Something To Say


TRUST... never trust someone 100%. coz, they're the one who will stab u at the back. trust them only 50% n keep another 50% for ur self so tht u will not cry on the next day.

You dont have to follow others to be popular and to be loved, because you are loved for what you are.

Nak masuk syurga, KENAL ALLAH SWT dulu.
Ibaratkan tetamu datang rumah. Kalau tuan rumah tak kenal tetamu tu, ingat dia nak bagi masuk ke???

If you feel you hate me, better if you just stay away from me. Don't be a hypocrite. Coz I'm being my own self. Thank you.


OH YA! PANDAI-PANDAI CARIK BUTANG FOLLOW KAT ATAS YERK!

Tuesday, August 23, 2011

Aku Faham.......

Assalamualaikum wbt...!

Ok, dulu, kalau aku pelik + weird (eh, sama kan? :p), asal Aizat ni tiba-tiba baik pulak dengan aku dan Nia? Tiba-tiba cakap pasal paper Sejarah dia dan mengeluh bagai kat kita orang. Dia kata dia fail kot?? Tapi this time, aku punya turn. Aku akan fail Sejarah, confirm. Esei aku tak buat pun. Kena jawab 3 soalan daripada 5. Setiap satu soalan ada tiga anak. Setiap soalan, aku jawab (c) SAHAJA. Soalan struktur, mak aih, aku maen taram je semua. Satu hapak pun aku tak tau.

Kertas 1 kira ok jugak. Tak adalah susah sangat dan tak lah senang sangat. Aku hafal on the spot Perang Dunia. Tapi tak masuk. Aku rasa, kalau Perang Dunia masuk, aku boleh dapat full marks kat situ. 20 markah dalam tangan. Tanya lah apa sahaja pasal Perang Dunia, aku boleh jawab. Negara apa lawan negara apa, negara mana yang sokong each other, aku hafal semua tu tau... Tapi tak keluar...

Tau tak betapa kecewanya aku. Bila dapat paper, bukak, tengok esei, tak ada Perang Dunia. Kecewa gila. Aku rasa macam nak hantar kertas soalan sahaja. Tak nak jawab langsung. Kecewa. Rasa macam nak nangis tau tak. Aku buat setengah jam, maen taram pastu tidur. Sampai habis waktu, bila nak kutip, aku bisik kat diri sendiri. "Aku tak pernah hantar kertas macam ni punya kosong. Tak pernah langsung-langsung. Serius ke nak hantar kertas punya banyak kosong macam ni?" Aku rasa bersalah. Bersalah pada diri aku sendiri. Kalau aku tak tau pun, aku akan penuhkan walaupun dah tau memang confirm salah.

Bila selak kertas jawapan aku, kosong aje... Aku rasa macam... Haih... Kecewa gila. Terasa macam dah tak de semangat nak jawab paper lain. Remuk hati aku. Serius aku cakap nieh... Sedih sangat-sangat. Hilang semangat aku. Rasa dah tak nak jawab paper. Tak nak continue Trial. SEDIH TAU TAK?! Huhu...

Tapi Alhamdulillah... Ok je setakat ni. Setiap kali cikgu tanya exam macam mana, aku just jawab ada yang ok, ada yang tak ok. Normal lah kan? Itu lah namanya exam. :p Pandai je cakap. Tapi amik paper Sejarah nak nangis. Hehe...

Skang ni, aku tinggal lagi dua subjek aje lagi?! Bestnye....! Tapi Akaun mengganggu betul. Sebab lepas cuti raya seminggu. Tak dapat nak raya dengan aman. Balik kampung pun kene bawak buku Akaun. Akaun wajib study and revise. Tak boleh buat Akaun macam subjek lain. Cannot... Cannot... Ish, aku ni pilih kasih kan? Akaun je bukak buku. Actually kat rumah memang tak bukak buku pun. Kat sekolah baru terhegeh nak baca. :p Tapi Akaun kene bukak buku kat rumah.

And... aku dah boleh agak what's gonna happen bila Mama nampak aku bawak buku. Benda yang paling aku tak suka. "Ha, abang adik, tengok Nadia tu. Ke mana saja dia bawak buku! Kau tu? Malas belajar!" Padahal, aku nak exam. Huhu... Tak exam, tak de nye nak bukak buku. Sebelum ni pulak, aku bawak aku punya cerpen. Haha... Free-free je aku kena puji. Yang si kembar tu mencebik. Sebab aku bukannya bawak buku untuk belajar. Mumy dady tersengih. Mumy dady biar je mama puji aku, walaupun dorang tau, itu bukan buku sekolah.

Tapi aku exited nak datang tusyen Khamis ni. Owh! Bulan puasa ni, aku sengsara sikit nak pergi tusyen Akaun. Tak de transport. Sebab jadual diawalkan. Terpaksa naik bas berkejar sini sana nak tunggu bas yang tak pernah tepat pada masa. Sejam aku tunggu bas minggu lepas, aku lewat 15 minit masuk kelas. A week before that aku tak pergi pun. Masa tu, aku rasa rugi sangat tak datang kelas. Sebab cikgu tu ajar memang faham. This week cikgu nak ajar soalan LCCI. Sebab aku dengan Dayah kata kita orang orang selalu tak jawab soalan tu bila exam. Padahal itulah soalan LCCI. Itu yang cikgu nak ajar sampai kita orang jadi terror tu. :p

Alamak, terasa dah tak sabar nak hari Khamis. Exited ni. :p Minggu lepas, aku dah habis kelas, aku nak balik lah.... Dayah amik pakej, so dia ada kelas lagi. Aku turun bawah. Pastu nampak sorang budak lelaki ni baru turun kereta. Aku macam kenal aje mamat ni. Tapi tak ingat. Aku pandang dia. Dia pandang aku. Aku pandang dia, dia pandang aku. Then, aku kata, "Ah lupakanlah... Bukannya penting pun." Then tiba-tiba mamat tu tanya aku, "Hari ni tak ada kelas Akaun ke?" Owh! Baru aku ingat. Dia satu kelas dengan aku! Hahaha... Jangan salahkan aku, coz dia selalu tak datang. Sebulan sekali je datang, buat bazir duit mak bapak aje. So, aku pun dah lupa muka dia. Selama aku tusyen, dua kali je aku nampak dia. Mana nak ingat?

Then aku explain la.. "Kau tak tau ke?? Bulan puasa tusyen diawalkan. Skang Akaun kul 4.45 sampai 5.45." Lepas tu dia pusing belakang mencarut amende ntah. Hahaha... Tak pe, aku faham. Sebab pernah kene and rasa macam tu jugak bila tusyen tutup hari tu. Then dia pandang hujung jalan. Alah, lupakan lah, kereta mak dia dah jauh pergi dah... Tak de nye sempat nak panggil. Dia belek handphone, still mencarut-carut. Puasa ni. Aku dah biasa sangat, aku senyum je lah. Then dia blah. Tapi dia stop and cakap, "thanks eh".

Wow, berbudi bahasa jugak mamat ni. Siapa sangka, lepas mencarut boleh cakap thank you. :p Sejujurnya, aku tak tau nama dia. Tapi aku pelik. Kawan dia sama sekolah S2 dengan dia, ada datang tusyen masa aku tak datang, Dayah cerita. So, tak kan kawan dia tak bagitau kat dia tusyen diawalkan? Aku duduk tunggu mumy amik, then selak-selak buku Akaun. Terselit jadual untuk bulan puasa. Ingat nak bagi dia bila dia lalu lagi sekali coz dia amik pakej macam Dayah. So, mestilah dia kene masuk kelas jugak kan? Kelas masih berjalan. Tapi langsung tak nampak batang hidung dia. Melencong lah tu...

Tak pelah... Lagi sekali... Aku faham... Guys... Normal lah... Aku tengok jam, dia sampai pukul 6. As usual, dia memang selalu lewat then kelam-kabut. Aku cerita kat Dayah esoknye, dia kata, "Tapi dia hensem kan?" Hahaha... Ye lah, hensem. Muka cam cina cina sikit. Not my taste. :p Aku tak suka mix. Aku suka guys yang muka Melayu. :p Hensem lah, tapi itu je. Kawan dia pun muka cam cina. Tapi kawan dia tu macam muka sombong dan garang. Kita orang gelarkan dia, budak bengis. Haha.... Dah tak tau nama, itu lah jadiknye... :p

Ok, sabar, another 2 papers more to go. Then free sekejap. And my true nightmare will begin. :)




***

Sunday, August 21, 2011

Suka Anime!!

Assalamualaikum................




My fav, forever and ever, INUYASHA. Inu bermaksud anjing dalam bahasa Jepun. Jepun kot? :p Yasha tu nama dia lah...

Komedi, aksi, romance, and best gila..!! :p
Sinopsisnya!
Kagome daripada dunia serba moden. Satu hari kucing dia hilang. Si adik dia ni dok carik lah kucing ni and ternampak kucing dia pergi kat perigi terbiar yang ditutup rapi. Tempat tu tempat larangan. Tapi tak berkunci. Pintu dia penuh dengan kertas putih yang ada tulisan agama macam tu lah.. Tak ingat lah apa namanya. Then adik dia mintak tolong Kagome and Kagome pun tolonglah dia. Sebab adik dia takut nak masuk tempat tu, kononnya berhantu. Semalamnya atuk dia kasi keychain bola kecik warna pink. Tiba-tiba ada 'demon' keluar dari perigi tu and tarik Kagome, nama 'demon' tu Miss Centipede. Then dia pun dah bertukar dunia. Dunia zaman silam, 500 tahun sebelum tu. Kagome tolak 'demon' tu dengan tangan dia and tiba-tiba ada pancaran pink keluar dari tangan dia mencederakan Miss Centipede.


"I... wanna touch it..."

Then dia keluar dari perigi tu, dia jumpa Inuyasha tersangkut kat pokok disebabkan satu anak panah. Kagome pelik tengok dia sebab dia ada telinga anjing. Dia teringin nak cuba usik telinga tu. Bila dia usik, dia hati-hati supaya Inuyasha tak terjaga. Comel!! :p Then Kagome berkenalan dengan Lady Kaede, orang veteren kat situ. Dia tu Priestess. Priestess kat dunia tu ada magic sikit. Sikit je, tak de lah kuat pun. And Inuyasha ni latar belakang dia separuh demon, separuh manusia. Mak dia manusia, Ayah dia demon anjing yang terkuat sekali. Dia ada abang nama Sesshoumaru. Abang dia full-fledged demon. Lady Kaede terangkan kat Kagome yang keychain pink dia tu adalah Jewel Shard yang semua demon kejar untuk jadi lebih kuat. termasuklah Inuyasha dok mengejar benda tu sebab nak jadi macam abang dia. Dia dengan abang dia tak pernah ngam.

Lagi sekali Miss Centipede serang Kagome berdekatan pokok yang Inuyasha kena anak panah tu, Inuyasha terjaga, semua orang kampung kat situ terkejut. Kagome satu-satunya orang yang boleh bangunkan Inuyasha lepas 50 tahun tersangkut kat pokok tu and lepaskan dia dari anak panah sakti tu. Dia terpaksa cabut anak panah tu walaupun orang kampung dengan Lady Kaede kata jangan sebab Miss Centipede tengah belit dia dengan Inuyasha kat pokok tu. Then matilah Miss Centipede tu Inuyasha kerjakan. Then dia attack Kagome pulak sebab nak kan Jewel Shard dari Kagome. Kagome dicederakan oleh Miss Centipede and Jewel Shard tu terkeluar dari perut dia yang luka. Then Lady Kaede buat satu mantera untuk kalung yang dah lama tersedia untuk Inuyasha and suruh Kagome sebut apa-apa perkataan supaya Inuyasha lumpuh la ibaratkan.

Lady Kaede

Sambil larikan diri dari Inuyasha, dia terus sebut 'SIT BOY!' dan Inuyasha pun terhempap ke tanah. Dia nak cabutkan benda tu tak boleh dan cuma Kagome saja yang boleh cabutkan. So, Inuyasha dah terikat dengan Kagome. Tak lama lepas tu demon yang lain dapat kesan kehadiran Jewel Shard and start attack Kagome. Muka Kagome sama dengan muka Kikyo, adik Lady Kaede masa dia muda, tapi Kikyo dah mati. Dia mati sebaik saja dia lepaskan anak panah sakti tu kat Inuyasha. Inuyasha dengan Kagome bekerjasama paksa rela untuk jaga Jewel Shard tu. Dorang asyik gaduh je?! Then Inuyasha suruh Kagome amik anak panah tu, tembak demon yang dah dapat Jewel Shard. Tak kena langsung!! Inuyasha terkejut. Sebab Kikyo pandai memanah, tak pernah miss. And Kagome marah dengan Inuyasha sebab Kikyo bukan dia. Kikyo dengan Kagome langsung tak sama and two different person. Lagi sekali dia try memang kena TETAPI terkena Jewel Shard and Jewel Shard tu terpisah kepada beribu cebisan kaca.

Mengamuk Inuyasha bila tau benda ni. And perjalanan dorang pun bermula untuk cari setiap satu cebisan Jewel Shard sampai lengkap. Dalam perjalanan tu, dia orang jumpa Shippo and tolong dia balas dendam kat musuh yang dah bunuh ayah dia. And last-last, dorang jadi kawan and travel together. Tapi Shippo selalu kena buli dengan Inuyasha. Dan Kagome selalu cakap SIT BOY sebagai pengajaran kat Inuyasha jangan buli Shippo. Kadang-kadang kalau Inuyasha buat Kagome marah, Kagome akan sebut SIT BOY beribu kali sampai Inuyasha suruh berhenti sebab sakit asyik terhempap kat tanah banyak kali. :p


SIT BOY!!
"Argh!! Kagome, help me!!"

"I hate you, Inuyasha!" Shippo grumbled to himself.


Sebenarnya, dulu-dulu, 50 years ago, Kikyo ditugaskan oleh seseorang untuk jaga Jewel Shard sebab dia adalah priestess yang paling hebatlah kiranya. Then Inuyasha datang nak curik. Tapi lama-kelamaan dia macam jatuh cinta dengan Kikyo. Kikyo pun sama. Tapi dia tak boleh bercinta sebab dia ada tugas, jaga Jewel Shard. Then dia cadangkan, Inuyasha gunakan Jewel Shard untuk berubah jadi manusia so that dorang boleh bersama selamanya and Kikyo pun dah tak de tanggungjawab lagi kat Jewel Shard tu. Tapi Naraku merosakkan segalanya. Dia menyamar jadi Inuyasha dan mengkhianati Kikyo. Dia cederakan Kikyo sebab dia nak jadi demon dan ada tubuh badan yang baru sebab dia tu rentung hangus tak de badan tapi Kikyo yang jaga dia. Dia mengkhianati Kikyo walaupun dalam hati dia sayang Kikyo tapi demi nak Jewel Shard dia sanggup bunuh Kikyo.

kikyo

Then Kikyo serang Inuyasha yang tengah tunggu Kikyo untuk bagi Jewel Shard seperti yang dijanjikan untuk dia berubah jadi manusia. Tapi Kikyo dah cedera dan dia tujukan anak panah sakti dia pada Inuyasha selagi hayat dan kudrat masih ada dan Inuyasha pun stuck selama 500 tahun kat pokok tu. Dan Kikyo amanatkan pada Lady Kaede, adik dia supaya bakar badan dia sekali dengan Jewel Shard supaya segalanya aman macam biasa. Itu sebab Inuyasha macam asyik tak puas hati dengan Kagome sebab dia masih terluka dengan Kikyo yang khianati dia, padahal semuanya angkara Naraku. (aku panggil Neraka! sebab dia jahat yang amat!)

Ok lah, back to 50 years after that, then Miroku masuk group dorang. Inuyasha tak suka Miroku sebab dia ni gatal. Masa ni Inuyasha dah macam suka kat Kagome. Tapi Miroku pulak macam nak tackle si Kagome. Miroku ni monk, kiranya dia ni priest tapi dipanggil monk. Dia nama aja monk tapi gatal, suka meraba perempuan, pantang tengok perempuan cantik. Termasuklah Kagome pun kena raba. :p Ish ish... Itu pasal Inuyasha marah kat Miroku.

Miroku

Miroku nak kan Jewel Shard sebab nak kalahkan Naraku. Naraku dah letak kan sumpahan pada ayah dia, ada black hole kat tapak tangan kanan. Dan ia akan diwarisi ke anak cucu. Black hole tu lama-kelamaan akan memakan tuan dia sendiri. Itu yang Miroku nak bunuh Naraku so that sumpahan tu dileraikan.

Geng jahat. Benci NERAKA. Hell you! :p Emo pulak.

Then Sango pulak masuk group dorang. Masa ni Kagome, Inuyasha, Miroku dengan Shippo sedar kehadiran Naraku and sama-sama kejar Naraku. Then dorang sampai kat satu perkampungan ni, kampung Sango. Kampung Sango tu lah tempat Jewel Shard dibuat. Dan orang kat kampung tu lah yang serahkan Jewel Shard kat Kikyo untuk dijaga. Tapi bila dorang sampai semua orang kampung situ dah mati dan tak de sapa yang tinggal. Naraku punya kerja. Naraku musuhkan Sango and hasut dia, kononnya Inuyasha yang bunuh semua ornag kampung dia. So, Sango pergi carik Inuyasha dan serang dia orang.

Miroku and Sango

Last-last dia pun dapat tahu rupanya Naraku pergunakan dia. At last diaorang satu group. Lama-lama Sango selalu marah-marah bila Miroku menggatal. Kagome perasan and bagi hint kat Miroku yang mungkin Sango suka kat dia, tapi Miroku buat bodoh. Bila Miroku menggatal, Sango akan bagi satu hentaman kat kepala Miroku menggunakan boomerang dia yang besar gedabak tu. :p Kalau Miroku meraba dia, dia akan tampar Miroku. Haha.... Suka tengok muka Miroku bila kena tampar. Pang!!

Miroku ada satu habit, asal jumpa perempuan dia akan cakap, "Will you bear my child?" Hahaha.... Then dia kata kat semua perempuan yang dia jumpa dia akan cakap macam tu. Then Sango mencebik, "You didn't do that to me?" Miroku dah macam, oh ya ke? Then dia terus genggam tangan Sango and melutut, "Will you bear my child?" Pang! Haha....Best-best....

"For you my sweet Kagome"

Then ada dari satu puak ni, Wolf Pack, diketuai Koga. Koga culik Kagome sebab dia nakkan Jewel Shard nak letak dalam kaki dia, bagi dia laju, dalam tangan dia supaya dia lebih tangkas menumbuk. :D Tapi Kagome layan dia dengan baik dan tolong dia, sebab Koga tak de lah jahat mana dengan dia. Kebaikan Kagome buatkan Koga jatuh cinta dengan dia. "I will make you my woman!" Tapi Kagome tak suka sebab Kagome tak nak jadi girlfriend dia. And Inuyasha datang selamatkan Kagome dan mulalah pergaduhan antara Inuyasha dengan Koga. Aku suka bila dorang start bertikam lidah, Kagome cakap SIT BOY sebab tak nak dorang gaduh. Inuyasha suka sangat cakap besar!

Tapi ada banyak episod, tapi aku tak kisah! Skang aku dah tengok semua episod yang untuk tv. Skang aku nak tengok Inuyasha Final Act.  Tapi akhir tahun lepas, aku tengok, Final Act baru je lagi, tak banyak kat YouTube. So, tak pelah. Aku habiskan SPM. Lepas habis SPM, tengoklah aku belasah habis. :p

Nanti dalam laptop semua Inuyasha Final Act episod 1 sampai bla bla bla... hundred? :p Dady selalu bising, berat lah laptop tu, banyak sangat space pakai untuk kartun awak tu! Dah tengok deletelah. Argh! Tak nak... Sayang lah nak delete. Hehe... By the time aku habis SPM pun, Final Act dah habis di-upload-kan oleh uploader YouTube. Dapatlah tengok Inuyasha clear habis. :p

WAIT FOR ME :p







Kawan-kawan Kagome

Abang Inuyasha



"Kagome or Kikyo? Can I have them both?"




Tuesday, August 16, 2011

Trial ~ (you're killing me!)

Hari Ahad,
"Mi! Akak trial esok... Nanti lepas tusyen terus gi Family Store nak beli stationary, tau..."
Tengok-tengok, habis tusyen, mumy amik aku. Baru balik dari Jusco. Dengan DUA liquid paper dan test pad yang sangat TEBAL. Aku peep lah plastik tu, Ya Allah! Apa ni? Bapak tebal gila test pad? Then mumy kata, "Mumy nampak satu liquid tu. Murah sangat-sangat! Mumy beli lah... Then takut pulak kalau liquid tu tak elok, so mumy pun beli jugak yang Papermate punya. Kalau exam, pakailah yang mahal ni, nanti bila hari biasa-biasa, pakailah yang murah... Ok?" Haha... Ok, mumy...!

Malamnya, mumy pesan,
-tidur awal
-jangan bukak buku dah
-pagi makan banyak-banyak sikit. (sahur)
-do all your best

Haih... Macam betul-betul nak amik SPM pulak. CUAKNYE!! Haha... 

Tapi yang bestnye... Pagi hari Isnin, budak Form 1 Puteri Islam and adalah sikit-sikit kawan dorang yang rapat dengan aku walaupun bukan Puteri Islam, semua datang kat aku and cakap, "Akak! Good luck... Buat betul-betul tau..." Pastu berebut nak salam segala. Alah... Korang sweet gila la... Sayang gila kat korang. Rasa macam terharu plus sedih mengenangkan yang aku ni Trial, tak lama lagi aku dah tak de kat sekolah ni. Huhu... Sedih, sedih... Then cikgu Malar datang kat 5D dok ucap good luck and so on. Betul-betul terasa macam SPM. :p Sedih aku ni... Rasa dah bergenang air mata. Hehe...

Hari tu paper BM. Ok lah, karangan... Masa tu, cukup-cukup aje. Aku terfikir, sebelum ni exam mid-year pun aku ada banyak sangat masa. Bila time Trial, masa cukup-cukup aje! Cuma aku siap awal setengah jam dari yang sepatutnya. Aku rasa this is the best karangan yang pernah aku buat kot? :p 

Time BM kertas 2, aku baru jawab soalan nombor 2, bahagian KOMSAS. Ya Allah... Dalam hati, bila nak habis ni, aku dah penat menulis tanpa henti! Aku rasa macam tak cukup waktu je nak buat. Novel tak buat lagi ni, dua soalan pulak tu. Tapi Alhamdulillah boleh lah jawab. Aku tengok orang lain, macam mana korang boleh tidur?! How dare you sleep in front of me. Aku dah lah tengah bertungkus lumus nak habiskan soalan BM ni, korang sempat tidur lagi? Ish ish... 

gambar hiasan je, amik kat google :p

Kita orang ada waktu senggang antara dua paper tu, tapi aku tak de mood nak study. Sumpah, kalau baca pun tak akan masuk punya. Patutlah mumy kata tak payah baca buku dah. Then aku buat Sudoku. Gi surau, time untuk solat, aku duduk luar tunggu dorang buat sudoku tu. Nia keluar sekejap gi toilet, dia nampak aku dok buat sudoku dia marah aku?! Haha... Rileks la.. Wat pe nak tensyen-tensyen.. Dalam hall nanti barulah tensyen-tensyen.. Skang rilek dulu.. Huhu...

Tapi tadi waktu BI aku kelam-kabut buat novel. Character I like. Dulu dah biasa sangat buat character I dislike, sampaikan dah lupa langsung pasal good character dia. Aku buat Claudia, then aku cuma dapat satu point. So, maknanya aku dah buat intro satu paragraph, and first point satu paragraph. Then sangkut. Pastu tukar character kepada Stella. Damn it! Sangkut jugak. Aku gumpalkan kertas tu bengang. Then buat Claudia balik. So, salin lah balik intro dengan first point yang aku dah slash sebesar-besar gajah tu. Last-last aku buat dalam test pad. Geram aku! :D 

Sebelum masuk dewan, cikgu Rabaah pesan, "Jangan terlupa apa-apa pulak macam hari tu lupa summary!" Ai ai boss! Tak lupa dah.. Banyak kali aku ulang dalam kepala, this time ada summary, this time ada summary. :D

Baru je pagi tadi aku cakap, alah, English senang kot, berbanding dengan BM, dia banyak test kat KOMSAS. BI dia selalu tanya benda yang general. Senang, tapi soalan dia banyak trick lah tadi. Confuselah jugak... Menyesal cakap senang. Then dady kata, Trial memang selalunya susah, dont worry lah... Tapi... Aku betul, seriously nak score this time... :'(

Semalam, lepas habis BM, aku rasa headache sangat-sangat. Penat tak terkata. Penat memerah otak. Aku kat dalam dewan duduk kawasan depan-depan and kat tengah. Ya Allah! Panas! Berpeluh-peluh. Balik je aku patutnye pegi Bazar Ramadhan coz mumy tak balik, mumy ada program. Tapi aku balik rumah dulu. Ta selesa sangat-sangat. Aku mandi semua dulu pastu capai je baju apa yang ada. Baju yang tergantung semua t-shirt lengan pendek, malas nak pakai inner bila terfikir, kang panas. And then amik je lah baju dalam drawer yang berkedut seribu tu. :p Cecepat keluar coz hari nak hujan.

Bila dah pilih apa yang nak beli, aku tunggu lah abang tu masukkan nasi ayam dalam plastik. Aku pelik, asal lama sangat ni? Then yang tengah bungkus tu membelakangkan aku. Then dia pandang belakang sengih-sengih, "Kejap eh dik." Em... Mesti lah aku tunggu kan? Then bila dia dah siap tu, Naqib pelik. Eh? Kita punya empat je kan? Haah, so, aku ingat itu orang lain punya. Then dia pandang aku. Eh? Aku ke? 

"Tak pe dik, abang kasi free lagi dua bungkus. Amik je... Tak charge pun."
"Eyh?! Nak buat apa? Kat rumah ada empat orang je. Kang bazir..."
"Takpe takpe, simpan lah untuk sahur... Amik je, rezeki tak baik ditolak..." lagi sorang tu menyampuk. Adoi... Last-last balik rumah terbazir. Kan dah kata.... Dady pun tak makan sangat. Ye lah... Kita orang sebenarnya tak suka makan food yang beli kat luar. Nak kata aku dapat free sebab nak habiskan makanan tu, aku pergi kul 5. Kalau kul 6-7 yelah logik kalau dia nak kasi free. Haish... Tak laku ke? Huhu... Ish, tak baek mulut aku ni! :p

Lepas berbuka, aku tak tau lah nak buat apa, tapi yang pasti penat. So, aku main game. Haish, game ni pun buat tambah tensyen dan serabut aku je?! Pastu lepak depan tv, dady pasang movie baru. Best lah, cite ape entah, sebab hero dia hensem. :p And cite tu cite komedi. Sesuai sangatlah dengan aku yang sangat memerlukan rest. Tengok, baru exam sehari. Macam mana pulak nak berdepan untuk lagi 3 ke 4 minggu ni? So, akibat daripada keletihan otak yang melampau aku tidur kul 8.30 malam. :D Memang melampau. Tak bangun-bangun dah sampai sahur. Bangun sahur pun rasa malas! Tapi lega sebab English punya exam duration tak lama macam BM.

No wonder cikgu tusyen aku kata, BM susah nak score berbanding BI. Banyak sangat hukum dan banyak sangat KOMSAS. BI, literature punya soalan hanyalah satu soalan! And lagi satu novel. BM?? 4 soalan dan ada tiga anak bagi setiap satu. Haih... Apa nak buat... And aku pun tak nampak point kenapa kita kena belajar prosa klasik, kan?

What ever lah... So, just wish me luck, but my dady said, "Actually you dont need luck. Luck doesn't bring you anywhere. You just need to give all your best."

Tapi untuk aku, Allah is the GREATEST strength, so seek for His help, coz He's always there when you need Him. So, pray for me, kay?

Friday, August 12, 2011

Kelebihan Solat Terawih

Assalamualaikum....
Seperti yang aku janjikan, aku akan bagitau kelebihan terawih bagi setiap malam. Aku dapat ni dari sekolah. Sekolah ada risalah untuk Bulan Ramadhan, and dia ada selitkan kelebihan Terawih. Aku pun apa lagi, menyalinlah kerjanya. Kan aku Penolong Ketua Kelas, so, before tampal kat notice board, biar aku salin dulu. :D

Aku sebagai perempuan, aku tak pergi Terawih kat surau Garden Home. Aku lebih suka Terawih sendiri kat rumah dengan mumy. Kan aku kata dah, mumy rajin buat solat sunat? Terawih pun dia rajin. Aku lebih suka Terawih kat rumah sebab tak ada masa terbazir. Lagipun aku ni kan kena study. Trial dah dekat, SPM lagi lah... Kalau Terawih kat surau, habis pukul 10, bila masa pulak nak study kan?

Dan aku percaya, ini pun salah satu khabar baik yang Nabi Muhammad kata masa dia sebarkan Islam. Islam tu kan berita baik untuk umatnya? So, I guess, this is the berita baik, kot?


Malam pertama
Diampunkan dosa-dosa orang yang BERIMAN seperti mana baru dilahirkan.

Malam kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang BERIMAN yang mengerjakan solat Terawih, serta dosa-dosa kedua ibu bapanya.

Malam ketiga
Para malaikat di bawah `Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Terawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain. Semoga Allah swt akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
Malam ke-4
Akan memperolehi pahala sebagai mana orang yang membaca kita Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam ke-5
Allah swt akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram.

Malam ke-6
Allah swt akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala para malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan Terawih pada malam itu.

Malam ke-7
Ganjarannya seolah-olah dia dapat bertemu Nabi Musa as serta menolong Nabi itu menentang musuhnya, Firaun dan Hamman.

Malam ke-8
Allah swt mengurniakan pahala sebagai mana yang dikurniakan ke atas Nabi Ibrahim as.

Malam ke -9
Allah swt mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad saw.

Malam ke-10
Allah swt mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam ke-11
Ia meninggalkan dunia di dalam keadaan yang bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Malam ke-12
Ia akan dibangkitakan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

Malam ke-13
Ia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

Malam ke-14
Para malaikat akan datang menyaksikan mereka solat Terawih serta Allah swt tidak akan menyesatkan mereka.

Malam ke-15
Semua malaikat yang memikul `Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya suapaya Allah mengampunkannya.

Malam ke-16
Allah swt menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam ke-17
Allah swt menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala nabi-nabi.

Malam ke-18
Malaikat akan menyeru, "Wahai hamba Allah swt, sesungguhnya Allah swt telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati)."

Malam ke-19
Allah swt akan meninggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus.

Malam ke-20
Allah swt mengurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang yang soleh.

Malam ke-21
Allah swt akan membina untuknya mahligai di dalam syurga yang diperbuat daripada cahaya.

Malam ke-22
Ia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

Malam ke-23
Allah swt akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

Malam ke-24
Allah swt akan membuka peluang untuk 20 tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Terawih pada malam tersebut.

Malam ke-25
Allah swt akan mengangkat seksa kubur darinya.

Malam ke-26
Allah swt akan mengurniakan pahala 40 tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Terawih pada malam tersebut.

Malam ke-27
Allah swt akan mengurniakan kemudahan kepadanya untuk melintasi Titian As-Sirat sepantas kilat.

Malam ke-28
Allah swt akan menaikkan kedudukannya 1000 darjat di akhirat.

Malam ke-29
Allah swt mengurniakan kepadanya pahala 1000 haji yang mabrur.

Malam ke-30
Allah swt akan memberi penghormatan kepada orang yang berTerawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud) : "Wahai hamba-Ku! Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai bernama Salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad saw yang bernama Al-Kautsar.".

Menstrual Pain (LADIES, take notes ok!)

Assalamualaikum...
Tak jawab dosa! :D

Aku tengok kan, ramai kengkawan aku ni ada problem yang teruk bila datang menses. Biasalah, problem apa lagi kalau tak senggugut. Teringat dulu masa sekolah rendah, kita orang sebut sesungut. Bila sakit ni teruk sangat, akhirnya tak datang sekolah seminggu.

Cuba bayangkan betapa ruginya masa seminggu tu? Banyak benda kita tertinggal, banyak benda yang boleh kita buat daripada duduk kat rumah dalam kesakitan.

Aku tak pernah rasa. So, aku tak tahu. Tapi yang pasti mestilah sakit yang amat. Aku sebenarnya ada jugak senggugut, tapi tak teruk macam dorang sampai tak datang sekolah. Kadang-kadang kesian tengok dia orang.

Sebenarnya, masa menses, kita tak boleh minum air yang berais atau sejuk.
Dia ibaratkan macam membekukan saluran darah kat perut. Ibaratkan macam tu lah, kalau nak fikir ikut logik. Kalau sakit perut, tapi kawasan dia bawah sikit, itu memang senggugut lah tu. Dia bukan betul-betul kat perut tapi bawah sikit. Selari dengan tulang pinggang la... Ok, itu satu.

Then, orang kan ada kata kita kena bersukan atau berolahraga.
Dulu aku ingatkan bila period je pergi bersukan. Oh, rupanya aku salah. Sebab... gila ke nak pergi bersukan masa tengah period? Lagi lah menyeksa diri sendiri. Tapi sebenarnya, bersukan setiap minggu secara konsisten. Pergilah berjogging secara ringan-ringan setiap hujung minggu. Tapi jangan bersukan kalau tengah awal period, macam hari first second day tu, duduk diam-diam je la.. Kalau ada sukan kat sekolah, cakap la kat cikgu tu saya baru je period, mintak dikecualikan...

Kalau tak de stamina langsung, kenapa nak paksa diri? Slow-slow la... Dua bulan pertama try lah jalan laju. Then up sikit, jogging suku dari taman tempat korang jogging. Selalunya aku jogging kat City Park. So, kalau kat situ, aku selalunya first round, jalan laju je. Masuk second round, aku start slow jog. Dah separuh City Park tu, aku jalan laju balik. Eh, jogging ni ada teknik tau! Jangan main taram je, tak pasal-pasal ade yang terpele'ot pulak kang. Sini sakit, sana sakit. Bukannya nak kurangkan sakit, tapi ni nak menambah sakit.

Lagi satu, bila jogging, jangan minum air sambil berjogging. Aku tak tahu kenapa, tapi jangan. Dah habis jogging, nak minum, minumlah, tapi jangan minum air sejuk. Minum air suam-suam je. Haish.. Sebenarnya banyak lagi faedah korang jogging ni. Trust me, sekali dua korang buat, mesti korang akan keep it on. Lepas jogging kornag akan rasa fresh as ever and badan rasa ringan. Kalau tak, mesti rasa malas je. Lagipun jogging pagi dapat udara segar and menambahbaikkan penglihatan sebab tengok pokok hijau.

Aku ade senggugut, tapi tak teruk. And selalunya awal-awal period. Tapi sejak aku jogging, sumpah aku cakap, hilang terus. Selalunya, aku akan rasa sakit-sakit kat bawah perut. Itu cara badan aku nak bagi tau aku aku nak datang period. Sakit dia sampai hari kedua. 

Eh, tak de nya lah nak segan-segan. Benda ni serius ok. Kalau senggugut korang makin teruk, ada kemungkinan korang boleh dapat penyakit-penyakit tertentu yang berkait dengan peranakan korang. Dan ada kemungkinan nanti korang tak boleh pregnant tau. Sebab period ni kan berkait dengan apa benda tu, Fallopian Tube? Kan? Senggugut boleh jugak jadi sebab Fallopian Tube tersumbat. So, peringatan, kalau menstrual cramps tu teruk sangat, pergi check doktor ok.

Tapi sejak bulan puasa, mana pulak nak pergi jogging kan? Tiba-tiba aku menses, Masya-Allah.... Sakit gila! Macam tak tertahan. Aku pelik jugak ni, apasal tiba-tiba je makin teruk senggugut aku ni. Dia ni macam nak balas dendam je kat aku sebab aku kan dah hilang benda ni sejak aku jogging. Bila aku tak jogging kau hentam aku baik punya, kan?? Sekarang baru aku rasa, senggugut yang teruk. So, konklusinya, jogging adalah yang terbaik untuk hilangkan senggugut.

Ok, next, eat healthy and balanced diet.
Diet kat sini bukan bermaksud ikat perut. Kang tak pasal-pasal gastrik pulak. XP Diet tu pemakanan seimbang ikut piramid makanan. Kalau suka makan junk food, keropok and minuman bergas, STOP!! Jangan amik makanan tu semua lagi. Pergi amik kacang makan buat snek lagi bagus dari makan keropok. Tapi ada setengah orang tak leh makan kacang kan? Nanti jerawat semua serbu. :p  MSG dalam keropok tu yang tak elok, gas dalam minuman tu yang tak elok. And semua bahan chemical yang lain. Lebihkan makan sayur. Tak suka makan sayur, makan buah. Buah sedap kan? Manis. Daripada sayur yang tasteless tu... :D

Tapi yang paling penting nya, aku nak tekankan, jagalah perut tu. Kan darah haid ni lalu kat saluran dalam perut turun ke 'bawah'... Thats why jangan minum ais, eat healthy food. Ha, lagi satu, amalkan makan dalam kuantiti sikit tapi kerap. Tapi sekarang puasa kan? So, habis puasa nanti, buat la...

Least but not last, tolong tenangkan minda anda!
Jangan tension tension. Jangan stress stress. Nak lepaskan stres? Jogging pun boleh lepas stress. Tak caya gi cuba la... Aku dah cuba... Aku dah buat, aku tau la... And truly, ianya sangat berkesan, walaupun menstrual cramps aku tak lah teruk sangat kan... Tapi dia hilang. So maybe korang yang teruk tu, boleh kurang rasa sakit ke? Who knows? Try lah kan? Tak cuba tak tau.

Try untuk belajar relax kan diri. Thats why yoga tu mengajar kita how to breath. Tapi ada pendapat kata yoga itu haram. Yes, definitely. Memang haram. IF... IF... IF.... yoga yang korang buat tu dipertontonkan pada orang lain. Because yoga melibatkan stretching. Stretch habis lah semua anggota badan ni. Sebab tu, kalau nak beryoga, orang putih tak pakai apa-apa langsung. Sebab nanti menganggu sesi yoga dorang. So, hukumnya jadi haram sebab benda ni bertentangan dengan Islam. Korang setuju tak? Yoga tak haram kalau kita buat sorang-sorang dalam bilik or kat rumah. Kan kan kan?? Yoga bukan satu lambang agama lain.

Ada kebaikan yoga. Saluran pernafasan jadi lebih ringan. Bila kita renggangkan seluruh anggota badan kita, darah akan mengalir kat kawasan-kawasan tu, secara tak langsung tak akan ada darah tersumbat. Kadang-kadang darah tersumbat and jadi darah beku tanpa kita tau, thats why jugak boleh jadi senggugut bila dia tersumbat kat perut. And bila darah mengalir ke seluruh badan, oksigen sampai ke otak.

Eh, belajar science tak?? Ingat lagi tak darah kita ni bercampur dengan oksigen? Bila darah mengalir ke seluruh badan, automatik oksigen pun sampai ke seluruh badan. Dan bila kita renggangkan badan, kita menggerakkan seluruh otot kita. Selain tu, (haha.. dah macam buat karangan pulak!)

Kalau nak relax pun boleh buat meditation. Meditation bunyi dia macam agama Hindu-Buddha pulak kan? Kalau dalam Islam, istilahnya bertafakur. Kita pun boleh berwirid ke, berzikir ke. Mengaji ke? Bukan ke itu pun menenangkan hati dan minda? 

Kata Cikgu Raj, "Cuba ambil masa 5 minit, tenung dinding bilik setiap kali baru bangun tidur. Tenung dinding tu dan cuba kosongkan minda. Memang kita tak boleh nak kosongkan minda, tapi kita cuba kosongkan. Setelah beberapa minit lepas tu tengok lah, your mind will slowly keep quiet. Dan masa tu lah kamu akan berasa tenang dan lebih rasional. Cuba amalkan benda ni everyday. Hilangkan stress belajar kamu tu. Tak lama pun, 5 minutes only."

Tak salah kalau kita mencuba. Kalau kita nak kan sesuatu, kita mesti usaha. Usaha tu jangan lah hangat-hangat tahi ayam pulak. Kalau tak, jangan harapkan senggugut tu nak hilang. Try lah mana yang mampu, tapi point jogging tu sangat penting. Aku tak buat tips lain, aku just jogging sahaja. And puff! Sengugut hilang.. Hehe... Sebab jogging tu dah merangkumi me'release'kan stress.




***

Wednesday, August 10, 2011

Ok, Maybe It's A Gift......?

"Tapi program ni untuk kebaikan awak jugak. Awak kena jugak bergerak dan awak tak boleh belajar sahaja 24 jam. Sesekali awak perlukan program sebegini untuk cerdaskan minda kreatif awak."


Assalamualaikum...

Hari ni bersyukur sangat-sangat yang teramat sangat! Hah! Amik kau. :p  Hari ni patutnya jumpa pengetua whole class tengok prestasi akedemik. Dan betapa bersyukurnya pengetua tak ada, so, Datin Maimon la yang handle. Banyak-banyak cikgu kan, aku suka Datin. Cool aje, rilek je, tak ada kecoh-kecoh, bising-bising. Marah, marah jugak, tapi tak macam pengetua, dia tak bebel banyak. Aku suka Datin. Very humble and simple and COOL.

First subjek, ADD MATHS. Why lah?! Haha... Tunjuk subjek yang teruk pada awal waktu. Dia ada slide graph prestasi ikut setiap subjek and dia tunjuk sorang-sorang punya graph. Kesian la orang yang nama A,B,C... Tu yang aku cakap dengan Aten, orang terdekat dengan aku dalam bilik mesyuarat, "Nanti kalau nak bagi nama kat anak, jangan bagi nama A,B,C. Kalau result ok, tak pe jugak. Ini tak ok. Kesian, kita kena pikir jugak, nanti malu budak tu." Hahaha....

Then first second subjek yang dia tunjuk tu, memang result aku pun sedang-sedang je. Then sampai satu masa, asyik nama aku je jadi tumpuan nieh??? Then Syafiq Amal menyampuk, "Dia permata kita orang, dan permata berlian negara!" Negara??? Apa kena mengena ni? :p Then aku tak tau macam mana pulak Datin boleh cakap, aku ada harapan untuk sambung study oversea. Ha??? Are you joking? Coz it's not funny. "Tak kan kamu tak nak oversea kan? Siapa yang tak nak." Em... No komen. Aku ni bukannye genius sangat pun macam Mat Luthfi ke kan? :D

Bila orang puji aku and kata, "I jelez lah dengan you. How do you study and bla bla bla..." Aku rasa normal. And aku tak rasa pun ada benda yang perlu dipuji dalam diri aku. Bcoz aku lebih kenal diri aku sendiri. And aku tau setiap benda yang aku buat everyday. Aku tak ada lah menghadap buku 24 jam macam Alice Chan Mei Ling. Budak kelas A tu... Aku tengok dia asyik berkepit dengan buku, aku yang naik rimas. Tak bosan ke?? :p

Sejujurnya, aku tak lah study mana. Yea, maybe it's a gift. Kalau aku betul-betul concentrate dalam kelas, senang masuk dalam kepala. Tapi kalau reading, itu masalah besar aku. Memang tak akan masuk langsung. Mimpi yang masuk menyelinap ada la... XD  

Then Datin tengok kehadiran aku. "Kamu punya prestasi ok, tapi kehadiran kamu agak teruk. 14 hari dah kamu tak hadir ni." Hadoi... Aku malas betul kalau cakap pasal kehadiran. Fed-up owh.. Sebab sekolah ni TERLALU BANYAK PROGRAM berlangsung every week. And you expect me to come to school EVERYDAY?? Come on la? Lebih baik aku duduk kat rumah, boleh la jugak tido. Huhu...

Aku balas tau apa yang Datin cakap. Aku nak dia tau, sekolah ni terlalu banyak program. "Saya ada sebab tak datang. Sekolah banyak sangat program. Lebih baik saya duduk rumah study." Padahal tidur buat taik mata. Tak caya? Tak caya sudah la... Tapi saje aku kelentong nak bagi 'kesedaran' sikit kat cikgu, kurang-kurangkan lah program kat sekolah. Especially bulan-bulan exam. Patutnya bulan July no more program dah... Aku just nak bukti kan, yang aku bukan sekadar cakap kosong tau nak marah je dalam blog cakap pasal dorang kat belakang, tapi depan pengecut. NO, that's not me.

"Tapi program ni untuk kebaikan awak jugak. Awak kena jugak bergerak dan awak tak boleh belajar sahaja 24 jam. Sesekali awak perlukan program sebegini untuk cerdaskan minda kreatif awak."

Hahahaha.... Bagusnya point tu? Kreatif la sangat. Dapat sakit kepala ada lah... Aku ni Puteri Lilin sikit ok. Tak leh kena panas, memang sakit kepala whole day. Especially bila kena panas waktu siang. Memang tak tahan sakit kepala. Kalau petang not so bad sebab dah kebal for the day kan? :p Apa fakta merepek aku kasi ni? Then dalam hati aku cakap, apa yang bagus sangat? Apasal nak bangga sangat dengan program-program macam tu? Kalau dah banyak sangat, apa yang elok untuk minda kreatif? Aku tak rasa macam kreatif pun? Haha... Kelakarlah point tu. Seriously.

"Tapi cikgu, kalau saya datang sekolah apa gunanya? Tak belajar jugak. Baik duduk rumah."

"Tapi kat sekolah kita tak buat program sampai sehari suntuk."

"Saya tau tu cikgu. Tapi selalunya bila ada program sebelah pagi, student dah tak nak belajar lepas rehat. Saya dah boleh agak dah, perangai student. So baik lagi saya duduk rumah kan?"

"Tapi itu sikap pelajar. Awak kena lah usaha sendiri. Kalau cikgu tak mengajar dalam kelas awak belajar lah sendiri." Aku tepuk dahi. Datin ni tak faham ke apa yang aku cakap???

Aku duduk rumah sebab nak belajar sendiri lah tu?! Usaha sendiri lah tu?! Kan? Adoi... Buat aku kecewa je la... Ini ke cara orang dewasa fikir? Then malas nak cakap banyak, nak bertikam lidah nak tegak kan point masing-masing aku diam angguk-angguk je lah. Dady kata, "Kak, kalau awak nak cikgu tu terdiam dengan apa point awak, satu je kelemahan dia orang. Speak English. Nanti dia mesti terkejut. Who the hell are you kan? Tiba-tiba keluar English, hebat budak ni, jangan main-main. Itu lah mentaliti cikgu-cikgu. Ha, terkial-kial dia nak jawab. Kalau you speak BM, dia kerek habis dan dia akan cakap until you fed-up. And they think they win."

Yup, and aku fed-up. Tapi aku tak speaking la. Coz aku punya speaking pun, tunggang langgang jugak! XP Hahaha.... Dah tau sendiri tak pandai, tak de nye aku nak tunjuk kebodohan aku. Aku tak nak berlagak pandai. Buat orang gelak aje.

Bila Datin suruh budak lain 'contohi' aku, ceh, ayat cam tak leh blah je. Huhu... Then Amir menyampuk, "Saya tengah korek rahsia belajar dia lah sekarang ni cikgu!"

"Ha, bagus. Nanti kalau orang tanya rahsia belajar dia, awak lah tukang jawabnye bagi pihak dia." Amboi, bangga tak bertempat ni. Haha...

Betul... Bila orang cakap aku pandai and so on, aku selalu nafikan. Sebab I know myself. Aku macam dorang. Bukannya belajar pun. Cuma bezanya. I do my homework. Apa sahaja yang cikgu kasi, always complete. Even kalau aku absent, buku aku tetap complete. Itu je bezanya. Tapi aku bukannya study sangat pun. Maybe aku jarang on9 but I play games a lot, ok.

Memandangkan senang download pakai torrent, aku memang kerjanya mendownload game sahaja. Fav aku, game hidden object yang ada story line and puzzle. Kadang-kadang bengang jugak bila tunggu hint dia lama sangat sebab tak dapat solve puzzle. :D Em, aku boleh habiskan satu game tu dalam sehari dua. Then start download game baru. Can imagine how much time I spent on that?? Addicted tau. Tapi selalunya tak kena marah becoz I manage my own time.

Mumy tau petang aku memang tak leh study, tak leh baca, tak boleh buat apa-apa berkaitan learning. Masa Grandma kat sini, hah, puas la aku dok copy paste game kat lappy dia. XD Haha... Apa yang sama antara aku dengan Grandma, games. So bila tiba waktu petang kalau tak tido, sebab skang jarang tido petang kan, itu la keje aku. Aku tak suka on9 lama-lama, lebih suka sign in, check notification, balas comment, then log out. So, mumy tak bising pun kalau aku melepak depan laptop. Malam baru lah kerja drill kan kepala otak dan melenguhkan jari jemari buat homework yang berduyun tak pernah habis.

Cikgu Suryati kata, "Anak sedara saya sampaikan duduk sebumbung dengan family pun tak berjumpa sebab asyik terperap je dalam bilik sibuk dengan study nye, dengan homeworknya, dengan folio nye. Kesian saya tengok student, cikgu bebankan homework yang terlalu banyak."

Cikgu Norliza kata, "Kesian anak saya yang sebaya kamu tu. Hampir setiap hari tidur pukul 3 pagi semata-mata nak siapkan kerja rumah."

Ya, I admit that. That's why aku selalu terperuk dalam bilik. Mumy selalu marah. Dah la duduk dalam bilik, pintu tutup, tingkap tutup, udara tak masuk la! Ok, aku memang tak suka bukak tingkap. Langsir tu sentiasa ditutup. Aku bengang tau, coz pagi-pagi bila bangun nak siap gi sekolah. Bila aku mandi, masa tu mumy akan bukak tingkap bilik aku pastu selitkan langsir kat tepi. Ternganga lah tingkap tu. Then aku masuk bilik kelam-kabut tutup tingkap!

And disebabkan tu, dady pernah tanggalkan pintu bilik aku. Just letak langsir aja. Yeah, it was hard time for me, A GIRL, untuk sesuaikan diri dengan bilik yang tak berpintu. Setiap apa yang aku buat, aku tak selesa. Nak belek diri sendiri depan cermin, nak cari baju, nak tidur pun tak selesa...!

Until one stage, dady pulangkan balik pintu bilik aku, and start lah... Tutup all the time. Tapi kali ni tak bising dah, sebab dia tau aku SIBUK buat homework. That's the main reason aku terperap je. Dan honestly, aku tak ulang kaji pun. Just do my homework, and that's my study la. Aku suka baca last minute, and apa yang last minute selalunya lekat kat kepala. Itu style aku kot? Especially Sejarah. Entah, lagi sekali maybe it's a gift.

Mumy kata, dulu mumy tak minat lelaki Melayu, and dia memang dah pasang angan-angan awal lagi tak nak kawen dengan lelaki Melayu. Dia nak mix marriage. Lagipun bila mix marriage, anak lebih pandai. Em, aku rasa kot? Tapi aku rasa bese je. Cuma mumy je yang tekankan study and make sure everyone in the house study menghadap buku waktu malam. Mumy tegas. She will make you read! :p

Tapi time aku darjah 5, darjah 6, memang aku rasa, aku yang paling teruk kena berus dengan mumy. Otak ni memang kena berus habis lah... Tibe-tiba lompat kelas satu dari kelas 3, then drop sebab tak boleh cope. Too bad.

Tapi mumy tegas dengan adik-adik aku je skang ni. Sejak aku masuk sekolah menengah, mumy tak pantau aku punya study pun. That's why PMR teruk. Mumy just nak tau result exam, kalau tak ok, dia bebel. Tapi she never check on my homework atau check aku buat latihan atau tak macam adik aku. Skang Nabil dah form 1, tapi dia still dipantau every single move dia. Buku latihan dia, mumy control. Kalau aku, ikut mood la, rasa nak buat, buat. Tak de mood, tak buat. :D

Entah, somehow, aku rasa beruntung, and kalau sebelum ni, aku tak suka korang puji sangat, tak pe la, i'll take it as a compliment la... Just hope that aku tak over-confident. Aku over-confident masa PMR. Kadang-kadang bila terfikir balik, ada hikmahnya PMR aku teruk. At least aku tak buat dah and nampak kesilapan yang tak patut buat for my SPM.


***

Tuesday, August 9, 2011

Why Aku Jadi Mangsa Pok-Pek Nie?!?!

Assalamualaikum ! Start skang aku nak bagi salam ok. Nak pahala lebih kan?? Cakap pasal pahala, nanti aku sharekan hikmah solat terawih dan ganjarannya bagi tiap-tiap satu malam. And sambil menyalin hikmah terawih, Amir menyibuk, dia baca sikit-sikit. Aku tunjuk kat dia yang malam ke-7 punya, sambil cakap dengan bangga,"Kau tengok ni, wah, cuba kira tengok berapa banyak pahala aku?" Haha... Menyampah dia dengar. Malam ke-7 tu diganjarkan pahala seolah-olah kita sama-sama membantu Nabi Musa menentang musuhnya Firaun dengan Hamman. Itu pasal menyampah betul bila berlagak kan? haha! XD

Sepertimana yang semua orang pun tau, I'm not that 'talkative'. Especially dengan orang yang dewasa-dewasa ni, yang macam... orang tua la... Tak sporting kan... Sorry, no offense kay. Sebab aku dah bese dengan mumy and dady yang very expose and memahami teenagers, dia tak kisah and dengar je apa yang aku cerita and komen atau pun sama-sama gelak. Even tough aku cakap pasal budak-budak nakal kat sekolah. Kalau parents yang tak open tu, mesti dia kata, "Kau jangan campur dengan budak tu lagi?!!" :p

Tapi yang sangat-sangat weirdnya, dorang-dorang ni suka sangat bersembang dengan aku. And they are VERY TALKATIVE. Dah la aku tak suka sangat orang yang talkative ni, rasa macam, Masya-Allah!! Rimasnya... Kalau certain topik tak apa jugak, tapi kalau dia cakap pasal study, exams, dan benda bosan yang lain macam mana? Tak haru kau nak mendengarnya??




Janganlah ada orang yang talkative macam dia ni datang dekat dengan aku.
Boleh hilang nyawa aku dengar pok pek dia.


Most of the time, bila aku jadi mangsa, aku akan jadi tukang angguk. Sampaikan kekadang, orang nak balik ni, tapi dia tahan aku sebab nak berborak ngan aku. Eyh?! Aku kejar masa ni! Parent dok tunggu kat bawah tau... Ini nak menahan orang pulak macam tak kasi balik.

Best sangat ke borak dengan aku? Aku ni bukannya kasi respon elok sangat pun macam budak lain. Aku angguk geleng sengih sikit-sikit macam tak ikhlas. Haha... Tapi.... Dia nak jugak cakap dengan aku. Most of it, teachers la... Dalam kelas, tak kisah tusyen ke, sekolah ke, 2x5 la... sama je... Aku tengah buat latihan ni, tengah buat something la, yang berkaitan dengan menulis. And cikgu tu pulak 'mengganggu' aku dengan celoteh dia. Aku angguk-angguk sekejap pandang dia, then pandang kertas. Tapi tak leh concentrate. Susah la macam ni!

Why me?? Orang lain lebih pok pek dari aku. Orang lain lebih banyak topik untuk disembangkan.

Cikgu Azlan, suka tahan aku dari balik rumah. Dah la Maths 2 jam! Tak kan nak tunggu situ lagi, of coz la nak balik kan? Dia tahan aku. Aku tau niat dia baik, nak tunjuk shortcut untuk Add Maths, and some tips, tapi AKU KENA BALIK.... Mumy / Dady tengah menunggu kat bawah tu... Aku tak suka menunggu, so, aku pun tak nak orang lain menunggu aku.

Kadang-kadang tu, cuak jugak aku. Semua orang dah balik. Tinggal aku dengan Cikgu Azlan je dalam kelas. Aku tau, before this aku pun berdua je dengan Cikgu Along tu dulu. Tapi entah lah... Aku cuak lah. Macam ada agenda lain. Then Cikgu Hasyim jenguk kat kelas. Aku dah macam serba-salah dah ni.

Ada time tu, aku sejuk yang teramat lah... Air-cond direct kat aku. Dua-dua air-cond terpasang. Dah la tak bawak sweater, baju nipis je. Then aku rasa macam nak terkucil dah ni... Tak pe tak pe, habis kelas kang pegi lah toilet. Malangnya aku.... Aku letak je bag kat kerusi kat luar tu, Cikgu Azlan amik buku past year Add Maths aku then bukak selak-selak panggil aku. Dalam hati... Ya Rabbi!! Aku nak terkencing ni ha! Hahahha,... Cuba bayangkan perasaan aku.

Kang kalau aku blah aje, kurang ajar pulak. Budak baik kan... Huhuhu....

Pernah pulak sekali tu, kat sekolah kena tahan pok pek Cikgu Peh, kata Shafiq Salleh, Cikgu Pergh... XD Aku pulak dok angguk-angguk dengar cikgu cakap, tak de keje lain, layan je la kan... Cikgu cakap, laki zaman sekarang tak boleh pakai, universiti lagi ramai perempuan and bla bla bla... So, aku ingat dia tak kahwin. Haha... Tapi dah kahwin, dengan sapa? Laki jugak kan?

Vin bengang jek... Sebab dia dok kutuk lelaki. Then sampailah waktu rehat. Aaron dah banyak kali lalu situ. Then dia pandang aku sengih-sengih sambil geleng kepala. Esoknya dia kata, "Kesian betul aku tengok kau semalam, jadi mangsa Cikgu Peh."

Memang la... Cikgu Peh rajin borak. Tadi dia masuk kelas sekejap aja, last-last bersembang pulak dengan Cikgu Suryati. Adoi... Aku hanya mampu menggeleng kepala. Banyak betul energy orang macam ni kan? Tak sanggup aku macam tu. Ada jugak terfikir, macam mana DJ radio boleh bekerja? Dorang mana ada skrip all the time kan? Hebat lah orang yang talkative ni. :p

Cikgu Peh selalu cakap pasal best student dalam Maths and also pasal kepupusan lelaki sebab banyaknya masuk pusat serenti and lokap. Cikgu Azlan pulak selalu cakap pasal jalan shortcut mana yang dekat pegi sini sana and pasal food. Ya Allah! Janganlah cakap dengan aku about that topik. Aku tak keluar rumah, so how should I know?

Dia selalu tanya aku, "Kat Melaka asam pedas dia sedap. Kat sini saya belum jumpa lagi. Kat mana ha yang sedap kat sini?" Dia pandang aku. Er... Aku ke?? Apa yang aku tau bab ni. Aku tak berapa expose dengan dunia luar. I admit, aku memang ignorant. Malas nak amik tau. Tapi aku tau, buruk padahnya kalau malas nak amik tau. Susahlah aku nanti bila berdepan dengan dunia luar.

And lagi satu fav ques cikgu Azlan, "Kalau pergi KLIA lalu mana senang ek?" Pun dia pandang aku hoping that aku answer his ques. Adoi... Macam mana aku nak jawab nieh?? Bab jalan lagi lah aku tak amik tau. Yang aku tau orang lain drive, dah sampai. Ya! Aku memang IGNORANT.

Sepatutnya orang yang ignorant macam aku ni, tak de orang yang suka berborak. Bcoz aku tak tau whats happening 'outside'. Kadang-kadang malas nak lanjutkan perbualan tu, aku tak banyak tanya. Walaupun aku tak tau, tapi aku angguk je macam tau.
Seriously! Aku malas la! Betapa aku sedar aku ni sama je macam perangai dady. Hate crowds, hate to blend in. I dont like and I dont wanna know how. Aku just lebih selesa huu haa huu haa, hepi-hepi gelak-gelak and thats it. Dengan semua orang pun macam tu. Only gelak ketawa je. More than that tak la...

Tapi aku pun pelik jugak, why bila orang menangis, dia carik aku? Haha... Yeah, no doubt aku kata 'if you need my shoulder, I'm always here'. Tapi seolah-olah macam they trust me or somehow maybe... dorang fikir, Im a good listener. Secara tak langsung, dah jadi PRS yang berpengalaman nieh.. Hahaha... :D Cuma secara tak formal.

Eyh, hari ni puasa penat gila kan?????? Aku rasa macam tak larat. Bukan tak larat apa, tapi penat nak tido. Aku tengok ada lagi setengah jam nak berbuka, tido la kejap. Kejap pun jadik lah... Mata berat sangat... Sebenarnya dari tadi lagi tapi dok tahan sebab Nisa kata nak datang pinjam buku BM.

Bila terfikir trial sampai 4.30 petang, Masya-Allah... Tak terbayanglah betapa penatnya nanti, betapa keringnya tekak ni. Pukul 2 pun dah penat, itu pun duduk dalam kelas tak bergerak. Tadi cikgu Malar tak masuk, Cikgu Kong tak masuk, tiga waktu tu rasa mengantuk tapi si Shafiq dengan Amir tu dok teman aku, so, tak de nye... Budak belakang semua dah tido, saje je nak suruh dorang bangun bila cikgu relief masuk. :p (dengki, dengki, dengki)

Nisa selalu ejek aku, dia exam habis cepat daripada aku coz selalunya Art Stream punya paper lepas Science Stream. Tapi dia tak tau sebenarnya LK dia tu lagi lambat! Tadi sempat tengok jadual from cikgu Rabaah. Cuba bayangkan?! Lepas cuti raya seminggu, aku ada lagi satu paper Akaun?! Selasa tu baru LK. Adoi... Susah la.. Tak raya la nampaknya... :D Tengok-tengok nanti beriya bawak buku tapi tak study, sibuk beraya... :p

Sabar lah ye... Ni dah minggu kedua puasa... Lagi 2 more weeks to go! Chaiyok... You can do it. :p  Macam tak biasa puasa pulak. Tu lah, manja sangat!




^.^

Monday, August 8, 2011

Telur Ayam Lebih Bagus dari Satu Campur 2 Telur Ayam

Telur ayam = 0%
Satu campur 2 telur ayam = 100%

Ok, we all know, tak baik lah mengumpat... But can't resist. : p  Mengumpat pasal human, eh, of coz la... Tapi human character in school. Sekolah, orang selalu kaitkan dengan uniform, exams,teachers, kengkawan, and so on....

Tapi memandangkan aku baru habis exam... Aku nak cite pasal exam. Oh ya, nak tau tak apa aku buat masa exam Add Maths tadi?? : p  Dapat je kertas, aku tengok, eyh? Ini exam ke latihan?? Haha... Sebab kat atas kertas tu tulis besar-besar gedang-gedang, Model Test 1. Macam amik dari buku je. Amal komplen, "nampak sangat amik dari buku, disediakan oleh sapa pun tak tulis."

And first half and hour, ye ye lah aku buat. And sampai lah ke soalan last. Habis je buat sekadar yang termampu, aku tengok jam, ala... lama lagi ni, so tido lah jawabnye... Aku buat setengah jam je! : p  And the rest is history. Haha... Dayah cakap lah ngan aku lepas habis exam, "Amboi, syok nye tido..." Haha... Yelah... Aku lah the only one yang tido cepat sangat kot? Tapi orang lain biar kosong. Thats not gonna happen ok, Itu bukan aku la... Tapi aku tak puas hati coz tak de formula! Kalau ade formula mesti bleh buat untuk Progression dengan Trigo... Aku suka buat Trigo bila melibatkan quadratic function. Itu je yang senang dalam Trigo.  : p

Ok, itu suasana exam aku. And I'm proud of it, bcoz aku jujur dan TAK MENIRU. Dalam kelas aku, meniru suatu trend. Setiap orang bawak toyol masing-masing. Either note kecik-kecik atau pun buku rujukan sebesar gedabak macam tu. Ok, aku betul-betul kecewa dan marah.

Masa mid-year, Amir mengamuk betul. "Susah-susah aku study dia orang senang-senang je nak tiru pastu dapat markah tinggi! Lagi-lagi si 'tut'..... Aku betul-betul tak puas hati! Siap bawak buku teks bawah meja. Geram aku!" Yelah, memang tak dinafikan, buku teks tu, memang melampau. And dengar ceritanya dia copy every single word. Then waktu dapat paper, aku duduk depan so, aku terdengar komen cikgu,"Your esei is very good, but you must work harder on your objective."

Ha-ha-ha... Very funny, dapat pujian atas penipuan dia. Esei memang lah senang nak tiru. Objektif tak leh tiru kan?? Bila aku cerita bende ni balik rumah, dady kata, "Kesian parents dia orang. Parents mana tak happy bila anak dapat result yang elok-elok. Kalau sekarang result good, tapi SPM, mana boleh tiru, result akan jatuh merudum, kecewa betul mak ayah dia. They are going to be veeeeeeeeeerrrrrrrrrryyyyy disappointed."

Itu untuk subjek Perdagangan. Subjek Akaun?? Akaun perlukan pemahaman konsep yang sangat terror, and jugak hafal format dalam kepala. Tapi alangkah bahagianya hidup manusia-manusia tu, selitkan format Kunci Kira-Kira (K3)and Penyata Pendapatan dalam pencil box. K3 tu dah la panjang, same goes to Penyata Pendapatan. Mana nak hafal?? Mana nak tau tolak tambah hasil belanja and so on? Tapi senangnya hidup dia meniru.

Tapi ALHAMDULILLAH dia tak lulus pun. Kelakar kan? Meniru tapi tak lulus? Aku pun boleh lulus, tanpa ADA FORMAT dalam tangan. Aku buat jelah apa yang aku ingat walaupun suku dari K3 yang sepatutnya.

Vinoth kata, "Kalau aku hantar kertas, dan dapat kosong, aku bangga. Daripada nak meniru. At least itu usaha aku. Walaupun salah. Tapi tengok lah, trial ni dia tak kan boleh tiru."

But I dont think so. Boleh aje bawak notes dalam test pad. Test pad bukannya cikgu yang sediakan. So, meniru still berleluasa. Truly, tiru ni not fair. Tak fikir ke? Orang lain susah payah nak dapatkan that A tapi korang senang-senang je.

Aku pernah meniru masa Form 1. Thats the last la... Walaupun sekadar subjek sivik. I've lost 10 marks sebab salah tanda kertas Shahidin. Tersalah catat markah. Cikgu Sivik kata, kalau salah tanda, orang yang tanda kertas tu akan dipotong 10 markah. And aku ingat lagi macam mana Muk ejek aku. Pergh... Sakitnya hati... Yup, aku dapat balasan on the spot sebab meniru. Sejak tu, dah tak nak dah... 10 markah, banyak tu. Nasib baik Sivik je. :'(

Perasaan bila kita berjaya dapat A lain sangat. Seolah-olah macam penat lelah kita tu terbayar. Macam tu lah aku rasa bila first time aku dapat Sejarah A tahun lepas masa exam akhir tahun. Akhir tahun tu, bukannya awal tahun! Haha... Bangga tau. Aku pun macam tak percaya aku dapat A. Check berkali-kali tau... Tapi kalau kita tiru, perasaan puas tu tak ada, sebab kita tak boleh tipu diri sendiri. We know ourselves yang kita tiru. Its not our own effort. Tak ada yang bestnye...

Tapi itu lah, orang yang meniru ni lah jugak yang selalunya dapat pujian dan diketahui ramai. Aku tak pernah mintak attention orang to congrats me ok. Kalau boleh aku nak sembunyikan. Aku segan! And aku rasa tak ramai tau pun, eh? Apa yang tak ramai tau? Syafiq Amal kecoh sini sana especially masa kat dalam dewan teknik menjawab. Aku pulak yang sembunyikan muka kat meja. Huhu...

Cikgu-cikgu tak ramai pun yang congrats aku, tapi aku tak kisah, yang penting my mother. Tapi yang tak puas hati sangat-sangat, orang yang meniru pulak yang dapat attention lebih. Baru satu subjek dapat A plus plus plus. Subjek lain?? Meniru pun tak lulus jugak. Tapi itu jugak yang cikgu bangga-bangga kan sangat. Kita yang work hard dipinggirkan. I'm not saying this is from me, tapi daripada luahan seorang kawan yang lain. Dia originally pandai ok. Tak de tiru meniru. Tapi dia selalu kene tuduh meniru sebab buku orang depan kat bawah meja dia. Kesian dia.

Tahun lepas aku geram tau dengan dia, fight la! Defend la! Tak kan nak korbankan markah tu?? Kau tak salah. Cikgu tuduh dia meniru sebab ada dua tulisan berlainan kat paper Sejarah dia. Padahal aku kenal sangat dengan dia, dia memang ada banyak tulisan. Aku suruh dia tunjuk kat cikgu yang itu memang tulisan dia. Tulis lah depan cikgu, tapi dia kata, tak apa lah. Aku malas lah nak carik pasal. And kes tu dibawak sampai ke cikgu Mazli. Sumpah aku kesian gila dengan dia. I trust him. Aku tau dia tak tiru.

Sekadar panggil kawan tanya soalan ni soalan tu, normal la... Tapi not until bawak notes. Kita ni pun bukannya malaikat. Time tu jugak lah nak share soalan ni susah, soalan ni biarkan kosong, and kongsi jawapan. : p Tapi aku stick dengan jawapan aku. Aku yakin dengan jawapan aku, ok. Selalu gaduh dengan budak lain bila time peribahasa BM. Haha... But at last, salah... : D

Tapi better than ever dari yang meniru kan?? Way much better. Sedar lah... SPM kau boleh tiru ke?? Kita tengoklah sapa lebih pandai, sapa lebih hebat. Maybe orang tak reti nilai diri kita, tapi Allah SWT tak pernah silap dalam menilai setiap hamba dia. Lagipun Dia tak tengok hasil, tapi sebaliknya usaha kita.


As a closure,
Kata cikgu Malar, "Tak belajar buat cara tak belajar, jangan berangan nak jadi budak pandai kalau tak belajar."




---

Friday, August 5, 2011

Complaints!!

Ada one guy ni. Dia sangat-sangat melampau. Tapi just wanna share. Sebab aku suka bila dia terboje. Aku suka bila dia diam tak reply. : D  Dia kata aku cute and dia geram tengok aku. Ei, please lah. Aku pun tak reply. Then dia tanya, kenapa senyap? marah ke? Then aku balas baik punye, "Tak lah. Tak marah pun, tapi Allah marah awak cakap macam tu." Terus dia tak reply. Then masa tu aku perli dia balik, "Kenapa senyap? Marah ke?" Haha... Padan muka. Puas hati aku. Terus dia tak reply-reply. Aku peduli apa? Lepas ni kene remove gambar kat YM. Kat FB dah remove. Tak leh la... Banyak gangguan. Aku 'cute' sangat! Haha... : p

Ok, enough prasantan.

Aku tengah exam ni. Tau tak exam apa? Not yet Trial SPM. Tapi trial kepada Trial SPM. Get it? No? Em... Pra-Percubaan SPM. Aku rasa sekolah ni bapak ah sewel gila. Mana ada sekolah buat exam 5 kali setahun? Tambah lagi kat budak-budak SPM and PMR. Seriously, this is crazy.

Sejujurnya, aku tak study untuk this exam. Aku tak kisah. Sorry to say. Tapi aku study untuk trial. Kalau result aku drop pun drop lah. This school memang crazy. Sekolah lain sibuk buat preparation and drilling untuk kukuhkan skill menjawab. Ini tidak. Sibuk dengan karnival tu karnival ni, pelancaran tu pelancaran ni, then teknik menjawab clash dengan waktu exam, waktu PnP kene curik dengan rehearsal ni rehearsal tu.

Lagi seminggu trial SPM. 15 August. And sekarang exam pra-percubaan another one paper on Monday. Bila nak prepare for Trial? Subjek Akaun lebih kurang separuh silibus yang tak habis lagi. Ok, subjek lain aku tak kisah sangat kalau tak habis silibus. Reading subject. Tapi not Akaun dengan Add Maths la... Seminggu tak cukup untuk cover whole silibus.

Cikgu tusyen cakap, "Nak buat macam mana? Itu saya tak boleh nak tolong. Sebab kamu berdua pun masuk tusyen and tusyen start bulan 3, unless kalau start bulan 12 as usual, boleh lah cover semua chapter. Nampaknya kenalah struggle kat objektif dengan soalan yang kamu dah belajar. Ada lah beberapa soalan yang kamu tak boleh jawab. Tapi better than tak jawab langsung kan?"

Aku dah cuak. Jangan lah cakap macam tu... Trial tu?! Jangan lah main-main... Bila exam Akaun, aku rasa otak memang blank. Semalamnya aku study perdagangan je coz ingatkan esoknya exam perdagangan. Rupanya salah jadual... Sebab kat FB semua dok cakap pasal Perdagangan so ingatkan perdagangan esoknye tu. So, memang tak de harapan. Sedihnye bila terkenang semua ni... Huhu... My fav subjek... Gonna fail... Tak boleh terima la...

Huhu... Hari tu English pulak, terlupa buat summary. Elok je kan aku tidur la, menulis apa benda entah, and berangan, then tido balik, pastu conteng kertas Bruno Mars... Bila nak hantar, Navin depan aku tanya Aten buat summary tak? Oh no?! Ada summary ke??? Pada hal baru je tadi cikgu Rabaah masuk and betulkan kesilapan kat summary. Argh!

And aku admit kat Cikgu Rabaah, I didnt do my summary. So sorry. Dalam hati please jangan lah ketuk my knuckles nanti... Tapi cikgu cakap, "Hah.. Bagus sangat. Memang sah kakak Nabil. Sama je dua-dua day dreamning. How was your feeling? Boleh tido malam ke?"

Haha... Tak boleh teacher... Tak pe, exam biasa je. Coz aku tak mengharapkan summary. Otak aku dah set dengan apa yang aku dengar, exam tak de summary, tengok-tengok, ha amik kau, ada summary. 

Tapi harap-harap aku score perdagangan. Please.... Score la... I work hard on it ok! Aku ingat Perdagangan senang yang teramat. Pikir logik je... Tapi soalan dia kene kaitkan dengan situasi. Bab tu yang aku langsung terus tak boleh jawab. Aku terkejut sebab dah biasa dengan direct question. So, jangan pandang enteng sesuatu subjek. Cakap senang tapi result hampeh. Nak dapat B pun payah. Itu pun dapat B sebab always siap keje. : (

Seriously, bila masanya student nak study and prepare for big exam kalau diberi masa seminggu sahaja lepas di drill kan dengan exam pra-percubaan yang tak ikut format SPM pun?? Tak logik! Pengetua tak memahami students! Pengetua kejam, cuma tau nak glamour je lebih tapi orang bawah sengsara.

Aku geram tengok cikgu-cikgu kat sekolah aku. Why asyik angguk je dengan apa sahaja yang pengetua cakap? Dah jadi tukang angguk dah? Ei... Geram! Rasa macam cikgu ni macam patung je. Pengetua boleh buat sesuka hati mak bapak datuk nenek moyang dia. And orang lain angguk aje. Tak de sapa nak defend themselves. Kalau lah aku, haish... Aku pantang dipijak. Kau pijak kepala aku kau siap. Aku akan fight for my rights.

Hari tu cakap pasal graduasi. What the hell la?! Aku tak nak pergi. Membazirkan duit mak bapak aku je. Duit seratus tu boleh buat makan satu family kat Pizza Hut untuk dua har dengan kenyang tau. : p  Cikgu kata, aku kene bayar duit graduasi. Wajib hadir. Siapa korang nak paksa aku hadir? Suka hati aku la. Bukannya free. Kalau free, korang ada hak untuk paksa. Tapi kalau berbayar, sorry la, not gonna happen.

Pengetua sekolah aku semuanya duet duet duet. Dia hidup senang sangat. Dia tak fikir ke? Ada student yang miskin, yang tak mampu, yang adik beradik ramai, yang perlukan duit untuk beli makan sahaja? Ada yang mak tak keje bapak taxi driver. Ada yang penoreh getah, ada yang yatim, ada yang tinggal kat rumah kebajikan datang sekolah kat sini. Memang dia tak de otak tak de hati perut. And semua cikgu jadi tukang angguk.

Fight lah! Asal takut sangat? Tak kesian ke kat budak-budak? Sanggup pulak tu everyday meeting sampai kul 6.

Masa Hari Anugerah Cemerlang, pengetua tahan budak yang parents dia tak datang. Pei Chieh and Pei Yen mak ayah dia dua-dua cikgu and cikgu kene pergi sekolah sebab kan kecoh hal Bersih hari tu. So, tak boleh amik cuti, tak boleh keluar sekolah. And Cikgu Fauziah cakap kat Pengetua parents dorang cikgu tak boleh keluar sekolah. And Pengetua cakap, "Apasal pulak tak boleh? Cuba kalau cikgu mintak kebenaran daripada saya. Tak kan saya nak halang? Mesti saya bagi kan? Alasan aje budak-budak ni semua. Parents tak menghargai penat lelah anak-anak yang cemerlang ni. Parents tak amik kisah."

Eh hello?? Dia fikir semua orang karakter sama eh? Semua orang punye karakter macam dia ke? Asal mintak izin nak kuar sekolah, "ok, boleh..."  Ade je orang yang jenis tak memahami others problems. Lain orang lain karakter, lain pemikiran. Tak semua orang akan bagi keizinan. Dan actually dia tak ada hak untuk tahan student yang CEMERLANG sebab parents tak hadir. Eh, budak-budak ni dah pandai dah naikkan peratus sekolah dalam akedemik apa lagi yang dia tak puas hati??? Itu hak dorang la... Dia sibuk apasal?

Dady kata, "Why lah sekolah ni macam ba***ng? YB datang why kita kene berdiri pulak? Who the hell are they? Dorang bukan kerabat diraja pun. They are just humans. Humans like us. And every human is the same. What make him so speacial until orang lain kene berdiri untuk sambut dia. I dont care. I dont give a damn, I'm the only one who sits." Yes!! Thats my daddy!!!

Aku dapat jiwa memebrontak dari dady. So jangan pandai-pandai nak tindas aku. I will fight. Kadang-kadang marah sangat dengan cikgu-cikgu. Kerek nak mampus. No wonder dady tak suka cikgu. Sampaikan mumy ada operasi check urine (AADK) and hoping that dady boleh tolong daftarkan dorang masuk sekolah. Guess what? Dady suruh dorang pegi sendiri. Sampai macam tu sekali. Kesian jugak kat adik-adik aku yang masa tu still sekolah rendah. And now I know why he said that.

Dia rasa dia ada kuasa. Budak-budak takut dengan dia. Hari tu aku amik exam kat bilik guru. Overheard one teacher ni, "Tadi kak, saya nak bagi result. Ada sorang budak Cina ni, asal kelas saya aje dia mesti buat kerja lain. Ingatkan dia dah pandai dalam subjek saya. Tengok exam bawah 50. Saya ni pulak siapa yang dapat bawah 50 saya rotan. Saya pun rotan lah dia. Ingatkan pandai sangat. Padan muka dia. Suka saya rotan dia."

Aku terkejut gila bila dengar perbualan cikgu tu. Cikgu jenis apa ni?? Suka rotan budak?? Patutnya rotan dengan perasaan sedih sebab dia akan sakit. Tapi ni tak... Aku kalau nampak cikgu Mazli rotan students, aku akan tutup telinga tak sanggup dengar bunyi rotan and bunyi dorang meraung sakit. Sumpah aku memang tak sanggup. Aku rasa macam nak nangis. Itu lah cikgu-cikgu, not all, but some of them. Bangga rotan student. 

Another case, amboi-amboi... mulut.... Pandainya sindir student. Setiap manusia ada black and white dia. Ada side yang baik and side yang jahat. Cuma sama ada dia tunjukkan kebaikan lebih ataupun kejahatan lebih. Bila budak baik tu nakal sikit je, mula lah sindir macam apa entah. Aku pernah kene. Aku tau aku salah, berborak dalam kelas, duduk depan pulak tu. Tapi perlu ke menyindir?? Aku benci orang yang kuat menyindir. Dah la menyindir, mengungkit pulak tu. Aku rasa macam nak, ei, lempang kang. : p

Then, nak tegur student tu pun, ehem! Cermin diri dulu. Kalau nak student pakai tudung elok-elok, diri sendiri pakai tudung elok-elok dulu. Kalau nak student datang sekolah waktu petang pakai baju longgar, cik puan kena lah pakai baju longgar jugak, bukan kebaya yang 'mengancam' tu. Tak lawa pun, dah tua, apa yang lawa? Jadi bahan ketawa je nampak itu ini menggelebeh. Bila dah pakai ketat, mula lah jalan macam penguin. So, jangan salahkan student kalau dorang mengejek.

Kat sekolah masa Karnival Sukan 1 Malaysia, bila pakai tudung tak leh jarang, kene pakai anak tudung, labuh, berjahit, tak boleh pin. KENE JAHIT. Kat belah tengah tu, kene jahit, kalau letak pin, salah. And since then budak ni terus tak pakai tudung. Itu ke yang cik puan cik puan ni nak? Sebab dorang tak respect lah kalau korang yang tegur. Tudung sendiri pun tak betul. Sejujurnya, aku boleh nampak bentuk dada dia, coz tudung tak labuh. Then ada hati nak tegur budak tudung tak tutup dada.

Kadang-kadang pihak atasan ni, yang rule the school, sangat over. I miss Ustazah Shamsiah. She is way much better than those *i***. Opppsss.... Sorry, but it's a fact. I hate to see others jadi kuli. Pada hal ini sekolah kerajaan bukan sekolah swasta where everyone is RICH!

Hari Rabu, PUTERI ISLAM dikutuk pengetua. Ok fine. Kutuk, kutuk lah...
"..... Tengok Puteri Islam ni pulak? Apa punya Puteri Islam macam ni?? Mana baju kurung? Kenapa pakai t-shirt dengan tracksuit? Patutnye pakai baju kurung. Kalau tak tak payah nak masuk Puteri Islam. Malu je! Siapa Ustazah Puteri Islam? Ustazah mana?"
Dia cakap macam tu lah lebih kurang kat tapak perhimpunan. Before that ada lagi uniform lain yang kena. Tapi aku rasa, Puteri Islam kena teruk sangat-sangat sampai panggil Ustazah. Aku marah, and bila dia panggil Ustazah lagi aku marah! 

Why? Apa tujuan dia panggil Ustazah?? Isn't that humiliating??? Itu mengaibkan! Tak payah lah nak panggil-panggil Ustazah segala. Tegur student dia cukup lah! Ustazah tak bersalah langsung! Kesian kat Ustazah. Tka pasal-pasal dia kena. 

Aku bengang coz... Dia tiba-tiba marah kita orang and kutuk baik punya. Sekurang-kurangnya cakap lah elok-elok, macam contoh cikgu Eddy, "Start bulan depan semua orang kena pakai baju koko. Tak ada yang pakai baju sekolah." At least dia bagi tau last date bila kene lengkap berbaju koko. Tapi ini tidak, tiba-tiba je nak attack and malukan kita orang.

Sampaikan budak yang duduk belakang aku, tak ingat siapa, dia cakap, "Kak, sabar kak. Kak, jangan cakap kuat sangat. Perlahan-lahan lah.. Nanti pengetua dengar akak marah dia, kutuk dia." Aku peduli apa? Dia fikir dia siapa? Sedap-sedap hati nak kutuk. Aku pun boleh la kutuk jugak kan? And the next Wednesday aku tengok ramai yang pakai baju kurung. Ada budka tegur aku, asal akak tak pakai baju kurung? Nanti kalau kena tahan macam mana? Aku reply What the hell la? Pegi mati la. Tak takut pun lah!. Tahan-tahan la... Haha... Aku tengok budak tu yang cuak. Form 1, biasalah...

And dia tak nak tengok tracksuit dah. 
Kadet polis - slack dark blue
KRS - slack warna hijau
Pandu Puteri - slack dark blue
PBSM - slack white. tak nak warna lain, katanya 'cacat'!
Puteri Islam - baju kurung, slack warna pink
and so on...

New rules, NO TRACKSUIT. G-I-L-A. Aku kesian gila kat orang yang mengeluh nak kene beli seluar baru. Baju untuk koko sepersalinan lengkap tu, bukan murah tau. T-shirt pun dah RM 18. Dah lah kos hidup makin tinggi. Gaji seciput aje. Sumpah memang kesian. Dia dah biasa hidup senang. So, dia fikir semua orang ada gaji macam dia, hidup macam dia. Dia lupa, ada orang yang tak mampu. Sekolah untuk belajar, bukannya pentingkan baju segala semua tu. Yang penting akedemik dan kebajikan student. Bukannya kerah duet student. Please lah, I hope that she would realise all this and take her words back. Jangan angkuh sangat. Rendahkan lah diri tu sikit dan tengok kesusahan ornag lain. Lagi-lagi bulan Ramadhan ni, sempena nak merasa kelaparan yang orang miskin daif tu rasa. Jangan mendongak aje, kita kena selalu tengok bawah dan bersyukur.

Aku berazam. Nanti kalau aku dah ada kerja, study bagus, kerja lumayan, aku nak tolong orang susah. Kalau kerajaan tak nak tolong, sibuk sangat nak majukan negara, bina ini itu, politik sini sana, biar aku yang tolong sikit-sikit untuk orang miskin. Dady share dengan aku. Which is very truly incredible. Aku kalau banyak duit aku akan buat macam tu. Insya-Allah.

"Kalaulah dady ada RM 1 juta, dady akan simpan dalam bank, faedah dia, dalam lebih kurang RM 10 ribu, bagi kat satu keluarga miskin. Tapi RM 1 juta kita tak terusik. Then dapat faedah lagi RM 10 ribu, bagi lagi kat family lain. Just imagine what that RM 10 thousand can do to warm their life. Kalau dorang pandai manage duit, well spent, it can last till the end of their life. Dorang ada modal, boleh berniaga. Cuba bayangkan amal jariah kita. Dia akan dapat untung bagi anak makan and so on sampai anak besar, and selagi dia beramal dengan duit kita bagi tu, kita dapat pahala, every single one. Dia bagi anak makan, dia berniaga, dia spend it on house needs, kita dapat pahala, tambah lagi kalau dia doakan kita, fuh... Perfect. Sampai ke kubur orang tu doakan kita. Tapi cita-cita tu tak kesampaian bcoz I didn't study well. So you have the chance, go for it. Sampai ke mati amal jariah tu. Sedekah."


SELAMAT BERPUASA
ALLAH MAHA MENGETAHUI
(jangan curik makan!) : p

----