Something To Say


TRUST... never trust someone 100%. coz, they're the one who will stab u at the back. trust them only 50% n keep another 50% for ur self so tht u will not cry on the next day.

You dont have to follow others to be popular and to be loved, because you are loved for what you are.

Nak masuk syurga, KENAL ALLAH SWT dulu.
Ibaratkan tetamu datang rumah. Kalau tuan rumah tak kenal tetamu tu, ingat dia nak bagi masuk ke???

If you feel you hate me, better if you just stay away from me. Don't be a hypocrite. Coz I'm being my own self. Thank you.


OH YA! PANDAI-PANDAI CARIK BUTANG FOLLOW KAT ATAS YERK!

Wednesday, November 30, 2011

What You Love Is Not The Best For You

Assalamualaikum wbt.

Adakah salah saya? mengecewakan kau dengan berkata 
(putus)
putus;bukan putus mecintai tapi berhenti berjumpa kerna takutkan ALLAH tidak mecintai.
putus;bukan putus hubungan tapi berhenti berhubung dalam telefon kerna takutkan kemurkaan ALLAH
putus;bukan putus mengambil berat tapi berhenti untuk menjaga fittnah takut ALLAH memarahinya
putus bukan nya bermakna putus untuk selama-lamanya seandainya kau berpuas hati dalam benar mengerjakan Islam dengan apa yang ALLAH tidak memarahi,

tahukah ....... berhenti kerna apa?
berhenti kerna terlalu mencintai .....adakah kau tahu?
berhenti kerna terlalu bimbang ..... adakah kau tahu?
berhenti kerna hendak melakukan perkara yang banar.... adakah kau tahu?
berhenti kerna terlalu takutkan ALLAH ....adakah kau tahu?
berhenti kerna AKU mecintai kau kerna ALLAH bukan kerna nafsu

maaf kerna membuatkan kau sedih pada hari ini
maaf kerna membuatkan kau menderita pada hari ini
maaf kerna membuatkan kau mengalirkan air mata pada hari ini

tetapi sakit pada hari ini lebih baik dari penyiksaan pada hari
pembalasan

kerna aku mecintai kau kerna nya (ALLAH)

I ♥ U B'coz ALLAH ^_^

Itu cerita pertama. Cerita kedua :-

Dalam kelas agama, aku memang selalu concentrate dan bagi full attention. Hati aku selalu rasa dekat, tenang dan terbuka bila kelas agama walaupun aku tak suka gabung dengan kelas 5 Dedikasi. Ada sekali tu, Ustazah Norlida cerita tentang isteri yang nusyuz.

Ustazah : Apabila seorang isteri itu derhaka dengan suaminya, contohnya ada lelaki lain, curang, maka dia itu digelar nusyuz. Dia berdosa pada suaminya dan berdosa pada Allah SWT.

Ustazah : Tetapi kalau suami pula yang curang, dia tidak berdosa pada isterinya, tetapi hanya pada Allah SWT. Sebab mendekati zina. Sedangkan dia boleh kahwin 4.

Ustazah : Kalau kamu sibuk marah-marah pakcik abang ayah kamu curang, kamu itu sebenarnya sama sahaja dengan mereka JIKA kamu (lelaki) yang maish bujang ni, ada makwe, girlfriend, kapel sana sini. Dosa kamu sama sahaja 2x5 dengan mereka. Tak payah kamu nak marah mereka. Dosa yang kamu dapat itu sama sahaja dengan dosa mereka.

Ustazah : Kalau kamu (perempuan) betul-betul sayang kat pakwe-pakwe kamu tu, putuskanlah hubungan itu supaya dia tak berdosa. Kamu ni yang penyebab dia dapat dosa. Bukan saya tak tahu. Dalam kelas ni, ramai yang dah berpakwe-makwe. Dalam Al-Quran Allah SWT dah sebut, "Perhubungan lelaki dengan perempuan haram kecuali dengan ikatan yang sah dan rasmi (kahwin, tunang)."








Ok, aku memang dah tak boleh nak cakap apa. I've heard it before, tapi parents aku... bagi kebenaran (nanti)? I want to be a good Muslim. Seriously. Aku tutup aurat. Aku tak pakai baju yang jarang, ketat dan nipis. Aku tak pakai high heels. Aku tak pakai perfume. Aku tak make-up. Aku tak berhias melampau. Aku tak pakai keychain yang banyak bunyi loceng. After all that trouble, tak kan nak jadikan 'niat menghalalkan cara'? I also have a cat. Kucing aku tu patutnya dah kena mandulkan. Tapi berdosa. Dia benda hidup. Dia ada hak untuk ada nafsu. Cuba kalau kita mandulkan seorang manusia yang selalu berzina. Pun salah. Itu fitrah hidup.

Bila dady kata macam tu, kita tak boleh anggap, binatang tu binatang lah. Manusia, manusia lah. Tak boleh sebab dia pun makhluk Allah dan bernyawa. Ada setengah ustaz-ustaz tu kata tak apa mandulkan kucing. Itu dah kira 'niat menghalalkan cara'. Disebabkan dia pun ada kucing kat rumah, dia kata tak apa. Mana boleh macam tu kan? Conclusionnya mestilah korang dah tahu, so no need to tell. 

Sejak aku pergi library, aku selalu nampak seorang girl duduk dengan guys. Adalah dalam 3-5 orang guys, dia sorang je girl. Err... Kalau aku kat tempat dia, confirm aku rasa tak selesa dan macam nak mati. I can't even breathe. SKEMANYA aku kan??! Aku tak boleh. Aku tak biasa, dan aku tak nak biasakan. Biarlah aku tak popular among guys, aku just tak nak.


Eh, fikir aku ni tak ada perasaan ke? Aku remaja jugak. Aku pun nak macam apa yang orang lain nak. Tapi kita ni ada agama, kita kena control diri sendiri. Ada batas-batas dia. Thats why, bila bercakap dengan lelaki, aku senang sangat melalut, cuak tak tentu pasal. Aku cuma tak kelam-kabut dengan KEMBAR sahaja. Itupun sepupu aku! Tak kisah lah, kengkawan ke apa. Yang ada perasaan atau yang tak ada perasaan special, sama je. Aku tetap cuak jugak.

Sebab tu aku sangat tak selesa bila Amir buat aku macam tu. Me? His 'wife'?? Please?! Kalau sekadar macam tu tak apa lagi. Tapi ini tidak. Ada je peluang nak study Maths, dia datang duduk depan aku, sebelah aku. Urgh! Aku tak suka. Aku tak pernah macam tu rapat dengan lelakilah... Except Muk, tapi dia lebih teruk! Muk dia tau batas dia lah... Dia tau aku tak suka, dia tak over. Dia tak duduk dekat sangat dengan aku, dia tak pernah pijak kain aku, dia tak pernah langgar kaki aku bawah meja!

Aku rasa tertekan lebih-lebih lagi bila satu hari tu, aku tak berapa layan sangat Amir tu. Kita orang kongsi 3 meja, aku, Syafiq Salleh, Syafiq Akmal dengan Amir. Buat Akaun. Then tiba-tiba Amir tepuk aku. Tak terkejut aku? Aku bersyukur sangat Syafiq Akmal tegur dan marah si Amir tuh. Argh... I feel stupid. Aku rasa, 'can I be invinsible for a while? or maybe forever?'. Aku tak tau nak react. Aku terlampau terkejut. Amir, kau tepuk aku? Tak pernah pun ada yang berani nak tepuk aku ok.

Hari tu masa dah habis paper Agama kot? Waktu balik, bertembung dengan dia. Dia jalan sebelah aku bincang pasal paper yang baru habis. Dalam hati, eh, eh, makin aku jauh, makin dia dekat. Tak boleh cakap macam biasa dengan jarak yang aku buat ke?? Sampai aku rasa aku nak langgar orang tepi aku. Amir ni macam nak himpit aku je? Dah tau aku menjauh, faham-faham ajelah! Nasib baik lepas ni tak jumpa dia dah. Lega sekolah dah habis. 

Aku terasa macam nak pakai jubah pulak lepas ni. Pakai mini telekung. Ha, amek kau! Lepas ni tak akan ada sesiapa berani kacau aku. Sebab semua orang memang tak suka orang pakai mini telekung dengan jubah. Aku mesti akan dicop ALIM. Orang mesti akan elak punya. Tahu sangat. Jangan sampai aku buat macam tu sudah. Geramnya aku bila lelaki tak faham bahasa. Dia ingat dia boleh buat sesuka hati dia kat anak dara orang? Kesian ayah-ayah dan abang-abang budak perempuan tu. Tak pasal-pasal kena tarik masuk neraka. Dayus! Besar tanggungjawab lelaki.

Kadang-kadang nak aja aku gantung kat leher ni, guyz, respect me, dont you dare to lay a hand on me! That bad huh? Yup, that bad.

Aku rasa budak bukan Islam lagi respect girls daripada lelaki Islam. Kwok Fung pernah nak amik kertas dari aku, terkena tangan aku. Aku cecepat tarik tangan aku, dia nampak terus dia cakap sorry. Gentleman betul. Budak Melayu? Hampeh... Memang tak boleh pakai. Nak buat macam mana? Dah tau macam tu, aku still suka budak Melayu. : | Taste aku tetap tak berubah, still budak Melayu. Hurm... Whatever lah, nak risau ape? Journey masih panjang, rilek sudah.



Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu. Dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah : 216)


(wassalam)

***

Monday, November 28, 2011

Holiday Planning (I'm Free)

Assalamualaikum wbt...

Belum pun habis SPM, tinggal lagi dua paper, aku dah rasa bosan nak mampus duduk kat rumah tak tau nak buat apa. Last paper 5 Dis!! Haha... Percaya tak, tiga hari tak pergi library, tiga hari ni tiba-tiba aku jadi VERY productive. Aku berjaya buat nota Akaun, dari Form 4 sampai Form 5. Sikit lagi dah nak khatam buku teks tebal tuh! Teori + calculation and formula!

amik kat google jek! aku tak amik EA...

Sebelum ni, jangan harap aku nak bukak topik Pengurusan Perakaunan, nak kira, margin untung, titik pulang modal and nisbah semua tu. Tapi memandangkan itu soalan wajib objetif lebih kurang 3 soalan dan trial pun banyak keluar, terpaksalah aku cekidaut jugak. Yang itu sikit lagi. And lagi satu, Kelab dan Persatuan. Aku rasa topik tu panjang, aku skip dulu. Apasallah aku tak buat nota dari awal tahun lagi?? Haha... Sekarang baru tergerak hati nak buat. Dan setakat ni, aku rasa 'kuat' nak habiskan nota semua chapter. Selalunya buat topik 1, 2. Yang seterusnya, bye bye. Tak akan buat punyelah!

Gap antara paper Science dengan Perdagangan, 7 hari. Selama tujuh hari tu, skang aku start study Perdagangan sebanyak 0.00 %. Akaun 50.00 %. Sebab aku baru buat nota untuk teori. Kira-kira belum lagi.  Walaupun baru 4 hari. AKU DAH RASA BOSAN! Aku tak boleh lah buat macam Naqib dengan Nabil. 24 hours depan komputer main game or do whatever yang aku suka. Tak boleh. Aku tak biasa dengan semua tu. I need something else. Bosan gila! Aku tak sabar nak get to work. Tapi mumy suruh kerja bulan 1. And kerja kat bookshop. Another boring thing to do. Memang ada advantage kerja sana. Buat inventori and cekidaut latest books, ilmu. But that's not what I want.

Aku tak suka lah buat benda macam tu. Aku nak something yang buat aku on-my-feet dan berjaga, alert, aware, something challenging maybe. Aku ingat aku nak kerja waitress kat restoran. I can learn how to communicate, I learn to handle things, jumpa macam-macam jenis perangai manusia. Masa study, penat otak. Bila kerja, aku nak something yang buat aku 'alert'. Get it? Aku tak suka kerja menunggu tak buat apa-apa. Rasa macam tak ada apa-apa improvement. Life's good. There's so much things you can do and make benefits of. So, bila aku dah tak bape nak pakai otak, kerah tenagalah pulak. Aku tak kisah kalau penat pun. It's worth it. Barulah syok!


Dady tak galakkan coz nanti kena jumpa orang yang tak betul suka maki hamun and so on. Bila aku dengar dady cakap macam tu, lagi aku nak kerja cam tu. :p Tapi aku rasa aku tak kan jumpa orang macam tu kot. Unless kalau aku buat salah. Mumy pulak kata, eloklah kerja macam tu. Biar aku belajar macam mana nak handle kalau ada situasi macam tu. Learn about life. Then mumy tanya, kerja mana? KFC, Mc D? No way. Memang aku tak nak dua tu. Aku nak jadi waitress, bukan jadi cashier amik order macam tu. Tak minat.

Oh ya! Lupa nak kasi tau! Aku dah register untuk DRIVING LICENSE!!! Haha... Kau ade? Kau ade? Tak de... :p Hoho... Menggedik pulak. Bila aku pergi sana, aku tengok dorang semua bawak motor slow lembap aje? Dah tu pulak, ada yang mati enjin. I'm talking about motorcycles over here. Bukan kereta. Nak hidupkan enjin pun alahai... Guyz pulak tu? Berlakon ke haper? Kalau kat luar, mesti tunjuk terror punya. Aku pun pelik, slow semacam jek? Macam perempuan baru nak pegang stereng. Perempuan kan penakut sikit. Aku ngaku, sebab aku pun cam tu masa first time pegang stereng. Semput kereta tu dibuatnya, cuaklah aku! Haha...

Minggu depan, habis je Paper Akaun, hari Selasa tu aku akan hadir khursus dari kul 8 pg sampai 2.30 ptg. And startlah pengalaman aku driving! ;) Yes, aku excited. Seronok. Cepat betul masa berlalu kan? Mumy kata, amik driving license dulu. Then nanti khidmat aku diperlukan untuk hantar adik kujang mumy (Naqib) ke tusyen (Anjung Ilmu!). Tahun depan dia UPSR. Memandangkan tusyen tu ok, aku memang recommend lah... Lagipun, I've got my own car... Dah official ok. Kancil tu aku punya. Mumy kata, nanti gi kerja pun drive sendiri. Mumy bagi pilihan, kerja kat Jusco or Terminal. Jusco dekat sikit. Aku pun tak berani nak drive jauh-jauh. Aku sure confirm takut bila nampak kereta lain on the road punyalah. Maklumlah baru belajar. :D Aku fikir nak kerja kat Terminal pun boleh jugak. 

Mumy tanya, Madi nak kerja kat mana? Apa plan dia. Er... Aku tak tau. Aku ada mesej dia, tapi dia tak reply. I somehow doubt that the number is hers. Aku rasa itu mesti nombor Muk. Aku rasa. Or maybe parents dia punya ke? Hurm... Maybe Muk tak nak reply coz aku kenal cara dia tulis mesej. Oh, aku kenal sangat. Dulu abang dia mesej ngan aku, fikir aku tak cam ke? Aku tau itu bukan dia. Last-last dia ngaku abang dia tolong typekan mesej. Haha... Teruk betul? 

Tapi aku teringin jugak nak kerja satu tempat dengan kengkawan lama aku. Mumy agak, dorang mesti nak kerja kat town, the ideal place, Terminal. Aku pun nak satu kerja dengan dorang. Yelah, dah lama tak jumpa. Nanti bila jumpa balik, mesti tak tau nak borak apa. Macam tahun lepas, aku mati kutu. Aku tak faham apa yang dorang borakkan sebab dorang still satu sekolah. Dorang borak hal dorang. Aku senyap je. Tapi aku excited jumpa dorang, just that tak tau nak cakap apa. Tak ada topik. Now aku nak create something. Something to share. At least kita orang skang kongsi satu benda yang sama yang boleh diiingat. Macam tu tau. Itu apa yang aku nak.

Tapi masalahnya, 1. jauh. 2. kena bayar parking. 3. kena bayar minyak lagi. So apapun, Jusco adalah pilihan yang terbaik. Tesco, Carrefour langsung tak terlintas. Lagi sekali, tak sabar nak tunggu 5 Dis. :D





#$#$#$#$#

Tuesday, November 22, 2011

22 NOV 2011

Assalamualaikum wbt.

Hari ni bufday aku. Aku fikir, aku tak nak orang wish aku. Sebab aku nak dorang hormat aku memandangkan aku nak amek SPM. Even dengan mumy aku dah cakap, tak yah amek cuti de... Lagipun aku ada tusyen, nak pergi library lagi nak study Add Math. Kalau aku tak tusyen, tak pergi library, aku memang tak belajar pun. Tujuan utama aku pergi library sebab aku nak ajar Hidayah apa yang aku tahu. Aku nak tolong kawan-kawan aku lulus exam. Ataupun dapat C atau B dah cukup bagus. Aku betul-betul nak tolong dorang. Tengok skang, aku bukannya study pun. :p (Berlagak pulak aku nieh, nanti result keluar, baru kau tahu!)

Bangun aje tidur pagi ni, alarm phone bunyik. 6.35 a.m. Then aku bermalas-malasan dulu kat atas katil. Guling kiri, guling kanan. Sejuk! :p Then tutup alarm, ada mesej pulak. "Selamat hari jadi Nadia :-) Semoga Allah memberkati awak dunia dan akhirat.. (malaysia menang) hehe... Sory ganggu tidur, selamat malam.. Salam :-)" Pagi-pagi lagi aku dah tersenyum. Nabila Mokhtar hantar mesej tu kul 12.12 a.m. Haha... Actually aku tak tengok bola pun. Memang tak minat. Mumy je yang tengok. Dari Fifa ke setiap negeri punya perlawanan bola, sampai lah ke sukan SEA, memang bukan minat aku nak tengok bola. Aku dengar je pandangan-pandangan kengkawan aku yang tengok bola. Seronok jugak bola sepak Malaysia dah semakin meningkat.

Then kejut mumy solat Subuh sebab tengok rumah gelap je. Aku ingat nak tidur balik. Tapi bila aku fikir, aku ada kelas tusyen, kang terlajak tidur pulak. Aku pun stay up dan main game yang hari-hari dah main sampai naik bosan. Aku tengah download game baru, tapi lama gila nak tunggu dia habis, coz aku tengah download movie Death Note! :p Preparation untuk aku enjoy lepas SPM. Dah nak habis dah. Tapi itu 2 GB aje. Lagi aku download Princess Diaries, teringin nak tengok balik lepas baca novel Princess Diaries, 4 GB. Aku pun tak tahu asal sampai 4 GB, tapi aku teruskan download jugak. Kalau aku padam nanti rating akaun torrent aku jatuh. Then aku download Avatar The Last Air Bender TV Series, 10 GB. Haha! Amek kau! Memang berat. Aku download sama hari dengan Death Note. Death Note dah 93 percent. Avatar baru 17 percent. :p

Oklah, mesti korang tak faham bila aku cerita pasal torrent nieh. Haha... Daddy yang ajar pakai torrent untuk download file besar. File kecik pakai IDM jek... Then tengah main game tu, dady baru balik. Dengar bunyik motor. Aku pun cecepat bukak pintu. Terus dady wish. "Tapi dady bukan orang first." Dady buat muka, 'memanglah...' Then dady buat ape yang patut dan terus tidur. Mumy, abang, adik semua terus masuk tidur lepas Subuh. Aku layan main game sampai kul 8.30. Then phone mumy bunyi. Aku nak jawab dia dah tutup. Uish, ada 4 miss call. Then orang tu call lagi, unknown number. Aku pun jawablah, "Hello, Assalamualaikum?"

"Walaikumsalam, Nadia ke ni?" "Haah, siapa ni?" "Ini Madi..." Hah! Aku tahu dorang mesti akan call aku. Korang adalah kawan paling best di dunia! Korang still ingat aku lagi kan, walau dah bertahun terpisah! (ceh ayat tak leh blah). Setiap tahun tak pernah miss kot dorang wish aku. Dan aku masih lagi terasa dengan Muk. Masa kapel 3 tahun dulu, tak pernah SEKALI pun dia wish kat aku. Then dia kata, "Tak apa ke saya tak wish bufday?" Aku sabar je dan test dia, "Tak apa... Tak kisah." Then dia pun tutup topik tu. Belated birthday pun tak cakap sedangkan aku tak pernah miss birthday dia. Tak perlu hadiah apa-apa, asalkan ucap. Tapi sekarang, dia yang beriya-iya sangat nak wish birthday. Dia yang ingatkan Madi suruh call aku.

Madi kata, "Tak pe ke weh aku cakap pasal Muk?" "La... Apa nak kisah, aku ok je." "Hah, eloklah tu." "Yelah, itukan cerita lama..." "Itulah. Seb baik kau pun fikir macam tu. Kalau tak serba salah aku dibuatnya. Dialah yang iya-iya sangat suruh aku call kau wish birthday." Mumy tanya, "Dulu awak kat Senawang sekejap aje kan? (5 bulan) Tapi korang still rapat sampai sekarang eh?" Aku tersenyum. 

"Yelah. Sebab dulu kita orang satu geng buat nakal sama-sama. When something happens, kita orang jaga each other." Then mulalah aku cerita kat mumy pasal bulan puasa kita orang sama-sama pergi kantin dan makan sampai terkantoi kat senior form 2 dan form 4. :p Both of them lelaki pulak tu! Malu nye... Tapi sweet memory bila teringat balik. "Habis, tak kan awak tak ada kawan yang macam tu kat sini?"

"Tak... (masa cakap, aku rasa cam nak nangis) Kat sini semua budak baik-baik. Kalau ada geng-geng tu pulak, jahat dia lain macam punya jahat."  "Jahat sosial eh?" "Em, salah satunya. Jahat dorang betul-betul jahat sampai drop orang, fitnah orang, berpakwe makwe keliling pinggang, hot habis, dan macam-macam." Terus aku teringat kat Hadi. Walau kasar macam mana pun dia dengan kita orang, dia tetap back-up kita orang bila ada yang cuba buat fitnah dan dengki ngan kita orang. Hadi pernah suruh aku datang dekat kat dia, dia nak bisik sesuatu. Aku ingat lagi, masa tu aku budak baru. Mula-mula aku was-was. Then aku pergilah kat dia, tengok-tengok dia tarik tudung aku. Kurang hasam betul! Tapi dia tak ada lah tarik habis. Mungkin dia sakit hati sebab aku asyik betulkan tudung aje!

Dulu memang aku pentingkan tudung aku. Janganlah kena angin sikit pun, mesti nak gi toilet betulkan. Tapi skang I dont give a damn lagi. Kat skola aku pakai selekeh jek. Kat luar pakai selendang, tak payah risau. "Tapi mumy tengok, dia je yang asyik call akak. Akak tak pernah pun nak call dia." "Dah dia asyik tukar nombor, nak wat cam ne? Bukan tak ingat bufday dia." Bufday Hadi pun aku wish. Itupun ikut FB. Masa Madi call aku pun, dia pakai nombor lain. Aku pun tak leh nak salahkan dia. Sebab aku pun selalu tukar-tukar nombor. Then lepas hang up, dia call balik. Masa tu aku tak jawab coz aku nak gi mandi nak gi tusyen.

Then aku call balik pakai nombor aku. Amal nak cakap dengan aku. Kenapa Muk tak nak cakap dengan aku? Dari tahun lepas lagi, dia asyik nak sembunyi je dari aku. Rilek sudah lah... Aku dengar aje suara Amal, aku nak tergelak. Masih lagi suara kebudak-budakan dia. She sounds so cute. Kawan-kawan aku semuanya lawa-lawa! Aku tanya jugak mana Sarah? Rupanya Sarah kelas lain. Aku tahu tu, tapi... Entahlah... Maybe dorang kat sekolah, cikgu dorang buat extra class, or last minute tips... Tapi aku tak bagitau pun itu nombor aku. Biarlah lepas habis SPM betul-betul baru aku bagi tahu itu nombor aku. Aku rasa aku tak akan tukar lagi nombor phone aku. Bukannya murah mumy beli nombor tu. Lebih kurang RM 20 tahu!

Aku pun tak nak gi tahu sebab nanti dia sure confirm bagi kat Muk. Nanti mulalah mesej yang tertentu masuk dalam inbox. Aku malas nak layan, lagilah tengah SPM ni. Lagi 12 hari je kan nak merdeka?? Sabar yek... Madi pun tak sabar-sabar nak lepak gathering balik. Nak outing. Tunggu 5 Disember, last paper Akaun. Dia tanya esok aku ada paper apa? Of coz lah Add Maths. Lusa? Physics ke Science. Aku ni je yang budak sastera antara kengkawan aku tu. Dorang budak sains. "Aku amik Science lusa. Orang tu yang amik Physics, budak sains lah katakan..." Haha! Then dia tanya last paper aku. 5 Dis lah. Sama je dengan dia. Dia ingat aku amik Ekonomi Asas.

Sabar ek, biar aku amik driving license dulu... Haha... Then aku pun pergilah tusyen Add Maths. Hidayah ikut, so memandangkan dia bukan student Anjung Ilmu, dia kena bayar extra RM 10. Ok lah tu, harga standard untuk dua jam punya belajar. Tapi aku rasa baik tak yah pergi sebab cikgu pergi laju sangat. Cikgu nak habiskan paper 1 nak masuk paper 2. Cikgu cakap macam mana nak solve pakai cara macam mana and bagi jawapan. Then next ques. Aku ni dah lah slow pick-up, lembab nak mampus. Aku rasa terbazir je masa dua jam. Baik duduk library sehari suntuk. Then petangnya cikgu nak sambung sejam dua untuk belajar linear programming. Argh, aku dah muak tengok bendalah tu sebab cikgu Kong dah banyak sangat bagi latihan tu, Price Index dengan Linear Law. "Dah expert lah kiranya ni?" Perli cikgu Redha. Haha!

Then cikgu bagi jawapan untuk paper 2. Petang tu, tumpang Hidayah gi library. Then sampai sana kul 1.10. Aku lapar, breakfast pun sikit je pagi tadi. Tapi tahan sebab baru sampai. Kul 2 baru pergi makan solat semua. Hidayah belanja! :p Mak dia yang suruh. Then duduk study balik. Adalah dalam sejam gi makan solat. Then kul 3 baru sambung. Pastu kul 4, gi siap sedia solat Asar. Manalah tahu mati tengah jalan masa nak balik rumah, kang kena soal pasal solat Asar. Aku pun solat. 4.30 kita orang balik. :p Berapa lama sangat lah kita orang study? Dua jam jek.

Then dalam kereta bila dah sampai depan rumah aku, Hidayah bagi tahu mak dia hari ni bufday aku. "Oh, memang patutlah mak suruh Hidayah belanja!" Aku gelak ajelah, aku pun salam mak dia. Fuh bukan main lama mak dia genggam tangan aku sambil cakap, "Semoga Allah panjangkan umur kamu, diberkati setiap apa yang dibuat, semoga cita-cita kamu tu tersampai segala hajat..." :) Thankz...

Aku ada ajak Hidayah balik rumah aku masa gap between paper 1 dengan paper 2 Add Maths. Boleh belajar sikit-sikit, mandi semua. Baru fresh nak amik paper petang. Sebab rumah dia pun jauh sikit, kat Jusco.   Petang tu, Nisa ajak keluar. Aiseh, aku baru je nak balik rumah. Aku tahu dia nak bagi present tu. :p Tapi aku rasa aku tak boleh keluar. Aku rasa mumy dah kecik ati dengan aku. Dah lah mumy amik cuti bufday aku, tapi aku pulak yang acuh tak acuh dengan bufday sendiri. Mumy kata, mumy nak masak special, suruh aku balik awal. Then Nisa kata, nanti dia datang rumah aku kul 6.30 petang. Tapi hujan pulak.

Malamnya waktu Maghrib, aku leka tak solat-solat lagi. Aku berangan nanti macam mana agaknya bila berjumpa balik dengan kengkawan Seri Pagi aku tuh. Itulah akibatnya bila tak ada orang nak solat jemaah ngan aku. Mesti aku akan solat lewat! Kalau aku tak solat Asar kat library, mesti aku akan solat nak dekat kul 7. Tiba-tiba kul 7.45 p.m., Nisa datang rumah walaupun hujan renyai-renyai. Aku tahu dia MESTI ada benda nak kasi. Walaupun sekadar kad birthday, tapi itu sangat bermakna. Kalau orang lain yang kasi, aku memang tak ada feel. Dulu masa aku form 1, Wani Deli ada bagi present kat aku. Aku simpan sampai skang tapi dah berhabuk. Sebab dia presentkan barang perhiasan. Bola kristal dalam air letak kat botol kaca horlicks tapi dicabut wrappernya. Aku lebih suka orang hadiahkan something yang aku boleh pakai. Lepas dia dah balik, hah, kelam-kabut nak sembahyang! :D


Nisa, awak kata jangan bagi mak saya baca. Saya tahu kenapa. 
Mesti sebab awak takut mak saya betulkan English awak kan?? ;)
Tapi awak tak cakap saya tak boleh post kat blog kan?? :p 
(Jahatnye kawan awak ni, ampunkan saya eh... )
(klick gambar untuk lebih besar)












I wont have to do the same coz you are not blind! :p


Walau apa pun, aku lebih suka orang yang rapat bagi hadiah. Kalau orang yang tak rapat, tak yah lah bagi hadiah, aku tak berapa appreciate sangat, (sejujurnya aku cakap). Aku pun tak terniat nak bagi present kat orang lain punya birthday. Bagi aku, membazir duit! Walaupun Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam saling bertukar hadiah untuk eratkan silaturahim. But aku still muda, aku tak keje, aku pakai duit mak bapak! Lagipun aku tak ada duit belanja, sebab aku tak amik walaupun diberi. So, aku pun tak ada duit nak kumpul untuk beli hadiah kengkawan. Aku just beli hadiah untuk SHIRA dan NISA sahaja.

Itupun mintak duit mumy dady, bukan aku kumpul sendiri. Bila aku perlu baru aku mintak. Memandangkan aku bawak bekal, aku sengaja je biar duit belanja tak terambik. Biarlah mumy simpan duit tuh... Sehari nak bagi RM 5 setiap minggu. Dulu aku amik walaupun tak pakai. Dady pernah rungut, berat jugak nak kasi. Then start kasi duit RM 15 seminggu. Pun berat jugak. Aku pun sejak tu tak amik duit dah sebab mumy pun dah bagi bekal. Air bawak sendiri lah. Akibatnya, abang adik pun tak dapat duit belanja! :p

Ini je lah list orang yang wish aku. Tak lupa, mumy dengan abang adik pun wish jugak. Kononnya esok baru nak kasi present! haha... Aku tak harap sangat. Sebab aku pun tak kasi present kat dorang. Jaranglah. Kalau setakat nak bagi gula sebijik, haha... terima kasih bebanyak! ;) Aku tak kisah sikit je orang yang wish, sebab aku bahagia. Aku tak perlukan wish berderet dari orang yang tak dikenali dan tak rapat. Cukuplah sekadar yang rapat dengan aku. Aku dah bahagia. Korang memang dah ubah prinsip aku yang nak amik SPM ni... :D

Last-last aku seronok pulak. Dady kata, "Lagi dua jam birthday awak nak habis." :p "I'm 17 now!!" Haha... Gedik pulak...




***

Friday, November 18, 2011

aku TERSISIH dan TERKECUALI

Assalamualaikum wbt...

Penat! Baru balik library sehari suntuk. Target, lepas Ishak nak terus tidur, tapi nak blogging sekejap. Tadi, yang pergi library sama-sama, Nisa, Shira, Nabila Mokhtar, Intan, Hassuuna, Ayu, Rushyda, dan terakhir sekali aku lah of course. Lapan gadis sunti (ceh!) ini telah berkongsi satu meja yang hanya boleh memuatkan hanya 6 orang di library. Dan kami telah membuat bising sebab terlalu ramai sampai budak meja sebelah (budak S2, yang sama-sama ponteng skola) asyik dok 'shhh' kita orang aje.

Shira tulis dalam kertas bagi semua baca, "Budak belakang kita ni sebenarnya dok 'shhh' kita, bukannya kawan dia." Aku tergelak baca and pandang dorang. Then Shira tunjuk Kat Nabila sekali, tapi Nabila pergi baca kuat-kuat pulak! Adoi! Mestilah dorang dengar kan?? Lepas tu dok mintak kerusi kosong then letak balik. Lepas tu mintak balik kerusi tu daN letak balik. Haha, kalau anda di tempat mereka, sakit hati tak? Dah lah bising, main amik-amik kerusi pulak tu. :p

Pada awalnya, aku ingat aku, Nisa dengan Shira je. Rupanya budak kelas B pun ada sekali. Aku dah tak berapa selesa. Sebab dorang jenis yang kecoh sedunia. Then bila Nisa sampai, dia tengok meja dah penuh. Jadi dia takut orang library marah sebab terlalu ramai dalam satu meja, so dia pun pergilah duduk kat meja persendirian. Aku mula rasa serba-salah sebab ini kali first aku datang library dengan dorang. Last aku datang akhir tahun lepas. Memang aku rasa bersalah, seolah-olah aku ni macam menyelit dan menyibuk.

Tambah pulak Intan dengan Hassuuna nak sangat duduk dengan Nisa so that dia boleh ajarkan Physics. Argh! Lagilah aku terasa! Aku rasa macam, "Dorang mesti rasa aku ni penyibuk. Kalau aku tak ada, lagi bagus. Tak adalah Nisa kena duduk terpisah dengan dorang. Ataupun patutnya aku yang duduk terpisah sebab aku tak diperlukan!" Aku rasa kerdil sangat dalam kalangan 'budak-budak pandai' ni. Aku rasa bersalah dan tertekan!

Semua dok pujuk Nisa duduk semeja, tarik kerusi dan bersempit sikit. Janji dapat study sama-sama. Aku SANGAT rasa bersalah. Ya Allah! Aku tak patut datang! Dah lah bas tak ada sejak 3 hari ni, company City Liner sudah bankrupt. Dengar cerita dari Untie yang sama-sama tumpang teksi tu, masalah ni dah keluar kat newspaper (aku berani naik teksi sebab ada Untie Cina tu, kalau tidak, sampai mati pun aku tak kan naik teksi!). Aku manalah baca newspaper kan? TV pun tak tengok.

Lama-kelamaan, sampailah waktu Zohor. Separuh dari kita orang pergi solat dulu. Aku, Shira, Nabila dan Rushyda (sory, aku tak tau sangatlah ejaan nama dia). Masa tu aku nampak Nisa duduk sekali kat meja tu mengisi tempat-tempat kosong. Intan dan Hassuuna yang sama-sama duduk kat meja persendirian bersebelahan dengan Nisa pun dah duduk balik kat meja tu. Then sejak tu, dia mula tarik kerusi dan kita orang SEMUANYA duduk satu meja!

As time goes by, aku mula rasa selesa. Aku suka sangat dikelilingi kawan-kawan yang macam ni. Tak ada mengumpat antara satu sama lain, tak ada gossip-gossip liar, tak ada salah-menyalah antara satu sama lain. Kalau ada pun, semuanya dalam bentuk gurauan dan kadang-kadang dorang buat-buat macam merajuk, then ketawa balik. Tu yang bising tu. :) Sweet sangat. Aku dah mula rasa macam I'm one of them. Aku dah tak rasa tersisih dan terkecuali lagi. Aku dah mula rasa, aku boleh sesuaikan diri dengan dorang.

At the end of the day, yang menghiasi wajah aku cumalah senyuman dan gelak ketawa. Aku rasa seronok sangat hari ni walaupun pada starting hari aku adalah kurang menyeronokkan. Aku terasa balik ikatan persahabatan aku dengan Hadi, Muqri, Madi, Sarah dan Amal. Aku rindu saat-saat macam tu. Riuh dan kecoh, tapi kena pada caranya. Inilah namanya positive friends. Now I know kenapa Nisa sentiasa sibuk tak ada masa untuk aku. :) Aku teringin nak ada kawan macam ni.

Tapi still ada kekurangan. Pengecut semuanya. :p Bila nak tanya sesuatu, semua tuding jari antara satu sama lain, "Kau lah pergi, kau lah dulu, kau lah tanya," Dah memang dari azali aku benci dengan situasi macam ni, so aku terus tak nak saksikan kejadian tuding-menuding, tolak-menolak, so biar aku pergi dulu, biar aku yang tanya. Tiba-tiba pulak aku dicop 'berani'. Adoi! Macam tu pulak?

Masa tanya kat driver bas pasal bas City Liner pun aku jugak yang disuruh. Bila tak ada bas, ingat nak balik naik teksi. Nak tanya tambang sewa satu teksi pun aku jugak yang disuruh. Hehe... Tapi tak apa, aku sanggup. Daripada nak menyaksikan adegan tolak-menolak, tuding-menuding yang menyakitkan hati aku tu, tak apa, biar aku buat. Aku tak nak spoil the mood. Dan esok, aku akan pergi library lagi!

Tadi, aku study Akaun. Rushyda kata, kawan dia yang amik Akaun kata Akaun tak delah susah sangat. Ok je? Memanglah ok kalau dia dapat cikgu yang ok. Cikgu aku?? Aku still tak bukak chapter margin keuntungan, nisbah-nisbah semua tu, dan jugak chapter Akaun Yuran Kelab dan Persatuan. Padahal banyak nak kena belajar tu. Tambah lagi dengan Penyata Pengeluaran. Aku ingat Penyata Pendapatan, sebab kalau itu, aku dah terror, maklumlah, soalan LCCI... Mestilah aku nak sijil LCCI, so mestilah kene kuasai soalan LCCI. Then Nabila sangat jealous tengok aku buat Akaun. Haha, Nabila, Akaun tak semudah yang disangka!

Bagi aku Akaun lebih susah dari Add Maths walaupun aku tak fail Akaun macam Add Maths. Sebab Akaun melibatkan perkara harian. Kalau tak tau istilah perniagaan, habislah, langsung tak boleh buat. Satu kesilapan boleh menyebabkan kehilangan BANYAK markah. Belanjawan Tunai yang senang masa trial, 11 markah, disebabkan beberapa kesalahan, aku cuma dapat 3 markah je!! Ish! Bila aku tunjuk kat Nabila soalan yang aku salah buat, dia terkejut. "Saya kena buat tiga akaun. Dan setelah buat tiga akaun panjang ni, saya tak dapat jumlah yang seimbang untuk akaun bank, maksudnya saya dah salah kesemuanya, tiga-tiga akaun sekali. Saya kena buat semuanya semula." Erm, skang ni senang ke tak? Itu topik pembubaran perkongsian. Untuk pembubaran, markah maksimum selalunya 15 sahaja. Tapi aku luangkan terlalu banyak masa kat sana semata-mata nak bagi akaun bank seimbang.

Aku skang ni, target nak master topik-topik yang aku boleh kuasai. Terutamanya perkongsian, belanjawan tunai, gaji, syarikat berhad, milikan tunggal dan rekod tak lengkap, memandangkan aku akan hilang markah kat Kelab dan Persatuan dan dua topik hujung form 5. Tak ingat tajuk dia apa. Sebab aku memang tak faham belajar sendiri. Nota cikgu tusyen lebih senang faham dari buku teks. Tapi aku bagitau kat Nabila, kalau tak pandai Akaun, boleh bagi pandai. Pergi je tusyen kat cikgu sekolah yang mengajar Akaun. Sebab bila masuk U nanti, kita akan guna basic yang sama aje. Itu pulak kelebihan dia. Kita tak belajar benda baru, tapi cuma lebih mendalam sikit.

Hurm.... Skang aku tengah fikir nak study apa esok yerk? Alamak! Esok Vinoth and the gang pun datang libary jugak. Dan dia mintak aku ajar Akaun. Dayah pun datang jugak, maybe. Tapi aku tak nak duduk dengan dorang. Sebab pakcik kat library yang garang tu, tengok kita orang ramai, dia nak bagi kita orang pakai bilik khas yang ada dua meja tu. So, kita orang bolehlah bising-bising sikit! :p Mula-mula aku memang tak suka pakcik tu. Sebab dulu, (tahun lepas) dia bersekongkol dengan sorang guy ni, dia biarkan guy tu bukak-bukak beg orang and amik apa yang berharga. Memang jahat! Dah lah pakcik tu memang guard jaga situ. Tapi skang ni, dia pulak yang considerate kita orang yang ramai ni dan bagi bilik yang dikhaskan untuk budak U, kita orang tak boleh masuk patutnya. :D So, pakcik tu dah tak dicop jahat dah, tapi sangat mengambil berat walaupun garang dan agak suka mengaibkan orang.





***

Wednesday, November 16, 2011

- - Sepanjang SPM - -

Assalamualaikum wbt...

Yeay! Sejarah dah settle! I damn hate you Sejarah. I'm just so glad that I won't be facing you anymore!! :p Hehe... Excited terlebih. Ok, ni nak cerita sikit. Format SPM untuk Sejarah. Kertas 1, ada 40 soalan. Kertas 2, Bahagian A, 4 soalan struktur iaitu two soalan Ting 4, dua soalan Ting 5. Meanwhile Bahagian B, ada 5 soalan esei, pilih 3 sahaja. 2 soalan Ting 4 dan 3 soalan Ting 5.

Tapi sebaliknya pulak yang keluar. Kertas 1 normal. Kertas 2, soalan stuktur tu, keluar 3 soalan Form 4. 1 aje soalan Form 5. Untuk esei pulak, soalan nombor 7, (b) dan (c) dua-dua soalan KBKK. 

Penjajah Barat telah bertapak di negara kita sejak tahun 1511 sehingga tahun 1957.

(a) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, terangkan sebab negara kita dijajah oleh penjajah Barat. (8m)
(b) Pada pandangan anda, mengapakah kita perlu mempertahankan negara kita daripada dijajah? (6m)
(c) Sebagai warganegara Malaysia yang cintakan negara, jelaskan persiapan yang anda mesti lakukan untuk mempertahankan negara kita daripada sebarang bentuk penjajahan pada masa hadapan. (6m)

See?? Senang-senang je dapat 12 markah out of 20. Aku gerenti aku dapat full marks untuk soalan 7. Cuba tengok (a). Cuba teka itu soalan Form berapa? Itu soalan PMR tu. Aku jawab kenapa British jajah negara kita berdasarkan kedatangan SHTI kat Tanah Melayu. Aku cerita pasal Francis Light yang tipu orang Melayu melalui perjanjian apa entah untuk dapatkan Pulau Pinang sebab dia nak jadikan Pulau Pinang tempat dia simpan barang perdagangan dia, dan dia nak Seberang Prai untuk kubu pertahanan ketenteraan. Aku bersyukur sebab aku pay attention masa aku Form 2. :p Senang-senang dapat 20 markah kan??

Pada awalnya, aku takut sangat. Aku takut nanti jadi macam Trial. Soalan bapak lah susah gila! Tapi kali ni, aku tau, aku confirm hilang 10 markah untuk soalan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan-pertubuhan antarabangsa, sebab aku langsung tak baca yang tu. Aku ingat sipi-sipi je masa tusyen. Itupun dua point sahaja. Tapi bila aku check balik kat buku teks, salah. Satu je yang betul, memperjuangkan hak asasi manusia. Itupun aku buat umum, aku tak cakap, kat mesyuarat apa, dalam pertubuhan apa and so on.

Bila aku tengok, selak-selak kertas soalan, Perang Dunia tak keluar. Isk isk isk... Sedih aku. Tapi nasib baik Pembentukan Malaysia tak keluar even banyak negeri punya trial spot yang tu. Takut aku. Tapi kan, aku rasa exam Sejarah tadi macam... bukan Sejarah tapi seolah-olah macam jawab Sivik. Kebanyakannya perlukan critical thinking dan pikir logik. Most of them soalan KBKK. Aku rasa, aku tak banyak tulis fakta dalam jawapan aku kecuali untuk Malayan Union dan soalan sturktur.

Yang kelakarnya, salah satu soalan stuktur ada tanya, 

(d)Adakah bandar di daerah atau kawasan yang anda tinggal merupakan bandar terancang?
(e)Nyatakan alasan anda untuk soalan (d)

Masa aku baca soalan tu, tak berkelip mata aku. Erk?! Biar betul SPM tanya soalan macam ni? Aku pandang kiri kanan. Kalau untuk (d) aku jawab 'ya', salah ke? what if aku jawab 'tak'. Betul ke salah? So, aku fikir, mungkin soalan ni tricky dan aku jawab penuh-penuh macam jawab Bahasa Melayu. "Ya, bandar dia daerah atau kawasan saya tinggal merupakan bandar yang terancang." :p Now you tell me, siapa yang tak cuak bila soalan keluar macam tu? Aku rasa macam tak percaya. Ini SPM ke Trial??

1. Dia bagi soalan KBKK terlalu banyak. Shanba kata, dia kira semua markah, 80. So, hanya 20 markah je soalan fakta?? Aku pun tak tau sebab aku tak de masa nak kira.
2. Soalan dia macam out of syllabus. Macam mana dia boleh tanya soalan macam no 7??

Tak mungkin dia salah bagi soalan. Cikgu Hashim kata, masa dia duduk sama-sama tengah gubal soalan, kalau cikgu tu bagi soalan mengarut memang kena titik habis. Aku tak pernah jangka Sejarah akan keluar macam ni. Aku bukan nak cakap senang ke apa, tapi kalau betul lah memang dia sengaja bagi banyak KBKK, aku takut satu benda je. Graph akan naik, and chance untuk dapat A pun susah. :(

Ok, tutup cerita pasal Sejarah, now it's time for English. Argh!!!! Aku nak jerit. Seronok yang amat sangat. Malam sebelum exam BI, aku baca kat blog, senang cerita aku tidur lewat sikit walaupun mumy bising. Alah, 10.30 aje?! Blog tu cakap, tips untuk essay, untuk directed writing, jangan risau dengan format dia. Dia akan kasi dalam notes kat bawah. Ok, aku punya risau untuk itu dah selesai. Untuk Continuous Writing pulak, just hafal satu interesting story and that's it. Settle untuk essay. Aku pun ikut tips dia.

Kebetulan aku pernah baca satu website pasal motivational story, or inspiring true story. Cikgu tusyen sarankan aku pegi cekidaut. Mana nak dapat interesting story kalau carik under 'example spm essay' kat google. Nanti yang keluar essay yang membosankan (factual essay). Blog tu kata, elakkan jawab essay fakta kalau vocabulary tak bagus. Instead, jawablah narrative essay. Terbalik dengan BM kan? So, aku memang ikut lah advice cikgu kat blog tu. Aku carik balik website tu dan print kan story favourite aku. Nak baca, klik sini.

So, conclusionnya, aku buat 7 paragraph. Aku ada lah tukar sikit-sikit. aku tak hafal sebijon macam tu. Gila ke?? Nak hafal word by word. Memandangkan itu fav story aku, mestilah aku ingat jalan kerja cerita dia. Aku suka cerita tu sebab it's so sweet. Last-last perempuan pregnant tu rupanya wife lelaki yang baik hati tu. So sweeeet...! Aku suka gila.

Masa dalam dewan exam, aku selak kertas soalan. First thing aku nak tengok, Section B, question number 4, write an essay ending with, "They looked at each other and smiled meaningfully." Ok, settle, aku boleh ubah suai ending dia masa wife dia bisik kat Bryan Anderson tu. Tapi aku tambah yang the wife told everything what had happened to Bryan. Tapi of course aku tukar nama dia. Aku takut aku lupa jalan cerita dia, so aku koyak buku jawapan kat bahagian tengah and start buat rangka karangan. Kononnya, padahal macam betul-betul buat essay. Aku koyak kat tengah sebab aku ingat aku nak tinggalkan ruang untuk directed writing dalam 2 muka surat, tapi aku tak sure aku akan buat berapa muka surat so, aku fikir, baik aku tulis kat kertas lain nanti baru salin. Ternyata itu memang salah besar yang aku dah buat!

Lepas habis buat 'rangka karangan', aku buat directed writing, speech. Dah habis tu, aku ada lagi setengah jam untuk salin balik essay aku. Aku buat slow-slow dengan tulisan yang super kemas. Aku tulis setiap huruf sebutir-sebutir. Tengok-tengok, jam tunjuk aku hanya ada lagi 15 minit untuk habiskan essay. Kelam-kabut aku dok menyalin sedangkan aku ada lagi dua page penuh tak salin lagi. Essay aku, 3 page penuh and ada sikit kat page keempat. Then pengawas peperiksaan kata, anda ada masa lagi 10 minit untuk menjawab. Masa tu aku ada lagi 3 paragraph tak siap. Aku tak sempat pandang mana-mana. Tekak kering nak minum air pun aku biarkan. Ini masa depan aku, SPM aku. Jangan mengalah! Skit lagi, sikit lagi dah nak siap. Jangan stop.

Tak boleh bayangkan macam mana perasaan aku masa tu. Jantung berdegup laju, jari semua dah menggigil-gigil dok menulis lelaju, tapi maintain tulisan. Takut nanti pemeriksa sakit mata nak baca. Kalau aku tulis mengarut cincai-boncai memang aku palang terus tak ada masa nak tunggu liquid. Akhirnya siap jugak! Tangan aku sejuk, menggigil-gigil takut. Then aku tarik nafas panjang. Sementara tunggu pengawas kutip jawapan, aku kira patah perkataan. Sempat untuk paragraph satu dan dua aje. Satu paragraph lebih kurang 100 patah perkataan. So, jangkaan aku mungkin aku tulis lebih dari 600 memandangkan aku ada 7 paragraph.  :p

Untuk paper 2, semuanya lancar, tak ada cuak macam paper 1. Aku dah taubat. So, aku buat novel dengan comprehension and summary dulu. Then baru buat benda lain. Untuk novel aku sengaja buat panjang sebab aku nak score sebanyak markah yang mungkin. At least kalau point tu tak cukup, aku ada point lain. Tapi masa aku buat summary tiba-tiba aku sakit perut. Aduh! Apasal pulak ni. Memang tak tahan. Pucat kot muka aku. Nasib baik bawak minyak kapak. Lagi sekali aku menggigil tapi bukan sebab cuak tapi nak tahan sakit. Aku tau, itu bukan sakit menstrual cramp. Kalau yang itu, sakit dia lain. Lagipun aku dah tak ada bendalah tu.

Tapi nasib baik tak lama. Sekejap je, pastu dia hilang. Sementara dia tak datang balik, aku cecepat siapkan. Then setengah jam sebelum habis masa menjawab, dia datang balik. Seb baik dah siap, aku tinggal nak check je. And selama setengah jam tu, merana aku. Cepatlah habis waktu...! Aku nak pergi menyendiri di mana tak ada satu bunyipun. Kalau aku sakit perut, aku tak boleh dengar satu bunyi pun. Bagi aku, lagi bising, lagi banyak bunyi, lagi perut aku sakit. Aku pun tak tau macam mana bunyi boleh bagi kesan kat perut aku.

Masa Zohor, semua dah get ready nak solat. Dorang semua dah amik wudhuk. Aku fikir, biarlah dorang solat dulu. Aku solat sendiri ajelah. Nanti sakit dah reda, baru aku solat. Masa tu aku duduk je kat luar surau menyandar kat dinding menghadap surau. Tiba-tiba aku dengar suara Datin dengan Pengetua bising-bising. Dorang marah sebab budak form 5 merayau-rayau. Dia nak semua budak kumpul kat foyer. Oi! Tak nampak ke budak-budak dekat surau tengah sibuk amik wudhuk, kau pulak duk kecoh-kecoh kat luar surau suruh pergi foyer. Tak hormat langsung. Fikir dia pengetua dia boleh buat sesuka hati dia?? Aku yang tengah duduk merehatkan diri (yang tak boleh dengar bunyi bising masa sakit perut) terpaksalah sembunyikan diri. Aku pun masuk ke toilet duduk kat sink.

Teringat waktu dulu, aku nangis kat situ. Aku lompat duduk atas situ sambil peluk lutut sambil menyembam muka kat peha. Basah kot kain aku masa tu. :p

Aku cakap kat Afiqah, "Nak kata Pengetua sekolah kita ni bangang, dia dah jadi Pengetua... Haish..." Sekurang-kurangnya fikirlah sikit. nampak orang tengah amik wudhuk, jangan lah bising. Mungkin ada yang tengah solat kat dalam. Tak ke terkejut beruk orang yang tengah sembahyang kat dalam? Terus hilang khusyuk sebab dah tertanya-tanya kenapa pengetua terjerit-jerit. Dia tu Islam, tak kan dia tak faham? Then bila aku masuk toilet, aku terdengar pengetua dengan Datin dok berborak.

"Bukan kita tak kasi dia orang nak sembahyang. Memanglah niat dorang baik nak sembahyang, tapi apa salahnya pergi berkumpul dekat foyer dulu?"

Itulah, lain kali, cakap awal-awal nak jumpa kat foyer lepas exam. Ini budak dah bertebaran, baru terkejar-kejar suruh berkumpul. Malu je lah jadik Pengetua macam ni. Lepas tu setiap hari Jumaat nak suruh budak-budak perempuan pakai baju yang senonoh, sembahyang tak tinggal, puasa jaga and so on. Ah! Hipokrit lah kau!

Untuk English, aku buat satu very interesting story, (bagi akulah) heheh... So, untuk Bahasa Melayu pulak, aku letak kosa kata dan beberapa peribahasa. Aku perasan ada sorang kawan aku ni, dia crammed semua peribahasa kat penutup. Bila dia cerita, aku diam ajelah. Yelah, benda dah lepas, nanti kang dia stress pulak, so aku just diam. Dan betapa malunya aku bila Vinoth tegur aku, "La... Apa pulak tak ada kesalahan tatabahasa dengan kesalahan istilah? Kerja khusus Sejarah tukar kepada kerja khursus Sejarah untuk istilah. Yang tatabahasa guru mereka tetapkan tukar kepada ditetapkan oleh guru mereka."

Yang tatabahasa tu aku dapat, itupun aku tak berapa confident. Tapi aku rasa malu sebab Vinoth yang boleh kesan kesalahan dalam ayat tu sedangkan aku rasa, ayat tu 100 percent betul. :p Tapi BM aku tak lah risau sangat. Aku actually tak nak stresskan diri tentang benda yang dah lepas. Aten ada cakap, peribahasa aku tak lengkap. Bertepuk sebelah tangan, manakan nak berbunyi. Aku buat separuh je. Tapi aku rilek je lah. Nak buat macam mana, can't be help. Dah hantar dah pun.

Masa nak hantar the FIRST paper SPM, bahasa melayu kertas 1, aku cakap dengan diri sendiri. This is my future. Ni SPM yang kau nak hantar ni Nadia Nathasha! Jangan main-main. Ini yang menentukan kau masuk UiTM atau tak. Ini yang menentukan sama ada kau boleh penuhi harapan semua cikgu yang nak kau straight A atau tak boleh. Ini jugak yang menentukan sama ada aku akan sambung study dalam Akaun atau TESL atau Business Management. Owh! Sorry, di sini aku nak umumkan, aku dah mintak pandangan mumy untuk plan B dan plan C kalau plan A tak jadi. TESL dan Business Managment kalau tak dapat Akaun. :)

Dengan berat hati, aku hantar buku jawapan kertas 1 Bahasa Melayu. Nadia! Wake up! This is SPM lah....! Don't play play.

Tapi yang paling penting subjek Sejarah dah lepas. Itu yang aku berblogging ni. Waktu SPM memang aku akan on9 dan enjoy. Sebab nak release stress dan nervous. Sama macam trial. Aku akan buat apa yang aku buat masa trial untuk SPM. Masa trial aku tak baca buku, aku tak stress study malam-malam, tidur lewat. Aku just buat macam orang dah habis exam, main game, baca novel, on9 Facebook, blogging. Sebab aku tau, kalau aku baca, it's no use AT ALL! Tak akan masuk. Along kata, jangan baca buku bila nak revise sebab nanti kamu akan rasa makin cuak sebab kamu akan fikir ini tak baca lagi, tu tak baca lagi. Last-last sendiri tension. Tapi Along suruh buat set soalan. Aku tak buat pun! :p

Minggu lepas adalah minggu last aku pergi tusyen. Bubye Hafiz, Along, Cikgu Hashim, Faniza, Aifa, Syafiq Haikal, Khairuddin, Aisyah, Hafizul, Humaira dan.... Cikgu Redha...! Actually, nanti 22 Nov, kan tak de paper, sebab keputeraan sultan Johor (oh, sultan Johor, hari tu pun hari ke'puteri'an saya! :p), so Cikgu Redha nak buat tusyen Add Math sebelum exam pada esoknya. Maybe aku tak boleh pergi, aku tak ada transport memandangkan dady dah start kerja. Aku TAK NAK naik bas! Aku serik! Hampir dua jam aku tunggu langsung dia tak datang. Tusyen dah nak habis baru dia nak sampai. Aku masih berdendam dengan konduktor bas tu! :p 

Tapi tiba-tiba Cikgu tu cakap, "Kamu ada nombor telefon saya tak?" Er... Atas sebab apa pulak aku kena ada nombor cikgu?? So aku geleng. Then dia kata, kat kad kedatangan tu, ada nombor 019, itulah nombor dia. Nanti kalau tak ada transport dia suruh aku call dia, nanti dia datang 'kutip' aku. Sampai hati cikgu kata, 'kutip'?? Haha! Tapi bila aku fikir balik, aku tak nak naik kereta cikgu. Dah lah aku segan dengan dia. Kan aku dah kata, cikgu tu hensem! Tak nak lah aku naik kereta berdua je dengan dia. Oh, tak mau tak mau. Aku sanggup tak pergi tusyen semata-mata sebab tu. No, thank you.

Aku tak nak carik pasal. Lagipun, as what I said, cikgu tu hensem, nanti iman aku tergugat. Ceh, ayat tak leh blah. Aku pernah lah jugak baca satu novel, lelaki ni sangat alim. Tapi dia cuma pensyarah mengajar teater. Dalam novel tu, dia tak pernah tumpangkan perempuan kat kereta dia unless kalau ada orang lain. Maksudnya tak berdua sahaja. So, bila aku fikir balik, sedangkan orang pun boleh kena tangkap basah dalam kereta, aku fikir, lebih baik elakkan. Menghampiri zina itu haram. AKu tau cikgu Redha tu pun alim. Dia tak mungkin buat macam-macam, tapi aku kena ELAKKAN. Lagipun aku memang segan dengan dia. Tak nak lah. Aku malu. Aku ni perempuan lah! 

Tiba-tiba mumy kata, mumy akan amik cuti masa tu memandangkan masa tu birthday aku. Actually, tak payah. Sebab bukannya nak sambut pun. Aku TAK NAK sambut. Full stop. Betul cakap Hassuuna, nasib baik cuti masa birthday aku. Memang dia bergurau, tapi aku lebih suka macam tu. Aku tak tau kenapa tiba-tiba aku rasa tak nak orang wish aku birthday. :p Mengada-ngada pulak aku nieh! Aku cakap kat Cikgu Redha, janganlah buat tusyen free masa tu1 Birthday aku tu, saje gurau. Then dia sibuk dok kata, "Eh, hari tu pun birthday saya!"  "Haha! Iyelah tu. Setiap hari birthday cikgu."  "Mana ada setiap hari. Kau jangan nak kelentong buat cerita. Setiap alternate week aje ok."  Aku dah geleng kepala. Adoi... Cikgu ni pun, mengaku pulak tu setahun berapa banyak kali birthday dia.

Sebelum ni, bila dia kata hari tu birthday dia, tahu-tahu aje lah maksudnya. Itu tandanya cikgu nak bagi Short Test. 'Kegemaraan' class kita orang.

Walau apapun, mumy dah amik cuti, and mumy tetap nak aku pergi tusyen. OK, ok, I'll go. Baru ingat nak lepak library sehari suntuk. Dah lama tak pergi sana sejak hujung tahun lepas. Ok lah, dah panjang berjela kan? Amik kau, ini penangan dari bulan Oktober, sebab Oktober tak de post. Rasakan! :D Doakan aku berjaya SPM. Aku takut satu je. Aku takut nak hampakan hati semua orang yang TERLALU mengharapkan aku untuk dapat straight A. Aku tak yakin aku mampu dengan Akaun yang terumbang-ambing tu. So, skang aku nak doakan Akaun jadik macam Sejarah! :p Boleh fikir logik tak?? Hahaha.... Dengan angka nak main fikir logik? Hurmmmm....





***

Tuesday, November 8, 2011

Your Smile, So Precious

Assalamualaikum...

Heheh... Tak akan post sebelum SPM konon... Haish aku ni... Tak boleh lah... Lagi-lagi baru habis raya Haji. Exited sangat-sangat.

Can you believe me? Aku bergelumang dengan tanah + lumpur + taik kambing + cacing??? Gara-gara memancing punya pasal. Alah, memancing kat parit depan rumah je. Kat kampung. Sekarang, baru aku rasa bersyukur ada kampung yang betul-betul kampung. Ada setengah orang, kampung dia sama je macam rumah dia. Rumah batu, rumah teres...and bla bla bla... I'm so glad. Sekarang aku mula sayang kampung aku. Moga Allah panjangkan umur atuk dan wan. Amin.... Wan, cepat sembuh, rindu kat wan masa kita ramai-ramai gi mandi air jeram! Tiba-tiba rasa sebak pulak... Betul, aku rindu saat tu.

Sekarang, bila wan macam ni, tak nak senyum, masam mencuka, marah-marah, pukul-pukul, asyik pikir negatif je all the time, aku jadi sedih. Aku selalu pandang wan and SENYUM. Tapi wan tak pernah balas. Huhu... T.T  Wan selalu tanya, "Akak marah ke kat wan ni ha??" (dengan loghat Negeri 9). "Tak lah... Mana ade..." (aku pun cuba jugak berloghat Negeri 9 tapi tak jadi!)

Bila wan duduk rumah aku, aku hepi sangat. Argh, I'm CRYING... Lagi pulak dengar lagu You ni. Wan nak mandi. Aku tolong wan seboleh yang aku mampu. Aku bagi dia pakai baju aku, aku pasangkan air panas, aku suruh dia rasa panas sangat ke? sedang ke? or nak sejuk? Aku sebak sangat. Lagi sebak bila dady yang tengah tido, tahan aku, dan cakap, "Thank you sebab layan wan dengan baik.". Aku tunggu masa nak banjir, tapi tahan. Wan, cepat sembuh ok. Kuatkan semangat buang segala penyakit stress tu. Dulu wan ceria, wan selalu solat, wan pandai mengaji. Aku nak wan ajar aku tarannum. Tapi tak kesampaian. Aku ingat lagi masa aku darjah 1, wan yang tolong buat kerja rumah jawi aku! :p

Atuk cerita, masa aku kecik dulu, atuk dukung aku pergi toilet. Wan mandikan aku. Wan masak air panas.  (Sebab dulu sampai sekarang tandas pakai air jeram, sejuk nak mati!) Atuk bawak aku pergi sekolah dengan motor. Atuk jinjing beg sekolah aku sampai masuk kelas! (Dulu aku memang anak orang kaya! Terlebih manja bila duduk dengan wan dan atuk. :p) Bila waktu nak balik, aku pergi kat atuk tanpa beg aku. Atuk yang masuk kelas aku amik beg aku... Bila kat rumah wan yang buat homework aku.

Masa mandi air jeram, kita pergi dengan Mama, abang adik kembar, Along, Angah tak sure, Fadli dan Wan. Wan menyelam tarik kaki aku kat air jeram yang cetek tu. Menjerit aku. Aku ni takut air sebenarnya, takut dengan air yang banyak, takut lemas! Masa tu wan gelak terkekek-kekek pekena aku. Abang kembar lah yang paling lembik masa tu. Sejuk sangat so, dia naik dengan bertuala menggigil-gigil dengan mama ada kat sana. Alololo... Anak mama ni... :p Yang si Fadli pulak, nampak batu besar, pergi lah gelongsor kat sana. Amik kau, seluar dah koyak! Tak malu ke tunjuk kat orang?? Kecoh sangat cakap seluar koyak.

Peristiwa tu lah yang buatkan aku dengan dia dah tak macam dulu. Dulu aku rapat gak dengan dia macam aku rapat dengan kembar. Tapi sejak tu, it's so embarassing...! Tapi aku pun jarang jumpa dia coz, dia tu sepupu kembar belah ayah. Aku sepupu kembar belah mak. So, dia sedara jauh aku, dua pupu. Setiap kali jumpa, aku mengelak dari dia. Sebab kembar selalu nak padankan aku dengan dia. Tak de keje lain. Masa aku kat rumah dia, main billionaire, kawan dia lepak sekali. Dengan kawan dia pun jadi. Selalu mengusik kawan dia dengan aku. Aku buat bodoh, budak tu yang cuak semacam! Haha...

Lama-kelamaan, misi aku berjaya. WAN SENYUM KAT AKU! Dia senyum selebar-lebarnya. Aku terus duduk dekat-dekat dengan dia and usap-usap tangan kaki dia. Aku nak urut dia, dia komplen asyik sakit-sakit. Wan sakit tulang rapuh. Dulu, susah nak bangun tido. Menangis aku tengok wan jerit-jerit sakit. Sampai aku suruh mumy beli customer bell so that anytime wan nak bangun gi toilet, bunyikan je loceng tu. I will be there to help her at anytime.

Tapi bila aku urut dia, dia segan kot (dady kata). Wan tak nak aku urut dia. Then dia usap rambut aku, and cium aku. Wah! Aku sebaik habis. Bergenang air mata aku bila wan buat cam tu. Aku rindu sangat kat wan. Tapi dady kacau line betul. Dady dengki. Mula-mula dady pun kononnya nak usap rambut aku jugak, pastu dia tarik. Taulah tak de kuat sangat pun, tapi... ish! Geram! :D

Masa aku form 3, wan masuk hospital. Kencing manis. Masa tu lah Muk buat hal. Aku dah kata, nenek aku sakit, dia macam tak faham dan nak aku layan dia tak henti. Fed-up aku. Masa tu nak dekat anniversary kita orang kot? Tak ingat lah. Dengan Muk, aku tak pernah sembunyikan perasaan aku. Kalau aku marah, aku hambur habis semua kat dia. Kadang-kadang aku rasa aku ni kejam. Kesian dia. True, dia memang banyak sabar dengan aku. 

Masa tu, tak de sapa nak jaga wan. Aku angkat tangan punya tinggi, mumy still tak nampak. Me, me, me, me!!!!!! Why cant I? Mesti mumy dont trust me. Mumy nak jaga, tapi mumy tak dapat, sebab pergi kursus 2 minggu. Dulu mumy ALWAYS kursus. Skang tak dah, coz dah naik pangkat. Mumy tanya, "Are you sure? Awak nak masak semua ke?" "I can do it!" Tapi tak jadi. Mumy tak bagi. Sedih aku, rasa macam nak merajuk je.

"Akak duduk dekat-dekat dengan wan ni, tak busuk ke???"
"Hish, ke situ pulak wan se (saya) ni... Wan kan baru habis mandi? Apa yang busuk nye? Wangi bebeno..."
(aku tak dapat bayangkan macam mana aku sebut. aku main taram je.)

Wan, Akak sayang wan sangat-sangat! Yes! Aku berjaya buat wan senyum lebar. Dengan mumy wan pukul-pukul, marah-marah. Dengan aku wan cium-cium, sayang-sayang. Werk Werk.... Mumy kalah... :D I'm so glad coz bila balik kampung, senyuman wan masih lagi untuk aku. Selalunya, bila dah sampai kampung, wan akan jadi macam dulu balik. I'm just so happy. Sayang wan sangat-sangat! Aku pun sayang kampung aku. I will take good care of my kampung. Aku dengan Kak Lang.

***

Oh ya! Memancing kan? Pada asalnya, aku memang tak suka kotorkan tangan. Tapi memandangkan ada kembar, apa sahaja aku boleh buat. Mula-mula Naqib ajak, sebab dia excited betul nak memancing. Aku tak berminat. Tapi bila abang kembar ajak, aku on saja. Tiba-tiba aku terasa nak tahu macam mana perasaan kalau tangan bergelumang lumpur. 

Parit depan rumah jadik mangsa. Kita orang korek tanah tu. Mula-mula aku kuis sikit-sikit je. Tapi kalau macam tu, tak challenging lah kan? So, aku ikat tudung, pinkan supaya tak jatuh, tak mengganggu, dua-dua tangan memang penuh dengan lumpur. Amik kau! Aku sebenarnya tak suka nak jadi perempuan penakut. Sikit-sikit geli, sikit-sikit menjerit, sikit-sikit nangis. Aku tak suka orang tengok aku macam tu, sepertimana aku tak suka tengok perempuan yang lembik macam tu. Disebabkan aku tak suka tengok, so, I dont wanna be what I dont like.

Kembar macam tak percaya je aku sanggup turun padang bergelumang lumpur carik cacing. Haha... Well, you have to believe your eyes. Mumy pun kata, "Tak pernah tengok anak 'dera' mumy so... MESSY! Selalunya tiptop everything must be clean and proper." Haha...!

Then adik kembar dah dapat tangkap sekor ikan. Kali kedua dia jugak, then kali ketiga orang yang sama. Aku dengan abang kembar dah tak puas hati. Nabil pulak pergi komplen kat dady, so dady buatkan pancing tradisional, pakai kayu dan batang ais-krim sebagai pelampung. Kita orang punya pancing tak ada pelampung so ikatkan kayu besar kat pemberat dia. Hey, benda tu terapung tau! Then Naqib pun dapat tangkap. Nabil pun sama. At last aku pun dapat!!! Menjerit aku keseronokan. Walaupun ikan tu kena lepaskan balik sebab itu ikan hiasan and masih kecik lagi. Besar tapak tangan je.

And guess what? Nabil yang pakai pancing tradisional tu lah yang dapat ikan yang paling besar. Betul-betul besar tapak tangan. Yang lain kecik sikit. Abang kembar dah frust menonggeng. Sebab semua orang dah dapat tangkap ikan. Abang kembar je yang belum tangkap-tangkap lagi. Haha... Sian kau...

Aku dah penat, so aku masuk dalam, kebetulan dah Asar, aku pun apa lagi, bersihkan kuku. Yelah, korek tanah carik cacing, tanah masuk dalam kuku. Lagi pulak tanah tu ada taik kambing! Haha... Boleh bayangkan?? Aku dah risau, cam ne ni? Tak de benda tajam nak korek hitam-hitam kat kuku... Macam mana nak sembahyang? Last-last aku naik atas, amik pencil box aku (aku bawak buku incase bosan boleh study tapi tak usik pun) dan carik pensel mekanikal. Korek hitam-hitam kat kuku. Tapi aku masih was-was nak solat. Rasa macam belum bersih. Dady kata solat je. Ok lah...

Adik kembar terus mandi pastu nak kutuk aku tak mandi. Dia tu sehari suntuk tak mandi. Sekurang-kurangnya pagi aku dah mandi. Then aku keluar balik, semua berkumpul kat luar layan angin petang makan sup tulang dari daging korban pagi tu. Pak Teh pulak tiba-tiba gi jolok buah kelapa muda dengan Pak Ngah, fullamak... Best nye... Dapat minum air kelapa fresh. Amik sudu, korek isi-isi dia. Best sangat. Terasa macam budak kampung sejati! Hehe...

Pak Teh lah tak senonoh betul. Asal pergi korban je, mesti bawak balik telur lembu. Apa yang sedap sangat? Aku tak suka, aku rasa nak termuntah bila Pak Teh tunjuk kat aku 'bendalah' tu. Wuek!! Tahun lepas, Pak Teh goreng je 'benda' tu macam goreng ayam fritters cuma tak ada tepung. Kak Ema nampak terus amik, ingatkan ayam goreng. Then dia kata, "Uish, sedaplah. Apa benda ni Pak Teh?" "Telur lembu." "Hah?!" Terus Kak Ema keluarkan balik. Haha... Terkekeh Pak Teh ketawa. Pak Teh memang suka kenakan kita orang semua!

Masa kopek air kelapa, dia mintak cawan, bagi dia cawan. Then dah separuh buah kelapa tuang dalam satu cawan penuh, adik kembar pun nak amik balik cawan dia, tapi Pak Teh bukannya bagi cawan, Pak Teh suruh dia pegang buah kelapa sebab dia nak minum dulu. Chennekeh betul Pak cik aku yang sorang nieh! Chennekeh, fav word Pak Teh, tak tau lah bahasa apa, tapi maksudnya lebih kurang sama macam kurang asam, tak senonoh and etc. Then Pak Teh gelak sendiri. Seronok sangat masa tu. Aku rasa macam dah lupa terus kat SPM yang makin dekat.

Lepas Maghrib, aku pergi mandi. Aku ingat tak nak mandi sebab tak bawak baju lebih, and aku bawak satu je seluar tracksuit. Lagi satu jeans, tak kan nak tidur pakai jeans?? Sakitlah pinggang aku. Tapi tak kan aku tak nak mandi selepas bergelumang dengan taik kambing?? Erh, tak nak aku. Baik gi mandi. Kat bawah, abang kembar tengah tengok tv. Dia ajak aku teman dia tengok tv. Sorry, aku tak suka tengok tv. Buat sakit hati je. Aku cakaplah aku nak mandi. Aku perli dia, bila pulak dia nak mandi. Dia terus cakap, "Jom mandi sama-sama?" 

G-I-L-A?! Kau ingat kita budak-budak lagi ke? Nak mandi sama-sama? Masa berkumpul kat pangkin bawah pokok ciku pun dia ada sebut benda yang sama. Mumy kata, "Haah, dulu masa kecik korang bertiga selalu mandi sama-sama pintu ternganga luas aje." Argh!!! Jangan sebut boleh tak? Aku malu lah. Ish, itu masa kecik, tak tau apa-apa. Tak yah lah ungkit balik. Segan gila! Yang si abang kembar senyum sengih-sengih. Kau pehal? Tak tau malu ke?! Tapi aku diam je tak tunjuk yang aku rasa segan nak mati. Nanti lagi aku kena usik.

Lepas aku mandi, aku lepak dengan adik kembar dan Nabil Naqib. Tiba-tiba abang kembar naik atas. Yang aku pelik dia tak datang kat kita orang, aku tinjau dia sebalik pintu coz aku duduk kat pintu. Rupanya dia tengah nak amik tuala dengan baju. Haha! Nak mandi pulak ke?? Tadi suruh mandi tak nak, malas! Terus dia datang kat aku tepuk sekali kat bahu. Kurang hasam! Siap kau. Aku tak kan berdiam diri ok.

Aku memang suka loyar buruk dengan dorang. Mumy dady pun sama. Kadang-kadang dia geram sangat, pap! sebijik kat pipi. Berani kau tampar aku? Hah, seb baik tak macam dulu. Dulu dia suka cubit pipi aku. Pastu panggil aku gemok. Dia gemok dia tak prasan! :p

Alahai, sweet gila balik kampung kali ni. Aku rasa, masa ni adalah saat yang paling seronok sepanjang seumur hidup aku balik kampung. Ni yang paling best. Dan tak ada pendatang asing itu yang penting. Sesama kita je. Tapi kalau mama dengan Kak Lang ada, mesti lagi best.

Waktu nak balik, (dorang singgah rumah aku sebab aku balik awal, meanwhile Pak Teh nak bermalam kat kampung, dorang pun bermalam kat rumah aku then baru Pak Teh jemput terus balik Gombak), entah mana satu kembar kata "I LOVE YOU" haha... Seb baik tak ada sapa-sapa. Yup, mungkin kalau orang lain tengok kita orang, mesti akan cakap macam kapel. 99.99%. Even gambar kat FB pun kengkawan dorang tak percaya aku sepupu. Berkeras nak cakap aku makwe abang kembar. Untunglah tumpang glamour muka aku. ;) Haha...



p/s : nasihat PakTeh, baca Fatihah, 3 Qul, selawat 3 kali, sebelum masuk dewan periksa. Biar hati tenang. Makan kismis 21 biji sehari. Makan kacang badam. Relax, jangan panik. Biasakan dengan ayat suci untuk tenangkan fikiran supaya dibukakan mata tu untuk nampak semua aspek soalan. :) 



***



Saturday, November 5, 2011

Warm Up Lepas Lama Tak Update

Assalamualaikum wbt..

Mintak ampun beribu ampun, dah lame tak update... Fuh, fuh... (tiup habuk dan debu). Aku dah tak update coz SPM DAH DEKAT!! Tengok la, kat sebelah kanan ni ha, lagi berapa hari?? Boleh bilang dengan jari sahaja. Oh my, aku cuak sangat. Subjek yang paling ditakuti?? SEJARAH. Walaupun, aku tak pernah fail Sejarah. Walaupun Add Maths aku selalu fail, tapi aku tak takut.

Why pulak aku tak takut untuk Add Maths ni?! Sebab PUAN PENGETUA suruh cikgu-cikgu subjek yang mana aku lemah tu, kena pantau aku. Wah! Macam ada private tutor pulak. Tapi, yang aku tengok beriya-iya mengajar dan bagi super duper latihan kat aku, cumalah Cikgu Kong, cikgu Add Maths. Hampir setiap hari dia bagi set soalan. Mati aku nak buat?? Tak kan tiap-tiap hari keje aku nak buat Add Maths aje? Please, give me a break! Akaun tu tak bersentuh pun. Dan cikgu Akaun aku tu pulak... macam no hue dengan aku jek? Aku nak join budak-budak ni duat discussion dengan cikgu. Tapi bahasa cina lah pulak...! Dady, oh dady... Kenapa dady tak ajar bahasa cina??? Dulu aku tadika Mandarin. Tapi tak tau apa aku buat. :p Then aku pun fed-up aku duduk sendiri kat meja terlopong sahaja! Last-last kuarkan set soalan subjek lain. :(

Aku rasa down balik. Ustazah Fatimah nampak aku study masa rehat kat surau. (Skang waktu rehat duduk surau, bukan foyer. Foyer bising dan selalu budak India dating kacau aku! Nak jugak berdating depan-depan mata aku. Macam nak sakitkan hati aku je? Haha...) Ustazah kata, "Banyak jerawat naik? Tension ke?" Erk? Yeke? Haha... Tak peduli pun. Normal lah tu, teenagers. "Anak Ustazah pun belajar sampai stress." Yup. Aku akui. Sangat stress!

Bila aku duduk dalam bilik sorang-sorang. Tengah sunyi sepi tak ada bunyi, kecuali katak kat longkang belakang rumah, coz hujan kan lately ni. Tengah-tengah malam. Get ready nak bukak buku. Ok, dah start belajar. Baru buat sikit, tiba-tiba teringat chapter tu aku tak study lagi. Pergi lah bukak chapter tu pulak. Then terfikir lagi, chapter ni pun aku tak faham. Lama-lama aku stress sendiri. Rasa nak menjerit. Argh... Terlalu banyak nak study...! Menyesalnya aku tak hafal 'benda-benda' tu dari awal. Then aku rasa nak nangis. God, help me... Aku takut Masya-Allah ni...

Aku pun takut kalau aku demam waktu exam nanti. Macam masa aku UPSR dulu. Aku demam. Aku tak boleh tidur. TERLALU TAKUT. Jawab periksa dengan hingus meleleh, batuk-batuk. Tapi tiba-tiba nak amek kau 5A. HA?? Boleh tak jadik macam tu untuk SPM pulak?? Heee... Aku jadi demam sebab terlampau takut. Maklumlah, first time amik exam besar... Masuk dewan pulak tu. Aku ingat lagi. Dulu beberapa minggu sebelum UPSR, setiap pagi, kita orang dikecualikan dari perhimpunan. Pagi-pagi datang awal duduk kat dewan untuk sesi motivasi dan tips-tips amik periksa. :)

Ok lah, malas nak cakap pasal ni lagi. Makin bertambah stress aku. Maybe this is the last post. The next post will be after MY SPM, hidup aku depends on this. Kalau tak... aku lost, sejujurnya aku cakap, aku tak ada Plan B. Aku cuma ada the only one Plan A. Aku tengah fikir jugak, what if  fail? What am I going to do kalau aku tak sambung Akaun? Haha... No plan! Ustazah Latifah kata, alah senang jadi cikgu aje! Kalau tak nak sambung Akaun, tak yah la jadi cikgu Akaun, jadi cikgu Maths. Aduh! Cikgu? That is so... Em... Aku tak nak jadi cikgu walaupun aku suka sangat nak ajar orang. Tapi aku tak kan jadikan ia satu profesion. NO! Dah lah dady tak suka cikgu, nanti macam mana pulak agaknya bila dapat tau anak dia jadi cikgu??

Ok lah, close... close... close... :p Tadi kata nak tutup topik tu, tapi masih cakap, but its not gonna happen again. 

Aku nak cakap pasal ape yerk?? Oh ya! Latest news! Along yang ajar aku Science tu, dah kahwin rupanya! Alahai, muka comel cam budak-budak aje, tapi dah kahwin. Haha... Sebab Cikgu Redha ada sebut,"Kenapa balik awal sangat?" "Orang rumah talifon.." "Kenapa? Nak bersalin dah ke?" "Eh, tak ada lah..." "Ha, nanti kirim salam kat dia, cakap I love you." Haha... Gila ke cikgu Add Math aku ni? Tak cukup 4 kat rumah tu?? Masa aku dengar dorang berbual, cakap pasal isterinya tengah pregnant, aku dah rasa segan pulak dengan dia. Sebab sebelum ni dia ajar aku sorang je dalam kelas. Tambah pulak dengan sorang budak Bukit Mewah. Aku tanya soalan yang tak patut ditanya dan agak memalukan! Haha... Tak nak cakap, still malu. 

Tengok, selama ni aku dengan Faniza (budak Puteri) selalu mainkan Along. Sebab dia nampak muda seolah-olah macam lepasan SPM jugak... Macam umur baru 20, padahal dah 26. Tapi eja light pun salah. Haha... Kadang-kadang tergelak sensorang sebab Faniza buat bodoh je bila Along buat salah. Then aku tahan gelak. Tapi ade gak sekali tu aku tak tahan nak ketawakan Along. Then dia pun tersengih, then pandang aku, "Apa?!" Tak ada apa-apa! Comel! Hah... Terbayang muka dia skang ni dengan kesalahan kecik yang memang kelakar.

Cikgu Redha masuk dalam kelas dengan whiteboard yang belum dipadam. Dia tengok, oh belajar Light... Then mata dia akan tertumpu kat perkataan yang Along salah eja. Then dia pandang aku dengan Faniza. "Apa Along salah eja light ni? Korang pun tak ada nak tegur dia kan? Ish..." Then Faniza dah start ketawa terkekek. Mesti dia kata padan muka kat Along. Dorang pun memang suka menyakat Faniza. Aku... Tak sangat coz aku tak melayan. :p Dorang serius sikit bila dengan aku.

Skang ni, tempat tusyen aku tu dah sunyi sikit sebab tak ada Athirah yang selalu lupa makan ubat. Kalau tak dia yang buat kelas jadi meriah. Tapi dia dah berhenti. And yang jadik penyerinya, Faniza dengan Aifa. Dua kawan yang selalu bertekak dalam kelas. Padahal dua-dua pun salah. Nak tegakkan benang yang basah. :p Dan everytime waktu Add Maths, mesti ada benda jatuh. Mesti benda yang jatuh tu datang dari dorang. Dan mesti benda yang jatuh tu kalkulator. Mesti bertalu-talu barang jatuh lepas kalkulator. Buat lawak jelah.

Ada satu trend, cikgu Redha punye kerja. Tulis jawapan homework kat whiteboard. Cikgu pilih aku. Aku pun buat lah, then dia suruh pilih hero malaya dalam kelas tu untuk soalan seterusnya. Aku pilih Khai mengharapkan dia boleh jawab, sebab dia terror Add Maths. Rupanya dia tak siap! Hurmph.... Then lepas dia habis, dia pilih Aifa. Aifa menyumpah-seranah dia! Terus jadik musuh. "Jaga kau Khai. Skang kau musuh aku!" Lepas tu Aifa pilih Shafiq. Sebab apa? "Saya pilih Shafiq, sebab dia lebih baik dari KHAI!" Haha, amik kau Khai... Memang, dalam kelas tu, Shafiq lah yang paling baik. Paling senyap, paling 'suci' lah katakan... Then Shafiq pilih Faniza. Faniza nak musuh dengan Shafiq tu. Cikgu pun layan aje lah...

***

"Minggu depan tak ada tusyen tau..." Along inform.
"Ha? Kenapa?" tiba-tiba aku teringat Raya Haji. "Oh... Ok."
Meanwhile Faniza masih blur.
"Yeay! Cuti... Er... kenapa?"
"La... Boleh tanya kenapa? Asal? Kamu dah cuti dulu ke Rabu lepas?? Tak nak cuti minggu depan?"
Aku dah tergelak tak tahan. Along ni pun... Dia tengok aku gelak dia pun gelak. Tapi still Faniza tak dapat tangkap maksud dia. Rabu lepas kan Depavali?
"Ha?? Apasal ni?!" Faniza dah bengang.
"Ah, lupakan aje lah. Janji cuti minggu depan." and he walks out from class A. Aku pun explain kat Faniza, Rabu tu kan Deepavali. And aku tak tau lah kalau dia still tak faham. 

***

Aku suka big boss kat tusyen aku tu. Walaupun dia ajar Sejarah aku tak faham. Sebab dia selitkan isu politik, which is something I kinda hate. Especially bila belajar Form 4 pasal Real Politic, dengan kitabnya The Prince. Memang tak suka. Kejam, tak adil, materialistik. Tapi yang aku suka cikgu tu sebab dia suka cerita pasal diri dia dan jugak pasal agama lah kadang-kadang. Itu yang aku tau Along umur 26, Hafiz masuk Form 6, dia ada cucu and so on. Dulu aku pelik, dia kata anak sulung dia kahwin muda. So, skang dia dah ada cucu. Aku pelik sebab... Along tu bukan anak first dia ke? Aku langsung tak terfikir yang Along dah kahwin dah ada anak. So, masa tu aku ingat dia panggil Along dengan nama tu je kot, walaupun dia ada anak yang lebih tua. Kiranya Along bukan anak sulung tapi dipanggil Along. Tapi rupanya memang Along lah orang nya...

Dan aku pun tak tau rupanya budak jaga kaunter, Hafiz pun anak dia jugak! Ya Allah! Tak ada rupa langsung, seriously aku cakap. Along dengan Hafiz kulit putih boleh lah tahan, tapi ayahnye gelap. Aku pun baru tau dia masuk Form 6. Tak tau kat mana, maybe KGV, sebab terdengar perbualan Humaira dengan Aisyah. Patutlah walaupun lepas habis SPM, dia masih lagi jaga kaunter. Aku pelik jugak, dia ni tak pergi study mana-mana ke? Rupanya Form 6. Dan... Aku pun baru tau rupanya Cikgu Redha tu orang kanan big boss. Cikgu Redha tu dulu student Cikgu Hashim. Wow... Betapa keciknya dunia. Dan aku rasa, dorang ada ikatan family. Cikgu Redha ada kata kat kita orang masa Along balik awal sebab isteri dia call. "Orang rumah dia, orang rumah saya jugak tu. Eh, lain macam pulak bunyinye... Ah lupakan je lah. Complicated."

Wah, ini first time aku bergossip kan? Gossip Pusat Tusyen Pendeta Anjung Ilmu Seremban 2. Selalu aku tak amik kisah benda cam ni.

***

Gambateh!Well, cukuplah sampai sini, jumpa lepas SPM nanti kay.... Gud luck to me...! Semoga dipermudahkan untuk aku jawab exam... Amin...




***