Something To Say


TRUST... never trust someone 100%. coz, they're the one who will stab u at the back. trust them only 50% n keep another 50% for ur self so tht u will not cry on the next day.

You dont have to follow others to be popular and to be loved, because you are loved for what you are.

Nak masuk syurga, KENAL ALLAH SWT dulu.
Ibaratkan tetamu datang rumah. Kalau tuan rumah tak kenal tetamu tu, ingat dia nak bagi masuk ke???

If you feel you hate me, better if you just stay away from me. Don't be a hypocrite. Coz I'm being my own self. Thank you.


OH YA! PANDAI-PANDAI CARIK BUTANG FOLLOW KAT ATAS YERK!

Wednesday, December 26, 2012

Protect Yourself from those 'Eyes'




Assalamualaikum...

Yeah, cuti seminggu kat rumah menjadikan aku seorang yang sangat PEMALAS!! Hahaha... :P 

Ok, kali ni aku nak bagi tau semua orang apa yang aku tak puas hati. Sebab aku dah tengok 'benda' ni berlaku beberapa kali. It's an eyesore for me. Perempuan, perempuan.... Aku tau, tak senang nak jadi perempuan. Yeap, aku faham.... But that's not the reason untuk korang malukan perempuan yang lain. Aku tengok cara dorang ni berpakaian, aku yang jadi malu. As if orang lain yang dok tengok aku berpakaian macam tu.

Masa tunggu bas untuk pergi kelas, there's a girl lalu depan aku. Pakai tudung bawal. Dua-dua hujung tudung tu ditarik ke belakang. And guess what?? Pakai tudung, pakai skirt labuh, tp nampak cleavage. What shit is that??! Seriously?! Baju dia, curve yang sepatutnya kat neck, sangatlah rendah, sampai nampak cleavage dia, tambah pulak dengan tudung yang ditarik kebelakang. Bukannya nak labuhkan tudung tutup dada. Nampak sangat sengaja nak bagi orang tengok.

Tapi itu agak gila sebab DALAM UITM. Aku confirm, mesti ada yang tegur punya, especially polis bantuan dan lecturer sendiri. Aku betul-betul tak faham, what are you trying to show? Sebab dia pakai tudung. Oh, maybe sebab ada kelas CTU (Islamic Education) kot hari tu. So sebab tu lah pakai tudung. Tudung hanya sekadar fesyen. Ok... 


Tapi memang sedih la, disebabkan orang-orang macam ni, kita yang pakai tudung pun kena tempias. Tapi walau apa pun, aku percaya, "Hijab will protect you". Masa kat sekolah, standard la, sebab semua orang kena pakai uniform. Tapi bila dah keluar dari standard uniform, sejujurnya aku cakap, aku tak pernah kena kacau, kena sweet-sweet dan sebagainya. >.< And I just realized that. I am also amazed. Wow. Tak sangka aku baru sedar semua tu. 

One of my colleagues, complaint, "Kita tak pernah kena kacau dengan lelaki. Tapi bila kita jalan dengan Anis, mesti ada lelaki try mengorat dan usik-usik. Why? Am I not beautiful??" Aku senyum. Masa tu aku tak terfikir apa-apa pun. Sebab aku tengok dari cara dia berpakaian dan attitude, she is VERY plain. Tapi yang Anis tu, dia comel and outstanding berbanding orang lain. It's not about beauty semata-mata. Tapi sekarang, since I realized that Hijab protects women, kene sweet-sweet dengan lelaki, is not a thing to be proud of. It is certainly not a sign that you're beautiful. It is actually a VERY bad sign.

Kenapa bad?? Sebab itu menunjukkan lelaki berani dekat dan kacau. Tak mustahil kalau dia berani buat lebih dari tu. Especially bila dia tengah ramai dan kita ni pulak bersendirian. Aku selalu jalan sendiri. Tapi memang tak pernah kena kacau.

Sekarang dah second semester kat UiTM, aku pelik jugak, tak ada orang minat aku ke? Huhuhu... Aku tengok orang lain dah ada orang confess kat dorang. Aku tak ada sesiapa confess pun? Yeah, I am such an idiot. Macam mana aku boleh terfikir macam tu? Ada ataupun tidak orang minat aku, itu wallahualam. Tapi yang pasti kalau ada, mesti sebab tak berani dekat. Lagipun, kat Intec tak pernah pulak guys dari group lain 'CUBA' nak tegur aku. Tak pernah. Hanya classmate aku je yang tegur aku. Kalau ada yang tegur pun, secara tak sengaja sebab duduk berdekatan especially bila ada workshop atau test.

Dulu masa test Computer Literacy, row belakang aku semuanya lelaki. And I hated it. Aku rasa insecure duduk depan lelaki. Dah lah bising nak mampus! Then ada pulak mamat kelantan ni dengan loghat super duper pure tanya pasal 2 tempat sebalah aku. And dia pun duduk situ, tapi aku cakap dah awal-awal tempat tu tak ada meja, tapi dia tak kisah. Tiba-tiba pulak dia buat lawak bodoh. Aku jadi annoyed dengan dia dan buat bodoh. Hahaha... lantak dia lah. I just cant stand him. Apparently bcoz of his slang. :D Sorry, can't be helped.











Monday, September 24, 2012

My First Sem of Being A Teslian

Assalamualaikum

Hehe...Sihat? Sory dah lama tak post. :'( Busy tu... busy jugaklah. Tapi kalau ikutkan memang ada masa nak post blog. Just that.... tak de dorongan nak menulis. You get what I mean? :P Never mind, it's okay.

Tak sangka masa berlalu dengan sangat cepat. Sekarang tengah study leave. Next week final exam. Tak sangka first sem dah nak habis. There's so much things happened to me.

UiTM di hatiku


Seriously, university dengan sekolah langsung tak sama. I miss my school. Kat sekolah boleh join sports, boleh masuk pertandingan kawad kaki, ada masa lepak-lepak. Tapi kat Universiti, no way man. Maybe sebab aku Asasi kot. Asasi dengan Diploma kan tak sama. Asasi setahun, so dia akan crammed everything into two sems only. Kalau Diploma ada three years. Nisa pulak Asasi dua tahun. So, satu sem dia cuma ada empat subjek. Sedangkan aku ni ha?! Ada lapan subjek satu sem. Dan satu sem tu hanyalah 5 bulan! Tolak cuti, study leave dan exam, hanya ada empat bulan je! How come?

Itu satu. Lagi satu kat UiTM ni aku kena naik dua bas untuk pergi fakulti. My fakulti namanya INTEC. It stands for International Education Campus. First, kena naik bas dari kolej (hostel) Mawar ke Seksyen 2 (seksyen 2 adalah tempat di mana hampir smeua bas ada kat situ, so nak pergi mana-mana, cecahkanlah kaki anda ke seksyen 2 dulu untuk carik bas ke destinasi sepatutnya). Next, naik bas ke Intec. Rapid teruk betul! Berhenti jauh gila. We have to walk all the way to the main gate of Intec! Jauh tau. Kalau lewat untuk kelas, jangan harap nak naik Rapid atau nak tunggu bas free. Naik teksi jelah jawabnya.

Cara pembelajaran kat universiti. Hurm... very different from school. Banyak presentations. Lecturer just introduce the chapters je. Then dia bahagikan kita orang dalam kumpulan. For example macam subjek Reading. Satu kumpulan tiga orang. Setiap dua kumpulan present satu chapter. Next class, sape present chapter 1 get ready untuk ajar classmate anda! That's how things work in universiti. You teach your friends. Or maybe sebab kita orang fakulti Pendidikan? Hurm... possible jugak. You know what? I am really bad at speaking, presenting and explaining. Bila aku present, I tend to look at the slides and instead of presenting, I'm reading the slides! Sekali je, aku manage untuk present betul-betul. My second last presentation, subjek Islamic Education. Aku kena present my group's folio. Masa aku buat folio aku betul-betul memahami apa yang aku buat. So aku betul-betul faham, that's why aku boleh present dengan baik. Aku dapat 8.5 per 10 untuk presentation tu. :)

And you can be creative. Kat universiti tak ada halangan. Just let your creativity conquer the class. Ada classmate aku yang buat video, short drama, posters, present using drawing blocks, macam-macam lagi. Sporting sangat-sangat.

Next, I am sad to say this but kat sini pun aku tak ada kawan. I am a true Lone Ranger. Tapi waktu makan, aku tak pernah makan sorang-sorang. :( I really feel bad. Pernah sekali tu, aku rasa sunyi sangat-sangat. Aku cemburu dengan classmate aku. Dorang ni trios. They are so close to each other,macam adik-beradik. Rapat sangat-sangat. They hug each other, they lean on each other, they support each other and they care for each other when one of them had problems. 

Masa aku sakit lepas balik dari kem, tak de sapa pun kisah. Aku rasa memang aku sakit sejak malam pertama aku sampai kat Ampang Pecah. I got worse bila lepas aktiviti rafting. Berenang kat tasik and bla bla bla. Aku rasa air tu kotor. And I got affected. Aku jadi sesak nafas, for the second time, aku sesak nafas, cepat penat, rasa macam tak cukup udara, macam nak mati! Seriously, sejak bila aku ada lelah? Aku balik je kolej, aku letak beg, bukak tudung dan terus masuk dalam selimut dan tidur. Aku tau, Didie (roommate Kelantan, amik Law) perasan aku demam. Dia ada bagitau kawan-kawan yang lain, tapi dorang macam tak kisah je? Aku harap sangat salah seorang dari 6 orang kawan aku yang aku kenal masa orientasi ni offer untuk beli makanan, air mineral dengan panadol. Tapi dorang tak tanya pun. Last-last aku makan maggi sebab sumpah aku tak larat. Esoknya aku nak pergi kelas, aku lalu koperasi aku beli panadol.

Saat-saat tu sangat menyeksa batin aku. Aku tercungap-cungap nak ambik nafas. Jalan sikit, penat. Jalan sikit, penat. Aku demam lama sangat masa tu. Yeah, nobody cares. Ada yang amik peduli. Tapi apa yang dorang buat? Just tanya, "You okay?". Of course I am not okay!! Kenapa aku susah sangat nak dapat kawan yang betul-betul boleh jaga aku? Sedangkan aku jaga Ijeen masa dia demam. Aku betul-betul jaga dia. Sampai semua 6 orang kawan aku kata aku macam kakak. Masa Didie demam, aku jugak yang beriya carik ubat untuk dia. Yang lain tak nak turun koperasi sebab malas pakai tudung, tukar baju. But still... kenapa tak orang amik kisah apa yang aku buat. I am so fed up with all of these.

So, I came out with these words.
I don't want people to help me. But I will help whoever that needs me. I don't need others to help me. I want to be independent. Kalau terdesak baru aku terima pertolongan orang lain. Fullstop.

Tak ada siapa pun yang mampu survive kat universiti tanpa kawan unless kalau dia macam aku, boleh hidup sorang-sorang. Aku ada beberapa classmate yang lone ranger. Gerak semuanya sorang-sorang. Tak mati kalau tak ada kawan. Tak mati kalau tak ada kekasih. Yang penting Allah SWT sentiasa ada dalam hati. Kita akan mati kalau dia tak ada.






-the end-


Monday, May 14, 2012

Impian Tercapai >.< (UiTM)

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh

Yeay~ Finally dapat jugak masuk Universiti... Hehehe... Aku fikir tak dapat. Sob sob. Sebab dulu ada interview TESL. HANCUS!! Tergagap-gagap aku. Tapi Alhamdulillah... Dapat jugak Asasi TESL. Kat Seksyen 17, Shah Alam. Wah... Tak lama lagi jadi budak U aku ni. Hehe... Cepat je masa berlalu. Dulu masih budak hingusan, budak yang lurus bendul. Ikut je apa orang cakap. Then jadi kera sumbang start form 4. Huhu... Itu dah pandai menilai orang. 

Masa aku form 5, tak de kawan pun. Most of the time sensorang. Tiba-tiba time amik result yang agak gempak jugak lah bagi diri aku sendiri, tiba-tiba je ramai yang senyum sokmo ngan aku dan tiba-tiba je jadi MESRA. Hipokrit sungguh dunia ni. Grrrr.... Aku bengang betul dengan orang jenis macam ni. Entah lah. Geram sangat. Ok, baran aku dah sampai. Huhu. Better stop.

Surprisingly, Nisa tak dapat Matrik tapi dapat UIA. :) Tapi ok lah tu. Shira pun dapat UIA. Dan... Amir, pun dapat UiTM sama cam aku. Terkejut tau. Wow... Hebatlah, tercapai impian dia nak masuk UiTM jugak. Hehehe... Ok lah tu, sebab dia pun 5A.

Mumy dah beli baju kurung 7 pasang. Purple, black, white, grey dan baju batik pulak pink, blue and orange (fav colour Zhaf :P). Tapi tak cakap pun ngan dia pasal tu. Confirm dia ketawakan aku. What? It's very nice, colour baju tu cantik. Beli kain kat Nagoya dan suruh orang jahit. Aku tak biasa pakai baju kurung ready-made sebab ade je yang tak kena. Rendah sangat (baju sampai bawah lutut), tinggi sangat (baju singkat, lebih tinggi dari lutut aku), lengan pendek (aku cukup benci lengan pendek) dan kain macam nak terkoyak bila jalan sebab langkah aku agak besar (aku suka jalan laju).

Then beli toiletries, hanger, towel baru, dan semua stuff yang selalunya bakal student prepare. Sumber kewangan? Daripada my grandmother yang stay kat Michigan, Canada. Helen Runge. Dia bagi 4000 us dollar. So, after converting, dapat lah around RM 6000+. Mumy sebenarnya nak beli 10 pasang baju kurung. But for me, 7 is enough. Lagipun pakai untuk weekdays je kan? 5 ok lah. Aku tak nak bazir. Duit yang selebihnya boleh tanggung makan minum untuk first second month kat sana. Or maybe... boleh pakai untuk other useful things (important things).

Lately, aku tak boleh tidur. Aku masuk daftar lambar lagi, 2/6. Tapi aku dah start nervous. Selesema pun satu sebab aku tak boleh tidur. Hari tu, lepak dengan Nisa kat City Park, dia kata, dia pun tak boleh nak tidur. Hurm... Perasaan aku bercampur baur. Aku resah, sedih, sayu, cuak, dan excited nak masuk UiTM. Sejak tak boleh tidur, aku jadi sensitif sangat. Tak boleh orang tegur, mesti meleleh air mata. Kena pulak time tu Nabil buat perangai. Mengamuk aku jadiknya.

Yang sedihnya, yang paling touching gila tu...

Dari dalam bilik, aku dengar mumy jerit-jerit, marah-marah. Aku pun keluar dari bilik. Apahal pulak ni? Mumy dok merungut pasal adik-adik aku yang sibuk dengan komputer sampai gaduh-gaduh. Aku suruh Nabil ketepi, aku nak off komputer dan letak password. Mak aih, bengang pulak aku. Sebab apa? Sebab aku tekan butang off, komp tengah restart. Tapi ada window pop-up tulis, "there's a file running. force restart?". Lebih kurang cam tu lah, then Nabil tekan cancel. Aku pun terus tutup power point. Blank terus. Amik kau! Tapi dia tak berganjak.

Bila dia fed-up, dia bangun dari tempat duduk dan blah. Aku pun tekan butang on. Tiba-tiba Nabil datang balik dan tutup power point. Grrrr!!!!! Then dia lalu kat sebelah aku sambil bagi bisikan pedas lagi menyakitkan. "Babi, bangang akak ni!". Pastu dia jentik kepala aku. OI! AKU CUKUP PANTANG ORANG MAIN KEPALA AKU. Tapi waktu tu, seriously, I dont feel anything but pain at the spot where he hits. Pain dalam hati, langsung tak ada. Aku rasa, macam agak tenang and I'm not even fighting. Urgh! Of course I didnt fight back. Since when pulak aku fight balik segala apa yang dia buat pada aku? He's grown up! Apa daya aku nak lawan dia. Aku pompuan! Aku lemah! Aku lembik!

Tapi sampai skang aku masih terasa kawasan dia jentik tu. Aku tersinggung. Sangat-sangat tersinggung. Sejak aku berhenti kerja, aku drive adik-adik aku pergi skola. Malas jugaklah nak bangun pagi and panaskan enjin selama 10 minit (maklumlah, kete lama, kete buruk jew, tapi still bersyukur ada vehicle on my own). Sebab kalau tak panaskan enjin, confirm dia akan mati enjin kat simpang. I hate that moment. Line tengah clear, tiba-tiba mati enjin. By the time aku start enjin balik, jalan dah tak clear.

Aku cuba rapatklan diri dengan adik-adik aku. Make jokes, usik mengusik, share stories... Tapi... Rasanya macam aku syok sendiri. T.T Sedih aku. Aku rasa macam tak diperlukan. Macam kehadiran aku ni, menyusahkan dorang. Dah lah tak keje. Aku rasa, dorang macam nak aku cepat-cepat blah pergi U. So that tak payah nampak muka aku lagi. That's what they want. Aku sedih, sayu, sampai tak leh tidur. Ini pun salah satu sebab aku susah nak lelap. Selama 2, 3 hari aku tak leh tidur, aku asyik nangis je. Bengkak mata aku.

Until now, aku kecewa. Betapa mencabarnya kalau ada adik lelaki yang tengah membesar dan rebellious. Kadang-kadang bila dia naik angin, aku takut. Sebab dia berani buat apa sahaja untuk lepaskan kemarahan dia. Dia akan pukul, tendang dan campak apa sahaja yang tercapai. Lagi teruk bila dady tak selalu ada kat rumah untuk tegur dia, untuk pantau dia. Dia hanya takut dengan dady. That's why we need a father in a family. To teach their children about discipline.

Ok, back to the story. Last-last aku tak dapat nak bukak komp. Sebab every time aku tekan butang on, Nabil tutup power point. Dia duduk kat situ. Kalau aku on power point, aku tekan button on, dia akan tutup balik power point dan terus cabut plug. Aku fed-up. Ini betul-betul uji kesabaran aku.

Aku - Esok masa awak pergi skolah, akak letak lah password.
Nabil - Ni bukan komp akak. Bajet nak letak password. Ni komp abang dengan adik.
Aku - No, it's not yours. Ini dady punya.
Nabil - Akak tak ada hak nak letak password.

Aku blah masuk bilik. Bila semua dah tidur, aku letak password. Rupanya dia dah letak password dulu. Then aku dapat idea bernas. Agak bernas jugak lah. Every time dady habis kerja, lepas makan dan mandi, dady akan lepak depan komp dulu before he went to bed. So, aku restart komp, biarkan dia on stand-by. Then aku masuk tidur. As usual, aku tak boleh tidur. Bila dady balik kerja, aku pura-pura tidur. Aku dengar dady panggil nama aku sebaik aja dia bukak pintu bilik aku. Tapi aku buat bodo. Then dady duduk kat birai katil kejut aku perlahan dan lembut. "Kak, apa password komp?".

Yes! This is the time!! "Entah, bukan akak yang letak. Abang yang letak. Tadi mumy bising-bising. Akak nak letak password, dia asyik on off komp. Akak nak letak password esok, tapi dia letak dulu.". Then jelas dari keluhan dady, dady tak suka cerita yang aku storykan tu. Terus dia keluar dari bilik aku. Confirm dia pergi tanya Nabil password. Tiba-tiba, aku dengar macam bunyi orang nangis, macam suara Nabil. Nangis teresak-esak. Aku dah tak sedap hati. Ish, dady marah Nabil ke??? Apa aku dah buat ni? Tapi aku terus tutup telinga and go to sleep. :'(

Pagi tu, dady kata, "Kak, password macam biasa. Dady dah tukar. Lain kali kalau dia buat perangai, just give me a call.". A call is not enough. Dia tak takut. Unless kalau dady ada depan mata. It's useless kalau call pun. I know it wont work.

I just hope he will change one day dan mengharapkan, mendoakan dia diberi hidayah oleh Allah SWT. Hopefully semua kesalahan yang dia buat, akan jadikan dia a better person in future. Orang kata, tangisan orang bertaubat lebih disukai Allah SWT daripada ibadah yang dilakukan oleh seseorang yang tak pernah berbuat dosa besar. Erm... Something like that maybe? Not so sure. Sorry. Lebih kuranglah.

Aku harap semuanya berjalan lancar walaupun adik-adik aku lagi suka aku berambus dari rumah. Aku takut nak pergi U. Aku tak pernah berjauhan dengan family. Paling lama 3 hari sebab camping. Huhuhu... Mumy dah start packing baju aku. Aku dah takut + cuak + gelisah. Kenapa packing awal sangat??? Doakan aku dapat roommate yang comel-comel dan baik. Heehe... Hopefully boleh ngam dan satu kepala dengan aku. :)







*************

Tuesday, April 17, 2012

Simplify lah Sangat kan.. ?? XP

Assalamualaikum ~  >.<

Lama tak update nieh... :'( Sedikit busy sebab dah start kerja Petronas, but now since dah tak kerja dah... bolehlah aku continue berblogging. Blog-walking pun dah lama tak buat. 

Lately, banyak benda dah berlaku kat aku, biar aku simplify habis.

1. Result SPM > Gila ah! Aku dapat 9A! Korang percaya tak? Hahah... Aku tak percaya. Sampai skang bila tengok slip SPM tu, aku rasa macam bukan aku punya. Aku rasa macam tak layak terima sebab aku tak de lah hardworking sangat pun. Apa-apapun, Alhamdulillah sangat-sangat. :)

2. Aku kerja kat Petronas jaga pam minyak (tolong isi minyak orang, best tau! :P) dan ada sorang customer bawak Mini Cooper tanya result SPM aku. Then dia terus hadiahkan RM 100 kat aku. Hahaha... Zharif kata, "Entah-entah dia bagi duet lepas tu nanti dia nak awak kawen dengan anak dia...". Hahaha... Apa salahnya kan? :P

3. Masa kerja kat Petronas, aku dikirakan antara best staff tau! Sampai Cik Sue (manager) pilih aku untuk buat Code-I kat Petronas lain. Sebab aku antara yang paling baik buat Code-I. Mudah je. Aku kerja kat Petronas memang ikhlas habis. Aku seronok sangat kerja kat sana. Bila ikhlas, kerja jadi seronok dan mudah. Buat apa pun semuanya best. (Code-I tu ucap selamat datang, terima kasih datang lagi dan bagi hormat plus sweet smile). Bila aku nak berhenti, En. Din (assistant manager) rasa sayang sangat nak lepaskan aku. Nak buat macam mana, aku dah tak tahan dengan perangai Supervisor I.

4. Malam Selasa (3 April), En Din tak sihat (demam) jadi dia balik awal. So, tak ada siapa pun nak peduli time solat dan time rehat aku. Especially Maghrib. Aku shif malam masa tu. Sepatutnya rehat kul 8 or 9 malam. Tapi sampai kul 10 pun tak ada yang bagi rehat. Aku dengan akak Sheera (sama-sama jaga cashier malam tu) cakap dengan En Zainal, "Kita orang lapar, tak rehat lagi.". Dia balas, "Aku peduli apa? Pikir kau sorang lapar?". Bagi aku, dia kurang ajar. "Kalau macam ni lah, baik saya berhenti je kak, saya kerja suka-suka. Kalau sakit hati kena dera macam ni, baik saya berhenti.". Aku cakap cam tu dengan kak Sheera. Last-last, En Izwan (Supervisor II) bagi rehat kat aku kul 11 malam. Habis rehat kul 11.45 malam. Balik kerja kul 12. Pergh! Gila kejam! Masa rehat, aku nak sembahyang Isyak. Surau dah pun dikunci. Aku tak suka bila sampai rumah baru nak sembahyang. Kalau aku mati masa drive tiba-tiba accident sapa nak jawab? Grrr... 

Last-last aku tak masuk kerja, tak punch card sampai kul 12. Aku duduk dalam kereta call Zharif. Aku tau, dia dah tidur. Tapi aku tak tahan... Aku nak luah kat someone. Dia buat aku gelak. Dalam masa yang masa, air mata aku tumpah. Menangis sambil ketawa. Hebat tak aku. Rasanya dah lama gila aku tak menangis se'heavy' tu. Actually, macam-macam lagi yang En Zainal buat. Perangai dia teruk sangat-sangat. Dia fikir dia Supervisor dah bagus sangat lah? Alah, gaji dia beza aku seratus dua jew. Kalau aku kerja lama sikit kat sana, pun boleh jadi supervisor jugak. Pirahh, tak heranlah aku.

Zharif tau, something is wrong. Aku cakap je lah aku selesema teruk. Padahal nangis. Dia memang bomoh betul. Dia ni macam tau je aku tengah nangis, tapi aku ketawa sungguh-sungguh so that dia yakin aku memang ok. :P But it doesnt work. Bila dia cakap, "Awak, saya rasa lainlah. Kenapa dengan awak ni?". Masa tu, memang nangis habis lah. Tapi still tahan. Kalau rasa macam nak meraung sikit tu, aku mute je (dia tak kan boleh dengar apa-apa bunyi dari belah aku, hebat lah phone aku. hahaha). Then ada mesej dari mumy, "Nape tak balik makan ni? Janganlah kerja sampai tak take care of your own body. Nanti bising dady. Mumy pun tak jumpa akak ni. Tak ingat dah ke?". Banjir terus, tersedu-sedu aku nangis. En Zainal, kejam! 

Then, Zharif kata, nanti dia call balik, sebab aku baru tersedar. "Eh! Awak! Ni belum pukul 12 malam lagi. Kredit saya jalan bila call awak ni...". "Oh, ya lah... Tak pe, biar saya call awak.". Then aku hantar mesej panjang lebar pasal En Zainal. Cara dia layan staff, mulut dia yang kurang ajar, dan macam-macam lagilah. Pastu second mesej, kene mintak maaf sebab bagi mesej panjang sangat. Aku tau, orang lelaki memang tak suka baca benda panjang-panjang. Haha. Then aku call dia, aku dapat agak dia lupa lagi yang airtime dia dah expired. "Awak..... Sory, saya terlupa saya tak de kredit.". Buat lawak cekodok aje dia ni. "Ha... Tengok, saya kan bomoh... Awak tak nak percaya. Dah, jangan sedih-sedih lagi." :')

Dan... En Izwan datang ketuk pintu kereta aku. Masa tu rasa cam sejuk-sejuk panas, macam nak demam pun ada. Plus sakit perut, masuk angin sebab dari tengah hari tak makan. "Nadia, masuk dalam dulu ea, En Din ada kat dalam. Masuk dalam bincang dengan En Din. Janganlah macam ni. Nadia masuk bincang dengan En Din ye. Janganlah nak berhenti mendadak."

Aku tarik nafas dalam-dalam. Ish, aku ni dah macam menyusahkan En Din pulak. Dah la dia demam, bila ada staff buat masalah macam aku ni, dia terpaksa datang. Dua kali En Izwan datang check aku, sebab aku lama sangat. Aku tengah kesat segala air mata, dok tahan sendu aku. Serius, dah lama tak nangis. Sesekali bila nangis, rasa lega sangat. Hati rasa less pressure. Zharif still on phone. Aku pun just suruh dia masuk tidur. Tapi dia nak aku call balik bila dah sampai rumah. Okay, okay.

Bincang-bincang dengan En Din. Dia suruh aku datang esok. Tapi En Din tak ada, dia MC esok. Padahal dialah penyelamat aku. :'( Esoknya aku bangun tido kul 1 petang. Hahaha... Bangun je, terus call Zharif. Patut atau tak aku pergi kerja??? Bagusnya Zharif ni, dia memang helpful gila bab-bab macam ni. Bila aku perlukan sokongan dan pendapat dia, dia memang hebat. Dalam masa yang sama aku test dia. Aku bagi dia buat pilihan untuk aku. Tapi dia tak pilih untuk aku. Dia buat EXACTLY macam apa yang daddy kata. List out the good and bad, pros and cons. Then choose which one is the best, then go for it. Dia suruh aku nyatakan, kalau aku pergi kerja, apa akan jadi. Kalau tak pergi kerja apa akan jadi. Pastu dia suruh aku pilih keputusan aku sendiri. Itu jugak yang aku belajar masa jadi Pembimbing Rakan Sebaya. Gila hebat Zharif ni. :P Tak sangka. Aku ingat dia akan buat keputusan untuk aku. Last-last aku pergi jugak.

And that was the baddest day ever! Aku rasa tak bersemangat langsung nak kerja. Ya Allah! Susahnya nak senyum kat customer masa tengah sedih macam ni. Tapi itulah nilai yang paling berharga yang aku belajar masa kerja kat Petronas. Smile, even though tengah ada masalah. Dan itulah hari terakhir aku kerja. :) Masa sembahyang, ada jugak lah setengah jam aku duduk lepak dalam surau. Masa rehat, aku masuk lambat. Masuk kerja pun lewat 15 minit. Kalau En Zainal nak bising, aku akan lawan balik. Tapi malangnya, dia tak bising pulak. Teringin sangat nak dia marah aku, then aku akan jawab dia balik. Nak rasa, macam mana tengking dia balik, bagi dia terdiam. Tapi Allah SWT selamatkan aku dari dosa tu. :P

5. Lepas berhenti kerja, aku ajak Aten kuar lepak makan-makan. Aku belanja dia, nak perabiskan duet Mini Cooper tu. Hehehe... Tapi pakai dalam lingkungan RM 30 jew. Yang lain duet minyak Kancil, topup dan belanja adik-adik tersayang. ;) Rugi sapa yang tak jadi adik aku. Hahaha... Masa tu, borak-borak cerita paling latest. Then susulan dari itu, aku suggest kat dia, jom belajar bawak manual kat saya? :P Hari tu, aku ajar dia, ok jugak. Cepat pickup. Aku masa belajar dulu, masyaAllah, lembap gila nak tangkap. Hahaha... Tak sampai 2 jam, dia dah boleh bawak, main gear. Itu baru sekali ajar. :P

6. Lepas berhenti kerja, kebetulan Aizat cuti seminggu. Dia ajak lepak hari Ahad. Pakai celcom. Aku ingat itu nombor Aten. Dia ajak pergi Jusco. Uish, aku dah pokai, aku gitau dia. "Dah pokai lah, semalam belanja awak, hari tu belanja adik-adik lagi...". Then aku check kat received call punya list. Eh eh!! Nombor tak sama! It's just that dua-dua pakai celcom dan dua-dua aku tak save. Then cepat-cepat hantar mesej, "Eh, ini Fatin kan?". Rupanya Aizat, bukannya nak bagi intro! Grrr... Then hari Selasa, jumpa kat City Park. Tak ada duet keluar... :P Pastu dia belanja tutti frutti tapi tak jadi, last-last pegi Jusco jew... :P Lepak dengan dia, selagi dia masih ada cuti. Aku pun bukannya kerja. :D Dalam masa seminggu lepas berhenti kerja, memang terasa masa tu terisi je. Tak rasa bosan pun, sebab tiba-tiba ada ramai kawan nak hangout. Nisa lagi... Budak kawad kat sekolah lagi... 

7. Hari Ahad lepas, aku pergi interview Asasi TESL kat UiTM Lendu, Alor Gajah, Melaka. Hehehe... Afiqah, Nadiah Suhaimi dan Fares (pakwe Aten) pun dapat jugak. Afiqah hari Isnin. Semalamlah kiranya. Aku nampak Fares masa lepas hantar ujian bertulis. Dia nampak macam blur and alone. Hehe, tapi tak sempat nak tegur pun sebab mumy terus bawak aku ke tempat interview. Aku nombor 12 untuk sesi pagi. Nad (Nadiah Suhaimi) sesi petang. Tak sangka dia pun ada interview jugak. Aku jumpa kenalan masa kat Cott kat situ. Sama-sama buat QTI dulu. Hehehe... Aku pandang semua orang kat situ, wah... Kalau aku dapat Asasi ni, inilah kawan-kawan seperjuangan aku. :) Walaupun baru jumpa, semuanya dah jadi macam kawan dah. :P Tiba-tiba lepas orang kedua, interviewer tu panggil nama aku! Oh tidak! Aku tak ready lagi! Onthe way masuk bilik tu, budak MRSM duduk kat kerusi berhampiran pintu bisik "Gud Luck". Wah, thank you so much! Dan... Alhamdulillah lepas dengan aman. Hehe.


serius tak percaya ni result aku. :') menangis kegembiraan masa tu

p/s : apa-apapun, menangis ada kelebihan tau! sesekali nangis macam atas nombor 4 pun bagus jugak. :P

Friday, March 2, 2012

~ 1, 2, 3, 4, 5 ~

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh... :D


1. Zharif


Aku honest dengan dia. Aku bagitau dia, "Kita bukan pasangan couple tau.". And... aku explain kenapa aku cakap macam tu. Malangnya, line Internet aku tak berapa nak ok malam tu. Aku rasa, dia tak berapa nak agree. Atau maybe, dia just kata "Ok, tak apa. Saya faham." semata-mata nak sedapkan hati aku. Ada jugak kemungkinan dia betul-betul faham... Yela... Aku dah mintak kat Allah SWT supaya temukan semula aku dengan dia. Sekarang Allah SWT dah makbulkan. Tak kan aku nak buat benda yang Allah larang? Couple. 

Itu satu. Second, dia masih tak sure yang aku ni betul-betul Nadia Nathasha. Huh??? How come? Sedih jugak aku dengar. Haih... Aku tak tahu nak buat apa. Perangai Zharif ni kadang-kadang buat aku putus asa dengan dia. Sekali lagi, dia main tarik tali dengan aku. Dia mintak gambar so that dia boleh confirmkan. Hurm... Gambar? Aku pun agree nak kasi. Tapi bila time nak bagi, aku segan lah. Huhu... Malu pulak rasanya nak bagi dia tengok muka aku yang comel ni.. Haha... Eh? Dia yang kata... 2 tahun lepas... :P Bukan aku prasan comel. Dia sendiri yang cakap. Haha...

Skang dia dekat tanah suci Mekah. :) Buat umrah. Hari ni hari ke-6 dia kat sana. Macam manalah agaknya suasana kat sana kan? Lagi-lagi kalau buat haji, berpuasa dan sambut raya kat sana. Mesti meriah.. Hehe... Apalah agaknya yang dia tengah buat kan? Hurm... Tak dapat bayangkan. Tibe-tibe terasa macam nak bukak balik buku agama form 4 pasal Lambaian Kaabah. Selalu confuse haji dengan umrah. Nanti 10 Mac baru dia balik sini balik. :) 

Aku tunggu dia, nak tahu keadaan sebenar. Aku nak dia betul-betul faham apa yang aku maksudkan. Ye, aku tak nak couple, tapi bukan bermaksud aku nak berpisah dengan dia. Baik tak yah carik dia kan? Bagi aku, biarlah perasaan yang mengikat kita orang. Bukan istilah atau gelaran COUPLE yang mengikat kita orang. Bila aku dengan dia, aku jadi diri aku sendiri. Aku tak hipokrit. Aku tak pura-pura. Aku tak payah nak sembunyi apa-apa. Tapi bila aku dengan Shah... Aku terasa betapa bangangnya aku ni. Kenapa mesti jadi orang lain. Aku perasan, bila dengan Shah aku jadi baik sangat-sangat. Kalau marah pun, bila jumpa dia, borak ngan dia, perasaan marah tu hilang. Hipokritnya aku! Jadi malaikat terus ngan dia.


Aku rasa dia mesti tak percaya aku ni panas baran. Sebab aku tak pernah pun tunjuk kat dia. Er... Yelah, setakat yang aku ingat, memang tak pernah. Zharif pun tak tau, sebab perkenalan kita orang terlalu singkat. Tapi dia boleh baca aku... "Awak ni garang sikit orangnya, kan....?". Hahaha... Sikit?? Banyak kot. Garang? That's not the exact word ok. Cakap je lah hot-tempered. Tak yah nak sopan sangat... :)


2. Amirul Akram

Sebelum ni, aku ada post pasal dia. Dia budak tusyen yang dok usha aku. Betullah nama dia Akram. Bukan Akmal. Aku yang salah orang, sebab ada jugak nama Akmal dalam kelas dia. Walaupun jumpa dia hanya sekali seminggu, tapi itu dah cukup buat aku rasa annoying gila!! Geram je aku dengan mamat ni. Hari tu, dia paksa aku add dia sebagai fren kat FB. Sebab masa tu Cikgu Redha (cikgu agar Physics dengan Chemistry malam tu kat budak-budak SPM) bagi break kat dorang, aku tengah syok layan FB. Aku dengar dorang bising-bising keluar kelas. Cikgu Redha pergi solat Isyak dulu. Cikgu tu solat lama jugak la... So, dorang lepak kat kaunter.

Dia dah tahu dah aku ni pangkat kakak. Dia tanya bufday aku. And umur. Aku masih lagi 17. Hahaha... Belum bufday, so belum lagi 18 tahun. Hehehe... Gitu pulak.. Semuanya nak muda punya pasal. Lepas tu, phone bunyi untuk loceng, aku pun tutup alarm untuk loceng 9.15 malam. Then budak tu nampak. "Fuyooo... Phone baru...". Tak perasan bila dia sambar phone aku tu. Sebab ada budak duk hulur RM 200. Bukan nak kasi aku... Tapi nak bayar yuran.. Haha... Then aku tak perasan lagi... Tibe-tibe je dia cakap, "Mak oi... DiGi!". Aku terkejut. Oh tidak... Memang annoying gila mamat ni...!!! Sabar je lah...

Aku handle budak Afiq ni... Tulis resit untuk dia. Dia budak Kepayang. Aku cam muka dia. Tapi tak tahu nama. :) Then Si Akram sibuk nak amik gambar aku pakai phone aku... Ish! Aku buat bodoh je la... Teruskan kerja menulis resit dan cop apa yang patut. Dah bagi resit, kena cop kat kad kedatangan dia, yang dia dah bayar yuran bulan 3. Tiba-tiba Akram masuk bahagian kaunter suruh kawan dia amik gambar aku dengan dia. Eh eh? Aku dah cuak. Mana boleh amik gambar?!! Berdua pulak tu dengan dia!! Tak boleh! Kau bukan suami aku!!

Tapi lega jugak lah bila kawan dia kata, "Aku tak nak masuk campur hal kau dengan akak ni...". Haih... Thank you so much lah!!! Aku pun nak cop kad Afiq... Eh, mana pulak perginya cop "Bayar" ni?? 

"Afiq, kau amik gambar aku dengan dia." - Akram.
"Kau nak ni ke??" - Akram. Dia tunjuk cop tu... Aku nak amik tapi dia jauhkan dari aku.
"Amik gambar dulu..." - Akram. Kurang hasam kau ni!

Aku tak nak lebih-lebih. Cukuplah sekali aku try nak capai cop tu kat dia. Kang silap hari bulan aku salah imbang badan, jatuh... atas dia??? Gila!! Ah! Stop fikir yang bukan-bukan...! Stop stop... Gelinya aku...! Mentang-mentanglah dia tinggi... dia besar... Memang tak patut. Dia suruh Afiq amik gambar. Ok, ini melampau.

"Ish, tepilah!! Aku tak nak amik gambar dengan kau. Mana boleh amik gambar dua orang!!!!" - Aku. Aku tolak tangan dia yang nak kasi penumbuk kat aku (posing nak amik gambar) dengan kalkulator. Huh... Apalah nasib aku. Aku tak leh keluar. Dia halang jalan keluar. Aku tak tau nak buat apa. Aku carik Cikgu Redha. Dia lah penyelamat aku. Huhu... Mana pergi Cikgu Redha ni... Tolonglah aku... Mamat ni tak faham bahasa. Mamat ni langsung tak respect aku sebagai perempuan. Tapi malangnya Cikgu Redha tengah sembahyang Isyak... Aku harap sangat dia cepat-cepat muncul and tarik telinga si Akram ni sekali lagi.

Sampai hati Cikgu Redha tak muncul-muncul... Budak lain tak ada pun nak back-up aku. Aku rasa takut yang amat kot. Budak SPM memang ramai budak lelaki. Budak SPM ada 24 pelajar. Cuma 5 orang je budak perempuan. Bila break time, budak perempuan duduk je dalam kelas. Budak-budak lelaki yang sibuk dok lepak kat kaunter. Sekali lagi aku rasa terhina. Aku duduk and.... frust gila.. Aku tutup muka. And, aku pun tak ingat apa jadi lepas tu. Akram... Akram... Kenapalah kau buat aku macam ni. Aku cuak sebab aku tak pernah dekat macam tu dengan lelaki ok. Aku tak pernah. Kau memang.... argh... rasa macam nak mencarut aje. Hati aku tak tenang. Aku rasa berdosa sepanjang malam.

Aku tak tahu macam mana Akram boleh mengalah and keluar dari kaunter. Yang pasti, lepas dia keluar... phone masih lagi kat tangan dia. Aku continue buat kerja 'kerani' aku. Lepas dah habis buat kerja aku, aku berdiri and mintak phone dekat dia.

"Amik gambar la... Kan manis tu... Cute! Eh, ada bluetooth tak? Bluetooth lah gambar ni..." - Akram.

Aku dah tak larat nak layan dia. Aku buat muka tak beriak and tak bergerak dari posing bagi-balik-telefon-aku tu.

"Kau jangan cabar kesabaran aku. Kau jangan buat aku naik angin." - Aku.
"Ala... Rilek la.. Um... Ok ok... Nah..." - Akram.

Aku betul-betul tak tahan dengan perangai dia. What a bad Sunday!!


3. Roy B

Semalam... dan sejak kebelakangan ni aku selalu online dengan Roy B sampai lewat malam. Sampai pukul 2-3 pagi. Hurm... Entah lah... Ini da kali kedua. Selalunya, aku akan chow dulu. Sebab tak tahan ngantuk. Dia tu memang lah! Burung hantu. Selalunya, kul 1 pagi, aku dah mintak nak out. Mata memang tak tahan. Dah lah keje keesokkannya... Tapi lately ni, aku ber-YM dengan dia sampai dia yang kata, "Awak, saya nak out... Ngantuklah...". Itulah first time aku dengar dia kata mengantuk. Hahaha... 

Aku bagi tahu dia pasal budak Akram tu. Tau tak dia cakap apa???? Geram je aku. Haha...

"Saya tak faham lah perempuan ni. Tak suka tapi layan jugak. Janganlah layan."

Eh? Sekejap, sekejap. Aku layan dia ek? Huhuhu... Seriously, aku tak tau macam mana nak handle situasi tu. Aku tak tau, macam mana yang patut aku react.

"Saya layan dia acuh tak acuh. Ok lah tu. Tak kan dia tak faham-faham saya tak suka??" - Aku
"Mana lagi bagus? Layan acuh tak acuh ke... atau tak layan langsung?? Acuh tak acuh tu layan jugak lah tu..." - Roy B

Yeah, dia ada point kat situ. Betul jugak dia cakap tu. Tapi kalau aku tak layan mamat tu... nanti... Dia akan panggil aku sampai aku layan dia! Kang kecoh pulak dengan semua orang. Lepas tu nak touching lah kononnya. Aku tak suka publisiti macam tu. And, aku tak pernah suka publisiti.

"Tapi kan... Manusia zaman skang ni kita tak leh nak predict. Kalau saya tak layan dia... Macam mana kalau dia tu psiko?? Kan susah tu?? >.< " - Aku.
"Hahahaha...." - Roy B.

Ok, tutup cerita pasal Akram. Satu hari tu, dia janji nak online pukul 7. Aku kata, baik tak payah. Nanti kang nak solat lagi... Kul 8 lah senang cerita. Ok, pukul 8 kita orang janji nak online balik. Tunggu-punya tunggu... Dia online pukul 9 malam. Sebab masa tu pun, aku tak buat apa-apa sangat. Belek profile FB and blog-walking sambil YM biar terpasang. Tiba-tiba dia online cakap sorry.

Alasannya... Dia mengemas rumah! Dia penat sangat-sangat dan tertidur. Aku confirm dia terlajak Maghrib. Memang sah pun bila dia tersengih-sengih. Haih...

Dia komplen yang dia penat sangat. Ha.... Baru tau apa mak kita semua dok buat setiap hari... Itu pun, kita ni asyik dok merungut breakfast tak sedia atas meja, duit tak cukup, malas nak tolong mak and bla bla bla.

"Ha, baru awak tau macam mana penatnya mak awak kemas rumah. Baru awak tau, susahnya orang pompuan nak buat keje-keje tu tambah dengan banyak benda lain nak kena buat." - Aku.

Dan dia cuma tau nak sengih je. Then dia reply lambat-lambat. Aku pun dah malas nak tunggu dia.

"Kalau penat, pergilah tido... Tak yah paksa diri sangat." - Aku.
"Tak pe, tak pe. I ok." - Roy B.
Lepas beberapa minit,
"Awak, saya out dulu lah. Tak tahan. Nak tido..." - Roy B. Hahaha... Itulah, degil. Tadi tak nak out.
"Hm... Pergilah... Take a rest." - Aku.
"Tak apa ke? Sorry ye... Saya mintak maaf sangat-sangat." - Roy B. Tiba-tiba dia nak mintak-mintak maaf segala. Banyak kali aku kata "aku tak kisah". Banyak kali aku ulang "tak apa". Tapi dia tetap nak mintak maaf.
"Ish, pergi je lah tido... Saya tak kisah... Esok lusa kan ada? Kita chat lain waktu lah..." - Aku.
"Thanks sebab faham." - Roy B.

Sejak tu... Setiap kali aku nak offline, dia tak ada pun cakap... "Ala... Tunggu sat la..". Dia dah tak banyak cekadak macam dulu. Dia akan cakap, "Kena out jugak ke?". Kalau aku cakap ya, aku kena, dia pun terus kata ok. Hm... That's more like it. :)

Dengan Roy B ni senang. Tak payah takut nak cakap pape. Dia ok je. Aku marah dia pun, dia tak amik hati. Dia terima. Paling penting, bila aku tegur dia, marah dia, dia tak merajuk. Dia still boleh gelak and boleh buat lawak lepas tu. Itu barulah best. Itu barulah gentleman kan? Hehe...


4. Along

Masa mula-mula kerja kat Anjung Ilmu, baru aku tau, Along ada migrain. Err... Kadang-kadang, aku rasa bersalah. Apa patut aku buat? Tak kan tengok je? Huhu... Kesian betul tengok Along tu. Kadang-kadang dengar dia muntah-muntah. Seluruh tempat tusyen Anjung Ilmu berbau minyak kapak. :P Baru aku tau migrain tu muntah-muntah jugak. Kesian sangat-sangat. Muka pun pucat je.

Selalunya bila dia migrain, dia akan tido. Before that dia mandi dulu. Yelah, agaknya sebab cuaca pun makin panas kot. Aku pun kalau berjemur bawah matahari sakit kepala one whole day. Dia selalunya tido kat tempat sembahyang. Aku pulak dah tak tentu arah. Aku nak Zohor ni... Huhuhu... Along pulak, nampaknya macam tak bangun-bangun. Cikgu Hashim pun suruh aku solat kat kelas sebelah kaunter.

Baru-baru ni, aku masuk lewat sebab buat lesen P. Aku masuk dalam pukul 3.30 petang macam tu. Aku tengok pintu bawah berkunci tapi mangganya tak kunci pulak. Tergantung je kat grill pintu tu. Eh? Cikgu Redha dengan Along lupa kunci ke? Sebab malam Ahad selalunya Cikgu Redha dengan Along lepak sana lepas habis kelas. Aku selalu balik awal, buat apa nak tunggu lama-lama. Bila naik atas, pintu tutup dan berkunci. Tapi mangganya dah bukak. Eh? Pulak? Apa ni? Aku lagi pelik.

Rupanya Along ada kat dalam. Dia tutup grill kat bawah, takut ada orang naik. Dia tutup pintu atas sebab takut nanti klinik gigi Ferhat kat bawah bukak and orang pun ingat tusyen bukak. Oh... Ok... Bila aku masuk je kat dalam, muka Along mamai je. "Baru bangun tido ke?". Dia angguk. Ha... Masa tu aku agak migrain dia dah sampai. Masuk je, aku terus letak beg dan start kemas kelas-kelas yang kotor macam sarang tikus. Kelas paling kotor, kelas SPM. Budak UPSR pun tak sekotor tu. Haih... Yang paling aku bengang... Bila dorang buang sampah kat belakang. Kat belakang ada printer and CPU lama yang dah rosak. Dorang selit wrapper gula-gula dalam tu. Eeee.... Buruknya perangai! Kot ye pun, tong sampah penuh, tak boleh ke kau buang je kat lantai...?

Hari tu, aku mengemas memang lama. Dalam pukul 5.30 petang baru selesai, baru boleh duduk. Then aku dengar Along muntah-muntah lagi. Er... Bersalahnya aku. Aku tak tahu apa yang patut aku buat. Kalau boleh aku nak jugak tolong apa-apa yang patut, tapi apa yang patut aku buat? Huhuhu... Dia ada ubat sendiri. Dia dah sapu minyak kapak. Dia dah tido. Apa yang aku boleh tolong kalau iye pun? Last-last aku duduk macam nothing happen sebab memang tak ada apa-apa yang boleh aku tolong.

Tak kan nak tolong picit kepala dia pulak?? Haih, aku bukan bini dia. Bila terfikir balik, eh, biar je lah... Before this, masa Cikgu Hasim ada, dia pun bukannya buat apa-apa pun kat Along. Dia just tanya, ok ke tak. Itu aje. Tak de pun tolong picit-picit ke apa-apa. Dua tiga hari jugaklah sakit Along tu berlanjutan. Bila aku dah kat situ, Along pun nak balik rumah. Tapi malam kang dia ada kelas kat sini. Kesian dia. Sakit pun kena datang kelas.

***

Hari tu aku main Cake Mania. Cikgu Redha tegur,

"Apalah main Cake Mania. Mainlah Diner Dash!" - Cikgu Redha.
"Tak nak lah! Diner Dash susah sangat. Hehe." - Aku.
"Ek eleh... Anak saya yang 5 tahun pun pandai main." - Cikgu Redha. Aku senyum je.
"Ini siapa punya buku ni? Siapa baca?" - Cikgu Redha. Dia amik buku hijau tebal bertajuk Asas-asas Fardhu Ain.
"Saya punya." - Aku.
"Kamu punya? Lah... Buat apa susah-susah nak baca? Kamu tanya je apa yang kamu tak tahu. Saya boleh ajarkan. Ngeh ngeh ngeh... Ha... Biar saya cerita tentang kahwin." - Cikgu Redha. Hahaha! Topik kahwin jugak yang dia pilih.
"Tak payahlah cikgu. Dah muak saya dengar masa Form 5 dulu. Bahagian Ibadah semuanya pasal kahwin." - Aku.
"Eh, itu lain! Lelaki dibenarkan kahwin seramai 4 orang dalam satu masa yang sama. Tak boleh lebih, itu syiah lain tu. Tengok macam saya. Saya tak carik pun, ada orang datang nak kahwin dengan saya. In fact, isteri saya yang tolong carikkan isteri tambahan untuk saya!" - Cikgu Redha.
"Ha, macam mana tu? Cuba explain sikit." - Along.
"Lepas habis sembahyang kau bacalah doa. Kau suruh bini kau amin kan sekali." - Cikgu Redha.
"Tak kan dia nak amin kan? Naik hantu adalah..." - Along.
"Kau bacalah doa tu dalam bahasa Arab. Dia bukan faham pun. Hahahaha!!" - Cikgu Redha.
(Ish ish... Nakal sungguh cikgu aku yang sorang ni. Kesian bini dia... Haih... Eh silap, bini-bini dia. Huhu...)
"Best ke kahwin ni?" - Along.
"Best lah! Apa pulak tak bestnya! Banyak nikmat kau dapat bila kahwin ni." - Cikgu Redha.
(Ok, aku dah rasa awkward. Ini dah jadi perbualan orang lelaki ni. Huhu.)
"Adik Tasha, kamu ada adik ye kat sini?" - Cikgu Redha.
"Ada. Dua orang." - Aku.
"Uish? Dua? Form berapa?" - Cikgu Redha.
"Form 2 dengan UPSR." - Aku.
"Berapa adik-beradik kamu??" - Cikgu Redha.
"3 orang." - Aku.
"Wah.... Along, ramai anak kau dapat nanti kalau kahwin dengan Adik Tasha. Keturunan dia subur-subur!!" - Cikgu Redha. Along tersengih.
(Mak oi!!! Itu rupanya agenda disebalik soalan-soalan dia tadi? Ish, meremang bulu roma aku dengar. Aku da tak tau mana nak sembunyi muka ni. Malu seh!!)

Bagus betul korang berdua ni ye! Hari tu Along pekenakan aku dengan Cikgu Redha. Kali ni Cikgu Redha pekenakan aku dengan Along pulak. Bagus sangat-sangat. T.T

***

Air-cond aku letak 28 darjah celcius sebab sejuk yang terlampau dan aku memang tak tahan sejuk. Bilik aku pun pakai kipas dinding, jarang sekali aku letak kipas tu nombor 3. Nak tidur pun, letak nombor 2 dengan selimut yang bapaklah tebal. :P Kadang-kadang mumy suruh kejut abang adik untuk Subuh, memang tak berani nak pulas tombol pintu dorang. Sejuk!! Nak cecah kaki kat lantai bilik dorang pun tak sanggup. Aku bukak pintu, bukak lampu bilik dorang and cakap, "Bangun Subuh!!!!" Hahaha... Sejuk gila. Air-cond 16, kipas meja, letak 3. Gila! That's why aku tolak awal-awal bila mumy nak pasang air-cond kat dalam bilik. No thanks.

Along masuk-masuk aje cakap, "Asal bau hapak kat kaunter ni??". Erk?! Aku ke? Haha... Tak de pun. Wangi je aku rasa. Hehehe.... Bukan wangi, tapi tak ada bau. Aku tak pakai perfume. Then Along check air-cond. Patutlah... Tak ada 'air ventilation' kalau suhu tinggi. Then dia rendahkan ke 26 kot. Lepas tu dia amik Air Wick kasi spray seluruh tempat bagi wangi. Dia baru spray sekali, aku potong, "Ok dah! Cukup cukup."

"Huh? Apasal?" - Along.
"Nanti kang wangi sangat. Nanti saya selesema." - Aku.

Naseb baik Along pun jenis yang tak pakai perfume. Ada sekali dia pakai, bau sweet macam gula-gula. Aku tak suka langsung bila lelaki pakai perfume mahal-mahal yang kewangiannya sangat melampau. Urgh! Selesema aku dibuatnya kalau lalu sebelah lelaki yang macam tu. Achum!! Then Along gertak aku. Dia arahkan spray tu kat aku. Heh?! Kurang hasam. Saje carik pasal ek?

"Baru spray sikit je. Along spray Tasha kang." - Along.
"Ala, kalau tak cakap, nanti takut terlambat. Kang sengsara sampai malam." - Aku.

Malam tu, aku dah get ready nak balik. Tinggal nak tutup lampu je. Then Along check stok air kotak dan air tin kat belakang kelas A. Dah terdetik kenakalan dalam hati nak kenakan Along. Kuang kuang kuang. Aku tutup lampu bilik A. Mau taknya dia terkejut. Dia pandang belakang bagi penumbuk. Haha... Peduli apa? Then cecepat aku turun nak balik rumah... Hehehe... Padan muka.


5. Cikgu Redha

"Cikgu Hashim tak pergi pun majlis kahwin abang saya!" - Nazleen. (budak form 3)
"Oh yeke? Hehe... Dia busy lah tu. Sabtu Ahad kan banyak kelas." - Aku.
"Tapi Abang Bon datang dengan Along. Cikgu Hashim je yang tak datang datang." - Nazleen.
"Oh, Abang Bon tu sapa?" - Aku.
"Ala... Yang ajar kakak kita Add Maths, Chemistry dengan Physics lah... Malam Ahad." - Nazleen.
"Oh... Cikgu Redha..." - Aku.
"Haah... Dia tu sama je macam abang saya. Dah umur 30 lebih baru nak kahwin. Nama pun kawan... Haih..." - Nazleen.
"Eh? Cikgu Redha tak kahwin lagi?" - Aku.
"Haah lah..." - Nazleen.
"Biar betul? Dia kata dia ada 4 bini. Anak pun berderet." - Aku. Aku dah mula musykil.
"Akak ni percaya je cakap dia tu. Dia tu kawan abang saya, saya tahu lah!" - Nazleen.
"Tapi akak tanya Ckgu Hashim, Cikgu Hashim pun cakap betul." - Aku.
"Hahahaha... Apalah akak ni. Cikgu Hashim tu mana boleh percaya. Tipu je dorang tu.." - Nazleen.

Ok ok... Ini memang pelik. Ish, kalau betul Cikgu Redha tak kahwin, maksudnya, dia da tipu semua student dia! Hahahah... Teruknya Cikgu Redha ni. Even kak Sakinah dengan Sarah pun percaya dia ada 4 bini. Mak oi... Adoi... Apalah... Ini mesti kes hensem punya pasal, dia nak jadi single forever, dia pun dakwa kuota dia dah penuh. Cara cakap macam betul-betul dah kahwin.

Sebab yang dalam slot Along tu pun, dia cerita pasal kahwin and cakap pasal anak dia yang lagi terror main Diner Dash. Tapi, actually, itu bukanlah fakta yang penting pun... So, tak kisahlah kalau dia bini 4 atau pun tak... :) Yang pasti Along lagi kuat mengusik bila Cikgu Redha ada. Huhu... Masalahnya aku jadik mangsa. T.T





@@@@@@@@@@@@@@@

Sunday, February 5, 2012

Aku Bengang Bila Allah SWT Dinombor Duakan!

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh
- Selamat menyambut Maulid Nabi Muhammad SAW -

Dua hari lepas, malam Sabtu, jam dah tunjuk pukul 8:45 pm. Ok! Time untuk tinggalkan kaunter dan sembahyang Isyak. Sebab nanti pukul 9:15 pm, budak-budak akan berkerumun kat kaunter nak beli gula-gula dan air. Aku malas nak lewatkan sembahyang, lagipun, hati aku tak akan tenang selagi tak ditunaikan solat tu. Sedangkan masa tu aku hanya duduk termenung dan ADA MASA untuk sembahyang. Aku pun bangun dan pergi ke toilet. Sedang aku dalam toilet, tudung dah tanggal, sleeve baju dan seluar dah lipat, aku baru nak amek wudhuk, Cikgu Hashim panggil nama aku. Dalam hati aku kata, "Aku dalam toilet, tak kan dia nak kacau kan? Faham-faham ajelah. Nanti mesti cikgu akan pergi bila tau aku dalam toilet." 

Tapi rupanya dia tak pergi dan tetap kacau aku dalam toilet. "Nadia! Kamu buat apa? Telefon bunyi kamu tak angkat.". Dalam hati, aku beristighfar... Aku dalam toilet. Takkan kalau aku tengah berak pun, aku kena pause berak and terus jawab telefon?????? Agak-agaklah kot iye pun. Aku diam aje, sebab bercakap dalam tandas makruh hukumnya. Aku mengharapkan cikgu faham situasi aku masa tu. Tiba-tiba, aku terasa malu. 

"Kamu buat apa dalam tandas tu Nadia?! Nak sembahyang pun nanti lah dulu. Ada parent tu ha tengah tunggu." - Cikgu Hashim.
"Saya buang air!!!!" - aku tipu. Aku geram! Aku sakit hati! Aku bengang!
"Ha, cepat sikit, parent menunggu tu!" - Cikgu Hashim.

Aku selesaikan amek wudhuk dan pakai tudung and bla bla bla... Pastu bila keluar, ada parent, aku entertain dia sekejap. Aku sangat berhati-hati sebab aku ada wudhuk. Manusia zaman sekarang, dia apa peduli bukan muhrim atau tak? Main sentuh je. Bagi dorang, kena sikit tak apa. Walaupun sekadar nak hulur duit. Mesti nak bersentuhan jugak!!! Bila dorang dah balik, tup tup, alarm phone aku bunyi! OH MY GOD!!! Dah 9:15 pm...! Aku pun tekan loceng dan... berkerumun budak-budak keluar kat kaunter nak beli-beli.

Bila dorang hulur duit, aku tak amik. Bila aku tak amik, dorang pun letak kat meja. Bila aku nak kasi baki, aku tak letak kat tangan dorang, aku letak kat meja. Sebab ada jugak orang yang tadah tangan nak terima baki duit syiling tapi sengaja dia langgar tangan aku jugak! Mana tak bengang aku ni! Cikgu Hashim kelua dan teguk air dia, dia duduk sebelah aku. Dia pun tolong handle budak-budak yang nak membeli tu. Last-last wudhuk aku batal! Sebab apa? Sebab bila aku tengah amik duit syiling dalam bekas duit, Cikgu Hashim tetap nak amik duit dalam tu jugak! Tak leh tunggu aku habis eh?? Setahu aku cikgu tu jaga air wudhuk dan agama dia, tapi... sekarang....?

Honestly, aku kecewa. Aku marah!! Hilang respect aku pada Cikgu Hashim yang selama ni aku salute. HILANG TERUS RESPECT AKU!! Bagi aku, duit tu, rezeki Allah SWT. Rezeki tu Allah SWT yang kasi. Tak kan ke mana rezeki tu kalau kita mendahulukan Allah SWT lebih dari SEGALA-GALANYA. Aku hilang rasa hormat pada Cikgu Hashim. Ya, senang mulut berkata dari nak buat apa yang dikatakan. Pasal agama saya memang strict. Apa-apa pun kita ni semuanya base pada agama. Even pusat tusyen ni pun, saya masa mengajar Sejarah, banyak yang saya kaitkan dengan Islam. Bila first time aku masuk kelas Cikgu Hashim, aku respect sangat-sangat pada dia. Tapi bila skang jadi macam ni, harap maaf, hilang segalanya dalam sekelip mata. Sampai sekarang aku masih marah. 

Aku tak bodoh. Mungkin agama aku cetek. Tapi aku sedang belajar. Dan banyak lagi yang aku belum tau. Tapi... Jangan fikir sebab dia bos aku, dia lebih tua dari aku, aku akan ikut setiap apa yang dia cakap. Tak akan berlaku. Bila aku balik rumah, aku memang masam mencuka. Aku tak suka bila Allah SWT diduakan. Aku tau, aku pun sembahyang tak adalah perfect dan khusyuk 100%. Aku tak adalah rajin mengaji. Aku tak adalah selalu buat solat sunat. Aku tak lah bagus sangat. Tapi bila duit dan wang ringgit mengaburi mata, Allah SWT pun diketepikan. HEY! DUIT TU HANYA KERTAS! Duit bukan segala-galanya. Orang miskin tanpa duit pun boleh bahagia kalau dia ada Allah SWT. Kerana Allah SWT mampu beri dia segala-galanya.

Yes! Aku emosional! Dady perasan, aku tak seceria mana, kalau tidak balik je rumah, mesti ada yang aku nak cerita kat dady or to anyone yang ada masa tu. Then dady kata, "Biasalah tu. Now you know, orang buat business memang macam tu. Mulut je cakap itu ini tapi when it comes to money dan business, semua hilang."

Aku rasa tertekan dan nak nangis. Everyone, aku akan belajar rajin-rajin, jadi orang kaya. Aku akan jadi bos, aku tak nak staff aku lewatkan solat. Segala duit yang aku ada masa tu, aku tak akan pakai untuk kemewahan sebaliknya untuk keselesaan dan selebihnya aku akan sedekah segala yang aku mampu kat fakir miskin, anak yatim and sape-sape yang hidup susah.

Nanti bila aku sambung belajar, aku nak belajar rajin-rajin. Aku mesti! Kadang-kadang syaitan membisik, cita-cita kau tinggi sangat. Azam kau besar sangat. Kau tak akan mampu. Macam mana kalau nanti kau tak boleh bawak subjek-subjek tu? Tak kan tercapai hasrat kau yang menggunung tu. Lupakan ajelah hasrat tu. Oh, tak akan. Never. Kalau aku tak mampu nak bagi duit, aku bagi ilmu. Dan sekarang, itulah yang aku buat.

Semangat aku berkobar-kobar nak bantu orang Islam ni, especially Melayu. Melayu membawa maksud 'LAYU'. Kata orang lain. Aku tak suka. Melayu tak bodoh, pandai sebenarnya, cuma tak ada orang bantu, tak ada orang dorong, tak ada orang bagi support sebab mentaliti mak bapak dorang yang tak membantu. Mentaliti kelas ketiga. Aku tak kata semua. Tapi kebanyakan. The same thing yang aku tengok depan mata skang ni, kat surau. Mak bapak dorang... Adoi.... Memang... Agak low. Agak jauh berbeza dengan mumy. Dorang lebih suka duduk bersembang dan berborak sahaja. Kadang-kadang menambah dosa sebab secara tak sengaja kita dah TERumpat orang lain.

Aku tak suka dengar orang tua bercakap. Unless orang tua macam my own grandmother. Cakap dia tak cakap macam orang lain, mengata orang aje keje. Apa-apa yang dia kata, semuanya facts dan ada point. Ada benda yang boleh aku belajar. Aku tak suka duduk bersembang dengan makcik-makcik kat surau, kecuali Acik Izan, sebab dia expose. Dia boleh ngam dengan fikiran remaja. Aku suka. Kadang-kadang bila bergurau, dia tak marah. Malah dia gelak sekali. Tapi semalam, aku kena marah dengan sorang nenek tu sebab jadi BATU API. Padahal aku hanya bergurau. Terus aku diam. Lebih baik diam daripada mencemarkan nama Acik Izan. Sebab aku membantu kat surau, under nama Acik Izan dan suami dia, Aji Taib. Tapi Acik Izan cuba tenangkan aku dan amik hati aku. Dia bergurau dengan aku dan borak-borak so that aku tak amik hati dengan nenek yang marah aku tadi.

So, aku tawarkan diri, mengajar Maths (subjek kegemaran aku) kat budak-budak surau. FREE OF CHARGE. Kalau nak bagi sumbangan, aku buat duit fotostat kertas aje lah... Selebihnya aku tak akan amik, aku bagi kat tabung Kelab Remaja je. Aku bersemangat nak ajar. Patutnya semalam dah start. Aku perasan, masa belajar bahasa Arab, ada whiteboard dan rehal meja tu. Aku boleh pakai benda-benda tu untuk kelas aku nanti. Aku call Aji Taib nak tanya berapa ramai budak tapi tutup handphone lah pulak. Aku mesej pun tak reply. Nampaknya minggu depanlah start.

Aji Taib ingat aku nak ajar Science sekali. Oh tidak! Jadual aku penuh. Kalau boleh, aku nak ajar semua yang aku reti. Kalau boleh aku nak ajar Maths, Form 1 sampai Form 5. Tapi masa aku tak mengizinkan. Cuti aku hanya Sabtu Ahad. Sabtu Ahad tu aku kena pandai-pandai bahagi masa untuk surau dan family. Kalau aku lebih kat surau, nanti mumy kecik ati. 

And... Ada good news. Amin kata, "Masukkan nama aku sekali dalam kelas tu.". Aku fikir dia bergurau. Rupanya dia serius memang dia nak belajar. Errr... Kau tak sihat ke Amin? Hahaha... Then dia bagitau aku, dia nak amik SPM. Wah! Congrats kerana buat keputusan yang sangat bijak! Aku akan tolong kau Amin! Aku berbesar hati nak tolong kau. Dia nak amik SPM tahun ni. Eh? Cepatnya. Sempat ke? Nak belajar F4 plus F5 dalam setahun. Tapi tak ada benda yang impossible dalam dunia ni. Dia nak aku tolong dia... BM, Maths dan Science. BI tak perlu kan kan? Kau dah terror. Mentaliti aku pun perlu diubah. Aku fikir budak sekolah pondok sume budak-budak nakal yang selalunya menghuni kelas-kelas hujung. Sebab budak nakal yang susah nak dibentuk, selalunya mak bapak berhentikan sekolah dorang and hantar ke sekolah pondok.

Rupanya tak semestinya macam tu. Aku tengok Facebook dia, bukan main speaking. :p Buat malu je! Haha.. Aku salute kau Amin. Bagus-bagus... Aku cerita kat dady, dady pun tak kisah kalau aku tolong dia. Amin suruh aku tolong dia lebih sikit dari orang lain. Oh, mesti lah. Kau kan nak amik SPM. Dah lama dia habis sekolah pondok, masa umur 14 tahun. Lepas tu..... (dot dot dot).

Kalau dari segi kewangan aku tak boleh bantu, aku ada kudrat untuk bantu dengan tenaga fizikal aku, kalau tak pun, akal aku pun ada untuk tolong. Aku tak kedekut kalau korang mintak unless korang mintak dalam keadaan yang tak sesuai. Keadaan tak sesuai macam mana? Bila esoknya korang nak exam!!! Aku akan bantu, tapi aku tau, ianya sia-sia. Tak akan lekat dalam kepala otak sebab input last minute. Aku juz tak sabar nak start kelas dan mengajar. Aku rasa, aku nak tukar profession jadi cikgu atau lecturer. Aku ikhlas nak bantu sesiapa yang nak belajar. :'D 





><><><><><><><><><><><><><><

Friday, February 3, 2012

How It Began In Anjung Ilmu

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...

Sebenarnya, aku sekarang dah start keje kat Anjung Ilmu. Sejak Selasa lepas, 10-01-2012. Aku jadi kerani, jaga kaunter. Ganti tempat Hafiz. Cikgu Hashim kesian kat dia sebab tahun ni dia nak amek STPM. Tak kan setiap kali habis sekolah, terus rushing datang tusyen? Dia pun nak belajar jugak, nak pergi tusyen dia sendiri jugak.

Masa mummy daftarkan adik Naqib untuk UPSR kat Anjung Ilmu, Cikgu Hashim tanya kat mumy pasal aku. Aku tengah buat apa sekarang. Masa tu aku sibuk dok mencari kerja, tak dapat-dapat. Rupanya lepas sebulan aku hantar borang kerja, baru dia nak talipong! Sorry, aku sudah keja kat Anjung Ilmu. I’m not interested anymore! Haha... Kerek pulak. So, memandangkan masa tu aku tak ada keja apa-apa, cikgu tawarkan aku keja ngan dia, gantikan Hafiz.

Aku rasa macam, ada hikmahnya kenapa aku tak laku bila mintak keja kat tempat lain. At least, kalau keja dengan Cikgu Hashim, boleh solat bila-bila, boleh makan bila-bila, tak ada peraturan ketat langsung. Tambah pulak adik aku sendiri tusyen kat sini. Bolehlah tengok-tengokkan adik aku tu. Then bila tengok harga untuk Form 2, bezanya hanya RM 10 dengan Naqib, Mumy pun masukkan Nabil sekali. Memandangkan aku dah kerja kat Anjung Ilmu, dah jadi staf, Nabil dan Naqib tak perlu bayar yuran sepenuhnya. Ada 50% diskaun. Wah, banyaknya manfaat aku keja sini kan? Keja bukannya banyak sangat pun, goyang kaki je.

Haih... Jumpa balek lah dengan Cikgu Hashim, Along, Hafiz dan... Cikgu Redha. Baru je tadi, aku tak tau kenapa, semua orang pekena aku dengan Cikgu Redha! Malunya!

“Nadia, nanti kamu tulis waktu kerja kamu biar abang Redha boleh kira gaji overtime.” - Cikgu Hashim.
“Abang Redha?? Abang??” - Cikgu Redha.
“Apa salahnya panggil abang, kan Tasha?” - Along. (Along lah the only one person yang panggil aku Nathasha seumur hidup aku.)

Aku garu kepala. Ei! Nak panggil Cikgu Redha ‘abang’?? Gelinya... Tak kuasa aku. Dia tu cikgu aku! Mana boleh aku panggil dia ‘abang’??? Dah lah antara aku dengan dia ada jurang (jurang apa? check post yang sebelum ni :p), lagilah kalau panggil ‘abang’. Ish... Tak mau aku!

Macam apa yang aku pernah cerita sebelum ni, pasal nak tumpang kereta dia tu. Aku memang tak boleh. Aku tak tau kenapa, tapi aku segan nak mampus dengan Cikgu Redha. Maklumlah, aku ni tak ada kenalan yang hensem-hensem. Tiba-tiba pulak Cikgu Redha tu muncul dalam hidup aku, hensem pulak tu. Haha... Ok, tak mau cakap lebih-lebih. Aku memang kena bina JURANG ngan dia. Hish, setan! Kau ni!!

Aku segan jugak dengan Along, tapi lebih ketara dengan Cikgu Redha. Sebelum kelas bermula pukul 8 tadi,

“Hah, ‘adik Tasha’ kena buat keja sikit hari ni.” - Cikgu Redha.
“Wah, abang Redha ni, panggil ‘adik Tasha’...” - Along.
“Eh, mesti... Ha, ni ada 11 copy untuk student. Yang lagi satu untuk cikgu-cikgu. Yang 11 copy ni bindkan tepi dia. Yang untuk cikgu-cikgu punya, ceraikan ikut subjek.” - Cikgu Redha.
“Wah?! Ceraikan? Ceraikan sorang, adik Tasha pun masuk queue?” - Along.
“Kalau boleh, dia nak sapu lima sekali dalam satu masa!” - Cikgu Hashim.
“Uish! Mana nak tolak lagi sorang tu? Lima dalam satu masa? Saya bukan Syiah!” - Cikgu Redha.

Yang si Cikgu Redha pulak, melayan aje! Aduh... Malu gila?! Apasal dorang ni? Nak kenakan aku habis-habisan ni nampaknya. Apa lagi yang boleh aku buat melainkan gelak aje? Haih... Apalah...

Masa aku kat surau, nak sembahyang, Along keluar dan tinggalkan kelas dia sekejap. Aku terdengar, “Adik Tasha mana?”. Hish... Along lah yang paling galak dok ‘adik Tasha’ dan ‘abang Redha’. Mentang-mentang dia panggil Cikgu Redha ‘abang’, tak kan aku pun kena panggil ‘abang’ kot? Agak-agaklah...

Apa nak jadi lah.. Aku pun tak tau. Masih terngiang-ngiang lagi kat telinga ni, “Mana nak tolak lagi sorang tu?”. Yelah, kuota dah penuh 4. Aku tanya Cikgu Hasim, “Betul ke cikgu Redha tu isterinya 4?”. Dari tahun lepas lagi, memang aku tak percaya. Haha... Yelah, orang kahwin 2 pun tak bahagia. Inikan pulak Cikgu Redha ada 4. Susah nak percaya. Tapi Cikgu Hashim pun mengiyakan fakta tu.

Petang tadi lepas Asar, Cikgu Redha borak pasal Add Maths. Haha... Dia tanya pasal differentiation dengan integration. Integration aku akui memang senang. Direct question. Simple, tak ada belit-belit soalannya. Tak payah fikir banyak-banyak. Tak ada line lurus yang mengganggu pun. Markah terpijak. Tapi... differentiation memang aku tinggal terus! Lagi-lagi rate, small change and so on. Tak suka dy/dx!!!! Benci kau! Tapi aku suka integration. :)

Memang aku akui, banyak kali Cikgu Redha tunjuk aku macam mana nak buat dy/dx tu. Sumpah satu hapak pun aku tak faham. Masa dia ajar, aku faham. Tapi bila nak buat balek, dah tak faham pulak. Kadang-kadang, aku tak faham langsung! Apa benda yang cikgu merepek ni? Cuba cakap bahasa Melayu. Hahaha... Jangan cakap bahasa Add Mad!

Entah, memang bukan jodoh aku dengan differentiation. Tapi dengan trigo. Ah, aku tak sabar nak bukak buku balek! Aku tak nak kerja! Aku nak bukak buku, nak belajar. Aku rindu nak hadap buku. Aku rindu saat-saat belajar, tidur lewat and so on. Cepatlah sambung belajar... Hahaha....

Cikgu Hashim suruh aku pujuk mumy so that aku boleh masuk Form 6. Sebab mumy hanya bagi aku dua pilihan, Diploma atau Matrik. Jangan sebut langsung pasal Form 6. Bila aku sebut sekali lagi, mumy marah aku. Em, sejak tu, aku tak pernah berani nak ungkit balek pasal Form 6. Banyak kali Cikgu Hashim suruh aku pujuk mumy. Banyak benefit kalau masuk Form 6 berbanding Matrik. Tapi sampai skang aku TAK PERNAH kemukakan persoalan tu kat mumy. Aku tak berani.

Aku harap, aku tak perlu masuk Matrik. Aku tak nak. Kalau boleh Form 6 pun tak nak. Aku nak masuk Diploma terus. Nanti terus sambung Degree 2 tahun. By the time umur 22 confirm dah habis boleh sambung Masters. Wah wah... Tingginya cita-cita kau Nadia Nathasha! Boleh ke tu?? Errr... Hahaha... Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukannya. Insya-Allah.

Sebab tu lah, aku suruh korang selalu doakan aku! :p
Wassalam...




^^^^^^^

Saturday, January 21, 2012

Hate and Excitement


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh


Setakat ni, aku rasa, apa yang aku tak suka at last jadi benda yang paling berharga buat aku.
Dan apa yang aku suka sekarang dah jadi perkara yang paling aku takutkan.

Harus aku akui, memang pada mulanya aku rasa berat hati nak jadi Penolong Setiausaha kat surau memandangkan AJK yang lain Nampak macam main-main dan Nampak macam tak boleh buat kerja. Tapi, sejak Explorace 2012 dah berlalu, dah macam-macam masalah muncul dan sebagainya, aku mula rasa saying kat AJK surau yang lain. Rupanya aku ni tak betul-betul kenal dorang lagi. Aku rasa macam bertuah sangat-sangat actually sebab dorang tak macam orang lain.

Dah tu? Dorang tu macam mana? Dorang tu kan, bila aku ada masalah, aku suarakan masalah kat dorang, dorang tak ada nak maki hamun and marah-marah. Tapi mengeluh tu memang ada lah. Dorang sangat cool!! Aku suka kerja dengan dorang. Tak ada stress. Dorang pun jenis yang tak cerewet dalam sesuatu hal.

Masa Explorace, kita orang ada satu problem besar! Ada satu kumpulan ni, dia kat checkpoint 8, bila dah selesai, dia bukak sampul untuk ke checkpoint seterusnya. Bila dia baca, “Sila ke checkpoint 8.” So, thats the main problem. Dorang dapat checkpoint yang sama. That should not happened! Then Amin, Hafiz dan Aji Taib datang jumpa aku dengan motor. Bagi aku, tak payah nak ikut sangat peraturannya. Asalkan budak-budak ni sampai ke checkpoint terakhir. Dorang pun ok aje.

Habis je acara tu, aku rasa lega sangat. Walaupun semasa Explorace berlangsung ada macam-macam masalah, tapi endingnya, semua orang happy. Itu yang sedap didengar, kan?

And now, benda yang paling aku suka, driving dah jadi satu benda yang membuatkan aku seram sejuk dan menggigil satu badan! Bukannya apa, entahlah... Aku tak berapa ngam sangatlah dengan Kancil aku tu... Kat Akedemi Memandu Cott, aku ok je bawak kereta? Why pulak bila aku bawak Kancil aku, dia macam meragam. Ke sebab Kancil kat Cott pakai gas and Kancil aku pakai minyak petrol? Tak kan lah macam tu sekali?

Tapi memang kesilapan ketara aku, kat gear satu. Rasa macam dah masuk, tapi rupanya belum masuk sepenuhnya, dia tersangkut. Kancil aku memang gear satu problem banyak sikit nak masuk. Aku rasa most of the cars pun macam gitu jugak. Tapi Kancil aku ni yang paling parah. Disebabkan itu, bila aku jalan, enjin pun mati. Kat junction pulak tu! Nasib baik tak ada kereta lain belakang aku. Masa tu aku sorang je nak pergi kanan. Yang lain nak pergi kiri.

Bila jadi macam gitu, aku jadi takut nak stop. Haha... Aku takut kalau nak stop kat T-juction yang tak ada traffic light. Sebab dah pernah mati enjin kat situ. Mau taknya kelam-kabut aku nak menghidupkan enjin balik! Lupa nak free gear, mati enjin lagi. Lupa nak pijak clutch, mati enjin lagi + ngan bunyi bising. Maklumlah, dah kelam-kabut sangat kan? Aku stress sangat masa tu. Last-last apa aku buat? Aku biarkan enjin tu mati. First of all, relax... Freekan gear dan tarik handbrake. Lepas tu start kereta macam biasa. Baru boleh... L+E+G+A=!!!

Terkedek jugaklah mula-mula, then dah ok dah lepas masuk gear 3,4. Entahlah... Sejak peristiwa tu, aku macam dah hilang semangat langsung nak bawak kereta. Aku takut yang amat. Actually, aku datang kerja ni pun aku bawak kereta jugak! Itupun setelah aku kumpulkan segala kekuatan dalaman aku. Korang tak tahu betapa cuaknya sampai berzikir kat dalam kereta tu hah. Radio dah entah apa benda dah, aku memang tak dengar... Hahaha...

Actually, bukannya aku tak pernah stop kat traffic light. In fact, masa kat Cott, aku tak ada pun mati enjin or what-so-ever. Bezanya aku tarik handbrake tapi skang nak bawak gi kerja tak adanya nak tarik handbrake. Sebab nanti aku kelam-kabut nak buat banyak benda. Takut orang belakang hon suruh cepat! Hahaha... Biasalah, new driver, lembab sikit.

Bila kat Cott, traffic light aku memang tak takut. Sebenarnya aku takut yang dalam litar. Jalan raya aku ok, tak takut dan memang boleh bawak. Boleh lah bawak, tapi tak semestinya gerenti lulus. :p Tapi bila bawak Kancil sendiri, memang aku rasa macam nak mati!! (Padahal aku tak pernah mati pun... Mana pulak aku tau macam mana perasaan nak mati tu...)

Tadi bila bawak kereta datang kerja (Anjung Ilmu), masa nak naik bukit pun aku takut. Takut satu je, kalau-kalau jalan tu busy and aku kena stop! Tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan. Jalan lengang. Aku pun terus pijak minyak cam biasa je lah. Tapi bila nak parking... Mak oi... Lamanya engkau nak parking NADIA!! Haha... Masa tu dah 10.30 pagi. Patutnya dah naik and bukak tusyen. Tapi parking punya pasal, aku bukak tusyen kul 11.00 pagi. :p

Malamnya, aku tiba-tiba sakit perut. Aiseh. Kes ni macam pernah dengar je? Macam pernah berlaku aje? Aku sakit perut sebab takut ke? Yelah, bila terfikirkan, 10.30 malam dah nak dekat. Aku kena drive balek rumah ni!! Argh... Aku tak nak drive ~. Boleh tak? T.T Sakit perut aku dibuatnya. Lagi sekali, aku berzikir dan beristighfar dalam kereta, Radio kereta langsung tak dengar. Lagi sekali aku mati enjin kat traffic light!

Aku naik geram. Kenapa kau suka mati enjin kat traffic light, wahai Kancil?? Aku rasa dah tak ada mistake dah...! Aku ada tanya dady, why jadi macam tu. Dady kata timing Kancil aku lebih rendah daripada timing Kancil Cott. Sebab tu lah jadik macam tu. Tapi disebabkan itulah yang buatkan aku dah TAK NAK bawak kereta. Tapi aku tak boleh give up! My whole life depends on it! Tak kan nak ke mana sahaja jalan kaki dan naik bas? Gila! Banyak masa dan duit yang terbuang.

Korang doakan aku supaya dipermudahkan ye... Hehe... (19 jan 2012)

Monday, January 9, 2012

Busynya Sekarang !!

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...

Hari tu surau ada buat Jogging kat City Park, aku cuma mengikut Nisa aje... Tiba-tiba Aqilah cadangkan aku supaya jadi Penolong dia. Dia Setiausaha. Katanya senang nak bekerja sebab kita ornag sebelah rumah. Tanpa tanya aku pun! Mula-mula aku ok. Tapi bila aku join Jogging tu, aku pun kenallah Pengerusi dan AJK-AJK yang lain. Tak best... Tak best...

Pengerusi : Amin
Naib Pengerusi : Shira
Bendahari : Murni
Pen Bendahari : Azizi
Setiausaha : Aqilah
Pen Setiausaha : Aku!
AJK : Nabila dan... aku tak tau. maybe ada beberapa...

Kenapa aku kata tak best? Sebab dorang ni macam tak ada telinga atau telinga-letak-kat lutut. Langsung tak nak dengar apa yang kita orang kata. I mean, Naib Pengerusi kata. Aku ni backup jek! :p Sebab masa tu belum jadi AJK tertinggi lagi. Tapi aku malas nak cerita pasal tu.

Skang Kelab Remaja nak buat event Explorace. Itupun main idea dari aku. Ok, cerita dari awal.

"Kak! Pukul 9.30 ada mesyuarat." - Aqilah.
"Huh?? Ish! Suka-suka hati je nak buat mesyuarat! Akak baru je balik dari jogging. Kena sapu, mop dan vakum rumah lagi, nak breakfast, nak cuci kipas... Banyak nak buatlah... Skang pukul 8.00, mana nak sempat? Lepas tu kejap lagi pukul 10 pagi akak nak pergi job interview." - Aku.
"Entahlah kak... Tapi dorang kata kul 9.30 ni..." - Aqilah.

Aku mengeluh, sempat ke? Masa tu tengah makan. Mumy komplen, "Itulah, lengah-lengahkan masa lagi. Take your own sweet time masa makan. Kan dah kena keluar. Kemas rumah sebelum keluar." Yes maam! Aku kemas express. Makan pun tak sangat sebab sambil layan kartun yang baby-baby layan. Bestlah! Haha. XP lebih kurang macam Dora The Explorer gitu. Last-last makan beberapa keping chipsmore dan secawan teh susu. (aku tak minum kopi).

Kemas punya kemas... Dah pukul 9. Er... Aku busuk sangat ke? Nak mandi ke? Sempat ke kalau aku mandi dulu? Nanti nak jalan kaki lagi pergi surau, pun amik jugak masa beberapa minit. (even though dady suruh drive, tapi aku rasa tak perlu sebab dekat aje. jalan kaki kan senaman, lagipun nanti orang kata show off lah pulak...). Last-last aku pikir, "kau tu pompuan, kena wangi-wangi! ini tidak, dah lah tadi pergi jogging hanya sekadar gosok gigi dan cuci muka, lepas tu kemas rumah. lebih baik pergi mandi, takkan nak pergi surau dengan badan yang melekit? eii... rimasnya! lagipun kebersihan itu sebahagian dari iman!"

Yes! Bagus, last-last aku mandi express. Sebab selalunya mandi lama sikit. (sikit jew!). Then cepat-cepat get ready. 9.20 pagi. Ok, now what? Aku berkira-kira dalam hati. Dah jadi kebiasaan aku untuk solat Duha sejak aku baca entry dalam Kisah Cinta Nasi Lemak. Kawan-kawan dan kenalan dia yang amalkan Duha sangat murah rezekinya. Harap-harap aku pun dimurahkan rezeki. So, aku berkira-kira, nak solat ke tak, nak ke tak, nak ke tak? 

Em, kalau aku lewat sikit, tak apa kan?? So, aku pun amek wudhuk dan solat. Pastu siap-siap, pakai simple nak mampus je... Sebab nak cepat punya pasal. Tudung pun pakai tak betul. Ah, lantaklah! Tudung bawal memang susah sikit nak pakai sebab ada gelembung-gelembung. Tapi aku tak kisah. Orang lawa, kalau pakai selekeh pun tetap lawa. Haha! Phui! Masa tu jugak Aqilah dah panggil. Eh? Dia tak pergi lagi rupanya? Aku ingat biarlah dia pergi dulu, tolong gantikan aku sementara tunggu aku sampai. 

Sampai aje kat surau... Malangnya... Budak-budak lelaki tak sampai-sampai!!!!!!!! Aku bengang nak mampus! Memang nak mampus! Aku sanggup gadaikan job interview aku semata-mata kerana mesyuarat ni dan dia boleh je senang-senang datang lewat! Pukul 10 gitu dia baru nak sampai. (Amin n Azizi). Dah tu pulak, duduk bersembang nasi-lemak-kopi-o kat motor dia. Tak reti ke nak datang duduk kat meja dan cepat bincang event yang seterusnya? Mesyuarat tingkap apa pulak lah kat motor dia tu? Menyusahkan betul.

Sory, tapi aku memang tak suka manusia perangai macam ni. Mesyuarat suka-suka je nak buat bila. Bagitau last-last minute. Lepas tu melengah-lengahkan masa. Tak ke dia fikir orang lain ada hal?? So, akhirnya pukul 10.30 pagi baru dia ready nak bermesyuarat dan duduk kat meja. Sabar ajelah... Aku memang anti dengan lelaki macam ni. Geramnya tak terkata.

Sepanjang mesyuarat tu, aku rasa aku tidak diperlukan. Jadi aku diam dan buat endah tak endah aja. Aku tak peduli apa dia (Amin) nak kata. Aku sibuk bergurau senda dengan Nabila. Yang Azizi tu pulak menunduk aje borak dengan budak sebelah dia, pun tak amek port pasal mesyuarat tu sebab semalamnya aku temankan Nisa untuk jumpa dia. Ada bau-bau 'cinta-monyet' sikit petang semalam. So, agaknya dia segan dengan aku. Tapi disini aku nak ingatkan, Nisa bukan jenis yang couple. Jangan salah faham. Kalau boleh dia tak nak ada kena-mengena dengan mamat tu.

Tiba-tiba handphone aku vibrate. "Nadia, suruh Shira balik sekarang jugak!" Atas alasan apa, aku tak berani tanya. Macam serius aje bunyinya. Dan... Shira pun balik. Masa tu, Amin dah mati akal, mati idea, mati kutu. Dengan siapa dia nak bercakap? (sebab antara dorang pun ada bau-bau 'cinta-monyet' tanpa disedari Shira sendiri. tapi diingatkan, Shira pun macam Nisa. aku je yang sesat, gatal semacam je dulu.. terasa macam tak sesuai kawan dengan dorang. T.T). 

Aqilah adalah mangsa dia yang seterusnya. Penjana idea. Tapi Aqilah senyap aja. Ada jugak budak-budak lain, tapi dorang pun tak de idea. Ha.... Dah mula dah... Mata tu main peranan nak pandang-pandang aku. Ok fine! Aku memang ada idea. Tapi taklah hebat mana. Buatlah Explorace. And... boom... boom... boom... Semua dah start tembak bertalu-talu tak sabar-sabar nak bagi idea untuk checkpoint-checkpoint tertentu. Including peraturannya.

Kalau boleh aku nak mesyuarat pasal bendalah ni hanya SEKALI sahaja. Aku nak benda ni betul-betul smooth. Aqilah catat setiap checkpoint punya tugasan. Dan jugak list barang yang perlu disediakan. Untuk pastikan semuanya smooth, aku nak catat nama siapa yang incharge dalam menyediakan barang-barang tertentu. tapi setiap kali aku tanya, "Benang bewarna siapa nak sediakan?". "Jangan risau, itu kita orang handle.". "Bola siapa bawak? Berapa biji?". "Itupun kau tak yah risau, biar kita orang sediakan.". "Tempat checkpoint tu kena bincang jugak.". "Wei, tak apa, tempat tu biar aku uruskan dengan budak-budak lelaki lain.".

Aku naik rimas. Macamlah dia tu komputer. Sekali save, tersimpan berjuta tahun selagi tak kena virus. Aku risau bila dia cakap macam tu. Aku takut semuanya tak jadi dan ada benda short kang. Kang ini lupa nak bawak, itu lupa nak beli, habislah hancur event! Aku nak rekod siapa yang patut bertanggungjawab dalam sesetengah benda. Nanti bila benda tu terkurang, at least tahu siapa nak carik dan tanya kenapa tak cukup. Amin buat keja langsung tak sistematik. Lepas tu dia fikir aku ni cerewet sangat! Bukannya cerewet atau nak jadi Miss-Know-It-All atau Miss-Perfecto ! I'm trying to be systematic and organize!

Sejak aku join surau dan jadi Penolong Setiausaha, aku terasalah jugak masa aku ni tak terbazir gitu aje. Sekurang-kurangnya ada aktiviti nak dibuat sementara cari kerja. Kalau tidak, kat rumah lepas Subuh mesti nak tidur. Aku ni bukannya kaki Internet sangat, so bila tak tau nak buat apa, most of the time, aku tidur... Bila online FB, kawan-kawan semua dah keja. Bila tanya, sebulan keja, dapat gaji terus berhenti. Aku terdiam. Ruginya. Aku rasa sedih, kecewa. Sebab aku terlampau memerlukan kerja sekarang ni. Korang pulak yang senang dapat kerja, dapat gaji terus aje berhenti. Betapa tak bersyukurnya korang. Tak tetap pendirian.

Selain tu, ada jugak ura-ura nak buat latihan azan bagi lelaki dan latihan marhaban bagi perempuan. Then budak-budak lelaki dah ada macam-macam aktiviti nak queue tu. Dorang nak tubuhkan group bola sepak surau. And apa lagi entah. Aku pulak tawarkan diri nak ajar Maths kat surau, kelas tambahan percuma. Aku besar hati nak tolong dorang dalam akedemik. Aku suka mengajar. Aku suka bila tengok muka puas dorang bila dah faham. Terutamanya subjek Maths, sebab ramai yang tak suka Maths. Meh sini biar aku mandrem korang sampai korang suka Maths! :p Budak Akaun lah katakan... Haha.. Tak cukup dengan tu, aku pun skang start menghadirkan diri ke marhaban-marhaban yang surau buat kat beberapa tempat lain.

Aku pun sekarang tengah belajar Bahasa Arab setiap hari Selasa. Tapi sejak aku dah dapat 'L' aku asyik lupa nak pergi. Sebab selalunya Nisa tolong ingatkan. :p Manja kan aku ni? Nak pergi kelas pun nak Nisa mesej, tolong ingatkan... Sayangnya.. minggu lepas aku tak pergi sebab ada ujian! :p Aku suka ustad yang mengajar kita orang. Muka dia asyik senyum aje! Hehe... Yang paling funky ada pakcik tu, kecoh dan kelakar. Sentiasa buat lawak. Kalau pakcik tu tak ada, memang tak meriah. :D Mak Fadhil selalu kata, "Ha, kau tengok atuk engkau tu. Ketawa aja kerjanya!"

Memang penat. Tapi berbaloi.... Seronok dapat luangkan masa macam ni dengan Nisa. Dalam masa yang sama dapat kumpul pahala. Maklumlah... Dosa bertimbun senang aje, tapi pahala secuit. Aku tak nak bayaran untuk apa-apa... Tapi kalau kerja, ya, aku nak bayaran. Untuk surau, aku ikhlas, aku tak nak terima duet walaupun dady kata nanti orang amek kesempatan kat aku. Tak apa.... Budak-budak sekolah.... Datanglah surau dan gunalah aku sepenuhnya... Aku tak kisah kalau korang nak amek kesempatan dengan ilmu yang aku boleh kongsi... Berbaloi... Pahala dibawa sampai mati selagi korang mengamalkannya dan menyebarkannya. :) INDAHNYA ISLAM....



p/s : walaupun aku busy, aku tetap nak berblogging... aku ni kan suka komplen dan mengadu-domba.. dulu sentiasa ada someone untuk luahkan segala penat lelah dan masalah suka duka. tapi sekarang dah tak ada. tak ada langsung. dengan Nisa pun aku tak bercerita sangat. sebab cukuplah sekadar di blog... :) aku bahagia macam ni... 24 jam blog ni boleh temankan aku. :p


@@@@@@@@