Something To Say


TRUST... never trust someone 100%. coz, they're the one who will stab u at the back. trust them only 50% n keep another 50% for ur self so tht u will not cry on the next day.

You dont have to follow others to be popular and to be loved, because you are loved for what you are.

Nak masuk syurga, KENAL ALLAH SWT dulu.
Ibaratkan tetamu datang rumah. Kalau tuan rumah tak kenal tetamu tu, ingat dia nak bagi masuk ke???

If you feel you hate me, better if you just stay away from me. Don't be a hypocrite. Coz I'm being my own self. Thank you.


OH YA! PANDAI-PANDAI CARIK BUTANG FOLLOW KAT ATAS YERK!

Sunday, September 25, 2011

Puasa Sepanjang Tahun...!

Asslamualaikum...

Bulan Syawal dah nak habis... Ni dah puasa enam ke belum ni?? Aku dah sudah... :p Dah settle, siap tambah extra lagi satu hari. Huhu... Tapi aku tak tau pun apa kelebihan dan fadilat dia, so aku google sendiri and this is what I get, yang aku nak share. Mumy kata, puasa enam ni murah rezeki. Sebab dah berlaku kat beberapa orang kat kampung aku, Kampung Mertang! Duduk kampung berapalah sangat pendapatan, mana ada kerja pun... Tapi sorang ni, rajin puasa enam setiap tahun tak tinggal. Duet mashyuk aje... 

Lagi, sedara aku, dia belajar tak tinggi. SPM takat lepas nak bernafas aje, tapi... Kerja lebih bagus dari mak aku yang ada Diploma. Gaji pun lebih lumayan, lebih besar dari mumy. Sebab dia tak pernah ponteng puasa enam. Wah, aku dah excited nak puasa enam ni! :p Haha... Lagilah excited bila kengkawan lain pun puasa sekali. Jom, lagi ramai, lagi best. Then, dah habis puasa enam barulah boleh raya!

Diriwayatkan dalam suatu kisah apabila Rasulullah SAW bersama para Sahabat r.a sedang berada di dalam masjid, ketika sedang Rasulullah SAW mengajarkan ilmu agama kepada para Sahabat, tiba datang seorang perempuan yang amat cantik jelita berjumpa Rasulullah SAW. Kecantikkan perempuan tersebut menyebabkan semua sahabat berpaling ke arahnya. Kemudian, perempuan tersebut menyatakan hasrat agar Rasulullah SAW mengahwinkan dia dengan salah seorang daripada sahabat-sahabat Baginda SAW, tetapi dengan 3 syarat.

Syarat pertama ialah bakal suaminya itu tiap-tiap malam mesti mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzu'. Syarat kedua pula, setiap hari suaminya itu hendaklah sentiasa mendirikan ibadat sepanjang malam, dan syarat ketiga ialah suaminya hendaklah berpuasa setiap hari sepanjang tahun. Maka dengan syarat ini, sahabat-sahabat Nabi SAW yang memiliki hasrat untuk berkahwin dengan perempuan tersebut hilang rasa keinginan itu. Nabi SAW pun menawarkan kepada para sahabat siapa yang sanggup berkahwin dengan perempuan ini. Akhirnya sahabat yang berada jauh ke belakang sanggup berkahwin dengan perempuan tersebut dengan menunaikan ketiga-tiga syarat tersebut.

Setelah sahabat tersebut berkahwin dengan perempuan yang cantik jelita itu berbulan-bulan lamanya, akhirnya perempuan itu melihat suaminya itu, semakin hari semakin kurang membaca al-Quran, kurang beribadat pada waktu malam, kurang berpuasa. Lalu dia pun pergi berjumpa Rasulullah SAW menceritakan hal suaminya yang telah mengingkari janjinya. Lalu Rasulullah SAW memanggil sahabat tersebut dan bertanyakan kenapa dia tidak menunaikan janjinya ketika mula-mula ingin mengahwini isterinya itu.

Lalu, sahabat tersebut menyatakan Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyatakan bahawa pahala membaca Surah Qul Huwallahu Ahad satu kali menyamai pahala membaca 10 juzu' daripada al-Quran? Jadi aku membacanya sebanyak 3 kali. Rasulullah SAW menjawab: Ya.

Kemudian, Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyebut bahawa dengan membaca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, maka pahalanya menyamai ibadat sepanjang malam? Rasulullah menjawab: Ya.

Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah bersabda bahawa Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun? Rasulullah menjawab: Ya. Dengan ketiga-tiga jawapan sahabat tersebut, Rasulullah SAW dan isterinya meraikannya dengan senyuman kesyukuran.

Untuk berkongsi sesama kita, so, selamat hari raya, bagi yang dah selamat puasa enam!



***

Thursday, September 22, 2011

Nyawa Kita Satu, Bukan Sembilan

Assalamualaikum...



Main-main facebook, then ternampak post seseorang, suruh baca blognya... Aku pun tertarik and click the link. So aku pun nak share jugak. Sebab aku pun cuak. Nothing is impossible. Orang zaman sekarang semakin kejam dan tak berhati perut, so be careful. Sentiasa doakan perlindungan daripada Allah SWT. Tak ada sesiapa yang mampu menyelamatkan kita selain Dia apabila dalam kesusahan. So, here we go...

This is for all, not only ladies... Just take notes, ok..
Pada suatu hari,terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen minyak tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.

Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti.

Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dalam kereta dan bersembunyi di kerusi belakang. Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru di mana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita (organ mungkin?).

Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki/buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka.

Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka,

Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke kereta pada waktu malam.
Kedua, jangan letak kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
Ketiga, jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam.

PASTIKAN....

1. Kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam.


share lah ok?




*******

Wednesday, September 21, 2011

Oh Craps...?

ASSALAMUALAIKUM....


Hari ni aku nak membebel tanpa tajuk. :p Sebab aku bosan! Ah, aku memang always bosan. :p Ok, first thing yang aku nak cerita, ni pasal budak si Amir ni. Hot betul aku. Fed-up owh.

"Kau tolong ajar aku plans and elevation tu... Aku tak reti nak carik cm-cm dia tu... Jap eh aku amik buku past year."

Aku buat biasa je, tak pandang dia and terus menulis (entah apa aku tulis masa tu). Sambil tu aku cakap, "Senang je tu, kau perlu berangan. Itu je." Tapi tetap tak pandang dia. Dia bangun gi amik buku. Then duduk balik kat tempat Yoheis dan bawak barang tambahan, koropok Mamee. Siap offer kat aku lagi. Thanks, but no thanks, aku tak nak share dengan kau. Tiba-tiba Syafiq Amal datang and amik keropok tu.

"Weh, aku lapar ni. Nanti aku tak de benda nak makan!"
"Lagi berapa minit je nak rehat, kau makan la kat kantin."
"Aku tak ada duit belanja ni..."
"Kau tak de duit? Ha, jom ikut aku carik duit."

Masa tu aku dah agak dah. Nak aja aku jerit dan sound si Amir ni. Kau nak belajar ke tidak??? Aku bersungguh-sungguh nak ajar dia. Aku tau dia tu boleh belajar, tapi masalahnya dia tu cepat terpengaruh dengan benda lain. Bengang aku. Aku ikhlas habis nak tolong dia. Aku nak jugak orang lain jadi pandai. Bukan nak berlagak macam aku bagus sangat. Tapi aku suka kalau kita ramai-ramai semuanya pandai. Boleh share... Baru best study cam tu.

Aku ingat nak ajak a few classmate study sama-sama masa perjumpaan 3 penjuru minggu depan. Macam apa yang aku dengan Nisa buat sebelum ni. Sementara tunggu parents, kita study sama-sama, bila turn parent jumpa guru kelas, pergi lah sekejap. Then tak payah lah mengada nak balik. Tunggulah sampai kul 12, habis sekolah baru balik, guna masa sepenuhnya untuk study group.

Tapi kenapa tak ada yang... berminat?? Kata takut nak SPM?? Menyampah betul aku. Cakap tak serupa bikin. Then kata takut SPM. Meluat aku dengar. Kalau takut, USAHALAH!!! Jom lah study sama-sama, apa yang tak tau tanya lah masa tu. Tapi dorang langsung tak nak guna masa yang ada untuk benda berfaedah. Masih sibuk nak berdating sana sini, pesta sana sini, open house segala. Nak enjoy, enjoylah... Tapi study ke korang?? Even aku pun, harapkan sekolah dengan tusyen je. Kat rumah aku rilek, tak belajar. Tapi kat sekolah, masa cikgu tak ada, masa tu lah bukak buku. Sebab cikgu dan kawan-kawan depan mata, boleh tanya on the spot.

Aku luahkan ketidakpuasan hati aku kat mumy. Mumy kata, "Itu yang membezakan budak pandai dengan budak bodoh." Bukan nak kata aku bagus sangat (again) tapi please lah... SPM dah dekat la... Tambah lah usaha, sebab SPM confirm lebih senang dari Trial. Korang dah boleh target dah apa yang korang nak dapat untuk SPM. Setiap kali bila kelas tak ada cikgu, aku pandang sekeliling kelas. Masya-Allah... Korang ni macam baru habis SPM. Aku pulak yang rasa rimas tengok dorang goyang kaki gelak ketawa.

Aku rimas sebab dorang membazir waktu. Aku rasa, time ni lah nak discuss topik apa yang boleh kita score dalam exam. Betul, aku kecewa. Itu pasal aku marah gila dengan Amir. Aku sumpah, aku sanggup ajar kawan-kawan aku sampai dorang FAHAM, tak kira banyak mana aku kena ulang. Aku tak kisah! Aku tak kedekut lah... Aku lagi nak korang datang kat aku. Tapi nampak gayanya macam semua orang dah pandai. Last minute nak exam, baru terhegeh nak tanya aku macam mana nak buat. Tapi aku ajar jugak masa tu. Walaupun aku tau, apa yang aku ajar, tak kan masuk dalam kepala dorang. Kalau keluar exam, mesti tak boleh jawab, sebab input last minute.

Masa Add Maths dua tiga hari lepas, aku rasa itulah hari yang paling best. Bila Amir, Syafiq Salleh, dengan Syafiq Amal duduk depan belajar bersungguh-sungguh. Walaupun mulut lancang tapi dorang belajar. Aku tak tau kenapa, tapi aku suka kalau tengok dorang belajar. Aku pun bersemangat nak belajar. Kalau dalam kelas tu, aku je yang duk dengar, budak belakang dok gelak-gelak tak belajar, aku pun malas nak belajar. Baik buat kerja sendiri. :'(

"Lah! Senang rupanya Add Maths ni?!" Amal cakap macam tu bila dapat buat Price Index. Haha... Kau buat aku gelak lah! Topik tu je yang senang. Yang lain haprak. Kalau tak dah lama aku dapat 100 lah... Kalau tak tak kan budak kelas A, B pun ada yang fail?

Oh ya, dah melalut jauh dah... Sambung balik cerita Amir nak study tadi. Lepas dah berborak dengan Amal macam tu, aku dah dapat rasa yang dia tak akan belajar. Kalau dia nak belajar, dia yang tunjukkan minat, bukannya aku pulak yang nak kena tunggu dia. Aku tunggu dia ready, baru aku ajar dia. Tapi dia pulak terasa hati. Kononnya aku tak nak ajar dia, sebab aku buat tak endah dengan dia, aku sibuk buat keje sendiri.

"Kau ni cepat terpengaruh lah. Kau bukannya tak boleh belajar." Tapi aku rasa, dia tak dengar pun apa yang aku cakap. Budak Melayu lelaki kelas aku ada harapan nak score. Aku nampak, dornag boleh study, tapi masalahnya, cepat terpengaruh dengan ajakan kawan-kawan lain yang tak belajar. Kesian korang kan? Hm...

Well, apa-apalah. Aku nak tolong korang. NAK SANGAT-SANGAT, tapi kalau korang tak tolong diri sendiri, macam mana aku nak tolong?? So, akhirnya, aku cuma ajak Nisa untuk study group Jumaat nanti, perjumpaan 3 penjuru. Nampaknya kita-kita ajalah kan? 

Dulu, bila mumy tak datang perjumpaan 3 penjuru masa aku form 3, aku MENANGIS! Haha... Aku ingat lagi, masa tu aku tengah maen badminton kat depan rumah dengan Amirul, Aqilah, Khairul, Nisa pun kot? Then dapat call dari mumy, mumy kena pergi khursus tak boleh datang perjumpaan 3 penjuru. Mumy suruh aku pujuk dady pergi. Tapi aku tau, dady TAK AKAN nak punya lah. Aku tahan suara aku, and kata, tak apalah, its ok... Padahal its not ok. Aku tekan butang merah, air mata dah bergenang dah ni...

Masa tu aku membelakangi budak-budak nieh... Then Amirul tanya, "Kau kenapa?" Erk?! Kau perasan ke aku tengah cam nak nangis? Haha.... Tapi aku cover... Cuma aku tak de mood dah. Tapi dia pikir aku period pulak dah?! Kau ni tak de benda lain ke nak kaitkan?? Tapi aku rasa, this time, aku tak nak mumy datang. Aku pun tak tau kenapa. Entah, dah TERbiasa kot? Bcoz tahun lepas mumy tak pergi, tahun ni pun, yang before this. Bila mumy macam agree nak datang, aku rasa... lain. Tak yah lah datang... Bukannya aku takut cikgu komen buruk-buruk pasal aku, tapi aku PUN TAK TAU KENAPA...! Padahal, aku tak banyak bagi masalah kat cikgu-cikgu. Aku good girl. :p


Monday, September 12, 2011

Benda Wajib - BERAT

Assalamualaikum wbt...

Aku dah sihat! :p  Tapi bukan nak cakap pasal tu. Saje je nak inform untuk pengetahuan tambahan. :p Sejak kebelakangan ni... Makin bertambah bilangan student yang sembahyang kat tusyen aku. Alhamdulillah... Kalau tidak, aku seorang je yang sembahyang. Aku sorang je yang mintak izin nak keluar. Aku sorang je yang bawak telekung. Aku sorang je yang budak-budak laki tau aku cuti! Aku sorang je?!

Kesian aku kan? Huhu... Tapi sekarang, aku makin senang hati. Tak adalah sakit mata dan mengumpat dalam hati. Mula-mula bila budak S2 serbu tempat tusyen tu, cuma Syafiq Haikal je yang sembahyang Asar. Selalunya habis je Sejarah, kul 5, aku cecepat bangun pergi sembahyang dulu. Dont you ever think about it! :p Aku dulu!

Tapi sekarang tak boleh buat macam tu dah... :'( Sebab dah tambah dua orang. Agaknya Syafiq ajak kawan dia sembahyang kot?? Pernah sekali tu, masa aku dah habis solat, dia tengah tunggu kat luar. Dia cakap dengan sorang kawan dia, Naji (Najmuddin), "Dia sembahyang lama gila!" Eh? Aku pulak yang kena? Padahal dia yang sembahyang cepat sangat!

Lagipun aku ni perempuan. Dia kalau amik wudhuk senang lah... Aku ni? Kena bukak tudung pakai tudung balik dengan tak ada cermin lagi... Lagilah susah... Dia tak payah bukak pakai tudung. Habis amik wudhuk boleh terus keluar sembahyang. Aku ni kena turunkan lengan baju, turunkan lipat seluar tu. Tapi pernah jugak aku terfikir nak intai dia sembahyang. Bagi dia sembahyang dulu, aku nak tengok macam mana dia solat punya cepat? Tapi tak buat pun. Biarlah... Itu antara dia dengan Allah. Yang aku sibuk ni apahal kan?

Tapi sekarang ni, aku biarkan lelaki sembahyang dulu. Aku kenalah tunggu dorang. Lagipun aku kan 'solat lama'... So, biarlah dorang solat dulu. Lagipun dorang 3 orang boleh solat sama-sama... Muat untuk 2 orang. 3 orang sempitlah sikit kot... Tapi tak kan aku pulak nak kongsi dengan dorang... Tapi masa bulan puasa, jadual tukar. Selalunya aku tusyen dengan budak F4 dan F1. Tapi bulan puasa dengan F2 kot? Dorang jadikan tempat solat tu tempat lepak dorang. Dorang tidur kat sana.

Itulah jadik kalau kelas bosan kan?? :p Boleh tiru ni... Hehe... Tapi tak nak lah.. Aku nak manfaatkan sepenuhnya masa dalam kelas tu walaupun mengantuk sebab mak aku bayar. Aku rasa, untung lah lelaki. Tak ada cuti dari sembahyang. Tak ada masalah. Perempuan banyak sangat pantang larang kalau nak sembahyang. Kadang-kadang rasa macam, leceh sangat. Tapi kalau nak sembahyang kat rumah, dah lewat dah... And sudah semestinya aku akan lengah-lengahkan waktu solat sebab dah penat.

Macam tulah aku kalau tak solat Zohor kat sekolah. Alamatnya, aku akan solat Zohor kul 4 suku. Banyak sangat halangan kat rumah. Aku kalau nak puasa pun sama. Aku pilih hari sekolah. Aku tau, memang penat. Tapi at least masa aku terisi dan tak dekat dengan dapur. :p Sebab kat rumah aku ada habit, suka masuk dapur bukak peti ais. Hehe.... So, hari fav aku untuk puasa selain Isnin dan Khamis ialah hari Rabu sebab Rabu ada koko, so balik kul 3.20. By the time aku solat-solat, balik dalam kul 4.

Itu yang pakcik guard selalu marah aku. Lagi-lagi aku ni PEREMPUAN, pastu JALAN SORANG-SORANG balik rumah. Kalau nak balik, aku mesti carik Pak cik Isa and cuba elak dari dia. Huhu... Sebab nanti kena bebel. Aku tak nak dia marah. Aku lebih selesa berjalan balik rumah bila aku dah solat. Sekurang-kurangnya kalau apa-apa jadi kat aku, aku dah tunaikan tanggungjawab aku kan? Manalah tau aku mati accident tengah jalan, at least aku dah Zohor.

Tapi sekarang pak cik tu dah tak da, pencen da... Tapi aku still dok mencari dia bila waktu balik. Dah biasa! Then aku come back to reality. Eh, pak cik tu dah tak ada lah! Masa tu lah aku rasa... sedih pulak. Dah tak ada pak cik guard yang nak bebel kat aku lagi. Tiba-tiba aku emotional. : ( Haish.... Sedihnya rasa. 

Ramai student tak suka pak cik tu sebab dia selalu bising. Tapi aku jatuh sayang sebab pak cik tu sebenarnya marah sebab dia kena pressure dari orang atas. Salah orang tapi dia yang kena. Siapa tak bengang kalau hari-hari macam tu? Tapi dia tu caring orangnya. Dia macam Cikgu Fadzilah. Sangat-sangat mengambil berat tentang aku. Dorang selalu nasihatkan aku supaya tak aktif sangat, duduk rumah study, sebab nak SPM dah...

Aku rasa terharu. Hukhuk... Sedihnya... Dan dua-dua orang ni aku selalu jumpa waktu balik lepas solat. Dan lagi sekali selalu kena bebel sebab balik lewat jalan kaki sorang-sorang. Pak cik Isa kata, carik kawan untuk teman balik. Tapi kan... Ada ke yang nak tunggu aku semata-mata sebab aku nak Zohor? Ada ke??? Kebanyakannya, batch aku, yang sembahyang tak tinggal most of it lelaki dari perempuan. Aku bangga ah kalau lelaki solat. Sebab apa ek?? Entah lah... Dorang sepatutnya solat sebab tak banyak madah. Lain macam perempuan, tapi selalunya perempuan abaikan benda-benda macam ni. So... jawabnya... solat tak sah la...

Lagipun aku tak pandang sangat perempuan yang solat ni. Sebab............ Dia solat, katanya tak pernah tinggal, tapi bukan pakai tudung pun. Pigi dah. Solat amendanya tu? Tak payah la... Sia-sia je. Jangan tunjuk kat semua orang yang kau tu sebenarnya jahil dalam agama. Thats why aku lebih percayakan lelaki yang sembahyang. Sempurna. Tapi kalau dah berpeluk-peluk dengan perempuan... Tak usah cakap la...

Aku rasa bersyukur lah walau macam mana pun. Sebab dulu-dulu, walaupun dah baligh, aku tak sembahyang. Tapi aku rasa bersyukur sangat sebab aku tak berpeluk sakan dengan budak-budak lelaki. Apapun, aku jaga semua tu and aku tak tau kenapa dan dari mana sifat tu datang. Jangan bersentuhan dengan lelaki. Benda tu dah memang ada dalam aku. Mumy tak pernah ajar. Aku tak pernah amik kisah. Tapi, benda tu memang dah ada terselit dalam hati. JANGAN. 

Aku, kalau duduk terlalu dekat dengan lelaki, aku jadi takut. Dont ask why, and apa yang aku takutkan tapi aku memang takut. Dengan jarak yang dekat, dia boleh buat apa sahaja dalam sekelip mata. Aku pernah kena, and aku tak perasan yang dia dah terlalu dekat. Aku ingat perempuan, aku tak amik kisah. Bila dia bukak mulut dan bersuara, baru aku sedar betapa dekatnya suara dia dengan telinga aku. Boleh dia bersandar kat aku, kurang ajar betul! Apa? Fikir semua perempuan sama? Fikir semua perempuan tak kisah?

Masa tu, perasaan aku bercampur baur. Aku rasa jijik sangat. Sekarang baru aku tau kenapa Zharif marah kat aku bila aku bangkitkan isu macam tu. Dia kata, "Jangan cakap pasal benda ni. JIJIK!! HINA!" Aku terkejut. Eh, asal ni? Tiba-tiba je? Rupanya, bila aku dah rasa, baru aku tau. Itulah yang aku rasa masa tu. Aku rasa hina. Terus-terang aku cakap, aku rasa aku ni hina sangat yang amat.

Sejak tu, aku tak keluar dengan lelaki, even in groups. Kalau iye pun, aku tak akan incharge in anything, aku akan tengok dari jauh je. Aku tak nak blend in dengan dorang sangat. Dan aku sangat terkejut bila Nisa layan classmate guys dia macam dia layan kawan perempuan. Amboi, rapat bukan main, mesra bukan main. Aku tak sangka. Dia boleh berjalan sorang-sorang dengan 5 lelaki keliling dia. Aku betul-betul.... shock! Tak terkata. Kalau aku, aku tak berani. Aku sanggup amik jalan jauh dari nak ikut belakang dorang.

Masa tu, aku pulak yang tak selesa. Tapi aku tak cakap apa-apa pun. Aku ingat dia ajak aku pergi bilik masak, sebab kengkawan dia yang perempuan tu masuk pertandingan masak. Rupanya kawan-kawan dia semua guys... Er... Apa lagi yang boleh aku buat? Aku dah sampai sana... Aku rasa kekok. 

Among friends aku, aku tau, aku tak selari dengan dorang. Ya, dorang boleh share dengan aku pasal pakwe dia, dorang dating and so on, masalah dorang ke apa. Aku tak kisah, cerita aje lah... Janji jangan buat depan aku. Sebab kalau dah nampak depan mata aku, aku memang pandnag semacam kat dorang and the respect hilang. 

Masa cikgu Chan suruh aku jadi mentor, aku berat hati nak amik Amir jadi mentee aku. Tapi dia beriya-iya nak aku jadi mentor dia. Ada jugak beberapa kali, Amir duduk kat sebelah aku, duduk kat depan aku study sekali. Tapi jujur lah kan, aku memang tak selesa langsung. Aku tak pernah lah nak duduk semeja dengan lelaki kecuali sepupu aku! Kadang-kadang terlanggar kaki dia, kadang-kadang berlaga siku. Aku... berat hati nak cakap. Tapi satu masa tu, aku cakap jugak, "Jauh lah... Asal kau dekat sangat ni?!" Tapi dia fikir aku bergurau.

Satu hari, aku terbaca satu hadis, hadis tu adalah salah satu kat sebelah kanan ni ha... Aku print out besar-besar, satu A4 aku print letak kat meja aku. Then bila Amir lalu meja aku, dia nampak benda tu dan dia baca. 

*Seorang lelaki yang BERSENTUHAN dengan BABI yang berlumuran lumpur LEBIH BAIK baginya daripada bersentuhan dengan WANITA YANG TIDAK HALAL baginya.
*Seseorang di antara kamu (lelaki) yang diTIKAM kepalanya dengan jarum besi LEBIH BAIK daripada menyentuh seseorang yang TIDAK HALAL baginya.
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Then bila nak study, dia mintak izin kononnya, "Kau boleh tak tolong ajarkan aku? Kau tak kisah kan nak ajar ilmu kat Kaum Adam ni??" Dah pulak... Tolong ajar boleh, tapi nak duduk sekali, tak payah lah... Pergilah duduk jauh dari aku. Syafiq Salleh pun sama, lepas tu mengadu bau keling. Korang ni... Dah tu, nak bau apa lagi kalau dah tuan punya tempat memang India??

And.... settle lah benda tu, setakat ni. Aku rasa patut letak dalam file aku jugak and letak kat depan sekali bagi semua orang nampak. Dont mess with me. Aku tak suka bila lelaki treat aku macam dia treat the other girlfriends dia... Dorang tak kisah kau nak tepuk tampar, but not me.

Orang bercakap, "Macam mana kau boleh hidup macam ni? Ish, kalau aku, memang tak sanggup!" Hidup macam mana pulak yang dorang maksudkan ni??

1. Wherever I go, selalu sorang-sorang
2. Tak tunggu orang lain bila nak buat something
3. Tak ada close friends to hang out
4. Asyik dengan life sendiri (sampai orang kata aku sombong)

Ada jugak yang cakap, "Aku pun nak jadi macam kau, tak ada kawan, senang hidup aku." Ha?? Excuse me?? Senang hidup engkau?? I tell you, it's not easy. Korang bukannya nampak dalam hati aku ni. You'll never know what's inside unless kau mengalaminya sendiri. Sebab tu aku sedih bila someone tak appreciate their friends and dok kutuk kawan-kawan dorang kat belakang. Hey, appreciate, bersyukur sebab masih ada kawan. Being alone will kill you slowly. Trust me.

Sedangkan Rasulullah SAW pun ada kawan. Oklah, aku nak tukar statement. Aku bukannya tak ada kawan. Ada. Tapi kawan sejati tak ada. Bila aku dalam kesusahan, aku tak carik sapa-sapa untuk mintak tolong. Tapi kalau sekadar nak have fun, aku ada bersepah, just give them a call aje! Tapi bila aku betul-betul desperate to talk to someone, ok, masa tu aku rasa .... cam ne nak cakap, down gila lah... Sebab I dont trust anyone. Thats why aku ada diari bapak ah tebal gila. Aku kumpulkan diari tu tau! Banyak.

Bukannya aku tak nak ada kawan, tapi... Its too painful. Dan susah nak carik orang yang sekepala dengan aku dan yang paling penting, JAGA agama. Betul-betul jaga. Dua ni dah cukup, aurat dengan solat. Enough... Bneda wajib. Kalau dua dia jaga, yang lain confirm jaga. Mesti puasa, mesti ganti punya puasa and apa-apa yang wajib selain dari tu. Kalau aku, kena ganti jugak. No matter what. Kalau kena tiap-tiap hari puasa sampai bulan Ramadhan, aku akan puasa.

Solat suatu benda yang memang orang malas nak buat. Even aku pun. Especially bila tertinggal solat jemaah. Family aku solat jemaah setiap waktu. Kadang-kadang aku marah jugak, asal tak kejut aku sembahyang, kan dah kena sembahyang sendiri?! :p Sebab aku tau, aku akan lewatkan solat.

Aurat pulak... Untuk perempuan... MEMANG PAYAH NAK BUAT!!! Jujur cakap, memang payah Masya-Allah! No perfume, no leggings, no make-up (yang over), no kebaya, only face and your palm! Tak boleh ketat, tak boleh ada shape (walaupun the girl memang tak de shape, bak kata Sharifah Amani dalam cite Oh Haram... :p), tak boleh kain nipis, tak boleh jarang, jangan singsing lengan, pakai stoking... Tak susah ke??? Aku kalau pakai baju kurung pun kena pakai sarung tangan so that bila ada pergerakan yang aku kena angkat tangan, bila lengan baju jatuh, tak nampak la...

Aku menyesal sebab marah Aizat dengan Daus dulu. Dulu aku suka singsing lengan ni. Dah jadi tabiat. Dorang sebagai lelaki Islam yang soleh, tegur aku dan suruh aku turunkan lengan baju. Aku pulak pergi marah dorang and menjawab segala bagai dan terus naik kelas, ignoring them. Bila on the way ke kelas, aku terfikir, dorang suruh aku turunkan ada sebab kan??? Aku turunkan, terasa nak mintak maaf. Menyesal pulak. Aku ni pun satu, tak boleh senyap and blah terus ke?? Mesti ke nak marah dorang balik? Korang.... Aku mintak maaf eyh... So sorry. Tak apa, dapat pahala tegur aku, dan dapat pahala sebab aku marah korang. Huhu...

Dalam bab pilih baju, memang kena strict dengan diri sendiri. Memang perempuan rambang mata bila nampak baju lawa-lawa tapi.... kebanyakan baju semuanya ada shape kan? Kalau aku pakai baju mumy, aku tak mintak pendapat mumy, aku akan mintak pendapat dady, ada shape tak? Bcoz dady lebih tau. Dady strict bab ni. Mumy.... not so. Dia yang beli. Dady dah nasihat still tak jalan, nak buat macam mana. Nasihat dady tu salah pergi. Dia termasuk kat kepala aku pulak. Salah orang. :p




^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Friday, September 9, 2011

Oh, Smokers...

Assalamualaikum... Hehe... Sorry... Aku mengalami kebosanan yang melampau so banyak post untuk hari yang terdekat ni. Harap maklum. :D

Semalam, sebelum gi tusyen kan pergi bank. Then gi kedai mamak makan kat sana. Kedai yang open, memang banyak smokers. Urgh... Tak tahan! Sana sini kiri kanan depan belakang semuanya smokers. Then mumy cerita pasal ex-boyfriend dia dulu. Dia tu smoker jugak. Mumy pun ada cerita pasal dia before this. 

Ok, aku bagi intro. Ex mumy tengah buat preparation study UK. Mumy pulak preparation untuk study US. Masa tu sama-sama kat UiTM. Tapi bila dah nak setahun baru dia pindah ke Kolej Mara Seremban untuk last minute preparation ape benda entah... So, dia naik SKS setiap minggu datang Shah Alam untuk jumpa mumy. Dulu mana ada phone nak tanya you ada kat dorm ke tak and so on. Kalau mumy tak ada, dia akan passkan satu envelope kat someone suruh letak kat bilik mumy.

Guess what? Dalam envelope tu ada RM 50. Dia tulis note kat situ 'untuk belanja'. Mumy kata, itu duit biasiswa dia. Dia dapat biasiswa. Mumy tak dapat. And dia pun anak orang kaya jugak. Tapi dia ni jenis yang proper. Makan pun kene ada adab tip top. Tissue lepas pakai letak balik elok-elok sebab mumy kan orang kampung, dia peduli apa dengan tissue tu kan? Dah pakai kenapa nak letak elok-elok balik? 

Tapi dia hisap rokok. Dia tau mumy tak suka dia hisap rokok. So, dia tak hisap depan mumy. Mumy bagitau aku, "Nanti.... carik boyfriend yang hisap rokok." WHAT???!!! Tak nak?! Why should I?? Give me a good reason for that! Terkejut mumy bila aku macam marah sangat. Apa faedah carik pakwe yang smoke?? Please lah, aku reject terus mentah-mentah. NO!

"Tak adalah... Budak-budak zaman sekarang... Orang kata jangan lagi dia nak buat. So that's why mumy kata buat, nanti you tak buat lah...." And aku terus terang cakap, no, aku tak akan pilih yang smoke. "Even ex akak, semuanya tak smoke." Mumy tanya, coz mumy tau aku pernah ada pakwe pun sebelum ni. "He quit smoking or dia memang tak smoke?" "Memang tak smoke."

"Habis kalau the guy memang hisap rokok??" "Tak nak." "Tak bagi peluang pun? Mana lah tau dia boleh stop?" "NO!" Mumy tiba-tiba jadi macam terkejut beruk. "Huish... Habis lah siapa yang nak amik akak jadi girlfriend. Strict betul... Langsung tak bagi chance!" Hahaha.... Memang lah... Truly, aku hate smokers.

Bau rokok tu boleh buat aku pening nak muntah. Kadang-kadang bila kat sekolah, berselisih dengan cikgu-cikgu lelaki, bila bagi salam, urgh! Bau rokok! Kelas aku dekat dengan dewan. And kat dewan bahagian belakang tu, aku tau, cikgu-cikgu lelaki semua dok keluar masuk. Must be something dalam tu. And aku rasa dorang smoke kat sana. Sometimes, aku boleh bau rokok tu. Bau tu naik sampai ke kelas.

Aku cakap ngan kawan aku yang berdekatan, "Bau rokok."  "Yeke? Tak de pun?"  "Ada!" Nisa komplen. Katanya hidung aku ni sensitif betul. Cepat je dapat kesan bau rokok. :p Yelah! Coz I hate that smell.

Kalau nak gi tusyen, berselisih dengan group of guys. Mumy stopkan aku kat e-Gemilang and aku akan jalan sampai ke Tusyen Anjung Ilmu kat Guardian tu. Bila nampak asap berkepul-kepul... CEPAT CARIK SOMETHING TO COVER MYSELF! Kalau tak ada benda nak cover, tarik nafas dalam-dalam dan tahan...! Hahahaha.... Sampai macam tu sekali. Ada jugak yang pandang slack kat aku. Eh, apahal pulak nak pandang aku cam tu? Sape suruh kau hisap rokok?

Aku peduli apa kalau orang nak fikir yang maybe orang lain tak senang bila dorang lalu, aku tutup hidung. Not my fault. Masa kat kampung, aduh.... Semuanya dok smoke kat tangga depan rumah. Aku dah la suka lepak kat sana. Duduk baca buku or dengar MP3 kat tangga. So, terpaksalah aku undurkan diri naik atas. 

Aku bisik kat kembar, "Jangan hisap rokok tau." Even kat dua adik lelaki aku tu pun sama. Jangan sesekali cuba nak hisap rokok. Hancurnya hati aku kalau adik aku hisap rokok suatu hari nanti. Adik kembar tanya, "Kenapa?"  "Perempuan tak suka."  Itu je jawapan yang boleh aku bagi. Ade je perempuan yang suka guys hisap rokok. Tapi... Untuk aku terangkan kesan rokok tu, panjang sangat! Kesan dia, untuk jangka masa lama.

Fatin Fatini tu, kesan daripada rokok apa? Rokok tu lah punca asma. Aku pun ada asma, dulu la... Masa kecik. Adik aku pun ada. Asma dia teruk. Nisa dengan Shira pun asma. Ayah dia hisap rokok. Masa gi study group Add Maths hari tu, study kat bilik tengah. Ayah dia tengah hisap rokok kat luar. Pintu bilik tak tutup rapat. Argh!! Susahnya aku nak bernafas... Aku bisik kat Nisa, "Ayah awak hisap rokok dalam rumah?" "Haah." "Dulu ayah saya hisap rokok dalam rumah, saya suruh mak saya cakap dengan ayah saya suruh hisap kat luar. Walaupun dia hisap waktu malam kita orang tengah tidur, tapi saya tak boleh tidur. Bau rokok tu sampai ke bilik saya, walaupun pintu tutup."

Dan bilik aku selalu ada bau rokok. Sebab bapak orang sebelah rumah aku suka hisap rokok kat belakang rumah dia. Bilik aku dah la kat belakang. Meresap bau dia ke langsir aku. Apa aku buat? Aku amik perfume yang aku memang tak pakai tu, aku sembur kat seluruh ruang bilik aku sampai tak de bau rokok. Cuma aku tak sembur dalam almari aje. Dalam almari ada baju, kalau ada baju, sama lah kiranya aku pakai perfume. Aku tak pakai perfume. Then aku keluar bilik. Pastu masuk balik after a while. Ada lagi tak bau rokok. Kalau tak de, ok lah. :p

Mungkin bagi orang lain benda ni kecik je... Memang kecik pun. Tapi dah aku tak suka, nak buat macam mana? I just hate it. Tak dapat bayangkan. Dia smoke, lepas tu bercakap dengan aku dengan jarak dekat. Euwww.... Mulut pun bau longkang. Ei, tak nak lah aku...

p/s :  Tapi pakwe mumy dulu memang sweet gila! Bertanggungjawab and caring. Cuma anak orang kaya, spoil sikit... Semuanya nak kena proper. Aku pun tak suka proper sangat. Lantak pi lah kan... :p Tapi bercinta bagai nak rak tak semestinya kawen.... Cuma dia sampai ke oversea, mumy je yang tak sampai. Tak jadi. Huhu...   T.T




+0+0+0+0+

Sakit Pencuci Dosa

Assalamualaikum

Khabar baik? Sihat walafiat? Well aku tak sihat. :'( Sejak first raya lagi aku tak sihat. Seminggu raya tu, aku selesema. Then the next weeknya aku rasa nak demam. Tekak pun rasa macam nak batuk aja. Why lah sekarang?? Seksa jugak nak menjawab paper Akaun hari Isnin hari tu. Sok sek sok sek. :p Tanda aku nak demam, aku akan rasa kejap sejuk menggigil pakai sweater segala, kejap panas berpeluh-peluh rasa nak mandi dua tiga jam pun ada!

Tapi sekarang dah ada symptom baru. Sakit kepala. Sakit dia lain. Sebelum ni punya fever pun macam tu jugak. Sakit kepala. Terasa macam urat kepala ni nak putus! Sakit sangat-sangat. Kadang-kadang penglihatan aku macam blur. Bila aku dah terasa blur, aku cecepat duduk. Yelah, mana ada hero nak sambut aku kalau aku jatuh kan? :p Haha... Aku sedar diri ok. Tak terpengaruh langsung dengan kisah fairy tale yang si hero sentiasa ada untuk heroinnya. Sebab hero aku tak ada. :p

Thats the first time aku rasa macam nak pitam. And aku cuma rasa macam tu bila kat sekolah. Agaknya cuaca panas sangat kot. Hari Rabu paling tak tahan. Dah lah bosan nak mampus kat sekolah tak belajar. Macam dah habis SPM pulak padahal baru habis Trial aje. Then sakit kepala asyik dok attack. Aku ngantuk sebenarnya, nak tidur macam Dayah. Tengok sedap je dia tidur, tapi aku tak leh nak tidur sebab kepala aku sakit sangat!

Aku rasa lain lah kali ni. Sakit tu lain macam. Betul-betul buat aku tak larat. Aku rasa lemah semacam je. Sakit tu kat bahagian kiri. Urgh... Memang tak tahan. So, hari Khamis aku cuti. Then mumy bawak aku pegi bank bukak Akaun SSPN. Aku dah mengeluh. It's gonna be VERY HOT! Dan aku tau, aku akan diattack sakit kepala. Coz hari tu aku punya sakit kepala dah kurang. Then teringat pulak hari tu ada tusyen. Alamak!

Nasib baik kelas ada air-cond. Tusyen e-Gemilang tu pakai tingkat 2 dengan tingkat 3. Selalunya kelas Akaun kat tingkat 3. Then bila aku naik, Dayah tak ada pun? Sebab aku nampak kad dia. And kelas pun lampu tutup je. Aku turun balik tanya kat kaunter. Then dia lupa nak bagitau yang kelas kat tingkat 2. Adoi... Menyusahkan betul! Aku dah lah separuh tenaga aje masa tu.

Then Dayah bagitau yang hari tu pun tak belajar tapi dapat Paper Maths. Markah aku macam biasa tak berganjak. Aku pun naik fed-up. Huhu... Mesti korang cakap aku tak bersyukur. Bukannya apa. Tak ada improvement! Biasalah, manusia tak pernah puas dengan apa yang dia ada kan? Hehehe... Then dia tanya hari Jumaat datang tak. Aku masih berfikir. Bila dah habis kelas, aku kata aku datang. Lama kan aku fikir, nak lah satu jam sampai kelas habis. :p Tapi tak pergi sekolah pun.

Aku dok fikir, biarlah aku elok betul-betul dulu. Nanti sakit balik. Selesema aku masih tak hilang. Dah 2 minggu dah ni aku sengsara. Ke mana sahaja sapu tangan wajib bawak. Hari tu balik kampung sapu tangan terkena kuah kacang. Oh My!! So, aku siapkan tissue. And spare dalam poket. :p Sampai macam tu sekali.

Sebenarnya tadi pun still sakit lagi but feeling much-much better. Malam Khamis tu, dady suruh aku tidur kat bilik mumy, coz ada air-cond. Dady kata, maybe aku jadi macam tu bcoz weather too hottt dan aku kurang minum air dan bilik aku terlalu panas. Err... Ye ke? Aku rasa biasa je? Waktu malam sejuk je? :p Mula-mula masuk bilik, iyelah quite hot. Tapi dah lama pasang kipas, tak panas pun. Dady kata nak pasang air-cond. Eyh?! Tak payah lah...! Bilik tu so small and yet nak pasang air-cond. 

Tak menggigil ke aku ni nanti? Bazir je. Kipas dinding tu pun dah cukup untuk buat aku menggigil. Dengan selimut cotton yang tebal tu, best tidur. Tapi bila dady jenguk aku, first thing dia cakap, "Uish! Tak panas ke??" Panas? Tak langsung. Agaknya dady dah biasa dengan air-cond kot? Kalau air-cond pasang kat hall pun aku dah sejuk. Sepatutnya aku transfer tidur bilik mumy tapi... aku tak suka. Aku still nak bilik aku. Even kat kampung pun, aku tak boleh tidur sangat. Bcoz aku rindu suasana bilik aku. :p

Mula-mula dah bawak bantal selimut ke bilik mumy. Then pusing sana, pusing sini. Tak selesa. Aku bangun and pindah ke bilik aku balik. Guess what?? Dady marah aku. Sebab masa tu hidung aku berdarah. Dady kata, "Apasal tak tidur dengan mumy? Nanti bila nak sembuh?!" Sorry, no can do. Tak boleh tidur. Still nak bilik sendiri, katil sendiri.

But now dah ok dah.. Hidung stop bleeding. Patutnya tadi... Aku dah janji dengan Shah nak online. Yelah, lama tak borak dengan dia sejak cuti raya tu. Rindu kot? :p Haha.... Tapi tak de lah aku cakap kat dia. Anyway, aku pun kira masa je lah. Exited pulak dah... Bila dah solat mandi semua, adoi.... Internet pulak lembab nak mampus. Mana external Internet aku tu?? Ala... Tak de pun... Tak connected kat laptop aku pun? Patutlah slow je... Nak bukak homepage pun lama. Aku dah fed-up. Aku masa tu tengah bukak YouTube nak download and beberapa tabs lagi. Aku sanggup tutup semua tu just nak dia bukak FB! Damn betul. Lembab jugak.

Dah lama tu... SERVER NOT FOUND. Taking too much time to response. Macam-macam lah! Sakit kepala datang balik. Apasal lah waktu ni? Korang memang kejam tau... Inilah time aku... Nak have a little fun. Huhu... Sengaja aje... So, aku cakap jujur dengan dia, aku nak out, tak de mood. Bila-bila aku boleh meletup dengan Internet lembab nak mampus tu. So, sebelum aku meletup, baik aku offline. Punah harapan aku. :p Yang si kembar pulak exited nak aku cerita pasal dia, tapi aku tak banyak cerita pun. Malas lah nak cerita. Panjang sangat. :p 

Oh ya, masa aku selesema teruk first raya, dorang usik aku, mengacau aku, nak bergurau pulak korang time ni. Mengamuk aku dibuatnya. Jangan kacau bila aku tengah sakit ok. It really annoys me. Kalau aku tengah sakit, budak bising pun aku boleh bertambah lagi sakit. Itu yang buat aku naik angin tu. And cepat tersentuh, cepat je rasa nak nangis. Hehe... :p Semalam, adik tak tutup pintu masa aku tengah tidur (ngantuk sebab efek ubat), menangis aku sebab dia buat tak tau. Haha... Pikir balik, nak tergelak pulak. Itu pun nak nangis ke??

Tapi yang paling tak tahan, yang paling menguji kesabaran aku masa nak sembahyang. Paling menyeksakan Masya-Allah. Setiap kali aku rukuk, sakit tu datang serbu kepala aku. Seolah-olah macam sakit tu datang sekali ikut aliran darah yang serbu kepala. Bila time sujud apa lagi. Aku rasa tak tahan! Tiba-tiba terdetik dalam hati, aku rasa takut nak sujud. Setan ke ni?? Sengaja buat macam ni? Aku tak tahan sangat-sangat. Aku baca sekali je. Kan patutnya baca ulang 3 kali. Aku baca sekali and terus bangun cecepat. 

Aku terasa solat aku macam sekejap sangat. Macam tak complete sebab sujud sekejap sangat. Tapi bila terfikirkan, sedangkan Nabi pun Allah uji dengan kesakitan, dah dia tetap tunaikan solat dia dengan benda tambahan (sunat) lagi, apalagi aku ni, yang waib pun tak kan tak boleh? Wah, semangat dah sampai. Bila dah bersemangat, terus tak terasa sakit tu. Betullah... Semua penyakit lawannya adalah hati. :p So, secara keseluruhannya tahun ni, aku banyak kali sakit daripada before this. Dan sakit yang ini yang paling lama. Selalunya sehari dua je.




** *** **

Thursday, September 8, 2011

Habis Sudah feat You Choose Your Own Fate

Assalamualaikum wbt...


Habis Sudah

Skang aku dah totally habis Trial SPM 2011. Fuh! Penat gila memerah otak. Last paper, Akaun. Daripada 6 soalan, aku cuma mampu jawab 3 soalan walaupun sepatutnya jawab 5 daripada 6. Tadi pergi ofis lama mumy, Pejabat Tanah, sebelum mumy keje AADK. Then jumpa Untie Aiya. Anak dia sebaya aku. Nama dia aku dha tak ingat dah. Dulu, masa form 3, dia nak aku ajarkan Maths. Walaupun Maths aku kantoi waktu tu, tapi dia fikir aku ni budak pandai kot? Tapi aku balik lewat! Then mumy marah sebab aku lewat. What to do? Sekolah aku memang tiap-tiap hari ada overtime. Sekolah lain balik kul 1 atau 2. Sekolah aku je balik nak dekat kul 3.

Last-last mumy yang ajarkan Maths kat dia. Then Untie Aiya kata, anak dia komplen Add Maths hancur. Alah... Normal lah tu Untie... :p Aku pun cam tu. Mumy kata, "Ni ha, sama je. Subjek lain semua A tapi Add Maths aje yang fail." Ah! Kelentong betul. Mana ada semua?! Aku senyap aje la. Hahaha... Eh, result exam Pra-Percubaan SPM dah keluar. Aku drop. :p Lantak pi lah. Teruk jugak result aku. BI yang tak buat summary tu dapat 69. Teruk jugak. Cikgu kata, "Apasal teruk sangat ni? Tak kan tak buat summary dah macam ni punya teruk?" Aku check lah kat mana yang teruk sangat tu, tapi malas lah nak amik tau. :p

Anak Untie Aiya kata, Add Maths untuk trial ni susah bagak. Aku rasa... Em... Jangan marah ek. Sebab kawan-kawan aku pun dha marah aku cakap macam ni. Aku rasa, exam ni lagi senang daripada exam sekolah. Ramai yang marah aku. Alah, betul apa? Aku rasa aku boleh jawab banyak soalan berbanding exam yang digubal oleh cikgu sekolah aku. Honestly speaking...!!

Tapi aku dimarah oleh kawan-kawan aku. Haha... Tak pe, kita tengok result dulu ok? Mesti jadi macam sebelum ni. Beriya-iya aku buat. Masa 2 jam setengah tu cukup-cukup aje. Tapi bila dapat paper, wah bestnye Cikgu Kong tanda.... Pangkah sebesar-besarnya!! Last-last dapat 20 lebih. Haha... Itulah yang aku dapat bila aku jawab bersungguh-sungguh untuk Add Maths.

Kat rumah, mumy tanya, study apa tu? Add Maths. Bila boring, aku study kat luar. Mumy tanya study apa? Add Maths lagi. Then waktu lain, aku study kat bilik mumy, ada air-cond. Mumy tanya, study apa? Add Maths jugak lagi sekali. Sampai satu tahap. "Asyik study Add Maths aje? Subjek lain tak study?"

Dan akibat daripada usaha aku tu, aku dapat markah 20 lebih. Wah, macam mana nak dapat A tu?? Kena darab 5 usaha aku tu kalau nak 100. Arh, aku tak sanggup! :p






Masa buat Akaun, aku tak tau asal, tapi aku ngantuk sangat-sangat! Ini mesti sebab kita orang memang selalu ngantuk bila subjek Akaun, so otak dah tune. Akaun = mengantuk. Sebab bila time Akaun, bila Cikgu Moi ajar, memang mengantuk. So, apa aku buat, aku habiskan cepat-cepat and get ready to sleep. :p

Tak boleh nak buat apa dah... Sebab separuh daripada paper tu, aku tak faham apa soalan dia, dan apa yang dia nak sebab aku tak pernah dengar semua istilah tu. Belum belajar lagi. Tapi yang pasti aku tak akan fail Akaun sebab aku dah tau nak buat Penyata Pendapatan. Aku dah boleh jawab soalan LCCI! Ada harapan ni. :p Aku kalau boleh nak dapat the highest grade that I could get untuk sijil LCCI. Aku nak sijil tu ditulis dalam English so that diiktiraf the whole world. Baru ade kelas kan? Hehe... Padahal.... (macam lah pergi luar negara...) :p



You Choose Your Own Fate





Semalam, kat sekolah, time koko, Puteri Islam masuk surau macam biasa. Aku nampak ade dua acik tukang sapu tengah menyapulah kan... Then bila dia nampak aku dengan budak-budak lain nak masuk, dia cakap kat lagi sorang acik tu, "Eh, dah lah tu! Budak ni nak masuk. Biar lah dorang sapu sendiri. Letih aku menyapu setiap hari. Naik loya tekak aku nak muntah asyik menyapu je setiap hari!"

I was like, er... betul ke apa yang aku dengar ni? You're kidding right? Bukan ke itu memang keje dia? Habis? Tak kan keje dia pergi mengajar budak-budak Agama Islam pulak? Dah keje tukang sapu, menyapulah jawabnya SETIAP HARI! Heran betul aku. What are you talking lah? Kalau kita orang tak buat sampah, dia tak akan ada kerja. Adanya dia sebagai tukang sapu adalah untuk membersihkan tempat yang ada sampah. So, kenapa nak merungut bila orang buang sampah? 

Bukan patut bersyukur ke? Bila orang buang sampah, adalah kerja. Dan kerja tu diisi oleh dia. Tapi sekarang dia pulak merungut orang dok buang sampah, katanya menyusahkan dia. Kita memang buang sampah untuk bagi kerja kat orang macam tu. Dulu belajar tak pandai, itu lah jadiknya. Kadang-kadang orang cakap tak berfikir. Aku pun sama. Tapi dalam bab ni, benda yang remeh. Logiklah sikit. Tapi aku tak cakap apa-apa pun, aku diam je bila Acik tu ajak kawna dia stop menyapu surau. Lagipun, apa yang nak dimarahkan? Surau pun rumah Allah. Membersihkan surau bukan ke diberi ganjaran di akhirat nanti. Bila dah bersungut, gugur lah ganjaran tu. Betapa ruginya....

Tak payah nak merungut. Sebab you choose your own fate. Walaupun dah ditakdirkan begitu. Tapi kita ditakdirkan macam tu kalau kita masih kekal dengan sikap yang sekarang. Thats why sekarang pun kita boleh ubah masa depan kita, ubah takdir kita to be a better person and a better job so that tak ada lagi rungutan macam tu. 




Orang miskin merungut dan putus asa dengan kehidupan dia sedangkan ade aje orang miskin jadi berjaya super duper mengalahkan orang kaya. Ade je orang yang cacat tapi berjaya super duper dari orang yang sempurna. So, kenapa mesti merungut? Kenapa mesti marah orang lain? Sedangkan tudingan tu sepatutnya berbalik kepada diri sendiri. Bukan salah orang yang buang sampah, tapi salah diri sendiri sebab tak berusaha meningkatkan taraf hidup. 

Aku dikelilingi dua orang sebagai contoh. First my own mother. Second Cikgu Raja Sekaran. Dua-dua dah bekerja, dah ada life sendiri, dah ada anak. Sepatutnya life's good. Smooth aje. Just nice for the family. Tapi dia orang still berusaha to get the highest score in their life. Cikgu Raj ada goal untuk dia capai. He's after something, dia tak bagitau pulak amenda. Tapi yang pasti untuk meningkatkan taraf hidup dia. Dan mumy, sekarang tengah study untuk naik pangkat gaji lebih besar dan tukar kepada kerja yang lebih sesuai dan kerja yang lebih lumayan. Dan dia buat itu pun untuk kepuasan diri sendiri jugak.

Apa pun, masih belum terlambat untuk segalanya. Masih belum terlambat untuk kita ubah nasib kita. Masih ada masa asalkan kita mula dengan sekarang. Kalau tak nak sapu sampah, pergi jual barang kat pasar malam. Kalau marahkan orang kedekut tak nak beli, atau customer cerewet sangat, baik pergi rumah orang tua aje lah senang! Asyik nak merungut je! At least kat sana ada orang jaga, makan minum free. Kalau kat situ pun merungut jugak, mati aje lah...

Bukan nak sokong orang buang sampah... But it's a fact. Bila cakap pasal benda ni, adik aku menyampuk, "Haish... Macam Mat Luthfi lah pulak yang cakap pasal sampah tu. 'Kalau aku tak buang sampah, makan gaji buta lah cleaner semua...' " Tapi betul jugak kan??



Oh ya! Selamat Hari Raya!
(belum terlambat lagi sebab raya ada sebulan... enjoy lah korang...)
: )



@#$%^&@#$

Monday, September 5, 2011

Ugly Gone Missing



Assalamualaikum wbt.

Ada beberapa kemungkinan...!

1. Kene culik :p

Eh, dia tu cantik tau walaupun kita orang namakan dia Ugly. :'( Masa dia kecik, ya, dia memang ugly. Tapi bila dia dah besar sikit, dia tu so adorable....! I miss him already. Masa kecik muka macam bulldog. Ekor macam piglet. Kepala dia lebih besar dari badan. Jalan terhuyu-hayang bawak perut boyot dia yang selalu kekenyangan yang melampau. :p Mesti ada orang lalu lalang and amik dia. Menyesal pulak tak letak tagging kat dia.

2. Kena bunuh dengan anjing

So very cruel! Do you know how much I miss him?! Mesti lah tak. Aku tak banyak cerita pasal Ugly, tapi aku sayang sangat kat dia. Aku yang tengok dia lahir. Aku yang jaga dia. Aku yang layan dia bila dia playful. Sampai aku pun penat nak layan dia.

3. Sesat jauh sangat, tak jumpa jalan balik rumah kot?

4. Mati jatuh longkang??

I dont think so. Dia pun cerdik jugak. Walau macam mana aktif dia, walau macam mana agresif pun dia main-main kat tepi longkang depan rumah, dia tak pernah jatuh. Kalau dia jatuh, mesti dia akan jerit melalak. Hari tu dady tepuk bontot dia sebab tak nak dia masuk dalam rumah. Macam Moi, kalau kita orang sound dia, dia akan undur balik. Dia tau itu bunyi warning. Kadang-kadang dia tak takut. Tapi bila aku bangun nak tepuk dia baru dia lari. Kucing ni bijak sebenarnya. Dia pun boleh fikir. Dia faham. Tapi Ugly susah nak diajar. Baru tepuk sekali menjerit macam orang gila. Or maybe macam kucing gila?

Kalau dia mintak sesuatu pun, dia akan jerit melalak kuat yang amat. Selagi tak dapat, selagi tu lah dia akan melalak. Macam tu lah dia kalau lapar. DEMANDING kan?? Teruk betul kucing ni. Pikir dia raja kot? Kita pulak kena tunaikan permintaan dia. :p

Tapi tak kisah... Moi kena ganti balik Ugly yang hilang. Dia kena get pregnant and bagi male kitten! Itu satu perintah. Sapa suruh dia tak jaga anak dia? Mengada nak jadi mumy single. Tapi sekarang aku rasa dia pregnant lagi ni. Garang semacam je dia tu. Asyik bad mood je. Tapi bila dia bad mood lah aku lagi suka! Aku suka kacau dia. usik ekor dia. Tahan je tak bagi gerak. Dia akan grumble and marah. Kononnya bagi warning. Ceh, aku tak takut. Gigit, gigitlah... I dont care. Lagi dia marah, lagi aku suka. :p

Sampai dia fed-up nak lari dari aku. Hahaha.... You better give me a male kitten ok! Tapi aku tak nak kucing yang warna campur-campur. Aku nak dia satu warna aja. And must be different. :p Aku pulak yang mengada. Tapi kalau yang warna campur tu tak lawa. Tengok cam Ugly, so.... beautiful...! :p









err.... ade ek kucing tido cam nie??
parah... parah...




see that piggy tail??






@#@#@#@#@

Friday, September 2, 2011

Hari Raya ~ !

Assalamualaikum...


Last day puasa

Malam tu, aku betul-betul nak tidur senyenyak-nyenyaknya sebab esoknya nak raya! Tapi alangkah malangnya... Budak-budak lelaki lah of coz dok main mercun dan meriam buluh sampai pukul 2 pagi!!! Dia tak bertalu-talu. Tapi setengah jam satu mercun. Lagi setengah jam, meriam buluh. Lagi setengah jam mercun. And continue sampai pukul 2. Pukul 2 bunyi mercun stop. Dady tak tidur kat kampung, dady balik Seremban 2 drive van and esoknya nak bawak balik Kancil dengan camera yang tertinggal. Dady kata bujang-bujang dok main mercun kat sungai.

Aku rasa macam nak pergi nak bagi pelempang sekali. Aku tak leh tido! Ok, tapi itu boleh sabar lagi. Then pukul 3 pagi ayam jantan pulak yang buat bising! Apahal pulak ni? Belum pukul 5 pagi lagi dah berkokok. Masa tu rasa macam nak sembelih je ayam tu. Baru tau senyap. Dah lepas ayam, handphone pulak yang berbunyi. Alarm. Vibrate. Aku boleh dengar dia vibrate... Alangkah annoying-nya!! Dia silent tapi annoying. Aku rasa phone tu macam kat bawah tilam, tapi tak ada. Aku dah macam orang gila dah. Sumpah sakit hati gila.


First raya

Terlajak tidur terlepas Subuh. Sebelum ni aku tak pernah miss Subuh. Mesti akan bangun sendiri walau lewat mana pun aku tidur. Tapi kalau ada orang akan kejut, aku tak akan bangun sendiri. :p Itu pulak yang peliknya. Dah tau dah mumy akan kejut, so aku tak akan bangun sendiri punyalah. Unless kalau tak ada orang kejut dan tak ada sesapa pun yang bangun, aku akan bangun sendiri.

Then, lepas aku solat, mumy kejut Nabil. Nabil bangun and sembahyang Subuh. Bila mama tengok Nabil sembahyang Subuh, mama tengok anak bujang dia pulak. Last-last dia kejut kembar and cakap, "Oi! Bangun Subuh! Tengok, Nabil pun solat Subuh. Bangun cepat!" :p

Bila dah pukul 8, still tak ada siapa yang berani nak mandi. Haha... Sebab apa? Sebab air kat kampung bukan air paip biasa, tapi air bukit, air jeram! Sejuknya Masya-Allah! Dady sampai-sampai aje, dia cakap, "Apa ni? Tak mandi lagi? Busuk! Tengok, dady dah mandi dah..." Eleh, dady mandi kat Seremban 2. Memang lah... Tak sama tu. Dady tak aci! Akhirnya aku merasmikan mandi sunat pagi tu. Dady kata, "Tarik nafas dalam-dalam... Bersedia untuk menjerit kesejukan!" Hahaha... Dady cakap aje lebih. Mama pulak tak aci. Mama masak air panas untuk mandi. Alasannya, mama dah tua, tak boleh mandi air yang sejuknya melampau. Ceh! Wan dengan atuk elok aje mandi. Haha... :p

Then aku lah yang siap awal! Wah, bangga ni, patut congrats aku. :p Bila Kak Lang mandi, dady kata, "Tak cukup dua gayung aje ni." Memang lah tak cukup! Kak Lang pun cool je. Tak de terasa apa pun. Semua orang dah siap, kembar aje tak siap-siap lagi ni?! Adoi... Then kul 8.45 pergi masjid solat sunat Hari Raya. Tapi bukan aku yang pergi. Hehe... :p 

Lepas mama balik dari masjid, semua sibuk amik gambar dan duit raya. Alahai... Bestnye... Aku cakap dengan dady, "Selamat hari Raya... Sorry kalau akak buat salah." Then betapa cruel nye bila dady jawab, "Memang banyak pun dosa akak ni! Bukan sikit!" Hahaha...  Mama pun sama, "Sapa yang banyak dosa dengan mama ni cepat datang salam!!" Hahaha... Tak agak betul.












Second day raya

Aku terlepas Subuh lagi sekali. Huhu... Bangun lewat. Tapi tak lah lewat sangat. Kul 7.10 cam tu. That day aku tak pakai baju kurung. Rimas lah pulak. Coz nak kena jaga kain tu. :p Masa raya first tu pun aku pakai seluar kat dalam. So, tak jaga pun kain tu. Terangkat lantak la... :p Kalau berjalan pun, angkat kain tinggi-tinggi. Rimas betul. Padahal sebelum ni beriya nak pakai baju kurung.

Dan kebetulan baju aku dengan Kak Lang sama! Kembar tak seiras ni. Tapi sayang, tak amik gambar pun...!  Aku dengan Kak Lang pakai baju merah kotak-kotak. Dia pakai selendang hitam dengan pin reben warna merah, cute sangat! Tahun ni, aku rasa macam dah rapat sikit dengan Kak Lang dan mama. Tahun sebelum ni aku tak rapat dan aku tak reti pun nak borak dengan dorang. Yelah, budak lagi kan? Skang aku rasa, macam dah sealiran sikit dengan dorang.

Kak Lang fikir pakai baju sama macam aku, pun dapat duet raya sama macam aku agaknya kot? Hahaha... Tapi bila pergi beraya kat Galau, ada lah pulak abang tu kesian... Bagilah duet raya kat Kak Lang. Marah dia bila aku kata duet raya kesian... :p Masa pergi Galau, pakai dua kereta. Bila time nak pergi Kepis, cuma Pak Teh aje. Only satu kereta. Coz Pak Ngah kena balik awal, keje. Dia tak dapat cuti, tapi dapat shif petang. Aku ajak abang kembar ikut sekali pergi Kepis. Tak best lah kalau dia tak ikut, adik kembar aja yang ikut. Tak complete.

So, bersempit-sempitlah 4 orang kat belakang. Naqib duduk depan, Mak Teh pangku. :p Dia malu!! Aku pulak terhimpit kat hujung. Haha... Seksa tau! Kembar tu dua-dua bontot besar! Aku dengan Nabil kecik aje. Haha.... :D Pak Teh kata, sekejap aje... Tak jauh pun... Lagi 5 kilometer aje ni... Bila sampai kat satu simpang ada signboard. "Kepis 14 km." Mak datuk?! Yang lain semua dah tidur. Kembar siap boleh berdengkur lagi tu? Dorang tidur sambil menyengetkan badan ke arah mana?? Ke arah aku! Dah lah sempit! Korang tidur kat aku pulak tu. Aduh.... Semua dok tidur senget ke kanan. Tak ke naya aku ni dok menahan body weight semua orang?

Masa pergi Kepis, kita pergi sekali sama-sama dengan orang Galau. Orang Galau kalau beraya, konvoi habis. Tahun lepas aku dah cerita. Datang beraya sampai 5-6 kereta. Tapi skang dah tak macam tu. Kalau beraya dekat-dekat, semua berpecah-pecah. Unless kalau jauh, macam Kepis. Family kita orang ramai. Most of it family sebelah Wan. Wan ada 7 adik-beradik dan Wan yang bongsu. So, pergi Kepis ni adik-beradik Wan lah.... Galau pun sama. :p

Tapi bila sampai kat Kepis, orang Galau beraya kat rumah lain dulu. Kita pergi rumah Tok Anjang. Aku rasa aku macam ingat je rumah ni. Aku pernah datang sini dulu. Ini kali kedua aku datang kot. Dulu pun datang dengan Pak Teh. Wan Anjang yang sambut kita orang. Dia kenal aku. "Ini.... Ini anak Norhayati kan?? Uish, dah besar. Dah jadi anak dara dah!"

Bila aku pandang kat Wan tu kan, aku rasa sejuk hati. Rasa macam.... entah lah... Tapi macam ada satu perasaan timbul dalam hati ni. Kat sana, aku melantak rendang dia. Makan rendang je. Pastu sambil tengok tv. :p Haish... Buat macam rumah sendiri pulak! Bila nak solat Maghrib, berjemaah. Masa tu orang Galau dah sampai. Lepas tu ada atuk tu imamkan. Sebelum tu Pak Teh azan. Aku bagitau dia dah masuk waktu. Tv dah azan. Then Pak Teh pun azan. Alahai... Sedapnya Pak Teh azan. Then bisik kat kembar, "Haish... Tak boleh lah... Aku kena carik pakwe yang pandai azan ni!" :p Then adik kembar kata, "Aku pandai azan apa? Sedap tau aku azan." Hahaha... Dah tu tak kan kau nak jadi pakwe aku???

Then sibuk amik gambar sampai bateri low!








Raya ketiga

Rancangannya nak balik hari Jumaat. Tapi.... Something happened. Malam tu ribut. Angin kencang sangat Masya-Allah. Aku takut sangat-sangat. Terjaga aku dari tidur. Aku rasa bumbung rumah ni macam nak tercabut! Yelah, atap zink aje. Takut aku. Then aku nampak Mak Teh dok tengok luar. Dengar ceritanya Mak Teh nampak Moi kat luar. Kita orang bawka Moi sekali balik kampung sebab nanti tak de sapa nak aksi dia makan. Lagipun Moi pandai, dia tak berak kencing merata. Dia nak tanah aje. Then Mak Teh pulak dah terlalu biasa dengan kucing, dia panggil Moi masuk dalam rumah.

Yang aku pelik. Macam mana Moi boleh ada kat luar?? Tadi aku rasa Moi tidur kat kaki aku? Then mama kata dia terdengar Pak Teh azan. Orang kata, kalau ribut macam ni kena azan biar reda sikit. Dan memang lepas Pak Teh azan, angin ribut yang kali kedua tu tak sekuat yang pertama.

Dady kata ada sesuatu tu. Mesti sebab syaitan tengah travel ni. Dia travel ramai-ramai entah nak pergi mana. Syaitan kalau nak pergi Mekah berapa saat aje. Laju dia bergerak. Dia bergerak bawak angin. Agaknya sebab laju snagat sampai bawak ribut.

Tak pernah pulak aku dengar macam tu. Then pagi tu, ayah Khairul telefon. Tapi kat kampung kadang-kadang ada line, kadang-kadang tak ada. So line terputus. Then dady keluar carik signal. Rupanya ribut tu sampai ke Seremban 2. Habis khemah dady patah dan telur semua pecah. Dady kan keje pembekal telur. Then dady dah resah cecepat nak balik. So, pagi tu jugak cepat-cepat kemas barang dan balik Seremban 2. Alah... Aku tak puas raya lagi ni. :p Tak sempat pun nak lepak dengan Dek Na. Dek Na tu anak rumah sebelah. Itu lah satu-satunya geng aku yang perempuan. dia muda setahun dari aku, sebaya dengan kembar. Semalamnya cuma sempat pergi beraya, tapi lepak tak sempat. :p

Kalau tak dulu-dulu siap main lompat tikus, bercerita sini sana, pergi beraya sama-sama. Sekali dengan Shahrizal, adik dia. Ayie sebaya dengan aku tapi dia tu macam sombong. Dari dulu dia memang tak berapa ngam sangat dengan aku dan kembar. Masa raya rumah dia pun, dia macam tak pandang je kita orang. Tapi Dek Na, Baby dengan Shahrizal tersenyum-senyum. Masa mama nak kasi duet raya kat dorang, aku cakap, "Sapa nak duet raya beratur cepat!" Hahaha... Aku pun beratur sekali. :p

Tahun lepas aku dengan Dek Na dah segan nak berjalan raya. :p Kembar pulak dok paksa kita orang berjalan raya dari rumah ke rumah. Dulu budak lagi, boleh la... Skang dah besar, bak kata mumy, "Dah boleh jadi mak orang..." Aku berpakat dengan Dek Na, masa tu baru beraya kat satu rumah. "Dek Na, lepas ni kita balik lah... Kita balik senyap-senyap." "Haah, aku pun segan lah. Jom jom... Jangan bagitau kembar pulak." :p

Tapi dulu memang best. Dulu kita orang selalu lepak kat rumah Wan Alang lah, nenek Dek Na. Rumah dia bahagian depan tu kosong. Selalunya family dorang pakai tempat tu untuk solat jemaah. Tapi most of the time tempat tu kosong. Tempat tu lah tempat kita orang main. Kat situ ada satu lubang, and tempat tu lah yang jadi tempat kita orang main lompat tikus. Kalau kita orang tak de kat rumah, maksudnya kat sebelah lah tu. :p




***