Assalamualaikum wbt...
Penat! Baru balik library sehari suntuk. Target, lepas Ishak nak terus tidur, tapi nak blogging sekejap. Tadi, yang pergi library sama-sama, Nisa, Shira, Nabila Mokhtar, Intan, Hassuuna, Ayu, Rushyda, dan terakhir sekali aku lah of course. Lapan gadis sunti (ceh!) ini telah berkongsi satu meja yang hanya boleh memuatkan hanya 6 orang di library. Dan kami telah membuat bising sebab terlalu ramai sampai budak meja sebelah (budak S2, yang sama-sama ponteng skola) asyik dok 'shhh' kita orang aje.
Shira tulis dalam kertas bagi semua baca, "Budak belakang kita ni sebenarnya dok 'shhh' kita, bukannya kawan dia." Aku tergelak baca and pandang dorang. Then Shira tunjuk Kat Nabila sekali, tapi Nabila pergi baca kuat-kuat pulak! Adoi! Mestilah dorang dengar kan?? Lepas tu dok mintak kerusi kosong then letak balik. Lepas tu mintak balik kerusi tu daN letak balik. Haha, kalau anda di tempat mereka, sakit hati tak? Dah lah bising, main amik-amik kerusi pulak tu. :p
Pada awalnya, aku ingat aku, Nisa dengan Shira je. Rupanya budak kelas B pun ada sekali. Aku dah tak berapa selesa. Sebab dorang jenis yang kecoh sedunia. Then bila Nisa sampai, dia tengok meja dah penuh. Jadi dia takut orang library marah sebab terlalu ramai dalam satu meja, so dia pun pergilah duduk kat meja persendirian. Aku mula rasa serba-salah sebab ini kali first aku datang library dengan dorang. Last aku datang akhir tahun lepas. Memang aku rasa bersalah, seolah-olah aku ni macam menyelit dan menyibuk.
Tambah pulak Intan dengan Hassuuna nak sangat duduk dengan Nisa so that dia boleh ajarkan Physics. Argh! Lagilah aku terasa! Aku rasa macam, "Dorang mesti rasa aku ni penyibuk. Kalau aku tak ada, lagi bagus. Tak adalah Nisa kena duduk terpisah dengan dorang. Ataupun patutnya aku yang duduk terpisah sebab aku tak diperlukan!" Aku rasa kerdil sangat dalam kalangan 'budak-budak pandai' ni. Aku rasa bersalah dan tertekan!
Semua dok pujuk Nisa duduk semeja, tarik kerusi dan bersempit sikit. Janji dapat study sama-sama. Aku SANGAT rasa bersalah. Ya Allah! Aku tak patut datang! Dah lah bas tak ada sejak 3 hari ni, company City Liner sudah bankrupt. Dengar cerita dari Untie yang sama-sama tumpang teksi tu, masalah ni dah keluar kat newspaper (aku berani naik teksi sebab ada Untie Cina tu, kalau tidak, sampai mati pun aku tak kan naik teksi!). Aku manalah baca newspaper kan? TV pun tak tengok.
Lama-kelamaan, sampailah waktu Zohor. Separuh dari kita orang pergi solat dulu. Aku, Shira, Nabila dan Rushyda (sory, aku tak tau sangatlah ejaan nama dia). Masa tu aku nampak Nisa duduk sekali kat meja tu mengisi tempat-tempat kosong. Intan dan Hassuuna yang sama-sama duduk kat meja persendirian bersebelahan dengan Nisa pun dah duduk balik kat meja tu. Then sejak tu, dia mula tarik kerusi dan kita orang SEMUANYA duduk satu meja!
As time goes by, aku mula rasa selesa. Aku suka sangat dikelilingi kawan-kawan yang macam ni. Tak ada mengumpat antara satu sama lain, tak ada gossip-gossip liar, tak ada salah-menyalah antara satu sama lain. Kalau ada pun, semuanya dalam bentuk gurauan dan kadang-kadang dorang buat-buat macam merajuk, then ketawa balik. Tu yang bising tu. :) Sweet sangat. Aku dah mula rasa macam I'm one of them. Aku dah tak rasa tersisih dan terkecuali lagi. Aku dah mula rasa, aku boleh sesuaikan diri dengan dorang.
At the end of the day, yang menghiasi wajah aku cumalah senyuman dan gelak ketawa. Aku rasa seronok sangat hari ni walaupun pada starting hari aku adalah kurang menyeronokkan. Aku terasa balik ikatan persahabatan aku dengan Hadi, Muqri, Madi, Sarah dan Amal. Aku rindu saat-saat macam tu. Riuh dan kecoh, tapi kena pada caranya. Inilah namanya positive friends. Now I know kenapa Nisa sentiasa sibuk tak ada masa untuk aku. :) Aku teringin nak ada kawan macam ni.
Tapi still ada kekurangan. Pengecut semuanya. :p Bila nak tanya sesuatu, semua tuding jari antara satu sama lain, "Kau lah pergi, kau lah dulu, kau lah tanya," Dah memang dari azali aku benci dengan situasi macam ni, so aku terus tak nak saksikan kejadian tuding-menuding, tolak-menolak, so biar aku pergi dulu, biar aku yang tanya. Tiba-tiba pulak aku dicop 'berani'. Adoi! Macam tu pulak?
Masa tanya kat driver bas pasal bas City Liner pun aku jugak yang disuruh. Bila tak ada bas, ingat nak balik naik teksi. Nak tanya tambang sewa satu teksi pun aku jugak yang disuruh. Hehe... Tapi tak apa, aku sanggup. Daripada nak menyaksikan adegan tolak-menolak, tuding-menuding yang menyakitkan hati aku tu, tak apa, biar aku buat. Aku tak nak spoil the mood. Dan esok, aku akan pergi library lagi!
Tadi, aku study Akaun. Rushyda kata, kawan dia yang amik Akaun kata Akaun tak delah susah sangat. Ok je? Memanglah ok kalau dia dapat cikgu yang ok. Cikgu aku?? Aku still tak bukak chapter margin keuntungan, nisbah-nisbah semua tu, dan jugak chapter Akaun Yuran Kelab dan Persatuan. Padahal banyak nak kena belajar tu. Tambah lagi dengan Penyata Pengeluaran. Aku ingat Penyata Pendapatan, sebab kalau itu, aku dah terror, maklumlah, soalan LCCI... Mestilah aku nak sijil LCCI, so mestilah kene kuasai soalan LCCI. Then Nabila sangat jealous tengok aku buat Akaun. Haha, Nabila, Akaun tak semudah yang disangka!
Bagi aku Akaun lebih susah dari Add Maths walaupun aku tak fail Akaun macam Add Maths. Sebab Akaun melibatkan perkara harian. Kalau tak tau istilah perniagaan, habislah, langsung tak boleh buat. Satu kesilapan boleh menyebabkan kehilangan BANYAK markah. Belanjawan Tunai yang senang masa trial, 11 markah, disebabkan beberapa kesalahan, aku cuma dapat 3 markah je!! Ish! Bila aku tunjuk kat Nabila soalan yang aku salah buat, dia terkejut. "Saya kena buat tiga akaun. Dan setelah buat tiga akaun panjang ni, saya tak dapat jumlah yang seimbang untuk akaun bank, maksudnya saya dah salah kesemuanya, tiga-tiga akaun sekali. Saya kena buat semuanya semula." Erm, skang ni senang ke tak? Itu topik pembubaran perkongsian. Untuk pembubaran, markah maksimum selalunya 15 sahaja. Tapi aku luangkan terlalu banyak masa kat sana semata-mata nak bagi akaun bank seimbang.
Aku skang ni, target nak master topik-topik yang aku boleh kuasai. Terutamanya perkongsian, belanjawan tunai, gaji, syarikat berhad, milikan tunggal dan rekod tak lengkap, memandangkan aku akan hilang markah kat Kelab dan Persatuan dan dua topik hujung form 5. Tak ingat tajuk dia apa. Sebab aku memang tak faham belajar sendiri. Nota cikgu tusyen lebih senang faham dari buku teks. Tapi aku bagitau kat Nabila, kalau tak pandai Akaun, boleh bagi pandai. Pergi je tusyen kat cikgu sekolah yang mengajar Akaun. Sebab bila masuk U nanti, kita akan guna basic yang sama aje. Itu pulak kelebihan dia. Kita tak belajar benda baru, tapi cuma lebih mendalam sikit.
Hurm.... Skang aku tengah fikir nak study apa esok yerk? Alamak! Esok Vinoth and the gang pun datang libary jugak. Dan dia mintak aku ajar Akaun. Dayah pun datang jugak, maybe. Tapi aku tak nak duduk dengan dorang. Sebab pakcik kat library yang garang tu, tengok kita orang ramai, dia nak bagi kita orang pakai bilik khas yang ada dua meja tu. So, kita orang bolehlah bising-bising sikit! :p Mula-mula aku memang tak suka pakcik tu. Sebab dulu, (tahun lepas) dia bersekongkol dengan sorang guy ni, dia biarkan guy tu bukak-bukak beg orang and amik apa yang berharga. Memang jahat! Dah lah pakcik tu memang guard jaga situ. Tapi skang ni, dia pulak yang considerate kita orang yang ramai ni dan bagi bilik yang dikhaskan untuk budak U, kita orang tak boleh masuk patutnya. :D So, pakcik tu dah tak dicop jahat dah, tapi sangat mengambil berat walaupun garang dan agak suka mengaibkan orang.
***
No comments:
Post a Comment