Heheh... Tak akan post sebelum SPM konon... Haish aku ni... Tak boleh lah... Lagi-lagi baru habis raya Haji. Exited sangat-sangat.
Can you believe me? Aku bergelumang dengan tanah + lumpur + taik kambing + cacing??? Gara-gara memancing punya pasal. Alah, memancing kat parit depan rumah je. Kat kampung. Sekarang, baru aku rasa bersyukur ada kampung yang betul-betul kampung. Ada setengah orang, kampung dia sama je macam rumah dia. Rumah batu, rumah teres...and bla bla bla... I'm so glad. Sekarang aku mula sayang kampung aku. Moga Allah panjangkan umur atuk dan wan. Amin.... Wan, cepat sembuh, rindu kat wan masa kita ramai-ramai gi mandi air jeram! Tiba-tiba rasa sebak pulak... Betul, aku rindu saat tu.
Sekarang, bila wan macam ni, tak nak senyum, masam mencuka, marah-marah, pukul-pukul, asyik pikir negatif je all the time, aku jadi sedih. Aku selalu pandang wan and SENYUM. Tapi wan tak pernah balas. Huhu... T.T Wan selalu tanya, "Akak marah ke kat wan ni ha??" (dengan loghat Negeri 9). "Tak lah... Mana ade..." (aku pun cuba jugak berloghat Negeri 9 tapi tak jadi!)
Bila wan duduk rumah aku, aku hepi sangat. Argh, I'm CRYING... Lagi pulak dengar lagu You ni. Wan nak mandi. Aku tolong wan seboleh yang aku mampu. Aku bagi dia pakai baju aku, aku pasangkan air panas, aku suruh dia rasa panas sangat ke? sedang ke? or nak sejuk? Aku sebak sangat. Lagi sebak bila dady yang tengah tido, tahan aku, dan cakap, "Thank you sebab layan wan dengan baik.". Aku tunggu masa nak banjir, tapi tahan. Wan, cepat sembuh ok. Kuatkan semangat buang segala penyakit stress tu. Dulu wan ceria, wan selalu solat, wan pandai mengaji. Aku nak wan ajar aku tarannum. Tapi tak kesampaian. Aku ingat lagi masa aku darjah 1, wan yang tolong buat kerja rumah jawi aku! :p
Atuk cerita, masa aku kecik dulu, atuk dukung aku pergi toilet. Wan mandikan aku. Wan masak air panas. (Sebab dulu sampai sekarang tandas pakai air jeram, sejuk nak mati!) Atuk bawak aku pergi sekolah dengan motor. Atuk jinjing beg sekolah aku sampai masuk kelas! (Dulu aku memang anak orang kaya! Terlebih manja bila duduk dengan wan dan atuk. :p) Bila waktu nak balik, aku pergi kat atuk tanpa beg aku. Atuk yang masuk kelas aku amik beg aku... Bila kat rumah wan yang buat homework aku.
Masa mandi air jeram, kita pergi dengan Mama, abang adik kembar, Along, Angah tak sure, Fadli dan Wan. Wan menyelam tarik kaki aku kat air jeram yang cetek tu. Menjerit aku. Aku ni takut air sebenarnya, takut dengan air yang banyak, takut lemas! Masa tu wan gelak terkekek-kekek pekena aku. Abang kembar lah yang paling lembik masa tu. Sejuk sangat so, dia naik dengan bertuala menggigil-gigil dengan mama ada kat sana. Alololo... Anak mama ni... :p Yang si Fadli pulak, nampak batu besar, pergi lah gelongsor kat sana. Amik kau, seluar dah koyak! Tak malu ke tunjuk kat orang?? Kecoh sangat cakap seluar koyak.
Peristiwa tu lah yang buatkan aku dengan dia dah tak macam dulu. Dulu aku rapat gak dengan dia macam aku rapat dengan kembar. Tapi sejak tu, it's so embarassing...! Tapi aku pun jarang jumpa dia coz, dia tu sepupu kembar belah ayah. Aku sepupu kembar belah mak. So, dia sedara jauh aku, dua pupu. Setiap kali jumpa, aku mengelak dari dia. Sebab kembar selalu nak padankan aku dengan dia. Tak de keje lain. Masa aku kat rumah dia, main billionaire, kawan dia lepak sekali. Dengan kawan dia pun jadi. Selalu mengusik kawan dia dengan aku. Aku buat bodoh, budak tu yang cuak semacam! Haha...
Lama-kelamaan, misi aku berjaya. WAN SENYUM KAT AKU! Dia senyum selebar-lebarnya. Aku terus duduk dekat-dekat dengan dia and usap-usap tangan kaki dia. Aku nak urut dia, dia komplen asyik sakit-sakit. Wan sakit tulang rapuh. Dulu, susah nak bangun tido. Menangis aku tengok wan jerit-jerit sakit. Sampai aku suruh mumy beli customer bell so that anytime wan nak bangun gi toilet, bunyikan je loceng tu. I will be there to help her at anytime.
Tapi bila aku urut dia, dia segan kot (dady kata). Wan tak nak aku urut dia. Then dia usap rambut aku, and cium aku. Wah! Aku sebaik habis. Bergenang air mata aku bila wan buat cam tu. Aku rindu sangat kat wan. Tapi dady kacau line betul. Dady dengki. Mula-mula dady pun kononnya nak usap rambut aku jugak, pastu dia tarik. Taulah tak de kuat sangat pun, tapi... ish! Geram! :D
Masa aku form 3, wan masuk hospital. Kencing manis. Masa tu lah Muk buat hal. Aku dah kata, nenek aku sakit, dia macam tak faham dan nak aku layan dia tak henti. Fed-up aku. Masa tu nak dekat anniversary kita orang kot? Tak ingat lah. Dengan Muk, aku tak pernah sembunyikan perasaan aku. Kalau aku marah, aku hambur habis semua kat dia. Kadang-kadang aku rasa aku ni kejam. Kesian dia. True, dia memang banyak sabar dengan aku.
Masa tu, tak de sapa nak jaga wan. Aku angkat tangan punya tinggi, mumy still tak nampak. Me, me, me, me!!!!!! Why cant I? Mesti mumy dont trust me. Mumy nak jaga, tapi mumy tak dapat, sebab pergi kursus 2 minggu. Dulu mumy ALWAYS kursus. Skang tak dah, coz dah naik pangkat. Mumy tanya, "Are you sure? Awak nak masak semua ke?" "I can do it!" Tapi tak jadi. Mumy tak bagi. Sedih aku, rasa macam nak merajuk je.
"Akak duduk dekat-dekat dengan wan ni, tak busuk ke???"
"Hish, ke situ pulak wan se (saya) ni... Wan kan baru habis mandi? Apa yang busuk nye? Wangi bebeno..."
(aku tak dapat bayangkan macam mana aku sebut. aku main taram je.)
Wan, Akak sayang wan sangat-sangat! Yes! Aku berjaya buat wan senyum lebar. Dengan mumy wan pukul-pukul, marah-marah. Dengan aku wan cium-cium, sayang-sayang. Werk Werk.... Mumy kalah... :D I'm so glad coz bila balik kampung, senyuman wan masih lagi untuk aku. Selalunya, bila dah sampai kampung, wan akan jadi macam dulu balik. I'm just so happy. Sayang wan sangat-sangat! Aku pun sayang kampung aku. I will take good care of my kampung. Aku dengan Kak Lang.
***
Oh ya! Memancing kan? Pada asalnya, aku memang tak suka kotorkan tangan. Tapi memandangkan ada kembar, apa sahaja aku boleh buat. Mula-mula Naqib ajak, sebab dia excited betul nak memancing. Aku tak berminat. Tapi bila abang kembar ajak, aku on saja. Tiba-tiba aku terasa nak tahu macam mana perasaan kalau tangan bergelumang lumpur.
Parit depan rumah jadik mangsa. Kita orang korek tanah tu. Mula-mula aku kuis sikit-sikit je. Tapi kalau macam tu, tak challenging lah kan? So, aku ikat tudung, pinkan supaya tak jatuh, tak mengganggu, dua-dua tangan memang penuh dengan lumpur. Amik kau! Aku sebenarnya tak suka nak jadi perempuan penakut. Sikit-sikit geli, sikit-sikit menjerit, sikit-sikit nangis. Aku tak suka orang tengok aku macam tu, sepertimana aku tak suka tengok perempuan yang lembik macam tu. Disebabkan aku tak suka tengok, so, I dont wanna be what I dont like.
Kembar macam tak percaya je aku sanggup turun padang bergelumang lumpur carik cacing. Haha... Well, you have to believe your eyes. Mumy pun kata, "Tak pernah tengok anak 'dera' mumy so... MESSY! Selalunya tiptop everything must be clean and proper." Haha...!
Then adik kembar dah dapat tangkap sekor ikan. Kali kedua dia jugak, then kali ketiga orang yang sama. Aku dengan abang kembar dah tak puas hati. Nabil pulak pergi komplen kat dady, so dady buatkan pancing tradisional, pakai kayu dan batang ais-krim sebagai pelampung. Kita orang punya pancing tak ada pelampung so ikatkan kayu besar kat pemberat dia. Hey, benda tu terapung tau! Then Naqib pun dapat tangkap. Nabil pun sama. At last aku pun dapat!!! Menjerit aku keseronokan. Walaupun ikan tu kena lepaskan balik sebab itu ikan hiasan and masih kecik lagi. Besar tapak tangan je.
And guess what? Nabil yang pakai pancing tradisional tu lah yang dapat ikan yang paling besar. Betul-betul besar tapak tangan. Yang lain kecik sikit. Abang kembar dah frust menonggeng. Sebab semua orang dah dapat tangkap ikan. Abang kembar je yang belum tangkap-tangkap lagi. Haha... Sian kau...
Aku dah penat, so aku masuk dalam, kebetulan dah Asar, aku pun apa lagi, bersihkan kuku. Yelah, korek tanah carik cacing, tanah masuk dalam kuku. Lagi pulak tanah tu ada taik kambing! Haha... Boleh bayangkan?? Aku dah risau, cam ne ni? Tak de benda tajam nak korek hitam-hitam kat kuku... Macam mana nak sembahyang? Last-last aku naik atas, amik pencil box aku (aku bawak buku incase bosan boleh study tapi tak usik pun) dan carik pensel mekanikal. Korek hitam-hitam kat kuku. Tapi aku masih was-was nak solat. Rasa macam belum bersih. Dady kata solat je. Ok lah...
Adik kembar terus mandi pastu nak kutuk aku tak mandi. Dia tu sehari suntuk tak mandi. Sekurang-kurangnya pagi aku dah mandi. Then aku keluar balik, semua berkumpul kat luar layan angin petang makan sup tulang dari daging korban pagi tu. Pak Teh pulak tiba-tiba gi jolok buah kelapa muda dengan Pak Ngah, fullamak... Best nye... Dapat minum air kelapa fresh. Amik sudu, korek isi-isi dia. Best sangat. Terasa macam budak kampung sejati! Hehe...
Pak Teh lah tak senonoh betul. Asal pergi korban je, mesti bawak balik telur lembu. Apa yang sedap sangat? Aku tak suka, aku rasa nak termuntah bila Pak Teh tunjuk kat aku 'bendalah' tu. Wuek!! Tahun lepas, Pak Teh goreng je 'benda' tu macam goreng ayam fritters cuma tak ada tepung. Kak Ema nampak terus amik, ingatkan ayam goreng. Then dia kata, "Uish, sedaplah. Apa benda ni Pak Teh?" "Telur lembu." "Hah?!" Terus Kak Ema keluarkan balik. Haha... Terkekeh Pak Teh ketawa. Pak Teh memang suka kenakan kita orang semua!
Masa kopek air kelapa, dia mintak cawan, bagi dia cawan. Then dah separuh buah kelapa tuang dalam satu cawan penuh, adik kembar pun nak amik balik cawan dia, tapi Pak Teh bukannya bagi cawan, Pak Teh suruh dia pegang buah kelapa sebab dia nak minum dulu. Chennekeh betul Pak cik aku yang sorang nieh! Chennekeh, fav word Pak Teh, tak tau lah bahasa apa, tapi maksudnya lebih kurang sama macam kurang asam, tak senonoh and etc. Then Pak Teh gelak sendiri. Seronok sangat masa tu. Aku rasa macam dah lupa terus kat SPM yang makin dekat.
Lepas Maghrib, aku pergi mandi. Aku ingat tak nak mandi sebab tak bawak baju lebih, and aku bawak satu je seluar tracksuit. Lagi satu jeans, tak kan nak tidur pakai jeans?? Sakitlah pinggang aku. Tapi tak kan aku tak nak mandi selepas bergelumang dengan taik kambing?? Erh, tak nak aku. Baik gi mandi. Kat bawah, abang kembar tengah tengok tv. Dia ajak aku teman dia tengok tv. Sorry, aku tak suka tengok tv. Buat sakit hati je. Aku cakaplah aku nak mandi. Aku perli dia, bila pulak dia nak mandi. Dia terus cakap, "Jom mandi sama-sama?"
G-I-L-A?! Kau ingat kita budak-budak lagi ke? Nak mandi sama-sama? Masa berkumpul kat pangkin bawah pokok ciku pun dia ada sebut benda yang sama. Mumy kata, "Haah, dulu masa kecik korang bertiga selalu mandi sama-sama pintu ternganga luas aje." Argh!!! Jangan sebut boleh tak? Aku malu lah. Ish, itu masa kecik, tak tau apa-apa. Tak yah lah ungkit balik. Segan gila! Yang si abang kembar senyum sengih-sengih. Kau pehal? Tak tau malu ke?! Tapi aku diam je tak tunjuk yang aku rasa segan nak mati. Nanti lagi aku kena usik.
Lepas aku mandi, aku lepak dengan adik kembar dan Nabil Naqib. Tiba-tiba abang kembar naik atas. Yang aku pelik dia tak datang kat kita orang, aku tinjau dia sebalik pintu coz aku duduk kat pintu. Rupanya dia tengah nak amik tuala dengan baju. Haha! Nak mandi pulak ke?? Tadi suruh mandi tak nak, malas! Terus dia datang kat aku tepuk sekali kat bahu. Kurang hasam! Siap kau. Aku tak kan berdiam diri ok.
Aku memang suka loyar buruk dengan dorang. Mumy dady pun sama. Kadang-kadang dia geram sangat, pap! sebijik kat pipi. Berani kau tampar aku? Hah, seb baik tak macam dulu. Dulu dia suka cubit pipi aku. Pastu panggil aku gemok. Dia gemok dia tak prasan! :p
Alahai, sweet gila balik kampung kali ni. Aku rasa, masa ni adalah saat yang paling seronok sepanjang seumur hidup aku balik kampung. Ni yang paling best. Dan tak ada pendatang asing itu yang penting. Sesama kita je. Tapi kalau mama dengan Kak Lang ada, mesti lagi best.
Waktu nak balik, (dorang singgah rumah aku sebab aku balik awal, meanwhile Pak Teh nak bermalam kat kampung, dorang pun bermalam kat rumah aku then baru Pak Teh jemput terus balik Gombak), entah mana satu kembar kata "I LOVE YOU" haha... Seb baik tak ada sapa-sapa. Yup, mungkin kalau orang lain tengok kita orang, mesti akan cakap macam kapel. 99.99%. Even gambar kat FB pun kengkawan dorang tak percaya aku sepupu. Berkeras nak cakap aku makwe abang kembar. Untunglah tumpang glamour muka aku. ;) Haha...
p/s : nasihat PakTeh, baca Fatihah, 3 Qul, selawat 3 kali, sebelum masuk dewan periksa. Biar hati tenang. Makan kismis 21 biji sehari. Makan kacang badam. Relax, jangan panik. Biasakan dengan ayat suci untuk tenangkan fikiran supaya dibukakan mata tu untuk nampak semua aspek soalan. :)
***
No comments:
Post a Comment