL ALLAH SWT dulu.
Ibaratkan tetamu datang rumah. Kalau tuan rumah tak kenal tetamu tu, ingat dia nak bagi masuk ke???

If you feel you hate me, better if you just stay away from me. Don't be a hypocrite. Coz I'm being my own self. Thank you.


OH YA! PANDAI-PANDAI CARIK BUTANG FOLLOW KAT ATAS YERK!

Saturday, November 5, 2011

Warm Up Lepas Lama Tak Update

Assalamualaikum wbt..

Mintak ampun beribu ampun, dah lame tak update... Fuh, fuh... (tiup habuk dan debu). Aku dah tak update coz SPM DAH DEKAT!! Tengok la, kat sebelah kanan ni ha, lagi berapa hari?? Boleh bilang dengan jari sahaja. Oh my, aku cuak sangat. Subjek yang paling ditakuti?? SEJARAH. Walaupun, aku tak pernah fail Sejarah. Walaupun Add Maths aku selalu fail, tapi aku tak takut.

Why pulak aku tak takut untuk Add Maths ni?! Sebab PUAN PENGETUA suruh cikgu-cikgu subjek yang mana aku lemah tu, kena pantau aku. Wah! Macam ada private tutor pulak. Tapi, yang aku tengok beriya-iya mengajar dan bagi super duper latihan kat aku, cumalah Cikgu Kong, cikgu Add Maths. Hampir setiap hari dia bagi set soalan. Mati aku nak buat?? Tak kan tiap-tiap hari keje aku nak buat Add Maths aje? Please, give me a break! Akaun tu tak bersentuh pun. Dan cikgu Akaun aku tu pulak... macam no hue dengan aku jek? Aku nak join budak-budak ni duat discussion dengan cikgu. Tapi bahasa cina lah pulak...! Dady, oh dady... Kenapa dady tak ajar bahasa cina??? Dulu aku tadika Mandarin. Tapi tak tau apa aku buat. :p Then aku pun fed-up aku duduk sendiri kat meja terlopong sahaja! Last-last kuarkan set soalan subjek lain. :(

Aku rasa down balik. Ustazah Fatimah nampak aku study masa rehat kat surau. (Skang waktu rehat duduk surau, bukan foyer. Foyer bising dan selalu budak India dating kacau aku! Nak jugak berdating depan-depan mata aku. Macam nak sakitkan hati aku je? Haha...) Ustazah kata, "Banyak jerawat naik? Tension ke?" Erk? Yeke? Haha... Tak peduli pun. Normal lah tu, teenagers. "Anak Ustazah pun belajar sampai stress." Yup. Aku akui. Sangat stress!

Bila aku duduk dalam bilik sorang-sorang. Tengah sunyi sepi tak ada bunyi, kecuali katak kat longkang belakang rumah, coz hujan kan lately ni. Tengah-tengah malam. Get ready nak bukak buku. Ok, dah start belajar. Baru buat sikit, tiba-tiba teringat chapter tu aku tak study lagi. Pergi lah bukak chapter tu pulak. Then terfikir lagi, chapter ni pun aku tak faham. Lama-lama aku stress sendiri. Rasa nak menjerit. Argh... Terlalu banyak nak study...! Menyesalnya aku tak hafal 'benda-benda' tu dari awal. Then aku rasa nak nangis. God, help me... Aku takut Masya-Allah ni...

Aku pun takut kalau aku demam waktu exam nanti. Macam masa aku UPSR dulu. Aku demam. Aku tak boleh tidur. TERLALU TAKUT. Jawab periksa dengan hingus meleleh, batuk-batuk. Tapi tiba-tiba nak amek kau 5A. HA?? Boleh tak jadik macam tu untuk SPM pulak?? Heee... Aku jadi demam sebab terlampau takut. Maklumlah, first time amik exam besar... Masuk dewan pulak tu. Aku ingat lagi. Dulu beberapa minggu sebelum UPSR, setiap pagi, kita orang dikecualikan dari perhimpunan. Pagi-pagi datang awal duduk kat dewan untuk sesi motivasi dan tips-tips amik periksa. :)

Ok lah, malas nak cakap pasal ni lagi. Makin bertambah stress aku. Maybe this is the last post. The next post will be after MY SPM, hidup aku depends on this. Kalau tak... aku lost, sejujurnya aku cakap, aku tak ada Plan B. Aku cuma ada the only one Plan A. Aku tengah fikir jugak, what if  fail? What am I going to do kalau aku tak sambung Akaun? Haha... No plan! Ustazah Latifah kata, alah senang jadi cikgu aje! Kalau tak nak sambung Akaun, tak yah la jadi cikgu Akaun, jadi cikgu Maths. Aduh! Cikgu? That is so... Em... Aku tak nak jadi cikgu walaupun aku suka sangat nak ajar orang. Tapi aku tak kan jadikan ia satu profesion. NO! Dah lah dady tak suka cikgu, nanti macam mana pulak agaknya bila dapat tau anak dia jadi cikgu??

Ok lah, close... close... close... :p Tadi kata nak tutup topik tu, tapi masih cakap, but its not gonna happen again. 

Aku nak cakap pasal ape yerk?? Oh ya! Latest news! Along yang ajar aku Science tu, dah kahwin rupanya! Alahai, muka comel cam budak-budak aje, tapi dah kahwin. Haha... Sebab Cikgu Redha ada sebut,"Kenapa balik awal sangat?" "Orang rumah talifon.." "Kenapa? Nak bersalin dah ke?" "Eh, tak ada lah..." "Ha, nanti kirim salam kat dia, cakap I love you." Haha... Gila ke cikgu Add Math aku ni? Tak cukup 4 kat rumah tu?? Masa aku dengar dorang berbual, cakap pasal isterinya tengah pregnant, aku dah rasa segan pulak dengan dia. Sebab sebelum ni dia ajar aku sorang je dalam kelas. Tambah pulak dengan sorang budak Bukit Mewah. Aku tanya soalan yang tak patut ditanya dan agak memalukan! Haha... Tak nak cakap, still malu. 

Tengok, selama ni aku dengan Faniza (budak Puteri) selalu mainkan Along. Sebab dia nampak muda seolah-olah macam lepasan SPM jugak... Macam umur baru 20, padahal dah 26. Tapi eja light pun salah. Haha... Kadang-kadang tergelak sensorang sebab Faniza buat bodoh je bila Along buat salah. Then aku tahan gelak. Tapi ade gak sekali tu aku tak tahan nak ketawakan Along. Then dia pun tersengih, then pandang aku, "Apa?!" Tak ada apa-apa! Comel! Hah... Terbayang muka dia skang ni dengan kesalahan kecik yang memang kelakar.

Cikgu Redha masuk dalam kelas dengan whiteboard yang belum dipadam. Dia tengok, oh belajar Light... Then mata dia akan tertumpu kat perkataan yang Along salah eja. Then dia pandang aku dengan Faniza. "Apa Along salah eja light ni? Korang pun tak ada nak tegur dia kan? Ish..." Then Faniza dah start ketawa terkekek. Mesti dia kata padan muka kat Along. Dorang pun memang suka menyakat Faniza. Aku... Tak sangat coz aku tak melayan. :p Dorang serius sikit bila dengan aku.

Skang ni, tempat tusyen aku tu dah sunyi sikit sebab tak ada Athirah yang selalu lupa makan ubat. Kalau tak dia yang buat kelas jadi meriah. Tapi dia dah berhenti. And yang jadik penyerinya, Faniza dengan Aifa. Dua kawan yang selalu bertekak dalam kelas. Padahal dua-dua pun salah. Nak tegakkan benang yang basah. :p Dan everytime waktu Add Maths, mesti ada benda jatuh. Mesti benda yang jatuh tu datang dari dorang. Dan mesti benda yang jatuh tu kalkulator. Mesti bertalu-talu barang jatuh lepas kalkulator. Buat lawak jelah.

Ada satu trend, cikgu Redha punye kerja. Tulis jawapan homework kat whiteboard. Cikgu pilih aku. Aku pun buat lah, then dia suruh pilih hero malaya dalam kelas tu untuk soalan seterusnya. Aku pilih Khai mengharapkan dia boleh jawab, sebab dia terror Add Maths. Rupanya dia tak siap! Hurmph.... Then lepas dia habis, dia pilih Aifa. Aifa menyumpah-seranah dia! Terus jadik musuh. "Jaga kau Khai. Skang kau musuh aku!" Lepas tu Aifa pilih Shafiq. Sebab apa? "Saya pilih Shafiq, sebab dia lebih baik dari KHAI!" Haha, amik kau Khai... Memang, dalam kelas tu, Shafiq lah yang paling baik. Paling senyap, paling 'suci' lah katakan... Then Shafiq pilih Faniza. Faniza nak musuh dengan Shafiq tu. Cikgu pun layan aje lah...

***

"Minggu depan tak ada tusyen tau..." Along inform.
"Ha? Kenapa?" tiba-tiba aku teringat Raya Haji. "Oh... Ok."
Meanwhile Faniza masih blur.
"Yeay! Cuti... Er... kenapa?"
"La... Boleh tanya kenapa? Asal? Kamu dah cuti dulu ke Rabu lepas?? Tak nak cuti minggu depan?"
Aku dah tergelak tak tahan. Along ni pun... Dia tengok aku gelak dia pun gelak. Tapi still Faniza tak dapat tangkap maksud dia. Rabu lepas kan Depavali?
"Ha?? Apasal ni?!" Faniza dah bengang.
"Ah, lupakan aje lah. Janji cuti minggu depan." and he walks out from class A. Aku pun explain kat Faniza, Rabu tu kan Deepavali. And aku tak tau lah kalau dia still tak faham. 

***

Aku suka big boss kat tusyen aku tu. Walaupun dia ajar Sejarah aku tak faham. Sebab dia selitkan isu politik, which is something I kinda hate. Especially bila belajar Form 4 pasal Real Politic, dengan kitabnya The Prince. Memang tak suka. Kejam, tak adil, materialistik. Tapi yang aku suka cikgu tu sebab dia suka cerita pasal diri dia dan jugak pasal agama lah kadang-kadang. Itu yang aku tau Along umur 26, Hafiz masuk Form 6, dia ada cucu and so on. Dulu aku pelik, dia kata anak sulung dia kahwin muda. So, skang dia dah ada cucu. Aku pelik sebab... Along tu bukan anak first dia ke? Aku langsung tak terfikir yang Along dah kahwin dah ada anak. So, masa tu aku ingat dia panggil Along dengan nama tu je kot, walaupun dia ada anak yang lebih tua. Kiranya Along bukan anak sulung tapi dipanggil Along. Tapi rupanya memang Along lah orang nya...

Dan aku pun tak tau rupanya budak jaga kaunter, Hafiz pun anak dia jugak! Ya Allah! Tak ada rupa langsung, seriously aku cakap. Along dengan Hafiz kulit putih boleh lah tahan, tapi ayahnye gelap. Aku pun baru tau dia masuk Form 6. Tak tau kat mana, maybe KGV, sebab terdengar perbualan Humaira dengan Aisyah. Patutlah walaupun lepas habis SPM, dia masih lagi jaga kaunter. Aku pelik jugak, dia ni tak pergi study mana-mana ke? Rupanya Form 6. Dan... Aku pun baru tau rupanya Cikgu Redha tu orang kanan big boss. Cikgu Redha tu dulu student Cikgu Hashim. Wow... Betapa keciknya dunia. Dan aku rasa, dorang ada ikatan family. Cikgu Redha ada kata kat kita orang masa Along balik awal sebab isteri dia call. "Orang rumah dia, orang rumah saya jugak tu. Eh, lain macam pulak bunyinye... Ah lupakan je lah. Complicated."

Wah, ini first time aku bergossip kan? Gossip Pusat Tusyen Pendeta Anjung Ilmu Seremban 2. Selalu aku tak amik kisah benda cam ni.

***

Gambateh!Well, cukuplah sampai sini, jumpa lepas SPM nanti kay.... Gud luck to me...! Semoga dipermudahkan untuk aku jawab exam... Amin...




***

No comments:

Post a Comment