Something To Say


TRUST... never trust someone 100%. coz, they're the one who will stab u at the back. trust them only 50% n keep another 50% for ur self so tht u will not cry on the next day.

You dont have to follow others to be popular and to be loved, because you are loved for what you are.

Nak masuk syurga, KENAL ALLAH SWT dulu.
Ibaratkan tetamu datang rumah. Kalau tuan rumah tak kenal tetamu tu, ingat dia nak bagi masuk ke???

If you feel you hate me, better if you just stay away from me. Don't be a hypocrite. Coz I'm being my own self. Thank you.


OH YA! PANDAI-PANDAI CARIK BUTANG FOLLOW KAT ATAS YERK!

Wednesday, February 27, 2013

I Shared It To The Wrong Person

Assalamualaikum wbt

Sabtu lepas aku jumpa Zharif, jadi... seperti orang yang normal, aku sangatlah happy kan.... Dan seperti orang yang normal, mestilah nak cerita kat kawan-kawan lebih-lebih lagi kalau kawan yang kita rapat. Bila aku cerita kat dia... Mula-mula dia happy (happy biasa-biasa je, kira macam, tak lah happy sangat pun). Tapi the next day tiba-tiba dia cakap benda tak baik, benda yang negatif pasal Zharif dan jugak pasal our relationship. Zharif kata dia jealous. Hahaha... That is sooo not true okay. 

Tapi kalau aku ada kat tempat dia, aku akan buat macam tu jugak tapi aku tak akan bagi tau terang-terang yang aku nak cakap something yang negatif about other people's relationship. Dan apa yang aku faham tentang dia, keinginan dia dengan aku dalam seorang lelaki tu tak sama. Aku prefer someone yang ada agama, boleh bimbing aku dalam agama walaupun dia tak ada apa-apa. Sebab apa? Sebab aku percaya pada Allah SWT 100 % tentang rezeki yang akan dia bagi kepada hamba-hamba-Nya. Sedangkan kucing kurap pun hidup je apalagi manusia yang ada akal fikiran dan tenaga. Pemikiran dia, kenapa nak pilih dia sedangkan dah terang-terang kalau kau bersama dengan dia, kau tak akan hidup senang. Err... Hello? Tujuan kita hidup di dunia ni untuk hidup senang ke? And then what? Lupakan orang yang pada dasarnya hidup susah? Sedangkan kau bersenang lenang gitu? That is not the way it should be.

Maybe pandangan kita orang berbeza sebab pemahaman dalam agama kita orang berbea-beza. Walaupun aku tak nampak terang-terang tapi aku boleh teka yang dia tak berapa nak pentingkan agama dan Allah. Nampak sangat yang dia macam tak percayakan Allah 100 %. As if dia meragui dengan apa yang Allah mampu buat. Sedangkan Allah boleh buat apa sahaja. Even masa aku yang sempit pun, dia boleh lapangkan. Dan dulu, aku pun fikir, kalau dah kesuntukan masa tu, mana mungkin boleh tiba-tiba je ada banyak masa. Padahal aku lupa yang Allah tu Maha Berkuasa. Aku lupa yang Allah mampu menjadikan Isa lahir tanpa bapa, mampu turunkan malapetaka dan bencana pada umat-umat nabi yang menidakkan nabi dorang. Kalau semua tu Allah boleh buat, kenapa pulak benda kecik berkenaan masa ni Allah tak boleh buat?

Aku rasa sedih bila dia mempersoalkan pilihan aku. Aku tak tau macam mana nak explain kat dia yang aspek agama dan iman tu sangat penting dalam seseorang tak kira nak carik kawan ke, suami ke atau apa-apa sahaja. Susah sangat nak explain. Bila aku cerita kat dia betapa aku suka sangat bila Zharif cakap pasal Islam, ayat-ayat Al-Quran dan kisah-kisah Nabi, dia macam tak berminat nak dengar. Oh, I shared the story with the wrong person. And that has made me realized that I am actually lonely.

Aku teringin nak ada kawan yang sama-sama jaga aurat, jaga batas-batas pergaulan, faham sedikit sebanyak tentang Islam... Tapi... I found none. Aku akui, aku jarang pergi surau, pergi masjid. Sebab akak-akak senior pernah cakap, kalau nak carik kawan yang mendekatkan diri pada Allah, cariklah kat surau atau masjid. Tapi aku rasa macam aku tak sesuai berkawan dengan orang-orang macam tu sebab dorang selalunya lemah-lembut, cakap pun suara perlahan-lahan, ayu-ayu gitu. Tapi aku ni cakap tak senonoh... Kadang-kadang lawak kotor, tapi dengan kawan perempuan je. Kadang-kadang aku share info yang tak sepatutnya tapi it's general knowledge so that you know. Sebab tu aku prefer kawan dengan yang agamanya biasa-biasa sahaja. To be frank, aku kawan dengan siapa pun tak kisah asalkan dia solat dan asalkan dia tak persoalkan kenapa aku mesti solat. Ok, suddenly aku teringat. Bila kita memilih sesuatu kerana Allah, Insya-Allah ianya adalah yang terbaik, something like that. Ok, I'll try. :D

It seems like, I'm gonna shut my mouth about him sebab yeah... everyone don't like him, being together with me. Ok, that's just fine. Tak apa, I can live with that. Asalkan aku boleh talk non-stop without negative judgement kat dia. Sebab dia akan sentiasa support me tak kisah apa pun berlaku. He is very reliable! Especially masa aku ada complication dengan writing assignment hari tu. Dia yang teman aku, dia yang topup kan, dia yang dengar segala keluh kesah dan tangisan semua tu. Huhuhu. Memalukan.

Tapi aku rasa dia dah biasa. Sebab dah a few times jadi macam ni. Stress sangat sampai nak nangis puas-puas. He is more reliable than my friends. Aku menyesal bila aku cakap yang dia tak boleh tolong aku kalau ada kes emergency and I won't be calling him but I'm going to call who ever yang dekat, yang boleh tolong aku which is my friends. Even parents aku pun aku tak kan call. Sebab macam lah dorang boleh on the spot datang help me out. Tapi I was wrong. The next day aku cakap pasal tu, terus  aku nampak yang my friends are not there for me but he is. Sorry, I was wrong. You proved me something yang tak akan ada orang lain buat. :')

I'm just glad I met you. At least dia tak berkawan dengan aku sebab sesuatu. Dia sedia ada untuk aku bila aku perlukan dia tanpa apa-apa balasan.




***

Saturday, February 23, 2013

Khas Untuk Arwah

Assalamualaikum wbt.

Dipendekkan cerita, semalam tidur lewat buat assignment, 3.30 am. Pagi ada kelas hbis kul 10, nak tidur, tak boleh tidur. Lepas kelas habis kul 4 pm, makan kat seksyen 2 dan balik berdengkur terus tak ingat dunia. Lisa kejut Magrib, "Nadia, awak tak solat ke?". "Solat apa?". "Magrib laa...". "Oh, belom.". "Dah 8.30 ni...". Aku dalam hati, you're kidding right? Tapi tak tengok jam terus tarik towel gi toilet amik wudhuk. Habis amik wudhuk, is that azan that im hearing right now? Oh, please don't... Well, there it goes, lpas tu terus tidur. Tapi tak leh tidur pulak. Bukak fb.

Tiba-tiba nampak post dari Fadhil (Nisa's classmate form 5). 
Dia kata, "PERHATIAN X-BUKIT KEPAYANG S2,
...terperanjat...terkelu...sebak... dan sedih...
bila mendapat berita kembalinya ke rahmatullah seorang pakcik yang bertugas sebagai jaga di sekolah ini secara tiba-tiba. Dikhabarkan Allahyarham Pakcik Isa meninggal akibat jatuh di bilik air rumahnya. Allahyarham tinggal bersendirian dan kematiannya hanya disedari setelah dua hari tidak hadir bertugas. 
Sepanjang mengenalinya Allahyarham seorang yang amat dedikasi dan baik hati...suka berjenaka dan pandai bertutur Bahasa Inggeris. Budi bahasa dan jasanya tidak akan terlupakan."

Mula-mula aku macam tak ada perasaan, tapi sedih la jugak. Terkejut sebenarnya. Lepas tu aku cuba ingat balik setiap peristiwa dengan dia kat sekolah. Dulu aku ada cite pasal dia.

1. Dulu masa sekolah form 4 dan form 5 aku akan solat zohor dulu kat sekolah sebelum aku balik rumah. Aku sentiasa ada prinsip "Solat bila dah masuk waktu andaikata tak sempat nak solat, nyawa dah melayang, nak jawab apa kat kubur nanti?". Mana tau, masa balik accident ke? Tapi pakcik Isa selalu pesan dan bebel kat aku, jangan balik sorang-sorang, bahaya... Dalam hati aku jawab, Allah sentiasa lindungi aku. Kalau sesuatu berlaku jugak, aku percaya, ada hikmah. Sebab aku jalan sorang-sorang sebab menunaikan perintah Allah. Tapi tak delah aku cakap gitu kat pakcik tu. Aku senyum angguk-angguk. Kadang-kadang cakap,  "Saya tak ada kawan nak teman lah pakcik...".

2. Dulu masa form 5, bila nak buat aktiviti petang kat sekolah mesti ada pantauan guru dan surat serta nama budak yang terlibat. Tapi aku tak buat semua tu dan ustazah suruh kita orang buat latihan sendiri tanpa pantauan dia. Jadi, pakcik Isa membebel kat aku, kena ada surat, bla bla bla... Kena ada surat untuk setiap tarikh yang kita orang nak buat latihan. Aku pun buat la sebab aku tak suka tengok dia marah-marah dan susah hati. Aku tau, dia banyak kena marah dan dipersalahkan sebab kesalahan student. Kesian dia. Dia dah la dah tua... Patutnya dah pencen tapi disebabkan dia seorang pekerja yang bagus, dia dipanggil balik. Oh God, I really should change pronoun to arwah. :( 

3. Bila aku sibuk dengan kawad kaki, sebab surat tu, ada untuk setiap hari punya tarikh dari Isnin sampai Jumaat. Sebenarnya, aku tak sedar yang kita orang ada latihan hari-hari. Bila aku tanya budak-budak, dorang cakap memang latihan ada setiap hari. Baru aku sedar, I'm pushing everyone including me. Arwah selalu tegur setiap kali nak balik rumah lepas latihan, "Jangan asyik sibuk dengan kawad je, SPM nak dekat tu... Belajar elok-elok.". Cikgu Fadzilah pun tegur, "Kamu ni asyik dengan koko, akedemik jangan lupa!".

4. Bila tunggu budak-budak kawad sampai dan kehadiran penuh, arwah selalu borak dengan aku dan Nisa. Macam-macam arwah cerita. Pasal pengetua ada, pasal students, macam-macam perangai. Kadang-kadang tergelak dengar dia membebel. Hahahaha... Cot cet cot cet pasal pengetua yang nak semuanya perfect and tip top dan dia mengeluh sebab dia tak mampu nak buat semua yang pengetua nak. Yang pasal students pulak, budak-budak skolah lain keluar masuk sekolah curik barang, ade jugak budak skolah sendiri buat vandalisme. Dan salah semuanya atas guard sebab dorang tak kawal keluar masuk pelajar. Tu yang kena buat surat tu. Kesian arwah... :(

5. Kadang-kadang berlatih kawad kat depan koperasi, arwah lalu dan perhatikan kita orang kawad. Then dia tegur, "Apa angkat kaki macam tu??? Angkat 90 darjah. Angkat tu gantung kaki macam ni (arwah tunjuk demo). Bukannya angkat kaki tendang belakang, itu macam kuda... Cuba hentak kaki tu angkat betul-betul." Then dia bagi komand and dia sendiri kawad. Pergh! Mantap. Btul-btul macam profesional. Bila baris sedia pun, as if macam lidi terpantul. Hahaha... Straight dan memang badan semua pun straight habis lah! Takde slouch, dada bukak, mata pandang 210 darjah. That's what discipline is.

6. Mummy pernah datang skolah untuk report kad dan it happened that she came across arwah. Mmummy was really impressed sebab he can speak very very fluent! Macam English teacher dah! Hehehe... Dan dari cara dia bercakap, dia seorang yang exposed dan educated. Fikiran matang dan memang fikir jauh ke hadapan. Bukan third class mentality punye. Mummy pun sampai kenal pakcik tu and he was a memorable person, you know? :)

7. Lepas habis SPM, nampak dia jalan kaki kat simpang nak masuk Mega, jalan kaki pergi sekolah untuk shif malam. Dia dah tak keje shif pagi tapi shif malam. So, tegur lah dia, aku dalam kereta, stop tepi kejap. "Assalamualaikum pakcik! Sihat?". "Walaikumsalam, nadia...". Mula-mula arwah sebut nama aku, masa aku ada latihan dan aku ada bagi surat aktiviti petang. Aku terkejut sebab dia tau nama aku. Wow. That means he really recognizes me. Hahahaha... Impressive. I thought I'm no one to him sebab dia memang baik dengan students especially batch aku dan jugak batch before. Batch baru tak sangat dah sebab batch lepas tu macam rude. Dan arwah selalu marah-marah masa tu dan budak-budak takut nak dekat kot sebab junior aku cakap pakcik tu garang tp dia pelik aku berani tegur arwah selamba dek je. :P Arwah tanya buat apa sekarang. Aku jawab la, "Alhamdulillah result SPM hari tu okay, dapat straight A. Sekarang saya nak masuk UiTM dah pakcik...". "Oh, Bagus-bagus.".

8. Incident paling memalukan, masa Shah mintak nombor aku sebab dia tak hafal nombor aku dan fon dia hilang. Aku masa tu nak balik, dah habis latihan, dan dia pulak latihan ragbi baru nak start kul 5. Yang tak leh blahnya... Masa kita orang terserempak each other tu, adalah kat depan pondok guard which is kat pintu masuk sekolah. Aku pun bagi je lah nombor aku. Then arwah nampak dan usik kita orang, "Amboi amboi...." and entah apa arwah cakap, aku tak ingat, just refer to post yang lama... Hahaha... Malu! Sebab aku sure arwah kenal Shah. Shah pun selalu keluar masuk sekolah petang-petang, ragbi ada latihan hampir setiap hari dari 5 sampai 7 pm.

Yang pasti, aku dah jatuh sayang kat pakcik tu. Sedih sangat bila tau yang kematian dia hanya diketahui orang lepas dua hari dia pergi. Ya Allah... Aku tak dapat bayangkan, dia jatuh toilet, sorang-sorang menahan kesakitan, tak ada sesiapa pun yang dengar rintihan dia yang dalam kesakitan tu dan dia pergi macam tu je tanpa orang lain tau. Betapa sedihnya. Aku rasa macam dia tak layak pergi dalam keadaan yang menyedihkan macam tu tapi itu dah takdir Allah, dia meninggal dalam keadaan macam tu. Zharif kata, Allah tau, ramai yang sayang dia. Sebab tu dia buat arwah meninggal macam tu supaya tak ramai tahu yang dia dah pergi supaya tak ramai yang bersedih. Kan tak elok kita bersedih untuk orang yang dah pergi... 

Ya Allah.... Ya Rabbi... Aku doakan supaya rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Kau ampunkanlah segala dosanya, ringankan lah bebannya dan azabnya di alam kubur Ya Allah, sesungguh nya arwah dah buat banyak perkara baik pada orang lain. Engkau ampunkanlah segala kesalahan dia Ya Allah dan semoga arwah bahagia di sana. 





****

Sunday, February 17, 2013

Inilah Padahnya

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.


Aku tau, seminggu cuti raya cina... Dan cuti tersebut dah nak habis. Guess what? Aku sampai kolej hari JUMAAT tengah hari~ Hahaha.... Yeap, awal g-i-l-a kan? Sangat gila. Kolej sunyi sepi je. Ceritanya begini dong...



Aku fikir nak buat Basic Principles of Education punye group work kat main library UiTM, PTAR1. Then kawan cakap, "PTAR tutuplah Nadia...". Eh? Sem lepas, Sabtu Ahad dia bukak je? Rupanya sebab kali ni budak degree cuti sem, dia pun tutup la... Aku pun cakap dengan sepupu aku, yang aku tak jadi balik Jumaat. Nak balik hari Ahad.



Yang si kembar ni (sepupu aku) pulak dah rindu sangat kat mama dia. Nak jugak balik Jumaat. Haih... Ni baru seminggu. Kang sebulan dua apa cerita bila dah sambung belajar? Actually dia datang rumah aku Ahad lepas dan patutnya balik dengan pak cik aku keesokan harinya. Pak Teh nak balik kampung sat, pas tu baru dia datang balik Seremban 2 ambik kembar. Tapi aku hasut dorang suruh cakap dengan mama balik Jumaat, balik dengan aku naik KTM gi KL Sentral. Hehehe... Mama pun kata okay. Sebab apa? Sebab aku ada... Semua mak orang percaya kat aku, dan aku tak tau kenapa. Huhuhu.. Mak Sarah pun macam tu. Sampai nak mintak phone ke, camera ke, semua pakai nama aku.



Pak Teh bising-bising tak percaya cakap kita orang yang mama dah setuju. Nak jugak call mama baru dia senyap. :'( Then... jawabnya naik KTM balik kolej hari Jumaat. Lepas Subuh, aku terus siap pergi mandi makan packing. Yang kembar pulak... Lepas Subuh terus hadap katil! Ya Rabbi! Dah cakap dah nak gerak awal pagi-pagi. Nanti tengah hari aku tak de bas balik kolej, solat Jumaat. Bila dah settle, kul 9 gerak ke bus stand tahan teksi, bla bla bla.
Bila sampai KL Sentral, aku pun tinggalkan dorang kat LRT dan aku terus gi kat escalator keluar dari bangunan KL Sentral. Tapiii...... Tak sampai hati pulak tinggalkan dorang. Aku terfikir, cukup ke duit aku kasi? Nanti kalau mesin tiket tu tak pulang baki macam mana? Aku bagi dia lima ringgit tadi. Call adik kembar. "Mesin tu pulang baki tak?? Duit cukup tak?". Adik kata mesin tu tak pulangkan baki. Abang kata, mesin tu bagi baki. Haih... Aku pun jalan balik ke LRT dan tengok dorang beli token. Dia pulangkan baki lah! Pastu aku tak puas hati. Kene jugak tengok dorang scan token dan masuk station. Lepas tu, baru aman nak teruskan perjalanan.



Naik U80, tiba-tiba bila sampai Shah Alam, bas rosak. Mati enjin tengah-tengah jalan. Aku tak lah risau sangat. Sebab that's better than bas bau hangit macam ada benda nak meletup, nak terbakar. Pernah jadi........ Adoi... Bas Rapid ni pun... Tolong lah, tolong lah tukar bas baru... Jangan lah bagi bas lama, bas bentuk kumbang tu.. Merisaukan la... Panjat bukit pun tak larat, terus ke belakang bas. Pun pernah terjadi. Tapi aku rasa bas U80 ni tak de minyak kot. Sebab dia tutup air-con sebelum tu. Dah tutup air-con dia bukak pintu masuk dan pintu keluar. Cuak jugak aku sebab passenger yang duduk betul-betul depan pintu keluar tu kena hati-hati. Driver pun tak boleh la bawak laju. Tercampak jugak anak orang.



Sampai Seksyen 2, rasanya tak de bas ni. Tak de tunggu dah, terus je naik teksi. Sampai koleh, betapa sunyinye....


Esok petang, aku tertido masa buat kerja Reading. Maklumlah, nama pun reading, lampu bilik tak bukak, yang bukak lampu meja study, memang romantik habis. Ngantuklah jawabnya. Then tiba-tiba dengar suara lelaki. Ramai dan sangat-sangat kuat as if suara tu dekaaaaat sangat-sangat. Eh, aku tengah mamai tu, cuak lah jugak. Time tu jugak aku rasa macam ada orang ketuk pintu bilik. Aku terus terbangun. Eh, pintu kunci ke tak??? Huhuhu... Tak tau kenapa mata aku nampak macam pintu tu ada orang bukak. Lepas tu, bila aku sedar, aku sebenarnya dok termenung kat pintu yang terkunci. Eh, apa aku ni, khayal ke apa. Ngantuk punya pasal. Tiba-tiba ada orang cuba bukak pintu. Aaaaaargh... Takut.... Tapi pintu kunci, so aku teragak-agak. Amik tudung letak je kat kepala. Bukak pintu cam teragak-agak lah jugak. Pakaian tak yah cakap la. Huhu.. Rupanya.... Roommate aku baru balik. Haih buat cuak je!!!


Dia gelakkan aku lepas aku cerita bnda sebenar. Dia kata, ada orang repair air-cond ofis kat luar. Bilik aku memang dekat dengan ofis pun. Huhu, patutlah... Haih, buat cuak je!


***