Yeay! Sejarah dah settle! I damn hate you Sejarah. I'm just so glad that I won't be facing you anymore!! :p Hehe... Excited terlebih. Ok, ni nak cerita sikit. Format SPM untuk Sejarah. Kertas 1, ada 40 soalan. Kertas 2, Bahagian A, 4 soalan struktur iaitu two soalan Ting 4, dua soalan Ting 5. Meanwhile Bahagian B, ada 5 soalan esei, pilih 3 sahaja. 2 soalan Ting 4 dan 3 soalan Ting 5.
Tapi sebaliknya pulak yang keluar. Kertas 1 normal. Kertas 2, soalan stuktur tu, keluar 3 soalan Form 4. 1 aje soalan Form 5. Untuk esei pulak, soalan nombor 7, (b) dan (c) dua-dua soalan KBKK.
Penjajah Barat telah bertapak di negara kita sejak tahun 1511 sehingga tahun 1957.
(a) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, terangkan sebab negara kita dijajah oleh penjajah Barat. (8m)
(b) Pada pandangan anda, mengapakah kita perlu mempertahankan negara kita daripada dijajah? (6m)
(c) Sebagai warganegara Malaysia yang cintakan negara, jelaskan persiapan yang anda mesti lakukan untuk mempertahankan negara kita daripada sebarang bentuk penjajahan pada masa hadapan. (6m)
See?? Senang-senang je dapat 12 markah out of 20. Aku gerenti aku dapat full marks untuk soalan 7. Cuba tengok (a). Cuba teka itu soalan Form berapa? Itu soalan PMR tu. Aku jawab kenapa British jajah negara kita berdasarkan kedatangan SHTI kat Tanah Melayu. Aku cerita pasal Francis Light yang tipu orang Melayu melalui perjanjian apa entah untuk dapatkan Pulau Pinang sebab dia nak jadikan Pulau Pinang tempat dia simpan barang perdagangan dia, dan dia nak Seberang Prai untuk kubu pertahanan ketenteraan. Aku bersyukur sebab aku pay attention masa aku Form 2. :p Senang-senang dapat 20 markah kan??
Pada awalnya, aku takut sangat. Aku takut nanti jadi macam Trial. Soalan bapak lah susah gila! Tapi kali ni, aku tau, aku confirm hilang 10 markah untuk soalan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan-pertubuhan antarabangsa, sebab aku langsung tak baca yang tu. Aku ingat sipi-sipi je masa tusyen. Itupun dua point sahaja. Tapi bila aku check balik kat buku teks, salah. Satu je yang betul, memperjuangkan hak asasi manusia. Itupun aku buat umum, aku tak cakap, kat mesyuarat apa, dalam pertubuhan apa and so on.
Bila aku tengok, selak-selak kertas soalan, Perang Dunia tak keluar. Isk isk isk... Sedih aku. Tapi nasib baik Pembentukan Malaysia tak keluar even banyak negeri punya trial spot yang tu. Takut aku. Tapi kan, aku rasa exam Sejarah tadi macam... bukan Sejarah tapi seolah-olah macam jawab Sivik. Kebanyakannya perlukan critical thinking dan pikir logik. Most of them soalan KBKK. Aku rasa, aku tak banyak tulis fakta dalam jawapan aku kecuali untuk Malayan Union dan soalan sturktur.
Yang kelakarnya, salah satu soalan stuktur ada tanya,
(d)Adakah bandar di daerah atau kawasan yang anda tinggal merupakan bandar terancang?
(e)Nyatakan alasan anda untuk soalan (d)
Masa aku baca soalan tu, tak berkelip mata aku. Erk?! Biar betul SPM tanya soalan macam ni? Aku pandang kiri kanan. Kalau untuk (d) aku jawab 'ya', salah ke? what if aku jawab 'tak'. Betul ke salah? So, aku fikir, mungkin soalan ni tricky dan aku jawab penuh-penuh macam jawab Bahasa Melayu. "Ya, bandar dia daerah atau kawasan saya tinggal merupakan bandar yang terancang." :p Now you tell me, siapa yang tak cuak bila soalan keluar macam tu? Aku rasa macam tak percaya. Ini SPM ke Trial??
1. Dia bagi soalan KBKK terlalu banyak. Shanba kata, dia kira semua markah, 80. So, hanya 20 markah je soalan fakta?? Aku pun tak tau sebab aku tak de masa nak kira.
2. Soalan dia macam out of syllabus. Macam mana dia boleh tanya soalan macam no 7??
Tak mungkin dia salah bagi soalan. Cikgu Hashim kata, masa dia duduk sama-sama tengah gubal soalan, kalau cikgu tu bagi soalan mengarut memang kena titik habis. Aku tak pernah jangka Sejarah akan keluar macam ni. Aku bukan nak cakap senang ke apa, tapi kalau betul lah memang dia sengaja bagi banyak KBKK, aku takut satu benda je. Graph akan naik, and chance untuk dapat A pun susah. :(
Ok, tutup cerita pasal Sejarah, now it's time for English. Argh!!!! Aku nak jerit. Seronok yang amat sangat. Malam sebelum exam BI, aku baca kat blog, senang cerita aku tidur lewat sikit walaupun mumy bising. Alah, 10.30 aje?! Blog tu cakap, tips untuk essay, untuk directed writing, jangan risau dengan format dia. Dia akan kasi dalam notes kat bawah. Ok, aku punya risau untuk itu dah selesai. Untuk Continuous Writing pulak, just hafal satu interesting story and that's it. Settle untuk essay. Aku pun ikut tips dia.
Kebetulan aku pernah baca satu website pasal motivational story, or inspiring true story. Cikgu tusyen sarankan aku pegi cekidaut. Mana nak dapat interesting story kalau carik under 'example spm essay' kat google. Nanti yang keluar essay yang membosankan (factual essay). Blog tu kata, elakkan jawab essay fakta kalau vocabulary tak bagus. Instead, jawablah narrative essay. Terbalik dengan BM kan? So, aku memang ikut lah advice cikgu kat blog tu. Aku carik balik website tu dan print kan story favourite aku. Nak baca, klik sini.
So, conclusionnya, aku buat 7 paragraph. Aku ada lah tukar sikit-sikit. aku tak hafal sebijon macam tu. Gila ke?? Nak hafal word by word. Memandangkan itu fav story aku, mestilah aku ingat jalan kerja cerita dia. Aku suka cerita tu sebab it's so sweet. Last-last perempuan pregnant tu rupanya wife lelaki yang baik hati tu. So sweeeet...! Aku suka gila.
Masa dalam dewan exam, aku selak kertas soalan. First thing aku nak tengok, Section B, question number 4, write an essay ending with, "They looked at each other and smiled meaningfully." Ok, settle, aku boleh ubah suai ending dia masa wife dia bisik kat Bryan Anderson tu. Tapi aku tambah yang the wife told everything what had happened to Bryan. Tapi of course aku tukar nama dia. Aku takut aku lupa jalan cerita dia, so aku koyak buku jawapan kat bahagian tengah and start buat rangka karangan. Kononnya, padahal macam betul-betul buat essay. Aku koyak kat tengah sebab aku ingat aku nak tinggalkan ruang untuk directed writing dalam 2 muka surat, tapi aku tak sure aku akan buat berapa muka surat so, aku fikir, baik aku tulis kat kertas lain nanti baru salin. Ternyata itu memang salah besar yang aku dah buat!
Lepas habis buat 'rangka karangan', aku buat directed writing, speech. Dah habis tu, aku ada lagi setengah jam untuk salin balik essay aku. Aku buat slow-slow dengan tulisan yang super kemas. Aku tulis setiap huruf sebutir-sebutir. Tengok-tengok, jam tunjuk aku hanya ada lagi 15 minit untuk habiskan essay. Kelam-kabut aku dok menyalin sedangkan aku ada lagi dua page penuh tak salin lagi. Essay aku, 3 page penuh and ada sikit kat page keempat. Then pengawas peperiksaan kata, anda ada masa lagi 10 minit untuk menjawab. Masa tu aku ada lagi 3 paragraph tak siap. Aku tak sempat pandang mana-mana. Tekak kering nak minum air pun aku biarkan. Ini masa depan aku, SPM aku. Jangan mengalah! Skit lagi, sikit lagi dah nak siap. Jangan stop.
Tak boleh bayangkan macam mana perasaan aku masa tu. Jantung berdegup laju, jari semua dah menggigil-gigil dok menulis lelaju, tapi maintain tulisan. Takut nanti pemeriksa sakit mata nak baca. Kalau aku tulis mengarut cincai-boncai memang aku palang terus tak ada masa nak tunggu liquid. Akhirnya siap jugak! Tangan aku sejuk, menggigil-gigil takut. Then aku tarik nafas panjang. Sementara tunggu pengawas kutip jawapan, aku kira patah perkataan. Sempat untuk paragraph satu dan dua aje. Satu paragraph lebih kurang 100 patah perkataan. So, jangkaan aku mungkin aku tulis lebih dari 600 memandangkan aku ada 7 paragraph. :p
Untuk paper 2, semuanya lancar, tak ada cuak macam paper 1. Aku dah taubat. So, aku buat novel dengan comprehension and summary dulu. Then baru buat benda lain. Untuk novel aku sengaja buat panjang sebab aku nak score sebanyak markah yang mungkin. At least kalau point tu tak cukup, aku ada point lain. Tapi masa aku buat summary tiba-tiba aku sakit perut. Aduh! Apasal pulak ni. Memang tak tahan. Pucat kot muka aku. Nasib baik bawak minyak kapak. Lagi sekali aku menggigil tapi bukan sebab cuak tapi nak tahan sakit. Aku tau, itu bukan sakit menstrual cramp. Kalau yang itu, sakit dia lain. Lagipun aku dah tak ada bendalah tu.
Tapi nasib baik tak lama. Sekejap je, pastu dia hilang. Sementara dia tak datang balik, aku cecepat siapkan. Then setengah jam sebelum habis masa menjawab, dia datang balik. Seb baik dah siap, aku tinggal nak check je. And selama setengah jam tu, merana aku. Cepatlah habis waktu...! Aku nak pergi menyendiri di mana tak ada satu bunyipun. Kalau aku sakit perut, aku tak boleh dengar satu bunyi pun. Bagi aku, lagi bising, lagi banyak bunyi, lagi perut aku sakit. Aku pun tak tau macam mana bunyi boleh bagi kesan kat perut aku.
Masa Zohor, semua dah get ready nak solat. Dorang semua dah amik wudhuk. Aku fikir, biarlah dorang solat dulu. Aku solat sendiri ajelah. Nanti sakit dah reda, baru aku solat. Masa tu aku duduk je kat luar surau menyandar kat dinding menghadap surau. Tiba-tiba aku dengar suara Datin dengan Pengetua bising-bising. Dorang marah sebab budak form 5 merayau-rayau. Dia nak semua budak kumpul kat foyer. Oi! Tak nampak ke budak-budak dekat surau tengah sibuk amik wudhuk, kau pulak duk kecoh-kecoh kat luar surau suruh pergi foyer. Tak hormat langsung. Fikir dia pengetua dia boleh buat sesuka hati dia?? Aku yang tengah duduk merehatkan diri (yang tak boleh dengar bunyi bising masa sakit perut) terpaksalah sembunyikan diri. Aku pun masuk ke toilet duduk kat sink.
Teringat waktu dulu, aku nangis kat situ. Aku lompat duduk atas situ sambil peluk lutut sambil menyembam muka kat peha. Basah kot kain aku masa tu. :p
Aku cakap kat Afiqah, "Nak kata Pengetua sekolah kita ni bangang, dia dah jadi Pengetua... Haish..." Sekurang-kurangnya fikirlah sikit. nampak orang tengah amik wudhuk, jangan lah bising. Mungkin ada yang tengah solat kat dalam. Tak ke terkejut beruk orang yang tengah sembahyang kat dalam? Terus hilang khusyuk sebab dah tertanya-tanya kenapa pengetua terjerit-jerit. Dia tu Islam, tak kan dia tak faham? Then bila aku masuk toilet, aku terdengar pengetua dengan Datin dok berborak.
"Bukan kita tak kasi dia orang nak sembahyang. Memanglah niat dorang baik nak sembahyang, tapi apa salahnya pergi berkumpul dekat foyer dulu?"
Itulah, lain kali, cakap awal-awal nak jumpa kat foyer lepas exam. Ini budak dah bertebaran, baru terkejar-kejar suruh berkumpul. Malu je lah jadik Pengetua macam ni. Lepas tu setiap hari Jumaat nak suruh budak-budak perempuan pakai baju yang senonoh, sembahyang tak tinggal, puasa jaga and so on. Ah! Hipokrit lah kau!
Untuk English, aku buat satu very interesting story, (bagi akulah) heheh... So, untuk Bahasa Melayu pulak, aku letak kosa kata dan beberapa peribahasa. Aku perasan ada sorang kawan aku ni, dia crammed semua peribahasa kat penutup. Bila dia cerita, aku diam ajelah. Yelah, benda dah lepas, nanti kang dia stress pulak, so aku just diam. Dan betapa malunya aku bila Vinoth tegur aku, "La... Apa pulak tak ada kesalahan tatabahasa dengan kesalahan istilah? Kerja khusus Sejarah tukar kepada kerja khursus Sejarah untuk istilah. Yang tatabahasa guru mereka tetapkan tukar kepada ditetapkan oleh guru mereka."
Yang tatabahasa tu aku dapat, itupun aku tak berapa confident. Tapi aku rasa malu sebab Vinoth yang boleh kesan kesalahan dalam ayat tu sedangkan aku rasa, ayat tu 100 percent betul. :p Tapi BM aku tak lah risau sangat. Aku actually tak nak stresskan diri tentang benda yang dah lepas. Aten ada cakap, peribahasa aku tak lengkap. Bertepuk sebelah tangan, manakan nak berbunyi. Aku buat separuh je. Tapi aku rilek je lah. Nak buat macam mana, can't be help. Dah hantar dah pun.
Masa nak hantar the FIRST paper SPM, bahasa melayu kertas 1, aku cakap dengan diri sendiri. This is my future. Ni SPM yang kau nak hantar ni Nadia Nathasha! Jangan main-main. Ini yang menentukan kau masuk UiTM atau tak. Ini yang menentukan sama ada kau boleh penuhi harapan semua cikgu yang nak kau straight A atau tak boleh. Ini jugak yang menentukan sama ada aku akan sambung study dalam Akaun atau TESL atau Business Management. Owh! Sorry, di sini aku nak umumkan, aku dah mintak pandangan mumy untuk plan B dan plan C kalau plan A tak jadi. TESL dan Business Managment kalau tak dapat Akaun. :)
Dengan berat hati, aku hantar buku jawapan kertas 1 Bahasa Melayu. Nadia! Wake up! This is SPM lah....! Don't play play.
Tapi yang paling penting subjek Sejarah dah lepas. Itu yang aku berblogging ni. Waktu SPM memang aku akan on9 dan enjoy. Sebab nak release stress dan nervous. Sama macam trial. Aku akan buat apa yang aku buat masa trial untuk SPM. Masa trial aku tak baca buku, aku tak stress study malam-malam, tidur lewat. Aku just buat macam orang dah habis exam, main game, baca novel, on9 Facebook, blogging. Sebab aku tau, kalau aku baca, it's no use AT ALL! Tak akan masuk. Along kata, jangan baca buku bila nak revise sebab nanti kamu akan rasa makin cuak sebab kamu akan fikir ini tak baca lagi, tu tak baca lagi. Last-last sendiri tension. Tapi Along suruh buat set soalan. Aku tak buat pun! :p
Minggu lepas adalah minggu last aku pergi tusyen. Bubye Hafiz, Along, Cikgu Hashim, Faniza, Aifa, Syafiq Haikal, Khairuddin, Aisyah, Hafizul, Humaira dan.... Cikgu Redha...! Actually, nanti 22 Nov, kan tak de paper, sebab keputeraan sultan Johor (oh, sultan Johor, hari tu pun hari ke'puteri'an saya! :p), so Cikgu Redha nak buat tusyen Add Math sebelum exam pada esoknya. Maybe aku tak boleh pergi, aku tak ada transport memandangkan dady dah start kerja. Aku TAK NAK naik bas! Aku serik! Hampir dua jam aku tunggu langsung dia tak datang. Tusyen dah nak habis baru dia nak sampai. Aku masih berdendam dengan konduktor bas tu! :p
Tapi tiba-tiba Cikgu tu cakap, "Kamu ada nombor telefon saya tak?" Er... Atas sebab apa pulak aku kena ada nombor cikgu?? So aku geleng. Then dia kata, kat kad kedatangan tu, ada nombor 019, itulah nombor dia. Nanti kalau tak ada transport dia suruh aku call dia, nanti dia datang 'kutip' aku. Sampai hati cikgu kata, 'kutip'?? Haha! Tapi bila aku fikir balik, aku tak nak naik kereta cikgu. Dah lah aku segan dengan dia. Kan aku dah kata, cikgu tu hensem! Tak nak lah aku naik kereta berdua je dengan dia. Oh, tak mau tak mau. Aku sanggup tak pergi tusyen semata-mata sebab tu. No, thank you.
Aku tak nak carik pasal. Lagipun, as what I said, cikgu tu hensem, nanti iman aku tergugat. Ceh, ayat tak leh blah. Aku pernah lah jugak baca satu novel, lelaki ni sangat alim. Tapi dia cuma pensyarah mengajar teater. Dalam novel tu, dia tak pernah tumpangkan perempuan kat kereta dia unless kalau ada orang lain. Maksudnya tak berdua sahaja. So, bila aku fikir balik, sedangkan orang pun boleh kena tangkap basah dalam kereta, aku fikir, lebih baik elakkan. Menghampiri zina itu haram. AKu tau cikgu Redha tu pun alim. Dia tak mungkin buat macam-macam, tapi aku kena ELAKKAN. Lagipun aku memang segan dengan dia. Tak nak lah. Aku malu. Aku ni perempuan lah!
Tiba-tiba mumy kata, mumy akan amik cuti masa tu memandangkan masa tu birthday aku. Actually, tak payah. Sebab bukannya nak sambut pun. Aku TAK NAK sambut. Full stop. Betul cakap Hassuuna, nasib baik cuti masa birthday aku. Memang dia bergurau, tapi aku lebih suka macam tu. Aku tak tau kenapa tiba-tiba aku rasa tak nak orang wish aku birthday. :p Mengada-ngada pulak aku nieh! Aku cakap kat Cikgu Redha, janganlah buat tusyen free masa tu1 Birthday aku tu, saje gurau. Then dia sibuk dok kata, "Eh, hari tu pun birthday saya!" "Haha! Iyelah tu. Setiap hari birthday cikgu." "Mana ada setiap hari. Kau jangan nak kelentong buat cerita. Setiap alternate week aje ok." Aku dah geleng kepala. Adoi... Cikgu ni pun, mengaku pulak tu setahun berapa banyak kali birthday dia.
Sebelum ni, bila dia kata hari tu birthday dia, tahu-tahu aje lah maksudnya. Itu tandanya cikgu nak bagi Short Test. 'Kegemaraan' class kita orang.
Walau apapun, mumy dah amik cuti, and mumy tetap nak aku pergi tusyen. OK, ok, I'll go. Baru ingat nak lepak library sehari suntuk. Dah lama tak pergi sana sejak hujung tahun lepas. Ok lah, dah panjang berjela kan? Amik kau, ini penangan dari bulan Oktober, sebab Oktober tak de post. Rasakan! :D Doakan aku berjaya SPM. Aku takut satu je. Aku takut nak hampakan hati semua orang yang TERLALU mengharapkan aku untuk dapat straight A. Aku tak yakin aku mampu dengan Akaun yang terumbang-ambing tu. So, skang aku nak doakan Akaun jadik macam Sejarah! :p Boleh fikir logik tak?? Hahaha.... Dengan angka nak main fikir logik? Hurmmmm....
***
No comments:
Post a Comment